Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah. Papar semua catatan

Isnin, 3 September 2012

Keris Taming Sari



Gambar amik daripada google

Keris Taming Sari memang sinonim dengan Laksamana Hang Tuah pahlawan Melaka. Mitos atau realitinya hanya Taming Sari (nama pahlawan Majapahit) dan Hang Tuah berserta Hang Jebat yang tahu kerana mereka-mereka ini pernah menggunapakai keris lagenda tersebut.

Kebanyakkan orang tahu bagaimana Hang Tuah memperolehi keris tersebut. Sila tonton filem berjudul Hang Tuah lakonan P-Ramlee untuk mengetahuinya.

Keris tersebut dikatakan ditempa daripada gabungan 7 jenis besi termasuk besi kuning yang dimomokkan mempunyai keistimewaan kebal bila menggunakannya. Hinggakan dalam buku Hikayat Hang Tuah karya Kassim Ahmad berwarna hijau (sempat kattam 2 kali masa amik STPM) mengatakan (mengikut ingatan aku) ketika Portugis menyerang Melaka, Hang Tuah telahpun terlalu tua ketika itu. Ditembak Meriam Portugis kena pada Hang Tuah. Hang Tuah hanya Demam tiga hari. Kemudian Hang Tuah bawa diri ke Gunung Ledang. Begitulah kebalnya pemilik keris tersebut. Buku ni memang best.. aku baca rasa macam masuk ke zaman tu. Walaupun hampir sama tebal dengan buku Tun Mahathir namun karya itu buat aku begitu asyik.

Sambung balik...

Ketika Hang Tuah dibuang oleh Sultan Melaka, keris ini diserahkan kepada Hang Jebat. Dengan ilmu kependekaran nombor 2 dibawah Hang Tuah ditambah kelengkapan senjata misteri tersebut menyebabkan Hang Jebat tidak mampu diturunkan oleh sesiapa termasuk tiga lagi sahabatnya. Maka dikatakan Hang Jebat beraja dimata bersultan di hati.

Akhirnya Hang Tuah diampunkan dan dipohon untuk  Hang Tuah  hapuskan Si Jebat.

Sultan : Tuah.. boleh Tuah hapuskan arang yang dicoretkan dimuka beta?

Hang Tuah : Ampun tuanku beribu ampun, sembah patik harap diampun. Pati pacal yang hina akan usahakan sedaya upaya patik.

Sultan : Terima kasih Tuah, kau nyah-kan Si Jebat derhaka itu daripada bumi melaka.blogspot.com ini

Hang Tuah : Menjunjung titah tuanku tapi kembalikan keris patik Taming Sari untuk patik nyah-kan di penderhaka itu.

Sultan : Tuah... Kalau kau aku dah tak suka, keris kopun aku tak mahu. Aku dah kasi sama orang.

Hang Tuah : Sama sapa tuanku?? (Jeng jeng jeng...)

Sultan : Sama si Jebat (Jeng Jeng Jeng)

Hang Tuah : Kalau Taming Sari di tangan Jebat, jangan katakan nyah-kan si Jebat,  auww -kanpun belum tentu" kata perlahan Hang Tuah bila mengenang Taming Sari di tangan Jebat.

** sketsa ini tiada kaitan dengan mana-mana watak berkaitan kerana ia rekaan penulis semata-mata untuk lebih memahamkan diri sendiri.

HARI INI

Setelah beratus tahun penamat keris tersebut muncul dengan pelbagai versi.

Versi 1:

Kebanyakkan orang Melaka percaya keris tersebut dicampakkan ke Sungai Duyong dan tiba-tiba seekor buaya putih  menjelma serta menelan keris tersebut. Lalu bersemadi di dalam Sungai berpenunggu tersebut hingga satu masa diperlukan kelak.

Versi 2:

Ada juga cakap-cakap bahawa keris tersebut diserahkan oleh Hang Tuah kembali kepada Paduka Sultan hingga berlakunya proses Paduka Sultan keluar daripada Melaka akibat serangan Portugis dan mewariskan keris tersebut kepada pewaris yang kini berada di Kesultanan Perak. Dikatakan susur galur Kesultanan  Perak berasal daripada Kesultanan Melayu Melaka. Kini dikatakan tersimpan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak,

Versi 3:

Keris tersebut dikatakan telah disembunyikan di Pulau Besar yang dianggap oleh keramat oleh sesetengah orang.

Walau apapun versi, tiada siapapun mampu mengesahkan dan menjadi rahsia. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Apapun cerita tentang taming sari, namun tetaplah kita sebagai seorang Islam bahawa tiada benda yang lebih berkuasa daripada Allah dan sebarang kemudaratan itu berlaku dengan keizinanNYA jua.

Hang Tuah dan Hang Jebat, siapakah yang benar???? nantikan jika diizinkan aku citer ikut idealogi aku.



Khamis, 12 Julai 2012

Pemberontakan Pertama Di Melaka

Lama plak aku tak ceritera pasal Sejarah Melaka.. meh kita zoommmm...

Bila baca cerita pasal Mesir, Syria, Iraq dll maka terimbas kita tentang pemberontakan. 

Kisah dibawah ini bukan kisah 100% benar dan ianya disesuaikan dengan humor agar anak muda tak rasa menyampah dengan sejarah. Ia juga tiada kaitan dengan sesiapa atau apapun kecuali lipatan sejarah semata-mata.

Mengikut kisah, pemberontakan pertama di Melaka ialah ketika zaman Raja Ibrahim yang bergelar Parameswara Dewa Syah. Sapa Raja Ibrahim?? Baginda anak kepada Sultan Muhammad Syah (1424 - 1444) dan bondanya iaitu Puteri Rokan.  Baginda mempunyai abang ibu lain iaitu Raja Kassim di mana ibunya ialah Tun Wati anak Mani Purindan. Orang Kebanyakan. Pehh pening... Faham? Tak faham lantak la... aku nak citer pasal pemberontakan bukannya salasilah.. Itu lain kali aku citer.

Walaupun dari segi senioriti Raja Kassim patut take over tahta Melaka, namun disebabkan campur tangan bapa saudaranya Raja Rokan, Raja Kassim telah diusir dengan alasan ibunya orang kebanyakan.Hakikatnya ramai pembesar kureng dengan pemerintahan Raja Ibrahim yang dianggap boneka kepada Sultan Rokan, namun pembesar masih bersabar disebabkan umur muda Raja Ibrahim.

Raja Kassim pun keluarlah dari Istana duduk di perkampungan nelayan bernama Umbai (yang ni aku belasah je). Di perkampungan nelayan itu berjumpalah Raja Kassim dengan Maulana Jalalludin yang tiada kaitannya dengan Jalalludin Hassan. 

Lama jugak Raja Kassim termenung kat jeti sambil tengok ikan belacak ternguit-nguit kat lumpur. Sekali tengok dah macam adik dia jer.. sakiittt je hati. Tun Ali iaitu bapa saudara Raja Kassim merangkap Penghulu Bendahari tengok pun sedih je.. 

"Hari-hari termenung kesian plak aku tengoknya maulana" kata Tun Ali kepada Maulana

"Iyolah.. dah hitam dah kulit dio asyik berjomur jer" Balas Maulana

"Apa kata kita ramai-ramai anjurkan demonstrasi bersih 1.0001 nak tak?" Kata Tun Ali lagi

"Gilo ko nak buek demontrasi.. Kang MRU (Melaka Reserved Unit) sembor air, kocut tolo den" Kata Maulana.

"Ye tak ye jugak.. Kalau begitu kita serang jelah Istana.. nanti aku kawtim dengan pembesar lain" Cadang Tun Ali.

"Itu den sotuju!! sobab MRU tak sompat laei nak nimba air kat parit nuu.." Panjang muncung Maulana.

Maka merekapun buatlah analisis SWOT bagi menjayakan rancangan tersebut. Hampir semua pembesar bersetuju dengan rancangan Tun Ali termasuklah Bendahara Seri Wak Raja yang memang berbulu je dengan tindak tanduk Raja Rokan ibarat bersultan di mata beraja di hati. 

Malam yang dinantikan tiba, mereka terus masuk ke Istana dan bertempur. Tentera Melaka yang melihat Bendahara Seri Wak Raja memainkan peranan telahpun berpihak kepada Bendahara. Maka berlakulah pertempuran antara tentera Melaka vs Tentera Raja Rokan. Setelah 7 jam bertempur termasuk tolak solat Jumaat dan buang air kecil serta besar, maka berlakulah peristiwa di mana Raja Rokan ingin melindungi (memeluk) Raja Ibrahim tertusuk kerisnya  ke perut Raja Ibrahim. Lepas tu Raja Rokan juga dibunuh oleh tentera Melaka.

Parameswara Dewa Syah ataupun Raja Ibrahim pun mangkat dan dimakamkan dengan gelaran Abu Syahid, dimana pemerintahannya hanya sekitar 17 bulan sahaja.

Setelah itu tertaballah Raja Kassim dan digelar Sultan Muzaffar Syah.

Khamis, 19 Januari 2012

New York Times Pilih Melaka Dalam 45 Tempat Di Dunia

New York Times memilih Melaka sebagai tempat ke 28 daripada 45 tempat yang perlu dilawati pada tahun 2012. Di mana tempat ke 45 adalah Portovenere, Itali.


Sebagai Negeri pelancongan, tentulah ini sesuatu yang dibanggakan apabila ianya dapat sebaris dengan tempat-tempat pelancongan lain di dunia.

Kenyataan travel.nytimes.com menerusi websitenya seperti berikut:

28. Malacca, Malaysia
A World Heritage site ramps up its tourism options.

Slide Show
With its lantern-lighted canals and silent, narrow streets lined with decades-old ornate temples and shop houses, few places in Southeast Asia conjure romantic images of the past as effectively as Malacca, Malaysia’s oldest city. A former Portuguese, Dutch and British colony, this Unesco World Heritage site is now attracting record numbers of tourists lured by its unusual architecture and cuisine, which reflect centuries of foreign influences.
More than seven million visitors are expected in 2011, so the town, about 90 miles southeast of the capital, Kuala Lumpur, is welcoming new hotels like the Casa del Rio, a Portuguese-inspired luxury boutique property with 66 rooms; and Courtyard@Heeren, a 100-year-old shop house converted into a 14-room hotel. When you’re not exploring places like the 17th-century former Dutch town hall or Jonker Street’s antiques shops, gorge on Malacca’s outstanding local specialties, like creamy, piquant nyonya laksa at the family-run Donald & Lily’s. NAOMI LINDT

Semoga 2012, Melaka semakin bertambah maju. Pautannya Di Sini
 

Khamis, 16 Jun 2011

Permulaan Hubungan China - Melaka

Kisah ini dipetik dari sumber sejarah sedia ada namun terdapat banyak penambahan untuk menyedapkan cerita. Oleh itu ianya tidak boleh diambil sebagai rujukan utama.


Melaka dan China merupakan negara sahabat yang amat erat sejak tahun 1400 an. Itu sebab tak heran Perdana Menteri China memilih melawat melaka sempena lawatan mereka ke Malaysia tahun lepas... dan Melaka menghadiahkan air laut Selat Melaka sebagai simbolik keakraban mereka melalui Selat Melaka.

Jom aku bawa imbasan ke zaman tahun 1400 lalu..


# tiuuuuytttttttt chegesssss# (sound efek mesin masa)

Pada tahun 1403, Maharaja China bernama Yung Long telah mendapat firasat wujud sinar yang memancar di sebelah selatan China. Lalu baginda memerintahkan Setiausaha Khas baginda yang boleh dipanggil sebagai SK menyampaikan amanat dan saranan baginda kepada pembesar yang lain.

lalu SK pun memanggil ahlil nujumnya dengan segera.

SK: Ahli Nujum Malang Pelapu Kepunding Mala Sekeper, Baginda Sultana ale lapat pilasat di silatan nigala kita ale cahaya manyak teranggg maaa...

Ahli Nujum: Itu bimaksud tuan SK akan kena deman malaria tapioka.

SK: Eh.. talak.. talak... itu cahaya sipi-sipi. Sibinarnya Baginda Sultan tipis kena muka Di Lek Ter Ahmad Nisfu.

(Terketar-ketar Di Lek Ter bila namanya disebut

Di Lek Ter: Wa lasa ha SK.. sana timpat mannyaakkk bagus loo. Kita musti anta olang maaa.. Ini Ahli Nujum manyak mengong. cilakak.. musyuk punya olang.

SK: Wa situju sama lu Di Lek ter. Wa lasa baginda Sultanpun situju. Pingawal!! panggil Yin Ching kemali

Pengawal: Minah Kumali ale kat India tuanku.

SK:
Wa kata Yin Chin Kemali. Kemali kemali la pekak. Aiyaa.. lapat pingawalpun pikak. chi sing.

Pengawal: Ai ai Chip.

Beberapa ketika Yin Ching pun datang. Sambil terkebas-kebas lengan baju.. dia datang menyembah.

SK: Wa mahu lu pigi Silatan Nigala kita.. Cali 5 Pulau atau olang Cina panggil "Wu Shu" and jalinkan hubungan silatulahim sama lia olang. Bawa sikali hadiah-hadiah baiikk punya dali kita.

Yin Ching: err.. kita bukan olang Cina ke SK?

SK: Aiyyaa.. mimanglah kita olang China tapi masa lalam penulisan blog olang tatak tau maaa... Sulah!! pigi cipat.

Yin Ching: wokey. wokey. (sambil kebas lengan baju mintak izin pergi)

Maka pada tahun 1404, Yin Ching pun bertolak ke Selatan China hingga berjumpa Melaka. Langsung terjalinlah hubungan diplomatik yang pertama antara China dan Melaka. Hubungan itu terjalin menerusi bukan sahaja perdagangan malah politik juga. China yang merupakan antara negara terkuat ketika itu sudah pasti disambut baik oleh Parameswara.

Di antara tahun 1404 - 1410, Laksamana Cheng Ho melawat Melaka dua kali manakala Melaka telah menghantar tiga utusan ke China.

Hubungan baik ini telah menyebabkan Melaka menjadi macam adik kepada China. Kira China ni abang besar Melaka. Hingga Siam pun diwarningnya

Satu ketika Parameswara pun pernah bersama-sama 540 orang pembesar dan istana mengikuti Laksamana Cheng Ho ke China. Lepak sana tengok sutera, periuk, tembikar, Opera China dan sebagainya.

Hubungan baik ini diteruskan sehinggalah hari ini.

##Chekehhh.. ttiuuyuytttttt cessss Febregas## mesin masa kembali semula.

Rabu, 25 Mei 2011

Panglima Awang Pertama Mengelilingi Dunia


Aku harap kauorang dah ulangkaji pengkisahan Panglima Awang di sini terlebih dahulu.

Aku ringkaskan.. Untuk laluan Magellan berwarna merah manakala laluan Panglima Awang berwarna hitam. Sila rujuk peta di bawah:


Pada 10 Ogos 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis yang diketuai oleh Alfonso de Alburqueque. Ketika menjatuhkan Melaka ini Magellan merupakan salah seorang pegawai Alfonso.

Pada tahun 1512 setelah dirikan kubu dan pastikan Melaka selamat, mereka belayar semula ke Goa, India kemudia kembali ke Portugal. Pada masa yang sama Panglima Awang atau Henry The Black telah dibawa oleh Portugis iaitu Magellan untuk dijual, namun dikekalkan dengan membawa ke Portugal. Di sini bermulalah kisah pengembaraan Panglima Awang kelautan luas.


Mungkin pada tahun 1513 atau 1514 Panglima Awang memula menetap di Portugal.

Pada tahun 1519, Magellan sekali lagi keluar untuk menggembara dan di bawa sekali Panglima Awang.Jadi mereka mengembara dengan Panglima Awang diberikan kepercayaan mengemudi kapal tersebut.

Pada tahun 1521 mereka sampai di Mactan, area Filipina dan Magellan menghembuskan nafas di situ. Elcano iaitu pembantu Magellan mengambil alih perjalanan untuk terus ke Portugal semula.

Manakala Panglima Awang kembali ke Melaka melalui Brunei dengan bantuan Kerajaan Cepu.

Elcano sampai di Portugal semula pada 6 September 1522 iaitu makan masa setahun,

MUNGKINKAH Panglima Awang telahpun kembali semula ke Melaka dalam tahun 1521 ataupun awal tahun 1522 atau erti kata lain lebih awal daripada Elcano

Kalau betul, maka Panglima Awanglah orang pertama mengelilingi dunia dengan memakan masa 9 tahun (1512 – 1521).

Yeah masa bukanlah faktor utama dalam mengelilingi dunia. Kalau begitu mengapa kita tak bangga Rakyat Malaysia khususnya Melaka dan beragama Islam yang pertama mengelilingi dunia. Sebabnya kita tak pernah cuba kaji, kalau kajipun ada plak Si Kitul moden menafikan dan sudi membiarkan barat bangga dengan segalanya mereka yang mulakan. Walau apapun yang penting hati kita. Kalau kita rasa kita bangga dengan sejarah kita.. maka kita luaskan samapai anak cucu kita tahu kisah ini.

Namun kisah ini juga telah diterbitkan dalam buku bertajuk PANGLIMA AWANG. Terdapat beberapa edisi. Mungkin sekarang dah susuah jumpa kot. Kalau adapun, mereka menjual dengan harga agak tinggi.


Chow.

Khamis, 19 Mei 2011

Kisah Siam Serang Melaka


Dah lama plak aku tak citer pasal sejarah Melaka. Meh aku citer pasal Siam dengan Melaka.

Diriwayatkan Siam ni memang iri nau hatinya dengan Melaka.

Ianya bermula ketika Parameswara berada di Temasik. (Kisah dulu) Ketika itu Siam memang kepingin Temasik ibarat kepingin makan buah bachang bersama sambal belacan. Bila Parameswara lepak Melaka, dendam kesumat itu terus berbunga.

Beberapa kali dia ugut akan serang Melaka yang dibuka oleh Parameswara. Kira macam dialog citer P. Ramlee – Musang Berjanggut.

“Ceeessss!!! Manusia durjana. Kata-katamu sungguh angkuh. Harimau di hutan dapat ku jinak, inikan pula kucing pelihara”. Ugut Raja Siam.

“Biar berdentum guruh di langit, bumi tak hancur sebelum kiamat. Ha ha ha” balas Parameswara.

Dari semasa ke semasa Melaka dan China menjalinkan talian, maka Laksamana Cheng Ho turut memberi amaran kepada Siam.

“lu ahhh.. belani sintuh ini Milaka.. mimang cilaka hidup lu… sititik dalah Milaka jatuh kibumi.. seluluh Siam wa lenyek-lenyek jali bilacan. Waachaa!” Kata Laksamana Cheng Ho.

Walaupun cabaran tersebut tak disambut keras oleh Siam, namun, nyorok-nyorok Siam cuba jugak menyerang Melaka. Siam pernah berusaha menyerang melalui darat iaitu daripada Pahang yang ketka itu jajahan Siam.

Cubaan demi cubaan dipatahkan…Apabila gagal, Siam turut cuba menyerang melalui Laut. Ketika itu Siam mengarahkan seluruh angkatan laut perang menyerang Melaka.

Melaka yang diperintah oleh Sultan Muzaffar Shah ketika itu telah mengarahkan Bendahara Tun Perak menangani Siam.

Dengan kebijaksanaan Bendahara Tun Perak, tentera Melaka telah diminta memacang seberapa banyak andang api atau obor di sepanjang sungai Melaka. Ada la dalam dua juta obor (aku agak jer… dah takde Jabatan Statistik ketika itu). Maka dari laut, Siam memerhati.. berjuta tentera Melaka menunggu.. terbantutlah hasrat Siam kerana sibuk memikir bila masa plak rakyat Melaka bertambah dengan mendadak.

Selepas peristiwa itu tamatlah ugutan Siam ke negeri Melaka.

Jumaat, 22 April 2011

Keadaan Melaka Sebelum Parameswara Datang

Kauorang tahu tak sebelum Parameswara datang Melaka dan mengalami peristiwa ini, bagaimana keadaan Melaka???
Meh ikuti kajian bijak pandai termasuklah cerita nenek moyang orang Melaka..

ce citer... ce citer...

Kerajaan Melaka ni dikatakan ditubuh di Bukit Melaka di mana lepas kedatangan Portugis albukaki dikenali sebagai Bukit St. Paul. (berapa banyak perkataan -di- daaa).
Bukit Melaka tu memang tebing laut di mana ntah tahun ke berapa zaman moden, tanah berdirinya Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan ditambak oleh Kerajaan Negeri Melaka hari ini.

Menurut ceriteria terdapat satu penempatan kecil di area muara Sungai Melaka (Mungkin kat Bangunan Merah tu). Ia didiami lebih kurang 10 - 20 keluarga Orang Selat ataupun masyarakat nelayan selat. Kerjanya ke laut jelah.. muak giler agaknya makan makanan laut. Ntah berapa ramai yang kena gout akibat banyak sangat makan kerang, udang, ketam dan kupang.

Kancil putih tu macam ayam dalam reban je diaorang bela.. pokok Melaka tu macam pokok kelapa ditepi pantai.. Muda mudi merendekpun bawah pokok Melaka.. tiada orang yang menghalang pe-rendek-an itu kerana JAIM belum lagi diwujudkan. Begitu juga MAIM.

Kemudian barulah Parameswara muncul daripada Bertam ulu selepas kembali dari pengembaraan di Singapura dan terus mendirikan Istana berhampiran Sungai Melaka. Sementara itu pengikut duduk di bertentangan sungai. Barulah ada tanaman padi dan sebagainya.. pekerjaan mula dipelbagaikan. Sistem barter mula diperkenalkan secara tidak rasmi.

Setelah puas asyik-asyik berenang je kalau nak mengadap Sultan, maka merekapun membina satu jambatan kayu bagi menghubungkan Parameswara dan rakyat. Bermula la kisah kesetiaan rakyat dan raja di Melaka.

Itulah kisahnya yang disebut dari mulut ke mulut...

Sekian.

Khamis, 31 Mac 2011

Bagaimana Melaka Boleh tewas Di Tangan Portugis


Kisah ni tidak termasuk dalam buku teks dan TIDAK BOLEH dijadikan bahan rujukan sama sekali. Kisah ini juga tiada kaitan dengan yang hidup atau meninggal dunia. Ia hanyalah cerita dongengan orang Melaka. Aku harap orang Melaka atau orang minang tak marah sebab dalam kisah ni.. tak de nak mengata sesapa.. Ianya hanya kisah dan teladan. Kalau fikir mendalam ianya boleh dijadikan iktibar dalam kehidupan semasa.

Memang ramai yang tidak ketahui bahwa macam mana Melaka yang sangat gagah boleh tewas ke tangan Portugis pada tahun 1511. Dengan kekuatan Laksamana Hang Tuah yang terletak di huruf 'Thah', mustahil Melaka boleh ditewaskan dengan mudah.

Alkisahnya begini, ketika tahun 1511, Hang Tuah telahpun sangat tua... dan telahpun membawa diri. Akhirnya tinggallah sultan pada ketika itu memerintah... Dulu Negeri Sembilan sebahagian daripada Negeri Melaka. Kira orang Negeri Sembilan tu orang Melaka cuma mereka tetap dengan adat pepatih dan cakap minang. Setelah ketiadaan Hang Tuah, Sultan Melaka telahpun melantik Laksamana dari kalangan orang minang. Kira gilir-gilirlah.. sebelum ni orang jati Melaka.. ni tukar orang Minang plak.. Walau bagaimanapun, tentera Melaka masih daripada puak Datuk Bendahara dan Temenggong.

Apabila kapal-kapal Alfonso de albukek datang ke Melaka, maka tiada gentarlah orang Melaka. Keris dan lembing digengam erat. Mata panah dihala ke laut Selat Melaka... semuanya menunggu musuh menjelma. Panji-panji Melaka dikibar dengan megah, semegah darah Jebat mengalir. Semangat berkobar-kobar ke udara, sepanas peluh Tuah dikeringat. Nampak gaya tidak seinci pun tanah di Melaka mampu ditawan oleh Portugis.

Dengan kebijaksanaan Laksamana Melaka, Mereka bercadang untuk berlawan di atas daratan kerana tidak sanggup melayan bedilan meriam di lautan. Maka diutuskan Sang Bujal Suram sebagai utusan diajak beradu kekuatan pasukan tentera di atas tanah bernama Dataran Sejarah.. (errrr.. ni hentam je) Setelah kedua-dua pasukan bersiap mengadap antara satu sama lain.. tampil kedua-dua laksamana daripada Melaka dan Portugis. Laksamana Melaka tersenyum kerana dengan keyakinan bahawa laungan satu serangan pasti tentera portugal menjadi tin alumunium dipijak-pijak untuk dijual pada apek tin.

“den raso orang portugal tu.. sonang jo nak dikalahkan” tiba-tiba laksamana bersuara kepada timbalan dan naib laksamana 1 serta ketua pemudanya.
“Betul tu Datuk Laksamana” balas Timbalan Ketua Pemuda, sambil dijeling tajam ketua pemuda. Keadaan semakin genting... Tentera Portugal sedia dengan senapang!!!

Tentera Melaka sedia dengan keris dan pedang.. tunggu arahan pertama dikeluarkan daripada mulut sang laksamana berantai tersebut. Laksamana menarik nafas panjang kerana bakal keluarkan satu laungan serangan.. Dengan pekikan seguruh gempita.. laksamana menjerit..

”SORANGGGGG!!!!!!"

Berlarilah dengan gagah seorang tentara Melaka.. tersungkur ditembak 7 das.

”SORANGGGGG DEN KATO”.. JERIT Laksamana lagi..
Berlarilah dengan gagah seorang lagi tentara Melaka.. tersungkur ditembak 5 das.

”DEN KATO SORANG.. SORANG LAH.. EKAU NI DOGIL BOTULL LA”
Berlarilah lagi seorang tentera.. juga tewas dihujung senapang..

Setelah beberapa ratus kali.. akhirnya tinggal sikit tentera Melaka.. akhirnya berundurlah Laksamana bersama Timbalan dan naib-naibnya serta ketua pemuda ke Istana Melaka. Sultan Melaka sangat murka dan pelik mengapa tentera yang gagah ini boleh kalah.
Laksamana menyampaikan laporan kerana sakitnya hati pada tentera yang tidak setia kepadanya
“Ampun Tuanku beribu ampun, den dah suruh tentero kito sorang ramai-ramai tapi yang poeinya sorang-sorang.. memanglah kalah tuanku”

Tiba-tiba Sang Bujal Suram bersuara: "laaah.. tadi Datuk Laksamana suruh serang semua ke?? Kami ingatkan seorang demi seorang.. kira miskomunikesen la kita ni".

Berbulu telinga Sultan Melaka mendengar cerita bala tenteranya. Rasa nak ditunjal-tunjal jer kepala seorang-seorang. Akhirnya baginda melarikan diri ke Muar. Sekian.

Khamis, 20 Mei 2010

Animasi Empayar Melaka

Aku masih ingat masa salah satu pameran ICT di salah satu tempat di Ayer Keroh, aku terpandang satu animasi yang dirancang dibuat untuk Melaka.

Namun sayangnya mereka sedang dalam mendapatkan peruntukan bagi menyiapkan animasi tersebut. Kalau tengok trailer dia memang dashat citer ni.Animasi ni berjudul Empayar melaka.



Jadi sekarang aku tatau la sama ada animasi tu dibuat atau tidak. sayangnya kalau animasi tu tidak dibuat. Kalau untuk dijadikan rujukan sejarah mesti lagi budak sekolah cepat faham. Fuhhh!!

Rabu, 19 Mei 2010

Hari Falak/ Astronomi Peringkat Negeri Melaka

Komplaks Falak Al Khawarizmi, Melaka


Pada 22 - 23 Mei 2010 ni akan ada Hari Falak / Astronomi kali ke 7 peringkat Negeri Melaka. Venue nya adalah di Komplak Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara. Pelbagai Acara telah diatur pada kedua-dua hari tersebut termasuk pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tadika, lawatan, tayangan 3D, pameran astronomi dan sebagainya.



So, Hujung minggu ni, warga Melaka atau Luar Melaka yang berminat mengenai aero-angkasa jom terjah Kompleks Falak Al-Khawarizmi.. Bawak anak-anak sama.. mana tahu boleh jadi macam Ibn. Firnas, Al Battani, Al-Khawarizmi dan sebagainya.




Selasa, 2 Mac 2010

Sejarah Melaka (Bab 6: Pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah)

Dah lama giler aku tak sambut kisah sejarah Melaka ni.. Kini bab 6 sambung daripada Bab 5.

Selepas Sultan Mansur mangkat.. anakandanya bersama Puteri Majapahit take over iaitu Raja Hussain di mana kemudian baginda tukar nama kepada Sultan Alaudin Riayat Shah. Nama ni sedap beb..
Ketika take over ni Sultan Alaudin baru berusia 15 tahun. Tapi beliau sangat tegas dan bijak memerintah Negeri Melaka.

Didikan agama yang kuat menyebabkan Sultan ni dikatakan paling mesra rakyat. Baginda sanggup menyamar dan berjalan sekitar Melaka pada waktu malam untuk mengetahui permasalahan rakyat. Tambahan pula, baginda disupport oleh Bendaraha yang banyak pengalaman iaitu Bendahara Tun Perak. Kira jawatan tu baginda kekalkan sejak zaman Sultan Mansur.

Dikatakan di zaman pemerintahan baginda, Negeri Melaka amat aman dan selamat untuk dijadikan pusat perdagangan.

Namun, seperti kata orang-orang tua, orang yang baik selalunya disayangi Tuhan. Akhirnya baginda mangkat ketika umur 30 tahun. Di sini pelbagai versi mengatakan baginda memerintah hanya 10 tahun.. ada yang kata 15 tahun... semuanya hanya Allah yang Maha Mengetahui.

baginda dikatakan diracun di Paguh.. dan meninggalkan isterinya Tun Senaja (anakanda Tun Ali dan Tun Kudu) dan anak-anaknya

  1. Raja Zainal
  2. Raja Munawar
  3. Raja Hitam
  4. Raja Mahmud
  5. Raja Fatimah
Setelah baginda mangkat.. ankandanya Raja Mahmud take over nanti.. Tunggu.



Khamis, 18 Februari 2010

Melaka Usul Undi Percaya

Ahakss.. judul gempak tak ingat!!!

Website Kerajaan Negeri Melaka membuat undian tentang tempat pelancongan yang paling utama ingin dikunjungi...

Tercalon lima tempat

  1. River Cruise
  2. Menara taming Sari
  3. Eye On Malaysia
  4. Kota A'Famosa
  5. Kampung Buku Melaka

Daripada 144 undian tersebut, 47 orang nak pergi River Cruise...

Aik EOM pun ada nak pergi?? mungkin sebab dah takde kot.. yelah barang takde selalunya dirindui...

Kauorang Pulak?? nak pergi mana?? aku nak buat poll rasanya macam tak berbaloi.. Yelah picisan je blog aku ni..

So, mungkin kauorang boleh bagi komen tempat yang ingin kauorang lawati kat Melaka ni... satu dua perkataan pun boleh. letak link kauorang sekali sebab perangai aku.. sapa komen kat blog aku.. aku mesti komen kat blog dia.. Maknanya setiap jejak yang kauorang tinggalkan tidaklah sia-sia... InsyaAllah aku datang blog kauorang..



Jenjalan Atas Sungai Melaka

Sungai Melaka kini dah berubah wajah.. 10-15 tahun dulu.. air punyalah keroh.. hanya biawak je boleh hidup. Hari ni.. sungai dah menghijau menandakan banyak plankton dah boleh hidup.. Bila Plankton dah boleh hidup bermakna ikan dah boleh carik makan... Bila Ikan Dah boleh carik makan maka manusia pun boleh carik makan jugak.



Aku tak nafikan beratus juta duit dikeluarkan untuk bangunkan semula sungai ni.. tapi kalau fikir logik.. amat berbaloi duit tu dibelanjakan dan hasilnya amat memuaskan. Dulu Sungai Melaka dianggap sungai mati... mau tahap 5 kot.

Sekang aku rasa dah tahap 3 atau 2 bermakna hidupan dah boleh hidup.

Nak jernih macam air mineral memang la makan masa.. lumpur kedahak semua gangbang ada dalam tu.. tetiba dalam masa singkat nak suh jernih.. kabana la..

Bau dah hilangpun dah kira ok...

Aku rasa lagi 5 tahun boleh kot kalau nak jernih... InsyaAllah..


Aku masih ingat ada beberapa negeri ingin belajar cara Melaka mengendalikan sungai tersebut.. dan dengar citer Kerajaan Negeri tiada masalah dalam berkongsi pengalaman tersebut.

Di sungai tersebut kini disediakan perkhidmatan feri menyusuri sungai tersebut. Jangan pandang lekeh.. ketika Majlis Raja-raja di negeri Melaka ada sultan-sultan kita telah sudi mencemar duli menaiki feri tersebut menyusuri Sungai Melaka.. Menjunjung kasih Tuanku. Tak silap aku masa tu zaman Tuanku Sultan Perlis jadi DYMM Yang Dipertuan Agong. Kira tahap tinggi jugak lah perkhidmatan feri ni beb. Amacam? Moh rasa.



Bagi perkhidmatan Melaka River Cruise 4 buah jeti telah dibina bagi kemudahan pembelian tiket serta menaiki bot. Jeti seperti berikut :-

• Jeti Taman Rempah Ratus ( Spice Garden ) di Jalan Tun Sri Lanang

• Jeti Medan MBMB di Jalan Bunga Raya

• Jeti Padang Nyiru di Jalan Laksamana

• Jeti Quayside di Jalan Merdeka


Nak naik memang kena bayau bro.. kalau free pakcik drebar feri nak makan apa?

Dewasa : RM 10.00

Kanak kanak : RM 5.00 ( 2 tahun hingga 12 tahun )

Kanak kanak bawah 2 tahun adalah percuma.

Bot VIP

Dewasa : RM 20.00

Kanak kanak : RM 10.00 ( 2 tahun hingga 12 tahun )

Kanak kanak bawah 2 tahun adalah percuma.

Menyusuri Sungai Melaka dengan menggunakan perkhidmatan bot VIP, pelanggan akan dihiburkan dengan artis yang telah dilantik oleh pihak perbadanan serta pelanggan akan lebih selesa kerana bot VIP hanya membawa 20 orang pada satu-satu masa.


Kini satu pakej baru telahpun dibuat iaitu makan di atas feri tu.. tak silap aku RM500 pakej untuk 10 orang kot.





Selasa, 9 Februari 2010

Siri VI : Meneroka Pulau Dengan Teksi Air (Pulau Besar)

Aku sambung lagi dari Siri V.. perghhh.. bila nak abis ni daaa...

Ok lepas Pulau Serimbun sebelah kiri bot yang aku naik adalah Pulau Besar. Nak tau kenapa panggil Pulau Besar?? sebab skrin kamera aku tak boleh amik gambar full.. maknanya Pulau Besar. kat Pulau ni kitaorang pusing dgn bot sekeliling.


Ni jeti Pulau Besar

Semua Feri akan naik daripada sini


Ini dari arah laut lepas (pandangan dari Indonesia)


Pulau Besar ni dikatakan lebih misteri daripada semua pulau di sekitar. Kemisteriannya dimulakan dengan adanya makam waris Nabi Muhammad. Wallahualam.. hanya allah yang Maha Mengetahui. namun kebanyakan India Muslim amat mempercayai perkara ini.

Kalau zaman aku kecik-kecik dulu.. sini tempat penguji ilmu persilatan yang dibelajau. Namun, kini Kerajaan Negri dah bangunkan Pulau ni sebagai salah satu pusat pelancongan. Kini terdapat satu resort di sana.

gambar bawah ni salah satu daripada dua resort yang terbengkalai.. tataulah kalau owner dia akan teruskan projek ni.. Owner dia sapa?? emmm.. takyah la bagitau ek. Kalau serius nak tau email aku.

Sebenarnya terlalu banyak kisah dalam pulau ni.. kalau aku citer mau lagi 3 entry.. tapi aku rasa kauorangpun boleh search kat tempat lain jugak kot. Namun, kalau ada permintaan aku boleh jugak buat entrynya pada masa akan datang. Dengar tu.. kalau ada permintaan.. kalau takde.. aku buat citer lain je..

Pulau ni berhantu?? ceiitt.. itu semuakan hambaNYA jua.. lagipun mana-mana tempat ada syaitan yang cuba mengganggu ketenteraman.

Pulau ni ada jugak penduduk tempatan tapi tak sampai 50orang kot. PKNM pun ada buat 6 buah kedai makan...

Nak pergi Pulau ni kauorang boleh naik daripada Jeti Umbai ataupun Jeti Anjung Batu..


Ni pandangan dari Laut Lepas jugak.


Salah satu resort yang terbengkalai tu...

lepas ni kitaorang terus pegi Pulau Undan.. salah sebuah pulau terpenting diperairan selat Melaka.

emm.. Pulau Hanyut mana satu ek?? ahh kira dah hanyutla tu...

Siri V : Meneroka Pulau Dengan Teksi Air (Pulau Serimbun)

Sambung dari Siri IV

Setelah tengok keadaan Pulau Upih.. kitaorang meluncur laju dengan kekuatan enjin 150 kekuda tu terus ke arah Pulau Serimbun.


Mengikut cerita pilot bot tu.. Pulau ni dikatakan pulau di mana menjadi salah satu markas tentera Jepun. Di dalam pulau ni terdapat satu perigi dan mereka yang dihukum pancung akan dibawa ke pulau ni.. dan dipancung dengan kepala akan masuk ke dalam perigi. Aku tak pasti plak ahli arkeologi ada buat research kat sini atau tak.

Bagi penduduk tempatan mereka takkan sesuka hati datang sini... kejadahnya.. buatnya kena sampuk. Naya.. itulah yang sering penduduk sekitar nyatakan.

Bagi yang ahli seekers boleh kot try jejak antu kat sini..



Kedudukan pulau serimbun ni amatlah berhampiran dengan Pulau Besar.. Aku akan citer pasal Pulau Besar dalam entry akan datang. Aku nak gabungkan gambar dia banyak sangat la plak...

Chow..



Isnin, 8 Februari 2010

Siri IV: Meneroka Pulau Dengan Teksi (Pulau Upih)

sambungan dari Siri III

Dalam masa tak sampai 10 minit.. akhirnya Teksi Air ni membawa ke Pulau pertama iaitu Pulau Upih. Pulau ini dulunya ada resort dan ditadbirurus oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). kemudian atas faktor-faktor tertentu ia telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Melaka.






Pulau ini dikatakan kurang sesuai untuk aktiviti pantai kerana sekelilingnya adalah batu merah.. Kalau kauorang sanggup main lari-lari.. aku tak halang.. tapi kalau terseret kaki.. jawab sendirik.



Hotel ada tapi telah tidak diusahakan lagi... yang ada kat situ cuma para maintenance jer..



kalau nak naik atas pulau tu masih boleh kerana jeti ok lagi tu bro..

Kenapa nama pulau Upih?? Hmmmm.. mungkin dulu banyak Upih Pinang kot... hehehe

Lepas ni terus ke Pulau Serimbun..iaitu Pulau dikatakan tempat Penggal kepala Orang.. aiyyoooo

Siri III : Pengalaman meneroka Pulau Dengan Teksi Air

Sambungan daripada Siri II

Setelah cukup penumpang.. maka enjin bot dihidupkan...

Dengan pakej RM500 pastikan kauorang dapat satu beg kecil jajan atau makanan ringan beserta air mineral untuk mangubati haus.. kemudian beberapa biji gula-gula termasuklah gula-gula asam masin yang boleh melegakan rasa pening atas bot nanti..



Kedua pastikan diaorang bagi jaket pelampung keselamatan tu sorang satu.. takde share-share.. kang kalau kau tenggelam sapa plak nak timbul??



Selesai tu.. kauorang akan dibawa keluar dari parking lot marina... benda pertama kauorang akan jumpa ialah Dataran 1 Malaysia atau sebelum ni dikenali sebagai Pantai Klebang. Tambakan pasir punyalah luas.. mana plaklah diaorang ni amik pasir ek???

Tambah betul-betul bang.. kang terjelus nanti.. naya




Pulau pertama yang akan dipergi ialah Pulau Upih.. Ada kisahnya pulau ni.. aku sambung Siri IV ye.. hahaha.. relakslah. aku sajer nak banyakkan sikit entry ni...

Sepanjang perjalanan ni aku terlihat ramai nelayan mencari rezeki tanpa kira bahaya dan panas terik... Terasa begitu bersyukur apa yang telah aku perolehi ini..

Khamis, 4 Februari 2010

Kesudahan Kisah Nelayan Malang

Perghh tajuk tak ingat tapi rasanya entry ni ada sikit-sikit kaitan kot.

Semalam TV3 menyiarkan perkembangan entry aku yang ari tu. Alhamdulillah semua dapat balik lebih awal daripada yang disangka iaitu 14 hari berbanding 20 hari tahanan reman sepatutnya dan yang lebih mengembirakan tiada tindakan undang-undang dikenakan.. Kalau tidak keenam-enam nelayan Melaka yang ditahan oleh penguatkuasa Indonesia boleh dipenjara selama 6 tahun jika disabitkan kesalahan. Kat Indonesia plak tu.. perghhh haru beb.

Alhamdulillah.. kini barulah aku tahu kenapa Tok Ali sanggup berhabis duit buat hubungan diplomatik dengan provinsi-provinsi Indonesia. Malahan Tok Ali menjadi Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam. Hubungan dengan Indonesia memang tak boleh dipertikai lagi hingga gabenor-gabenor di sana amat menghormati Tok Ali dan pernah menganugerahkan beberapa pingat kepada Tok Ali.

Kauorang bayangkanlah perasaan lega nelayan dan ahli keluarga mereka yang mengetahui akhirnya bala itu terbebas. Memang syukur tak terkira. Aku harap nelayan lain amik iktibar.. memang takde garisan kat laut tapi hati-hati la...

Kepada Tok Ali terima kasih kerana berjaya selamatkan rakyat kita daripada dipenjara 6 tahun di sana.


Selasa, 26 Januari 2010

jeng.. jeng.. jeng... Tok Ali Datang Menyelamat.....

Dalam akhbar utusan hari ini memberitakan Tok Ali pergi melawat 6 orang Kg. Pantai Puteri yang kena tangkap kerana terlepas ke laut Indonesia.. hek eleh... laut tu tak de garisan sebab tu kot diaorang tak perasan..

Keenam-enam orang Melaka tu sekang ada kat Daerah Bengkalis... Nasib baik Tok Ali datang jengok dan turut membekalkan makanan, pakaian dan duit belanja RM200 seorang. Jangan kauorang buat joli plak kat sana.. RM200 = lebih kurang RP600,000 kot. Ingat sikit bini kat sini punya la risau...
Serius.. Nasib baik la Tok Ali pergi jengah kauorang.. kalau tak, mau jadi pencuci kapal perang kat sana...
Anyway.. kredit point untuk Tok Ali dari aku... Thanks tok sebab tak lupa orang kampung tu...

Tak sia-sia Tok Ali sebagai Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam di mana Bengkalis adalah salah satu daerah yang merupakan ahli DMDI.. maka senang sikit urusan.

Namun, dilaporkan mereka semua akan dibebaskan setelah semua prosedur undang-undang lengkap.. tengok gaya paling cepat pun mau seminggu dua lagi kot... Alahaiii.. duk obersi kauorang ekk??


Kat antara laut tulah mereka di tahan.. betul kan??
memang takde line kan.. kan..



Jumaat, 22 Januari 2010

Joget Lambak Melaka

Aku nak citer pasal joget yang paling top kat Melaka iaitu joget lambak... Joget ni sejak zaman mandi Safar dan buang ancak lagi.. tu dia sebelum.. 1950 an lagi beb.

Kenapa dipanggil joget lambak??

Mengikut citer mak saudara aku.. dipanggil joget lambak sebab masa joget berlambak semua orang..



Selalunya joget ni diadakan oleh ibubapa pengantin di mana malam selepas siang tu bersanding sebagai hiburan sebab penat orang yang menolong rumah kahwin berkenaan. Tuan rumah akan panggil KUGIRAN (Kumpulan Gitar Rancak) atau kumpulan pukul tabuh (macam gendang) untuk menyanyi dan bawa 2-3 orang wanita untuk menari. Tarian ni ditarikan sampai subuh beb.. memang giler la... Malam nilah kalau ada yang nak mencari jodoh boleh dibuat...

Ni takde gaduh-gaduh rebut pompuan ye.. sapa nak menari boleh menari.. kalau nak 'take over' pasangan tersebut.. selit je daripada tepi..

Kaedah menari ada yang menggelar sorong-tarik.. maksud aku kayuh ke depan pastu undur.. pasangan pun akan buat macam tu... Ingat sorong tarik menari.. bukan macam yang si otak kuning tu fikir tau.. memang hawau..

Orang tua tak marah?? ceiitt orang tua lagi kemaruk menari ni beb... tak caya kau tengok video bawah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com