Kisah ni aku kisahkan untuk GB yang banyak sangat membantu menaikkan trafic aku. jadi sebagai penghargaan, aku memilih mencoretkan hari ini.. walaupun aku tahu ia bakal panjang dan meletihkan.
Kisah ni hanya beberapa orang je yang tahu... ntah kenapa aku malas sangat berkongsi takut orang kata aku buat-buat. Aku akan bawakan penceritaan dengan nama dan watak yang sebenar. Serius.. mereka ni semua hidup lagi..
Kisah benar ini berlaku tahun 1996 ketika aku di zaman tingkatan 6. Zaman yang membawa seribu nostalgia.. zaman yang penuh ego dan kekuatan dalaman... zaman yang merasakan ilmu kebatinan adalah mainan lelaki sejati.. Zaman di mana spiritual adalah jati diri yang sebenar.. zaman di mana menentukan darah yang mengalir sebagai orang Melaka adalah darah si tuah, jebat, atau penduduk biasa.
Di samping belajar di aliran tingkatan 6, kami berlima walaupun bukan bersahabat baik tetapi mempunyai keinginan dan kesefahaman dari aspek yang sama. Aku, Shahrin, Zamri, Amri, dan Zaid mengalami sesuatu yang hingga saat ini menjadi memori silam.
Memang menjadi kebiasaan kami berlima termasuk beberapa orang rakan lain akan study group hingga ke dinihari. Namun, malam itu.. malam yang ditentukan olehNYA bahawa kami berlima mengalami pengalaman seminit yang berharga terutama aku dan shahrin.
Kami semua selalu study group di sebuah rumah tinggal milik Amri di mana keadaan rumah tersebut masih elok cuma tidak diduduki kerana ibu bapa Amri bekerja di Christmas Island. Manakala dia pula tinggal dirumah neneknya disebelah rumah tinggalan bertahun tersebut. Rumah tersebut walaupun ditepi jalan namun banyak pohon cempedak dan ketapang disekeliling hingga mencetus perasaan seram walaupun berada di pintu masuk. Rumah bertangga lima hingga enam anak tangga tersebut sering menghantui bagi pengguna jalan. Wanita misteri berpakaian putih sering menunggu ditangga sering kelihatan.
Balik kepada kisah kami, di antara kami berlima, shahrin merupakan salah seorang rakan yang amat dekat dalam menuntut ilmu kebatinan.. namun malam itu malam tercetusnya idea daripada shahrin untuk mencabar empat lagi rakan yang yang mempunyai kebanggaan diri terhadap spritual duniawi ini. Dia mencadangkan memanggil hantu datang dihadapan kami berlima.
Antara kebanggaan diri dan kecut hati mulai bermain di jiwa empat rakan termasuk aku. Kalau menolak pasti darah Jebat atau Tuah tertumpah dihadapan mereka berlima.
Tanpa sedar persetujuan sebulat suara berlaku antara kami berlima.
Ada 3 kaedah yang boleh diguna (Aku harap takde orang guna kaedah ni kerana boleh membawa khurafat dan khuatir memudaratkan).
Pertama, kami kena amik anak batang pisang emas.. kemudian dikafankan sepertimana satu jenazah.. Lumurkan dengan darah ayam. Kemudian tunggu dihadapan rumah.. kaedah seterusnya aku rahsiakan...
Kedua, kami gunakan telur mentah dan lada hitam.. kaedah seterusnya aku rahsiakan...
Ketiga, kami kena amik bunga kemboja dikubur waktu senja... dan mentera panggilan akan dibuat oleh shahrin.
Setelah tolak campur bahagi dan didarapkan semua cadangan, maka kaedah ketiga kami pilih. Kelima-lima ke kuburan dan ambil bunga yang dimaksudkan.
Setelah malam menjelma, kami berlima berhimpun ditengah rumah tinggalan tersebut. Shahrin memberikan syarat-syarat utama.
pertama, niat kita nak tengok je makhluk Allah yang lain. (Sumpah sekarang aku tak nak terniat nak tengok lagi)
kedua, semua bentuk cahaya tidak boleh dibuka,
ketiga, jangan wujud sebarang suara.
Tambahan, Sharin bagitau dia bawa sekali buluh bambu.. jika keadaan tidak terkawal barulah dia akan menggunakan buluh tersebut. (Fuh nasib baik ada back up plan)
Kemudian shahrin memberi petua sekiranya makhluk tersebut mulai menghampiri kami.
pertama, bunyi cicak berterus-terusan dan sahut menyahut
kedua, bunyi burung (aku tak ingat plak nama burung tuu...)
ketiga, dinding akan terdengar bunyi ketukan disekeliling rumah.
Setelah dipersetujui, maka kami berempat pergi kencing dulu.. kang dah start tak terkeluar plak air kencing.
Setelah dimulai segala upacara pemanggilan.. tak silap aku ketika tu jam 10 malam.
Kelima-lima bersedia memasang mata dan telinga... haruman bunga kemboja mulai menusuk ke hidung kami.
Jam merangkak ke pukul 11 malam.. tiada apap-apa perubahan berlaku...
Setelah jam mencecah di detik 12 malam, tiba-tiba burung yang dikatakan oleh shahrin berbunyi kuat dan dirasakan bunyi semakin dekat. Diamati betul-betul bunyinya hanya disekitar pohon cempedak disebelah rumah.
kemudian diselangi dengan bunyi cicak yang bersahut-sahutan.
Aku dapat rasakan diantara kami membaca surah pelindung...
keadaan kembali sunyi... selama hampir 30 minit hingga mengundang rasa penuhnya pundi kencing aku. Ingat lampu suluh tak boleh bawa.. lampu tak boleh buka..
rasa takut wujud juga didiriku ini.. lalu aku cuit peha Amri pemilik rumah ajak teman ke toilet dia kat hujung belakang rumah yang bakal melalui 2 buah bilik tidur yang amat sejuk dan menyeramkan. Memang tak dapat disangkal sesekali bunyi keriutan lantai papan dibilik itu menerjah ke telinga kami.
Bau haruman kemboja hingga ke dapur? Aku membayangkan wajah wanita berambut mengurai berdiri di sebelah aku semasa buang air... atau lembaga hitam bertaring menunggu dibelakang aku sambil menunggu masa membenamkan kukunya dileher aku..
Meremang betul bulu tengkuk aku ketika itu.. Mujurlah situasi kencing aku tidak diganggu oleh apa-apa wajah menggerunkan dan itu hanya mainan khayalan aku.
Kembali semula ketempat berkumpul ditengah rumah.. Shahrin, zamri dan zaid dah meletakkan kepala ke bantal. Mungkin kebosanan menunggu. Aku yang berada diposisi sebelah shahrin telah dibisikkan bahawa ketika aku dan Amri ke dapur kelihatan satu bayangan diluar rumah yang boleh dilihat menerusi cermin tingkap nakuh sepintas lalu ke dapur juga.
kami berlima menunggu lagi... hingga tiga dari kami telah tertidur. Kini tinggal aku dan Shahrin yang ditakdirkan melalui pengalaman yang lebih berharga dari pengalaman mereka bertiga.
Tiba-tiba Bunyi cicak dan burung tersebut bersahutan kembali. Kali ini diselangi dengan ketukan dinding yang agak perlahan dan jika diamati betul-betul seakan bunyi cakaran. Tapi sharin membisikkan itu ketukan.
Setelah lebih 10 minit, tiba-tiba ketukan itu wujud dipintu masuk. Pintu berdaun empat memang menjadi fesyen dan dianggap moden satu ketika dahulu. Seketika minda aku kosong bila terdengar pintu itu digoyang dengan agak kuat.. sekuat orang yang ingin memasuki rumah itu. Aku membayangkan pintu itu digoncang menggunakan kepala oleh bungkusan putih yang tidak bernyawa. balutan kain kapan dan lelehan darah bercampur tanah merah di hadapan pintu masuk. Cuba menerobos ke singgahsana kami. Mungkin bakal melompat-lompat sambil menayangkan wajah terpalit lumpur yang menyeramkan masuk dan berhadapan dengan kami. Bau kemboja hilang dan aku tak ingat apa bau yang wujud.. Badan yang sejuk tiba-tiba menjadi panas.
Sharin dan aku tiba-tiba hilang kata-kata.. sunyi menanti pintu itu terbuka dan memuntahkan lembaga pocong atau langsuir yang bakal menunaikan permintaan kami dengan Izin Allah s.w.t.
Khayalan menyeramkan memaksa aku melakukan bacaan ayat pendinding dan aku lihat shahrin juga bersedia dengan rotan bambunya.
Tiba-tiba goncangan kuat itu hilang... dan mata aku terasa begitu berat hingga membawa aku tidur. Aku terjaga bersama rakan lain menjelang azan subuh berkumandang.
Bersiap balik ke rumah masing-masing dan bakal menjadi penrkongsian pengalaman sesama kami disekolah. Aku pasti kalau ketika itu aku dan shahrin membongkarkannya takkan sesiapa percaya.
Walaupun aku menceritakan jua kepada beberapa rakan karib dan aku tak pasti mereka percaya atau tidak.
Percaya atau tidak itu bukan persoalan aku.. dan peristiwa itu tidak aku mahu jadikan persoalan dalam hidup aku. biarlah 'dia' dengan dunia 'dia' dan aku dengan dunia aku... Semoga Allah melindungi aku dan keturunan aku.

16 comments:
Seram gila..
gile ah pek. biar betul!
mr. A.. ada lagi citer yang lagi seram...
tapi aku phobia hingga sekarang kalau ada orang ketuk pintu waktu malam tanpa beri salam. perghh.. giler terkesan.
Khairi.. thanks terjah dan komen blog aku.. susah nak tarik perhatian kau pada blog picisan aku ni.. hahaha
perghh!! terbaiklah!
pergh...
ada aura ni sebagai penulis genre seram
xpuaslah baca...xde sambungan ke?
wah ni boleh buat novel seram ni ada bakat..huhu..salam kenal..alif
keiroro.. mana de terbaik.. pengalaman hidup je tu
gen.. wey aku nak tulis lebih2 takut menghantui rumah aku plak nanti. hahaha
hanis... keesokannya tu 3 rakan tertidur tu buat sekali lagi guna telur mentah dan lada hitam pulak.. tapi aku tak ada krn ada urusan lain.. pengalaman menerusi penceritaan drp diaorang je. Jadi aku tak up.
Alif.. salam kenal
saYa baCe ciTe niE ..
peHh..
meNgkaGumKan!
taNiah2,,
aNda bT sY duPdapduPdaP..
:-s
terima kasih cik toge.. jaga2 pada org ketuk pintu tanpa salam..
beraninya.kalo eden,dah lamo berterabur kencing ha
lotikus.. berani-berani takut la..
Kalau betul2 berani mau pegi bukak pintu tu...
sa ada jg crita. dlu2 di kg sa org tua2 slalu crita kalau ada kenduri diorg akn pinjam pinggan mangkuk dgn org2 bunian ni. tp kdg2 ada yg terpecah tanpa sengaja jd org bunian tu pun xmau lg kasih pinjam. sa ingat ni crita main2 rpanya mmg btl2 plak sbb byk btul org tua2 kg crita. lg 1, dorg crita org bunian ni ada yg jns ska bby manusia.bila diorg mau 'ambil' tu bby yg dorg ska just kiss ini bby. pas2 bby tu sakit n 'jalan'. sa xtaula pi alam dorg ka atau bby ni allah swt yg syg jd ambil dia.
pastu kalau diorg mau masuk dlm rumah manusia, diorg akan ckap 'hai, sial manusia!'. kalau xada org prasan diorg masuklah rumah tu.
emm..
interesting..and scary
Catat Ulasan