Selasa, 9 Februari 2010

Siri VII : Meneroka Pulau Dengan Teksi Air (Pulau Undan & Pulau Anak)

Sambung lagi daaa dari Siri VI..

Lepas pergi Pulau Besar.. kitaorang dibawa oleh pilot bot ke Pulau Undan. Ini merupakan salah satu Pulau terpenting di perairan selat Melaka kerana kat ats pulau ni aku tengok ada radar yang dibangunkan oleh Jabatan Laut Malaysia. Mungkin senang nak detect penceroboh / pencuri ikan ataupun perahu yang sesat. Namun kepentingannya takdelah sampai ke tahap perinkat keselamatan negara kot sebab tiada kawalan pun. Aku percaya radar kat darat tu lagi power.

Di Pulau Undan ni juga terdapat rumah api yang berfungsi sebagai panduan semua kapal yang lalu lalang di selat Melaka ini. Keadaan pulau ni memang cantik dan air lautnya menghijau walaupun tidak sampai ke tahap boleh snorkling. Itu sebab niat Kerajaan negeri nak bangunkan terbantut.

Aku tanya abang kelendan bot kedalaman di sini.. dia cakap lebih kurang 50 kaki.. niat hati nak tanya ada jaws ke tak.. kang buatnya dia tolak aku ke laut.. naya je..



Bersambung dengan Pulau undan ni adalah Pulau Anak.. kalau air surut kita boleh jalan kaki dari pulau undan ke pulau anak.. tapi kalau air pasang tak bleh wooo..

Pulau Anak..
Sebelah kiri tu pantai pasir yang akan bersambung dengan pulau undan ketika air surut.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com