Ahad, 7 Februari 2010

LTAM Nak jadi Pusat Ketibaan Warga Asing??

Semalam tengah syok aku baca Utusan bahawa LTAM akan menjadi pusat ketibaan dan pelepasan warga asing, dapat plak panggilan bahawa aku kena pergi melawat ke pulau-pulau menggunakan Water Teksi Melaka. Lapan (8) Pulau di Melaka akan dilawat daripada 12 pulau di Melaka ni tidak termasuk Pulau Sebang. Pulau Sebang tu daratan hek. Tapi hari ni aku agak kepenatan untuk bercerita. Esoklah aku story pasal pulau yang telah aku lawati pagi tadi bersama gambar pulau tu. Mau 3-4 siri entry aku nak buat tu termasuk sejarah / misteri pulau itu sendiri.

Di kesempatan yang terhad bersama kepenatan ni, aku nak citer pasal apa yang aku baca dalam Utusan semalam. Biau betul Tok Ali ni nak jadikan pusat ketibaan dan pelepasan pekerja asing. Aku tak kisah sangat bab diaorang nak keluar-masuk. Tapi yang aku khuatir nanti jadi 'port' kutu warga asing terutama mereka yang tak dapat terbang kerana tak cukup duit. Kalau tengok kat jeti Melaka-Dumai pun dah cukup.. waktu perayaan terutama hari raya.. mak ai.. dah macam Malaysia ni ada rakyat Indon nak pergi haji.


Jadi aku harap Kerajaan Negeri Melaka mengkaji sedalam-dalam perkara ini.. Kalau nak buat apa yang dirancang pastikan plan tindakan tu complete. Jangan terbiar jer rakyat asing menunggu nanti.. dan yang paling digeruni mereka tu menzahirkan melalui pecah rumah, rompakan dan sebagainya. Aku bukannya negatif thinking tapi baik kita berwaspada dan memikirkan plan keseluruhan bila nak melakukan sesuatu.

Namun, kalau hasilnya baik untuk rakyat Melaka umumnya... aku tetap sokong.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com