Maka aku rasa semakin yakin bahawa Allah sedikit demi sedikit memberikan bantuan kepada penduduk Islam di Gaza. Di Utusan Malaysia melaporkan satu berita yang mampu memberi sinar kepada Umat Islam
TEHERAN 7 Jun - Persatuan Bulan Sabit Merah Iran akan menghantar tiga kapal bantuan ke Genting Gaza dalam percubaan terbaru untuk melanggar sekatan yang dikenakan ke atas wilayah Palestin itu oleh musuh ketat Teheran, Israel.
Ia juga akan menghantar sebuah pesawat membawa 30 tan peralatan perubatan ke Mesir untuk disalurkan ke Gaza.
Pengarah hal-ehwal antarabangsa Bulan Sabit Merah Iran, Abdolrauf Adibzadeh memberitahu agensi berita rasmi IRNA malam tadi, dua kapal akan belayar ke Gaza pada hujung minggu ini, disusuli kapal ketiga pada tarikh yang belum ditetapkan.
Berita Penuh di sini
Kauorang rasa-rasa berani tak komando nak turun atas kapal Iran tu nanti???
Ni bukan setakat sembelit, silap gaya kena parkinson Israel bila baca berita ni...

