Memaparkan catatan dengan label Hotels. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hotels. Papar semua catatan

Rabu, 18 Januari 2012

Caj Warisan Mulai April 2012. Berapa Ringgit??

Sebelum ni kecoh pasal Melaka nak kenakan caj warisan 5% kepada setiap penginapan hotel di Melaka. Secara umumnya, caj ini memang logik untuk pembangunan dan kebersihan serta promosi Negeri Melaka. Yelah tanpa semua benda tu, Melaka tidak mampu menggamit pengunjung dan kalau pengunjung tak datang, hotel gerenti tak laku.

Memang la Govt Tax sedia ada dah dikenakan tapi masalahnya duit itu pergi ke Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri pula memperolehi peruntukan berdasarkan per kapita sesebuah negeri. Jadi, negeri kecik macam Melaka tapi mendatangkan pendapatan tinggi agak 'kerugian'. Tak silap aku, aku pernah terbaca Negeri Melaka menyumbang dari segi percukaian lebih kurang sebanyak RM2.6 BILLION setahun. Namun, dasar ini tidak boleh dipertikaikan juga. Yelah sebagai one nation negeri yang lebih pendapatan boleh membantu negeri yang kurang pendapatan. Agaknya itu sebab bila Melaka berhutang selamba je macam tak bayar. Ini kerana Melaka tahu dia menyumbang lebih banyak daripada yang diterima. Aku agak jelah..

Ok berbalik kepada asal, caj warisan 5% yang dikenakan. Semalam diputuskan bahawa caj ini dikurangkan kepada RM2.00 sahaja bagi satu bilik / satu malam. Rayuan pengusaha hotel yang meminta agar dikuatkuasa April 2012 turut diterima oleh pimpinan Kerajaan Negeri Melaka. Alhamdulillah.. win-win situation la ni.. 


Dengan ini, Kerajaan Negeri Melaka mensasarkan RM2juta setahun diperolehi bagi memacu terus pembangunan Melaka daripada lebih kurang 12,000 penginapan yang berada di Melaka.

Sebenarnya perkara ini penting untuk para pengunjung, at least kalau hotel kenakan caj, semua sedia maklum dan yang paling penting tidak ditipu oleh pengusaha hotel tidak bertanggungjawab.

Khamis, 13 Oktober 2011

Jawatan Kosong Untuk Lepasan SPM

Macam biasa kerja kosong di bawah ni.. klik untuk tumbesaran..



Isnin, 27 Jun 2011

Casa Del Rio Melaka

Sebelum ni aku janji nak citer pasal hotel yang baru 2 bulan dibuka ini. Dengar citer walaupun baru dibuka namun sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

pintu masuk

Hotel ini dikatakan mempunyai 66 buah bilik dan diklasifikasikan sebagai hotel butik. Macam Majestik la...

Konsep pembinaannya adalah Marocco + Spain. Bagi yang nak berbulan madu.. memang best giler biliknya.. sangat privasi di mana mereka yang mempunyai kunci sahaja boleh menggunakan lif.

Keadaan bilik (aku lupa nak snap) sangat sesuai untuk pasangan suami isteri.. serius best.

Lokasinya yang betul-betul disebelah sungai Melaka membuat pandangan malam teruja wey... Lokasi sebenarnya adalah berdepan dengan Quay Side atau Bangunan Merah atau Kincir Air tu.. Nak masuk ikut Jambatan Hang Jebat.

Pandangan daripada coffee house

Kolam renang yang berada di tingkat 3 (Roof) tanpa halangan (air mengalir di tepi bangunan) seakan-akan "end of the world" mampu membuatkan perenang celup-celup kaki jer.. Kalau hanyut ke tebing tu... pandai-pandailah mengucap ye..

Kolam renang

Gambar kat bawah ni bilik air kat Lobi.. ada 3 jenis sabun tu.. pertama cuci muka, kedua cuci tangan dan ketiga bahan kumur. Siap ada tuala yang akan kita lempar ketepi setelah guna..


bilik air lobi

Tiba masa aku umumkan harganya.. paling rendah untuk govt servant lebih kurang RM447 dan paling mahal biliknya adalah RM3,000 bagi satu malam.

Bagi Seminar, BUKAN BAWAH RM100 sehari. Lagi mahal daripada Phelia Resort (6 star).

Hotel yang dimiliki oleh 3 tokoh atau VVIP dalam dan luar Malaysia ini memang perfect. Perkhidmatan stafnyapun sangat berkualiti setanding harganya. Aku bagi 4 setengah bintang.

Untuk keterangan lanjut, kauorang boleh jengah sini plak

p/s: capucino dia + gula melaka buat aku gigil satu badan... lemak berkrim disukai ramai.

Jumaat, 20 Mei 2011

Kg. Morten Melaka Ada Homestay

Kg Morten satu nama yang tidak asing lagi di Negeri Melaka dan bagi pengunjung yang selalu ke Melaka. Bagi penduduk Melaka ini merupakan salah satu Kg. Melayu di dalam kawasan bandar yang mula dibuka pada tahun 1922.
Zaman aku belia remaja.. budak-budak kampung ini merupakan salah satu kumpulan yang selalu terlibat bila ada pergaduhan di 'bus station' lama. Al-maklumlah rumah dengan 'Bus Stand' tak sampaipun seratus meter.

Itu kisah dulu.. sekarang Kg. Morten berubah 100%.. daripada kg. Melayu di kawasan bandar, kini dibangunkan oleh Kerajaan Negeri sebagai produk pelancongan yang sering dikagumi oleh pelancong. Paling meriah bila dilawat diwaktu malam. Gengster-gengster dulu, kini dah jadi peramah dalam melayan pengunjung.


Taming Sari Homestay

sumber: homestay melaka


Homestay di sana mula tumbuh di mana pengunjung boleh menginap di rumah Melaka atau Rumah Limas yang berusia kira-kira 100 tahun.

Rumah homestay yang disediakan mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air itu ialah peti sejuk, televisyen dan dua ruang tamu.

Rumah ini sesuai untuk tiga orang kerana mempunyai tiga bilik tidur, namun ia boleh memuatkan sehingga 10 orang kerana mempunyai dua ruang tamu yang luas.
Bagaimanapun, jika melebihi 10 orang, mereka mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM20 seorang.
Bagi keluarga yang tidak melebihi 10 orang, mereka boleh bermalam pada harga RM300 dan dibenarkan memasak di dapur yang disediakan.
Untuk individu katanya, mereka juga boleh menyewa bilik dan menggunakan dapur serta ruang tamu pada harga RM120, RM100 dan RM80 sehari, mengikut keluasan bilik.

Villa CMI
Reka bentuk Villa CMI di Kampung Morten, Melaka. - utusan/GAIE UCHEL
Gambar aku petik daripada utusan online.com
Villa CMI pula merupakan kediaman baru berciri moden. Villa CMI mempunyai sembilan bilik dan caj yang dikenakan sehari ialah RM120 untuk bilik bujang dan RM150 bagi bilik berkembar
Apa yang menarik homestay ini berada di tepi sungai Melaka dan basikal boleh disewa dengan harga RM5 untuk jalan-jalan satu kampung.

Mereka yang berminat bermalam di Taming Sari Homestay atau Villa CMI boleh menghubungi talian 06-2881100 iaitu milik MTSB. Sekarang dah ditukar kepada Meriah Marketing & Trading Sdn Bhd di talian 06 282 8422. Jangan lupo sobut nama blog den ni.. manatau nanti dio bagi den bermalam kek sungai tu percumo.

Kepada Hidayah thanks atas pembetulan terkini ini.


Rabu, 4 Mei 2011

Pesanan Kepada Pengunjung Hotel Melaka

Kepada pelancong atau orang ramai yang datang menginap atau berkurus di Hotel Melaka. Ini aku nak pesan.

Di akhir-akhir ini, terdapat beberapa kecurian kenderaan di beberapa hotel di Melaka.

Kes yang sampai di telinga aku.. satu kes di Ayer Keroh dan satu kes lagi di sempadan Ayer Keroh.

Ini bukan salah sesiapa, salah diri sendiri jugak. Jangan ingat bila parking kat hotel semuanya selamat sejahtera. Boleh tidur bergolek dalam hotel. Tambahan pula, hotel yang tiada berpagar..

Ingatan aku.. sila berhati-hati dengan meningkatkan keselamatan ke atas kenderaan masing-masing. Maksud aku silalah kunci stereng dengan kunci tambahan. Biarlah buang masa 5 minit daripada buang masa pakcik-pakcik Polis untuk amik laporan kauorang.

Tapi kalau dah ditakdirkan kereta tu hilang jugak selepas dikunci, siapalah kita nak lawan takdirNYA.

Aku teringat kisah zaman Rasulullah s.a.w. yang mengheret Baginda menasihatkan bahawa agar mengikat kuda terlebih dahulu barulah serahkan kepada Allah menjaganya.


Khamis, 2 Disember 2010

Melaka International Tourism Show 2010

Mulai 3 Disember 2010 Melaka International Tourism Show 2010 bermula.

Sempena cuti sekolah ni pelbagai tempat / pakej pelancongan menarik disediakan termasuklah persembahan-persembahan yang boleh mengisi masa lapang anak-anak kita.

Jadi, jom kita serbu MITC..




Isnin, 5 Julai 2010

Selat Melaka Coast Di Pantai Klebang

Dataran 1 Malaysia di kawasan Pantai Klebang yang ditambak pasir tu akan dibangunkan semula. Minggu ni Tok Ali melawat China dan pelbagai idea serta kerjasama telah dicipta. Antaranya ialah membangunkan taman tema berkonsep macam taman tema Laksamana Cheng Ho di China. Ianya akan dinamakan Selat Melaka Coast.


Semua sedia maklum, Laksamana Cheng Ho merupakan penjelajah China yang bertanggungjawab menghubungkan antara dunia Melaka - China satu ketika dulu...

Dikatakan dahulu Maharaja China memang sangat menyayangi Sultan Melaka iaitu menantunya. Hinggakan Laksamana Cheng Ho pernah membuat kenyataan yang ditujukan kepada Siam serta Majapahit bahawa.. kalau menyerang Melaka bererti menyerang Seluruh Negara China.

Suka atau tidak, susur galur Puteri Hang Li Poh wujud di Melaka. Keturunan maharaja China lahir di Melaka iaitu Paduka Mimat dan Paduka Seri Cina. Klik Sini.

Apa yang ada kat sini nanti??

Antaranya ialah

Replika Kapal Laksamana Cheng Ho, Hotel, Restoran, Kedai Cenderamata dan pelbagai alatan taman tema.

Walau bagaimanapun, pelan pembangunan akan disiapkan tidak berapa lama lagi.. Jadi nantikanlah produk baru pelancongan Melaka

Khamis, 3 Jun 2010

Main Tidur-tidur Dalam Muzium Melaka

Kauorang ada rasa macam nak jadi lanun tak?? Siap tidur dalam kapal seperti di bawah ni..


Muzium Kapal ni dinamakan


Sebenarnya aku nak citer sejak tahun lepas PERZIM ada buat bermalam di Muzium Melaka.. tapi takdelah semua muzium.. hanya muzium terpilih je.. Ianya dinamakan sleepover @ Museum. Alah.. lebih kurang pengalaman macam citer Night at the Museum tuuu.. hahahaha.. amacam? ada berani?? Ada jugak orang komen takut tiba-tiba ada patung Hang Tuah tidor sebelah.. Ceittt janganlah pikir bukan-bukan..

Budak bawah ni ok jer... walaupun muka masing-masing cuak semacam.



Kalau masih teguh keinginan kauorang.. meh aku paparkan pakejnya


HERITAGE SLEEPOVER

A Nite @ The Museum

STANDARD

Package Rate :

From RM 95.00 nett per person *

Package Rate Inclusive of:-

1) Hotel room at Naza Hotel Melaka.

2) Welcome drink.

3) Sleepover facilities (mattress,

pillow and blanket).

4) Supper at the museum.

5) Breakfast at Naza Hotel Melaka.

6) Sleepover Cerificate

7) Boat ride.

8) Service of a registered tourist guide.

Optional :-

1) Pre Sleepover Buffet Dinner.

Standard Itinerary

1400 hrs Check-in at Naza Hotel.

1900 hrs Pre Sleepover Buffet Dinner (Optional)

1945 hrs Briefing by Tour Guide.

2000 hrs Transfer to Taman Rempah.

2015 hrs Proceed for River Cruise.

2100 hrs Disembark at Padang Nyiru Jetty.

2115 hrs Proceed for Riverwalk.

2200 hrs Guided Tour of Maritime Museum.

2230 hrs Supper and Sleepover Activity.

2345 hrs Settle down time & light out


Next Morning.

0700 hrs Wakeup call.

0715 hrs Pack up and transfer to Naza Hotel (breakfast)

1200 hrs Check out of hotel.



WITHOUT ROOMS (AT NAZA HOTEL, MELAKA)

Package Rate:

From RM 65.00 nett per person *

Package Rate Inclusive of:-

1) Sleepover facilities (mattress,

pillow and blanket).

2) Supper at the museum.

3) Sleepover Certificate

4) Boat ride.

5) Service of a registered tourist guide.

Standard Basic Itinerary

2000 hrs Briefing by Tour Guide.

2030 hrs Proceed for River Cruise.

2115 hrs Disembark at Padang Nyiru Jetty.

2130 hrs Proceed for Riverwalk.

2215 hrs Guided Tour of Maritime Museum.

2245 hrs Supper and Activity.

2345 hrs Settle down time & light out


Next Morning.

0700 hrs Wakeup call.

0715 hrs Pack up and check out.

The Sleepover Package operates with a minimum of 20 people and maximum of 40 people.


Maklumat lanjut sila hubungi PERZIM (06-2827464/2826526 - En. Nurman) atau NAZA Hotel, Melaka (06-2882288).


Philea Resort : Resort Kayu Pine @ Melaka

Sesapa yang merasa nak duk dalam chalet / resort berkayu atau dikenali sebagai 'pine log'. Sekarang kat Melaka akan bukak Philea Resort & Spa iaitu resort pertama di Asia menggunakan pine log yang diimport dari Rusia. Kira kayu tu kalau cium bau badan orang Rusia jugak tu... Resort bertaraf 6 bintang yang berharga RM145 juta ni milik seorang usahawan iaitu Tan Sri Chai Kin Kong.





Ianya terletak berhampiran dengan pintu masuk tol Ayer Keroh. Kalau kauorang masuk Tol Ayer Keroh, jangan speed.. dalam 1 - 2 kilometer kauorang akan nampak signboard ke kiri. Kalau jalan mata terkebil-kebil hingga terjumpa pintu gerbang macam kat bawah ni dah kira terlepas la tu..


aiieppp.. kauorang jangan pergi sekarang sebab resort ni dijangka akan dirasmikan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia pada 19 Jun ni.

Dah bukak nanti.. jom terjah reramai...

kredit gambar untuk asmaliana.com. Tq bro (nama web je pompuan tu.. hehehe).

Khamis, 20 Mei 2010

Firefly Boleh Turun LTAM

Nampaknya Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) telah berfungsi. Firefly telahpun bersetuju untuk turun di sana. Namun, buat masa ini ianya Penerbangan Sewaan Khas je.


Yelah nak turun hari-hari takde orang naikpun payah la jugak...
Mungkin akan datang kalau ada permintaan hebat, kena berjadual 2 kali seminggu ke...
Buat masa sekarang Riau Airlines mendarat berjadual di LTAM ini.

Hari ini dalam Melaka Hari Ini terpapar pakej dibuat oleh Travel agent Putri Holidays.. Pakej Penerbangan ke Medan, Indonesia (3H2M) dengan harga RM750.00 seorang. Untuk keterangan lanjut mungkin Kauorang boleh hubungi 06-2820576 / 77






Rabu, 19 Mei 2010

List Of Travel Agent Kat Melaka


Kalau kauorang nak honeymoon atau melancong atau menjadi pelancong kat Melaka tapi tatau nak guna travel agent mana. Banyak sebenarnya agensi Pelancongan kat Melaka. Kauorang boleh pilih je seperti aku listkan dibawah ni..


MATTA Melaka Chapter Travel Agents
(Malaysia Association of Tour & Travel Agents)
No.52, Jln Cempaka 1, Taman Seri Cempaka,
75400 Peringgit, Melaka
Tel: 06-283 7878


Anda Travel & Tours Sdn Bhd
238, Taman Melaka Raya
75000 Melaka
T: +606 284 5810
F: +606 284 5810

Annah Tours & Travel Sdn Bhd
No 27, Jalan Laksamana
75000 Melaka
T: +606 283 5626
F: +606 284 0609

Aquarius Travel & Tours Sdn Bhd
16, Jalan Laksamana
75000 Melaka
T: +606 284 3737
F: +606 286 3959

Arahmas Damai Travel & Tours Sdn Bhd
No 75, Jalan Taming Sari
75400 Melaka
T: +606 282 4295
F: +606 284 9295

Atlas Travel Services Sdn. Bhd.
5 Jalan Hang Jebat
75000 Melaka
T: +606 282 0315
F: +606 283 4714

Bel Travel & Tours Sdn Bhd
383-D, Tingkat Bawah
Taman Peringgit Jaya
75400 Melaka
T: +606 282 2712
F: +606 286 3712
Cammy Travel & Tours Sdn. Bhd.
311, Jalan Ong Kim Wee
75300 Melaka

T: +606 283 4898
F: +606 284 8598

Coachliner 707 Travel & Tours Sdn Bhd
G-31 Jalan PM5, Plaza Mahkota
Bandar Hilir
75000 Melaka
T: +606 226 8707
F: +606 281 1707

Falcon Travel Service (M) Sdn Bhd
Lorong Bukit Cina
75100 Melaka
T: +606 282 0478
F: +606 283 8588

Haruman Travel & Tours Sdn Bhd
Jalan PM3, Plaza Mahkota
75000 Melaka
T: +606 286 7477
F: +606 286 9477

ITT Travel & Tours Sdn Bhd
7447-A, Bangunan Hj Wahab
2 1/2, Jalan Semabok
75050 Melaka
T: +606 281 4806
F: +606 281 4805

J & J Mesra Travel & Tours Sdn Bhd
Wisma Selamat & Zaini
75050 Melaka
T: +606 286 2077/4077
F: +606 286 3077

Jebat Tours & Transport Services Sdn Bhd
No 34, Jalan Melaka Raya 15
Taman Melaka Raya
75000 Melaka
T: +606 282 0886
F: +606 282 0886

JRH Travel & Tours Sdn Bhd
No 16, Tingkat 1, Taman IKS / TB 1
Bt 9, Tangga Batu
76400 Melaka
T: +606 351 9208
F: +606 351 9208

Kanayuky Travel & Tours Sdn Bhd
17-2 Jalan PPM 8
Plaza Pandan Malim
Balai Panjang
75200 Melaka
T: +606 335 5277
F: +606 335 5328

Kelana Jaya Travel & Tours Sdn Bhd
Lot 2, Tingkat 1,
Bangunan Tabung Haji
78300 Melaka
T: +606 384 3560
F: +606 384 3560

Kenzar Travel & Tours Sdn Bhd
No 53-C Tingkat 1,
Jalan Ong Kim Wee
75300 Melaka
T: +606 281 1133
F: +606 281 1122

Laksamana Tours Sdn Bhd
34-A, Jalan Melaka Raya 15
Taman Melaka Raya
75000 Melaka
T: +606 281 6943
F: +606 284 9828

Light & Sound Travel Tours Sdn Bhd
Lot 1.5A, Tingkat Satu,
Kompleks MARA
Jalan Hang Tuah
75300 Melaka
T: +606 283 5140
F: +606 286 3689

Lina Travel & Tours Sdn Bhd
Lot 4, Tingkat 1, Bangunan Tabung Haji
Jalan Banda Kaba
75000 Melaka
T: +606 282 7261
F: +606 281 7380

MAIM Travel & Tours Sdn Bhd
No 38, Jalan Cempaka 1
Taman Seri Cempaka
75400 Melaka
T: +606 282 0577 / 0576
F: +606 281 2445

Masamas Travel & Tours Sdn Bhd
304A, Jalan Tun Ali
75300 Melaka
T: +606 283 5714
F: +606 283 0690

Melaka City Tours & Travel Sdn Bhd
G.05, Peringgit Point
Jalan Raya Batu Hampar
75350 Melaka
T: +606 282 7980
F: +606 284 1550

MG Tours & Vacations Sdn Bhd
G.31, Jalan PM 4
Plaza Mahkota, Bandar Hilir
75000 Melaka
T: +606 286 0929
F: +606 284 6542

NH Travel & Tours Sdn Bhd
No 209, Jalan Melaka Raya
Taman Melaka Raya
75000 Melaka
T: +606 281 4242
F: +606 284 3020

Ocean Express Travel & Tours Sdn Bhd
607, Mezzanine Floor
Taman Seri Indah Off Jalan Tengkera
75200 Melaka
T: +606 337 4645
F: +606 337 4644

Oriental Grace Travel Services Sdn. Bhd
49 Jalan Munshi Abdullah
75100 Melaka
T: +606 283 4108
F: +606 283 1895

Paradise Travel & Tours Sdn Bhd
No 42, Jalan Temenggong
75000 Melaka
T: +606 281 2039
F: +606 281 2040

Pelancongan Maju Jaya Sdn Bhd
4-J, Jalan Hang Tuah
75300 Melaka
T: +606 282 1811
F: +606 282 2926

PM Cultural & Tourism Sdn Bhd
Perkampungan Budaya
Taman Mini Malaysia & ASEAN
Pusat Pelancongan Ayer Keroh
75450 Melaka
T: +606 231 5966
F: +606 231 2950

Reliance Shipping & Travel Agency (M) Sdn Bhd
41, Ground Floor
Jalan Ong Kim Wee
75300 Melaka
T: +606 284 5125
F: +606 284 0248

Satis Deluxe Holiday (M) Sdn Bhd
143, Jalan Bendahara
75100 Melaka
T: +606 284 3768
F: +606 283 5712

Seri Tanjung Tours & Homestay Sdn Bhd
Batu 21 1/4, Masjid Tanah
78300 Melaka
T: +606 385 2330
F: +606 385 2330

Shamus Car Rental & Travel Sdn Bhd
65, Jalan Bendahara
75100 Melaka
T: +606 281 7710
F: +606 282 4279

SSK Tours & Car Rental Sdn Bhd
MT 1409, Masjid Tanah Commercial Centre
Phase II, 78300 Melaka
T: +606 384 7721
F: +606 385 1080

Stadthuys Tours & Travels Sdn. Bhd
151, Jalan Bendahara
75100 Melaka
T: +606 284 6373
F: +606 284 9022

Systematic Tours & Travel (M) Sdn Bhd
645, Jalan Taman Melaka Raya 10,
Taman Melaka Raya
75000 Melaka
T: +606 282 5294
F: +606 282 5297

Tai Moh Holidays Sdn Bhd
111-112 Taman ASEAN
Jalan Malim
75250 Melaka
T: +606 335 6388
F: +606 335 2768
39
Teguh Rent A Car Sdn Bhd
No 126 Jalan Bendahara
75100 Melaka
T: +606 283 7878
F: +606 281 8788

Travellers Choice Associates Sdn Bhd
4842-H, Tingkat 2, Jalan Kasturi 2
Taman Kasturi
75050 Melaka
T: +606 284 1008
F: +606 283 2997

Utas Travel & Tours Sdn. Bhd.
8668/1, Kompleks Perniagaan PKNM
78000 Alor Gajah
Melaka

T: +606 556 2845
F: +606 556 2398

Utas Travel & Tours Worldwide Holidays Sdn. Bhd.
8668/1, Kompleks Perniagaan PKNM
78000 Alor Gajah
Melaka
T: +606 556 2845
F: +606 556 2398

Wawasan Nelayan Travel & Tours Sdn Bhd
No 18, Wisma Nelayan
Jalan Melaka Raya 25
Taman Melaka Raya 1
75000 Melaka
T: +606 282 6408
F: +606 282 6408

Isnin, 22 Februari 2010

Try Dating kat Kings & I Restaurant plak

Ahad lepas aku atas arahan bos kena entertain seorang VIP Malaysia ni.. (tapi takdelah tahap menteri.. cuma kalau sebut organisasinya semua mereka yang berkerja confirm tahu) pergi makan kat Kings Hotel Melaka.


Tempat yang digelar King & I. Kira mcm Anna and The King la ni...

Makanan kat sini berorientasikan Thai.. masa aku makan tu.. antara menunya nasi putih + Tomyam Udang Kara dan ada 5 - 6 jenis lagi lauk termasuk air halia (perghh asyik sendawa je balik umah). Aku tak amik gambar kat meja makan sebab rasa macam jakun plak amik gambar kat meja makan depan diaorang yang amat profesional tu...

Aku cuma sempat amik gambar sebelum diaorang sampai kat sekita King & I Restorant.

Kos?? aku makan untuk set hidang 6 orang RM270.00. Kalau si suami sesekali datang Melaka tu bawak la sini.. tempatpun romantik.. aku pergi tu waktu siang.. kalau malam mau leleh pasangan dengan suasananya.. Kat luar bangunan plak cahaya berwarna warni.. lagi la lomantik maaa..

Aku tengok menu dia.. kalau makan berdua tu tak abis kot seratus... alah sesekali.. ye tak?





Jumaat, 12 Februari 2010

Susulan Hotel Melaka Buat Hal

woooo... woooo.. wooo... kauorang ingat lagi tak citer pasal hotel kotor di Melaka? Kali ni salah satu hotel telahpun memberikan maklumbalas. Sebenarnya berlaku masalah teknikal jer.. Bagus jugak diaorang jawab, bersih sket nama Melaka. Kepada Ah Kong Kek Khuat, kau jangan ketawakan aku lagi... Hotel yang berkenaan telahpun memberikan sebab berlakunya perkara tu.

Lagi satu kat situ dia kata 2 Hotel 4 star iaitu Hotel Mahkota Century dan Hotel Seri Costa. Setahu aku Hotel Mahkota je 4 star.. Hotel Seri Costa 3 star. Tatau la plak aku kalau dia dah upgrading.

Mereka ingin amik tindakan undang-undang tapi aku tatau la plak kalau boleh diambil tindakan kalau itu just pandangan seorang pelanggan. Tapi kalau dianggap hasutan.. mungkin la kot. Biarkan mereka yang bijak pandai selesaikannya.

Namun, harap dengan penjelasan daripada HMC ni jangan ada lagi pandangan serong kepada Melaka sebagai Negeri Pelancongan. 10 benda kita buat... 9 benda baik kita dapat, sekali je terkurang.. takkan nak lupakan 9 benda baik tu...

Adiossss... layan berita sepenuhnya DI SINI


Selasa, 9 Februari 2010

Siri VI : Meneroka Pulau Dengan Teksi Air (Pulau Besar)

Aku sambung lagi dari Siri V.. perghhh.. bila nak abis ni daaa...

Ok lepas Pulau Serimbun sebelah kiri bot yang aku naik adalah Pulau Besar. Nak tau kenapa panggil Pulau Besar?? sebab skrin kamera aku tak boleh amik gambar full.. maknanya Pulau Besar. kat Pulau ni kitaorang pusing dgn bot sekeliling.


Ni jeti Pulau Besar

Semua Feri akan naik daripada sini


Ini dari arah laut lepas (pandangan dari Indonesia)


Pulau Besar ni dikatakan lebih misteri daripada semua pulau di sekitar. Kemisteriannya dimulakan dengan adanya makam waris Nabi Muhammad. Wallahualam.. hanya allah yang Maha Mengetahui. namun kebanyakan India Muslim amat mempercayai perkara ini.

Kalau zaman aku kecik-kecik dulu.. sini tempat penguji ilmu persilatan yang dibelajau. Namun, kini Kerajaan Negri dah bangunkan Pulau ni sebagai salah satu pusat pelancongan. Kini terdapat satu resort di sana.

gambar bawah ni salah satu daripada dua resort yang terbengkalai.. tataulah kalau owner dia akan teruskan projek ni.. Owner dia sapa?? emmm.. takyah la bagitau ek. Kalau serius nak tau email aku.

Sebenarnya terlalu banyak kisah dalam pulau ni.. kalau aku citer mau lagi 3 entry.. tapi aku rasa kauorangpun boleh search kat tempat lain jugak kot. Namun, kalau ada permintaan aku boleh jugak buat entrynya pada masa akan datang. Dengar tu.. kalau ada permintaan.. kalau takde.. aku buat citer lain je..

Pulau ni berhantu?? ceiitt.. itu semuakan hambaNYA jua.. lagipun mana-mana tempat ada syaitan yang cuba mengganggu ketenteraman.

Pulau ni ada jugak penduduk tempatan tapi tak sampai 50orang kot. PKNM pun ada buat 6 buah kedai makan...

Nak pergi Pulau ni kauorang boleh naik daripada Jeti Umbai ataupun Jeti Anjung Batu..


Ni pandangan dari Laut Lepas jugak.


Salah satu resort yang terbengkalai tu...

lepas ni kitaorang terus pegi Pulau Undan.. salah sebuah pulau terpenting diperairan selat Melaka.

emm.. Pulau Hanyut mana satu ek?? ahh kira dah hanyutla tu...

Ahad, 7 Februari 2010

Hotel Melaka Buat Hal..

Dah nama negeri pelancong semua tourism player kena la sama-sama support.. ini nak harap kerajaan buat promosi tapi kauorang buat taik la plak. Inilah dinamakan sekor kerbau bawa lumpur habis semua terpalit. Nak diajar kauorang tu bukan kecik-kecik punya organisasi. kalau dah tahap 4 bintang tu dah dikira sempurna la tu....

Aku tahu kau berdua boleh tunjuk salahkan staf kauorang yang tak buat kerja. Itu masalah dalaman selesaikan jelah.. dah jadi bos.. buat cara jadi bos.. nak buat bisnes.. buat cara nak buat bisnes...

sebab berita ni la.. aku kena ketawa dengan geng aku dari luar Melaka..

Ada ke patut hotel tahap 4 bintang ada masalah kekotoran. yang aku tahu hotel tahap 4 bintang kat Melaka ni tak sampaipun 6 buah... 2 dah hanyut tinggal 4. Namun, aku harap hotel-hotel ni dapat tingkatkan semula kualiti kauorang sebelum nama kauorang bertambah buruk.

Pocoyo betul la...

pada 12/2/2010 terdapat susulan jawapan DI SINI

Rabu, 3 Februari 2010

Panorama Bandar Hilir Waktu Malam


Biar gambar jelah berbicara betapa indahnya kawasan Bandar Hilir pada waktu malam. Yang bulat sebelah kanan bawah tu Dataran Sejarah.. tempat menjual cenderamata Melaka dan premis perniagaan,
Yang kotak-kotak sebelahnya ada bumbung kaca tiga segi biru tu pulak adalah Carefour.
Di sebelah kiri kotak panjang tu Mahkota Parade.
Tiang panjang kat sebelah kanan atas tu adalah Menara Taming Sari.
Yang bulatan tu atas hujung tu Eye On Malaysia.
Bangunan tinggi tu plak Holiday Inn Hotel.
Yang hitam bahagian atas adalah lautan dan langit kot.



Sumber gambar daripada facebook Melaka Raya's Photo

Isnin, 25 Januari 2010

Hotel Kings Melaka

Dulu aku pernah citer pasal Hotel Permaisuri... kalau dah citer pasal permaisuri tak lengkap plak kalau tak citer pasal Raja.. meh aku citer pasal Hotel Kings plak.

Hotel Kings ni kat betul-betul depan Hospital Pantai Ayer Keroh. kalau daripada tol Ayer Keroh.. jumpa trafic light ke empat sebelah kiri.. kanannya Hospital Pantai.

Hanya beberapa kilometer jer daripada Jaya Jusco dan tempat-tempat pelancongan kat Ayer Keruh nun.. Kiranya aku raas tempat yang strategik la kalau nak bawak bercuti.. ada apartment plak tu...

Hotel ni standard 3 star.. so rated diapun kira ok.. Kalau Superior tu around RM148 (Weekdays) dan RM168 (weekend).

Apartment deluxe 2 bilik plak RM248 (weekdays) dan RM298 (weekend)

Mahal??? standard la ni bro.. kalau nak murah ada juga.. kat rumah kedai Makcik Tomah. Diapun sewakan bilik tapi.. duk katil double dacker la.. mau ka??





Nak booking Hotel Kings??

06-2313899

Jumaat, 15 Januari 2010

English Version : Cultural Museum of Melaka.




Its build based on the description and reference to the palace in Malay Annals. the wooden replica houses the cultural Museum of Melaka.

situated at the foot of st. Paul's Hill, it is the only Malay Palace from Melaka's glorious past built wit such details and refinement.


Open daily

opening Hours : 9.30 am - 5.30 pm

Ticket price: RM2 / Adult
RM0.50 / Children

English Version : Hotel Talya Melaka


This hotel located 3 kilometers from Melaka Sentral Bus Station. Before this, Naza Talya as known as Naza Hotel only.

There have a nice interior design especially in main lobby. There also have 112-rooms with five type of rooms.
Standard, Superior, Deluxe, Executive, and Suite.

The lowest publish rate is RM200 but this hotel always have promotions rate and difference rated between weekday and weekend. Sometimes you can get rate RM120 per night.

For further info about rate you can go HERE

Motel Bukit Serindit

Pengumuman kepada semua pengunjung Negeri Melaka.. kalau ada pengalaman tak dapat carik hotel.. aku dapat info ada motel baru di buka di area Bukit Serindit. Kalau setakat kauorang nak jadikan tempat tidor malam aku rasa tak de masalah... Harga plak tu memang murah. Hanya RM90.00 nett je semalam untuk single room. Kalau nak bilik besar yang muatkan tiga orang RM125.00 nett..

Murahh ni wooo...






kalau kauorang nak booking sila hubungi MOTEL BUKIT SERINDIT di talian 06-2862877
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com