Memaparkan catatan dengan label Makan-makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makan-makan. Papar semua catatan

Isnin, 31 Oktober 2011

Nasi Arab Di Melaka



Kalau nak try Nasi ala Arab aku cadangkan kat area Bukit Katil.. Kalau daripada trafic light JPJ ke Duyong.. selepas Asam Pedas Ramlah sebelah kiri.

Dia buka jam 2 ptg - 4 ptg kemudia jam 6 ptg ke malam...



Aku order Lamb Hanith. Beza antara hanith dan kabsyah ialah hanith ni roasted manakala kabshah ialah 'stim' atau kukus. Kambingnya sangat terasa rempah dan lembut. Serius lembut takde liat-liat. Kemudian aku order Saudi Cocktail yang mengandungi buah Mangga, strawberry dan kurma yang diblend. Rasanya sangat asli dan berbuah. Dah nama minum buah.. mestilah rasa buah. Gambarnya seperti dibawah:


Kemudian aku order Grape leave. Dah nama grape maka isinya pulut itu dikukus menggunakan daun anggur. Rasanya masam-masam sedikit...




Harganya seperti dibawah... Sesekali merasai nikmat nasi arab apa salahnya..




Chow..


Jumaat, 10 Jun 2011

Jom Makan Dalam Nyiru Di Melaka

Kauorang tahu nyiru tak? Alah benda yang dibuat daripada kepingan buluh kot. Lepas tu selalu nenek-nenek dulu buat tampi padi. Itu istilah di Melaka iaitu Tampi Padi, atau dalam bahasa mudah asingkan bendasing daripada padi la.. Rupanya seperti di bawah:


Kat Melaka ada satu restoran yang menjadikan nyiru ini sebagai elemen nilai tambahnya. Ia menggantikan pinggan. Kira alah-alah klasik gitu.



Aku suka nasi lemaknya bersama Ayam Rempah. Mereka menjual makanan pagi hingga tengahari. Petang dah tutup.

Lokasinya adalah di area Keluargaku atau Pusat Zakat Melaka. Carilah bangunan yang menghadap jalan AMJ tu. InsyaAllah nampak seperti di bawah:



Jadi kepada yang nak merasa makan dalam nyiru, jom serbu sambil boleh kenalkan barangan klasik itu kepada anak-anak zaman sekarang. Kalau 10 tahun dulu kauorang makan dalam nyiru ni lepas mak kauorang tampi beras, mahu kauorang kena bawak pergi bomoh malam tu jugak. Kena sampuk katanya.


Rabu, 1 Jun 2011

Misteri Tapai Tok Wan

Teringat pada arwah Tok Wan (nenek) aku. Dulu masa kecil kadang-kadang aku ditinggalkan oleh Mak aku kat rumah dia…

Satu hari Tok Wan aku keluarkan pasu besar.. dengan pulut yang telah direbus bersama kepingan-kepingan putih alah-alah biskut merri (Lepas besar baru aku tahu itu ragi).

Sedang Tok Wan aku mengaul-gaul pulut bersama biskut merri. Akupun bertanya soalan mudah..

“Wan, wan buat apa?” Tanya aku..

Tok Wan aku hanya tersenyum.

“aikkk!!” apsal tak jawab?” getus hatiku.

“Wan, sikit biskut ni” sambil jariku menunjuk ke aras kepingan ragi.

Tok Wan aku tersenyum lagi..

“Wah.. lain macam jer wan aku ni..” bisik hatiku sambil teringat cerita Pontianak Gua Musang yang aku tengok minggu lepas.

Aku perhati betul-betul.. takde plak taring menjongkau keluar.

“Wan.. oo wan.. kenapa tak cakap?” pertanyaan aku mula memberat dan kening aku dah hampir-hampir bercantum kerana mengerutkan dahi.

Tiba-tiba Tok Wan aku tersenyum sambil mengenyit mata.

“Ah, sah wan aku kena sampuk Pontianak Gua Musang. Takpun si Toyol Bachok”

Aku terus ke hadapan peti television. Puas aku fakir macam mana nak lari dari rumah Tok Wan aku ni…

"Takkanlah dia nak hisap darah aku?? Aku kecik lagi. Darah aku bukan banyakpun.. dapatlah secawan jer kot. Pergilah hisap darah Tok Mat Boyot tu.. Dia gemuk. Darah mesti penuh sebesen. Bukan setakat minum, mandi pun boleh.” Olahan hati aku.

Sedang aku melayan persoalan Tok Wan aku datang.

“Hah!! Buat apa tu??” Suara Wan aku menerjah ke telinga hingga hampir membuatkan aku berpurak-purak pengsan.

Dia terus duduk sebelah aku dan bagi tau..
“Tadi wan buat tapai. Kalau buat tapai tak boleh cakap. Tak boleh muka masam… Mesti senyum jer. Kalau tak tapai masam” Terang Tok Wan aku.

“OOOOOooo.. patutlah.” Lega hatiku walaupun aku masih tak puas.. kenapa Tok Wan tak gunakan bahasa isyarat.

“Lagi satu tak boleh buat masa ‘datang bulan’.. nanti merah.” Sambung Tok Wan aku lagi.

“OOOOooooo.”jawab aku sambil melihat dari jendela,
“patutlah hari ini gelap jer.. bulan tak datang rupanya” getus hatiku lagi.

Itu semua kisah 25 tahun dulu.. Nostalgia bersama Arwah Wan aku.. Ntah betul atau tidak petua-petua tu.. akupun tak kaji.
Semasa aku di Universiti beliau menghembuskan nafasnya. Aku sentiasa berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Tamat imbasan aku.. Imbasan setelah aku layan tapai di hadapan aku ni…



Tapai memang sinonim dengan makanan tradisional masyarakat Melayu. Selalunya kat Melaka semasa Kerja Kahwin..
Itu dulu.. tapi hari ini di Melaka telahpun dikomersialkan.
Salah satunya ialah Tapai Pulut Sarimah.



Mengikut pemiliknya beliau memulakan perniagaan tapai pada tahun 1998 dengan modal RM20 sahaja!!. Dia buat lebihkurang 100 bungkus dan letakkan di kedai-kedai makan. Hari demi hari.. setelah hampir 13 tahun, kini beliau memasarkan 50,000 hingga lebih daripada 100,000 bungkus sebulan. Kauorang kalikan dengan harga RM0.60 sebungkus. Sekurang-kurangnya beliau memperolehi lebih RM30,000 sebulan.

Aku bangga she.. bumiputera Berjaya macam ni… Tadi aku perkena plak Tapai Aiskrim kat tempat dia… Mengigil satu badan bila masam + manis + vanilla + sejuk.



Untuk buat tempahan tapai yang terkenal di Melaka, KL dan Singapura ini boleh hubungi pengusaha di talian 06-3853041 atau 016-31536130


Rabu, 13 April 2011

Produk/Premis Ditarik Semula Sijil Halal


Menerusi laman web JAIM yang aku semak hari ini 13 April 2011, berikut senarai produk dan premis yang ditarik semula sijil halalnya.
Oklah... tepuk dada tanya iman.

TAHUN 2009 - 2010

1. DRAGON DELUXE SEAFOOD RESTAURANT SDN. BHD.
Semua Masakan & makanan. Sijil halal ditarik semula pada 21 Disember 2009

2. PRIDE & PRAISE (M) SDN. BHD. “W.S”
Masakan Mee Kuning, Kuey Teow. Sijil halal ditarik semula pada 25 Februari 2010

3. RENAISSANCE MELAKA HOTEL (OLIO RESTAURANT)
Semua Masakan & makanan di Olio Restaurant. Sijil halal ditarik semula pada 3 Ogos 2010


PADA TAHUN 2011

4. DUSUN TROPIKA SDN. BHD.
Semua Masakan & makanan. Sijil halal ditarik semula pada 3 Januari 2011

5. ONG HUP LEE TRADING “Cap Budak dan Kuda”
Kopi Campuran. Sijil halal ditarik semula pada 3 Januari 2011

6. ITALY BAKERY
NO. 155 JALAN BUNGA RAYA,
MELAKA.
NO. SIJIL : A 01853 – A 01854

ITALY BAKERY
NO. 590 JALAN MERDEKA,
TAMAN MELAKA RAYA,
MELAKA.
NO. SIJIL : A 01855 – A 01856

PENGURUS,
ITALY BAKERY,
NO. 31, 31-1, JALAN SP1,
TAMAN SEMABOK PERDANA,
MELAKA.
NO. SIJIL : A 01857 – A 01858

ITALY BAKERY
NO. 33-B JALAN KENANGA 3/25,
TAMAN KENANGA SEKSYEN 3,
BACHANG, MELAKA.
NO. SIJIL : A 01879 – A 01880

ITALY BAKERY
NO. 7, JALAN MELAKA BARU 22,
TAMAN MELAKA BARU,
BATU BERENDAM, MELAKA
NO. SIJIL : A 01881 – A 01882

ITALY BAKERY
NO. 4, JALAN SERI MANGGA,
SEKSYEN 1,
MELAKA.
NO. SIJIL : A 01883 – A 01884

ITALY BAKERY
NO. 3564-B, BUKIT BARU,
MELAKA.
NO. SIJIL : A 01885 – A 01886

Pelbagai jenis kek. Sijil ditarik semula pada 3 Januari 2011

7. D FRESH FOOD INDUSTRIES “D’Fresh”
Produk yang terlibat Minuman Susu Yogurt, Perisa Strawberi, Oren,Anggur, Epal Hijau.
Sijil ditarik semula pada 14 Februari 2011

sumber: JAIM


Jumaat, 1 April 2011

Hard Rock Cafe Di Melaka


Menjelang September tahun depan, Hard Rock Cafe ketiga Malaysia akan dibuka di Melaka di mana menelan belanja RM15juta dan ditempatkan di kawasan Jonker Walk.

Dibina di atas tapak seluas 1,858 meter persegi merupakan cawangan ketiga selepas dibuka di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Pengerusi Hard Rock Cafe menyatakan bahawa mereka akan menerapkan identiti seni bina klasik selaras dengan kawasan Melaka sebagai world heritage atau tapak warisan dunia UNESCO.

Kepada makcik-makcik, lepas ni nak cari pakcik kat sini la ye...

Rabu, 10 November 2010

Karnival Usahawan 2010

Aktiviti Hujung Minggu ini di Melaka...

Jom penuhi hujung minggu bersama keluarga.

Apa yang ada kat sana??? Dengar citer macam-macam gerai jualan ada di sana.


Khamis, 28 Oktober 2010

Karnival Barangan Buatan Malaysia 2010

Hari ini bermulalah Karnival Barangan Buatan Malaysia di Melaka. Tempatnya di MITC Melaka. Ia bermula hari ini iaitu 28 Oktober - 31 Oktober 2010.



Sebenarnya kempen ini dah lama sangat dah.. sejak zaman Tun M lagi dan apa yang dilakukan ini memang bertepatan dalam membangunkan ekonomi negara. kalau kita lihat Korea Selatan, rakyatnya memang sangat patriotik dan mengutamakan barangan sendiri berbanding barangan import.

Bagi aku, aku akan beli barangan buatan Malaysia kalau ia meyakinkan seperti kualiti, namun dari segi barang makanan memang menjadi keutamaan sebab lebih rasa selamat.

Aku rasa rakyat Malaysia pasti akan menyokong barangan buatan Malaysia asalkan ia berkualiti dengan harga berpatutan. Jadi, kepada pengusaha barangan buatan Malaysia pastikan produk anda berkualiti dan aku yakin satu hari nanti produk kauorang bukan sahaja digunapakai oleh orang Malaysia malah menjadi kebanggaan sebagai produk import di luar negara.

Walau bagaimanapun, karnival ni apa salah kita pergi jengah.. mana tahu terjumpa produk yang menepati citarasa kita. Amacam?


Selasa, 26 Oktober 2010

Sate Ikan Melaka


Melaka dah ada sate ikan rupanya.

Pengusahanya Hazlinda Hussain, 38 memperkenalkan sate ikan ini dengan bimbingan Jabatan Perikanan Negeri Melaka menggunakan ikan air tawar seperti ikan patin. Dengar citer ramai orang yang dah mencuba...

Sejak September 2010 produk ini dipasarkan ke kedai-kedai sate di negeri Melaka dan mungkin produk ini bakal dikeluarkan dalam bentuk sejukbeku. Aku dengar citer kalau kat Batu Berendam ni, kat sebelah Jabatan Perikanan Batu Berendam ada kedai menjualnya.

Kata mereka yang mencuba.. rupanya macam ayam tapi rasa macam ikan.

Gambar diambil dari bernama.com


Bagi mereka yang mengidam, carilah kat Jabatan Perikanan Batu Berendam. Ikut peta kat bawah ni... Kalau dari kilang infineon atau NS.. kauorang strait je ke arah LTAM kemudian ikut jalan Batu Berendam lepas tu masuk jalan Mohd Zin tu lepas tu pusing kanan lalu jalan M2 tu.. lepas tu pusing sekali lagi kanan masuk semula jalan Batu Berendam. Kat situ la area jabatan perikanan.. carilah kedai yang jual sate ikan. (Untuk makluman jalan segitiga tu jalan one way. pusing 200 kalipun orang tak marah).


Aku dah cuba?? Maaflah aku belum mengidam lagi nak makan sate ikan tu.. tapi kalau kauorang dah makan.. meh kongsi dengan aku kat sini.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Senarai Hotel Melaka Terima Pengesahan Halal

Bulan Ramadhan ni bersepah-sepah buffet ramadhan.. hotel-hotel kat Melaka pun tak terkecuali. Namun, dalam mencari keredhaan itu kena ingat berbukalah dengan yang sah status halalnya kerana ingat makanan menjadi darah daging. Penat je kita berpuasa tup-tup makan makanan tidak sah halalnya.



So, kat sini aku sertakan senarai hotel yang telah menerima sijil halal. Aku bukan kata yang lain tidak halal cuma TIADA PENGESAHAN HALAL daripada badan yang berwajib.



AMZ RESORT (MELAKA) SDN. BHD.
LEBUH AYER KEROH
75450 AYER KEROH
MELAKA DARUL AZIM

Nama Premis / Dapur :
Sah Sehingga
23/09/2010


Sijil Aktif



A- FAMOSA GOLF RESORT BERHAD
JALAN KEMUS, SIMPANG EMPAT
78000 ALOR GAJAH
MELAKA DARUL AZIM

Nama Premis / Dapur :
Sah Sehingga
23/09/2010


Sijil Aktif



BAYVIEW HOTEL MELAKA
JALAN BENDAHARA
75100 MELAKA
MELAKA DARUL AZIM

Nama Premis / Dapur :
Sah Sehingga
16/07/2011


Sijil Aktif



EVERLY RESORT HOTEL MALACCA
10 KM, JALAN TANJUNG KLING
76400 MELAKA
MELAKA DARUL AZIM

Nama Premis / Dapur :
Sah Sehingga
14/02/2011


Sijil Aktif


5. HOLIDAY INN MELAKA
12, JALAN SYED ABDUL AZIZ
75000 MELAKA
MELAKA DARUL AZIM

Nama Premis / Dapur :
Sah Sehingga
23/09/2010


Sijil Aktif



HOTEL EQUATORIAL MELAKA
JALAN BANDAR HILIR
75000 MELAKA
MELAKA DARUL AZIM

Nama Premis / Dapur :
Sah Sehingga
11/01/2011


Sijil Aktif



HOTEL GRAND CONTINENTAL MELAKA
NO. 20 JALAN TUN SRI LANANG
75100 MELAKA
MELAKA DARUL AZIM

Nama Premis / Dapur :
Sah Sehingga
26/09/2011


Sijil Aktif



HOTEL ORKID MELAKA
ESSENTIAL ASSETS SDN. BHD.
138, JALAN BENDAHARA
75100 MELAKA
MELAKA DARUL AZIM

Nama Premis / Dapur :
Sah Sehingga
30/11/2010


Sijil Aktif



HOTEL PURI MELAKA
118, JALAN TUN TAN CHENG LOCK
75200 MELAKA
MELAKA DARUL AZIM

Nama Premis / Dapur :
Sah Sehingga
26/10/2011


Sijil Aktif



HOTEL SERI COSTA SDN. BHD.
JALAN PM 8
PLAZA MAHKOTA
75000 MELAKA
MELAKA DARUL AZIM

Nama Premis / Dapur :
Sah Sehingga
30/11/2010


Sijil Aktif



HOTEL SERI MALAYSIA MELAKA
LEBUH AYER KEROH
75450 AYER KEROH
MELAKA DARUL AZIM

Nama Premis / Dapur :
Sah Sehingga
21/07/2012


Sijil Aktif



HOTEL STRAITS MERIDIAN
NO. 1, JALAN MALINJA
TAMAN MALINJA, BUKIT BARU
75150 MELAKA
MELAKA DARUL AZIM

Nama Premis / Dapur :
Sah Sehingga
30/11/2010


Sijil Aktif



ISMAH BEACH RESORT
PANTAI PADANG KEMUNTING
78300 MASJID TANAH
MELAKA DARUL AZIM

Nama Premis / Dapur :
Sah Sehingga
16/07/2011


Sijil Aktif



KINGS HOTEL MELAKA
NO. 30, LEBUH AYER KEROH
75450 MELAKA
MELAKA DARUL AZIM

Nama Premis / Dapur :
Sah Sehingga
17/03/2012


Sijil Aktif



MAHKOTA HOTEL MELAKA
NO. 16, JALAN SYED ABDUL AZIZ
75000 MELAKA
MELAKA DARUL AZIM

Nama Premis / Dapur :
Sah Sehingga
04/05/2011


Sijil Aktif



PUTERI RESORT AYER KEROH MELAKA
JALAN PUTERI 1, AYER KEROH
75450 MELAKA
MELAKA DARUL AZIM

Nama Premis / Dapur :
Sah Sehingga
17/03/2011


Sijil Aktif



QUEENSPARK HOTEL
NO. 43, 45, 47, JALAN TMR 24
TAMAN MELAKA RAYA
75000 MELAKA
MELAKA DARUL AZIM

Nama Premis / Dapur :
Sah Sehingga
04/05/2011


Sijil Aktif


18. SHAH BEACH RESORT
9 KM, JALAN TANJUNG KLING
TANJUNG KLING
76400 MELAKA
MELAKA DARUL AZIM

Nama Premis / Dapur :
Sah Sehingga
27/05/2011


Sijil Aktif


19. THE EMPEROR HOTEL MELAKA
123, JLN MUNSYI ABDULLAH
75100 MELAKA
MELAKA DARUL AZIM

Nama Premis / Dapur :
Sah Sehingga
09/11/2010


Sijil Aktif


Butiran ni aku amik kat direktori JAKIM

Kalau nak yang latest.. sila klik di PDF JAIM ni

Rabu, 9 Jun 2010

Ayam Golek 69 Melaka

Semalam.. dalam perjalanan pulang aku macam biasa akan melilaukan mata mencari bahan untuk dimakan. Dalam perjalanan ke Bukit Katil daripada Semabok.. terpandang di sebelah kiri

Memang 69.. tergolek abis.




Harganya RM17-RM18 seekor. Kira puas la makan.

Rasanya?? Hm... sedap jugaklah.. terasa rempah-ratus yang diperap bersama ayam tu.. sos yang digunakan adalah sos lada hitam.

Amacam?? Jom try..

Ahad, 6 Jun 2010

Nasi Kukus Ayam Rempah

Kauorang pernah kadang-kadang rasa macam semua kedai kauorang dah makan.. dan semua makanan kauorang dah rasa.. boleh termenung bila mengenangkan apa yang ingin dimakan.

Tempohari aku begitu jugak hinggalah aku terserempak papan tanda ini berhampiran Sekolah Kebangsaan Datuk Demang Husin, Bukit Katil.



Nasi Kukus + Ayam Rempah. Serius best jugak.. Ayam rempah jer memang betul-betul bau rempah... Rasanyer jangan cakaplah.. gigit sampai ke tulang tuuu..



Ok.. bagi yang nak merasa.. aku guide sikit.. kalau daripada JPJ Bukit Katil, kauorang akan temui Ramlah Kari Kepala Ikan sebelah kiri kan?? Hah! depan sikit kauorang akan temui kedai pakcik ni.. dibuka dari jam 5.00 ptg hingga 11.00 malam.. lebihkurang macam tulah...

Rabu, 19 Mei 2010

Inang-Inang Pulut Buat Minum Petang

Inang-inang ni bukan macam Mak inang kat Istana tu ye.. tapi mungkin zaman dulu Mak Inang la kot yang menghasilkan kueh ni hingga namanya diambil sempena namanya. meh aku cerita pasal kueh ni sebab ianya jarang terdapat diluar.


Kueh ni sebenar dihasilkan daripada pulut. Pulut direbus kemudian diwarnakan mengikut kehendak. Warna warnipun boleh... Lepas tu pulut tersebut diacukan kemudian dijemur hingga kering.




Cara memakannya adalah dengan menggoreng dahulu. Ramai jugak orang luar Melaka complain dapat kueh yang keras kematu. Memang le berrr.. pulut kering.. boleh patah gigi dibuatnya.


Tapi aku rasa salah pengusaha inang-inang ni jugak.. ramai antara mereka tidak menulis di bahagian pembungkus bahawa "Makanan ini Perlu Digoreng Terlebih dahulu".

Jadi, aku harap kepada semua pengusaha ambil inisiatif atas perkara ini supaya ianya menjadi makanan bukan sahaja rakyat malaysia tapi mampu ke arena dunia. InsyaAllah.

Harganya?? Pulut naik harga.. dulu rasanya RM3.00 tapi dengar kata sekarang RM3.50. Kalau ada yang menggidam sangat nak makan.. boleh la email aku.. aku tolong belikan jer.. tapi duit pos tanggung sendiri.

Kalau dapat datang Melaka pilih sendiri lagi bagus.. Jom ke Melaka.




Selasa, 18 Mei 2010

Bajet Makan Ikan bakar Di Melaka

Beberapa hari lepas tekak teragak nak makan ikan bakar tetapi badan penat la pulak!..
Pikir demi pikir.. akhirnya amik keputusan pergi beli tapau je..
Pilihan aku ke Kedai Ikan Bakar Alai.. dekat sikit gamaknya..
Pemilihan Berlaku...

Ikan Siakap aku pilih dalam 700++ gram untuk dibakar




Sotong 5-6 ekor besar punya untuk goreng tepung



Pastu Aku amik Nasi Lemak Tiga Bungkus


Kauorang agak berapa RM???

ye betul.. tak sampai RM50.

Hanya RM30.30 sahaja.

Oleh kerana tokeh tu dah kenal kot rupa aku.. Fresh oren semasa aku menunggu diberikan percuma.

So, kalau bajet nak belanja awek kat Ikan bakar ni.. tak perlu la kauorang ragu-ragu.. setakat duaorang makan aku gerenti tak lebih RM80.00 untuk makan puas. Kira Bawak RM100.00 ada baki untuk isi minyak motor...

tapi tatau la aku kalau ko melantak macam buaya tak makan 30 hari.. mungkin tak cukup gamaknya...


Selasa, 11 Mei 2010

Uptown di Melaka

Melaka sekarang dah ada Uptown mulai 7 Mei 2010 yang lepas. Ianya dibuka daripada jam 6 petang hingga 2 pagi dari hari Jumaat hingga Ahad. Alah uptown ni rasanya ramai yang tahu kot.. alah-alah pasar malam gitu.. Macam-macam ada.. tukang urut pun ada..

Hitam berbisik "Chip.. urut baik ada tak?"

Ceittt.. akal Koldu punya Hitam.

Untuk makluman urut tapak kaki ye.. dikendalikan oleh orang lelaki

Lokasi?? alah kat sebelah Kota Fesyen Ayer Keroh atau lebih mudah seberang jalan Mydin Ayer Keroh.

Hingga hari ini terdapat 68 peniaga ada di sana dan dijangka meningkat hingga ke 100 peniaga. Dijangka penganjur akan menyediakan 260 lot untuk peniaga.. perrgghh gilerrr kalah Pasar Malam Merlimau yang dikatakan antara terpanjang di Melaka ni...

Jadi bagi peniaga yang nak menyewa tapak.. try contact 019-6848080 atau 0196868700. Itu yang tertera di akhbar MHI. Berapa harga tanya taukeh maaa... wa hanya nak tolong..

Jumaat, 7 Mei 2010

Beriani Power di Tesco Melaka

Lepas solat Jumaat, tetiba member ajak pekena Nasi Beriani. Pikir2 paling dekat dengan masjid adalah Tesco.

Hah!! jawapannya Beriani Power la kot. Belum pernah test lagi makanan kat sini.. Terasa nak pekena beriani kambing la plak

Tiba-tiba muncul plak si Hitam berbisik "chip.. chip nak pergi makan nasi beriani kambing darah tinggi la"

Putih membantah. "wey malaun hitam, takde mananya kambing punca darah tinggi. Rasulullah s.a.w dulu makan kambing, takde pape pun. Takkan la Rasulullah makan benda yang bahaya untuk dijadikan contoh kepada umat baginda. Dah kau yang malas bersenam, salahkan kambing plak.

Dah.. dah.. gedebang!!. dua-dua penasihat aku tutup pakai songkok. Aku buat keputusan makan juga beriani kambing kerana Rasulullah dulupun makan kambing sepertimana kata si putih.

si putih berbisik "tapi chip berhenti sebelum kenyang tau... kang kesenduk, mengekeh ketawa si hitam tu...

"taulah aku"

Sebelum melangkah masuk terpampang pelbagai jenis lauk



Lepas masuk.. lagi banyak gambar lauk.



Setelah tengok menu kat bawah ni, akhirnya briani kambing jadi pilihan. Mahal-murah ni satu citer tapi yang penting memenuhi selera.


Kalau pinggan cam kat bawah ni, agak-agak penuhi selera tak???


Putih berbisik.. "Chip.. oh.. chip.. si hitam tengah berdekah-dekah ketawa tengok pinggan bos licin. Dia dah sediakan senduk untuk bos keruk perut akibat kekenyangan"

Ceeiitt hawau punya Hitam!!!

Rabu, 5 Mei 2010

Roti Mat Salai

Kat Melaka sekarang dah banyak dah warung Mat Salai ni..

Mat Salai atau dikenali sebagai Roti Mat Salai ni dikatakan dimulai di Petaling Jaya. Kemudian kini dah meluas ke serata negara (franchise kot)


Konsep Mat Salai ni adalah warung yang menjual pelbagai makanan berbentuk burger la.. Ada 4 jenis berger tak silap aku.. antaranya arnab, kambing, lembu dan ayam. Kemudian dia ada datang dengan pelbagai jenis air campuran sendiri. Teh rasa macam cendol pun ada.. macam seakan ABC pun ada. Tapi kira boleh makanlah...
Bezanya dengan berger biasa.. daging Mat Salai ni dikatakan diadun dengan ramuan/resepi tertentu. Aku sarankan try la.. support makanan tempatan beb.

Selamat mencuba






Rabu, 7 April 2010

Laksa Shake Mydin Buat Promosi

kepada pembaca bumimelaka.. ni ada tawaran menarik daripada owner Laksa Shake di Mydin.. huhuhuhu tak sangka tokeh besar laksa shake pembaca blog picisan ni...



Promosi hebat beliau tataulah sampai bila.. kalau kauorang baca entry aku yang lepas pasal Laksa Shake mungkin kauorang macam takut kat Laksa Shake ni punya harga. Tetapi ari ni diaorang buat promosi giler2.. (tataulah adakah kerana pandangan aku dia buat promosi ni..) 

Makanan standard antarabangsa tapi harga standard restoran biasa. kalau nak try.. masa ni la wey.. esok.. esok.. dia tutup promosi.. nyosal kang.

Tambahan pula kali ni dia boleh buat delivery wey.. tapi sekitar MITC dan bandaraya Melaka jer.. janganlah kauorang duk Chabau atau Ramuan China order delivery... mau lepeh budak delivery nanti..

Apa promosinya?? jom aku sambung..

Menu pilihan dibawah ni berharga RM7.00 setiap satu. 

1)   Asam laksa
2)   Johor Laksa
3)   curry laksa
4)   tomyam laksa
5)   laksa nyonya melaka
6)   sarawak laksa
7)   laksam Kelantan
8)   roti jala kari ayam
9)   bihun sup daging
10) lontong johor sambal sotong

11) sirap bandung cincau (rm2)

+ 5% govt. tax

Ni aku bukan buat affiliate.... amik komisyen jauh sekali.. just nak tolong kengkawan cari rezeki.. mudah-mudahan rezeki akupun murah nanti. InsyaAllah..

Kalau teringin nak rasa, kauorang boleh contact 

Tel no : 06-2322773, 06-2322776, 06-2322770
atau sms 012-3857945

Jangan pukul 3.00 pagi kau sms.. naya la wey... tak silap aku dia tutup sama macam Mydin tu tutup. Lebih kurang agak-agak 10.00 malam. Oraiittss chow..


Isnin, 5 April 2010

Medan Selera Buat Hal Lagi?

Ini berita kurang menyenangkan...

Aku terbaca dalam MHI 4 April 2010 mengatakan bahawa Medan Selera Kawasan Industri Ayer Keroh kotor??? ceiitt... kalau medan selera dah kotor mana nak ada selera wey??

Bagi yang tatahu kawasan ni.. meh aku story kedudukan medan selera ni.. kauorang kalau guna jalan daripada Hospital Pantai ke Tol Ayer Keroh kan ada lalu Shell di mana ia bertentangan dengan Kilang Ornasteel sebelah kanan. Perasan?? Alah sebelah Kilang Mamee tu la... Hah! depan kilang mamee bersebelahan Shell tu kan ada Medan Selera.. yang ramai nau jual Roti John.. Hah! itulah medan selera tu.. 

Ia dilaporkan terdapat banyak sampah sarap dan kayu-kayu buruk yang terbiar. Aku harap bukan sahaja MBMB main peranan, penggeraipun cubalah ye ringan tulang sikit.. Itukan tempat kauorang cari rezeki.. jagalah sama-sama.. baru muafakat namanya...

Tapi aku percaya lepas keluar laporan MHI itu hari, mesti dah bersih tempat tu dikerjakan. Cuma harapan aku cubalah mengekalkan keadaan bersih tersebut terutama Melaka bakal menjadi penganjur SUKMA pada bulan Jun 2010 ni.

Ok Adioss.. Nasihat ikhlas ni...

Sapa kata Melaka Takde Sawah???


Gambar di atas aku amik ketika melalui beberapa kampung kat area Merlimau.. daripada Kg. Simpang.. Kg. Tedong dan Kg. Serkam masih ada mengusahakan Sawah.

Aku percaya belah area Alor Gajah jugak ada beberapa Kg. yang masih mengusahakannya.. begitu jugak sedikit di area Kandang.

Aku pernah dengar cerita Tok Ali berhasrat untuk mengeluarkan beras padi cukup untuk rakyat Melaka untuk menggelakkan sebarang bentuk import beras padi dan ekonomi pesawah rakyat Melaka meningkat. Aku dengar citer jelah.. ntah betul atau tidak.. maklumlah mulut tempayan boleh ditutup mulut manusia Allah je yang tahu. Kalau betul citer tersebut kena tanya perkembangan kat Jabatan Pertanian kot...

Setakat ni aku tengok kat Mydin berlambak lagi beras dari luar... maknanya hasrat murni tersebut masih belum dapat direalisasikan lagi. Mudah-mudahan tercapailah hasrat tersebut ek.

Laksa Shake @ Mydin Melaka

Minggu lepas aku pergi makan kat Laksa Shake tingkat 2 Mydin Ayer Keroh. Sesekali nak makan makanan antarabangsa... Tambahan plak badan kurang sihat.. Order Roti Arab Rendang Tok, Mee Laksa + Limau suam & Milo Ais dan 1 Bungkus Briyani Kambing..

Aku tak tahu la sama ada tekak aku yang tak sedap ataupun makanan tersebut. Tapi aku beratkan tekak aku kot sebab aku dalam keadaan kurang sihat.

Lepas makan.. bil datang RM50.50. Wah boleh tahan jugaklah harganya.. patutlah table aku je terisi orang dalam Laksa Shake ni..

Namun, bagi aku sesekali makan ok pe.. cuma kalau aku boleh bagi pandangan pada owner Laksa Shake.. Cubalah pertimbangkan sikit harga tu.. Memang orang semua mampu nak bayar.. cuma kalau nak regular customer kena pandai juga seimbangkan penawaran dan permintaan. Buat apa letak harga tinggi tapi volume of customer takde. Tul tak??

Kepada yang nak try makan Laksa Shake pastikan bawa duit cukup. Kalau tak jenuh wey nak lari ke bawah mesin ATM. Tambahan pulak anak berderet.. Sesekali nak bawa anak bini rasa makanan standard sikit.. apa salahnya... jom ke Laksa Shake.








Roti Arab Rendang Tok




Mee Laksa


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com