Khamis, 25 Februari 2010

Penyamun Memang Kerja Menyamun. Hawau

Bila penyamun kena tangkap kat Melaka ni.. terbayang wajah-wajah kesyukuran di mata rakyat Melaka yang baik... tapi dalam pada itu ada juga kes lain... Berita-berita macam ni buat aku berfikir adakah kejahatan tak akan berputus.. maknanya sentiasa wujud...



MELAKA: Empat penyamun bukan saja memperagakan aksi berani mati apabila memecut laju motosikal yang dinaiki, malah sempat menunjukkan isyarat bagus sambil menghayun parang tajam ke arah orang ramai yang cuba membantu mangsa rompakan kedai emas di Jalan Kandang dekat Ayer Molek, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, empat penjenayah terbabit dikatakan menunggang dua motosikal Yamaha RXZ dan bersenjatakan tukul besi ketika merompak Kedai Emas Tong Hin, dan menyebabkan mangsa kerugian kira-kira RM250,000.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Hamdan Majid, berkata siasatan mendapati empat penjenayah yang belum dikenal pasti identitinya hanya mengambil masa dua hingga tiga minit melarikan 10 dulang pelbagai jenis barangan kemas disumbat dalam karung kain.


Menurutnya, siasatan di tempat kejadian dan soal siasat ke atas beberapa saksi mendapati empat penjenayah menggunakan topi keledar berpenutup penuh bagi menyembunyikan identiti mereka.


“Kejadian samun ini berlaku begitu cepat, malah selain menggunakan topi keledar berpenutup penuh, suspek penjenayah memakai kain menutup muka dari bawah mata hingga ke bawah dagu ala ‘Zorro’.

Berita lanjut di SINI

2 comments:

Anwar Yassin berkata...

Kenapa penjahat sentiasa ada ? Walaupun ramai orang baik, namun penjahat tetap ada.

Kalau nak dianalogikan, sebab itu wujudnya neraka. Kerana memang akan ada orang jahat. Dan disebabkan itu Allah telah wujudkan neraka.

Penyamun-penyamun ni, mereka mungkin banayk kali berfikir apa yang mahu dimakan, tapi mereka mungkin tak pernah terfikir apa tujuan mereka diciptakan....

apek berkata...

jawapan yang sungguh ideal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com