Memaparkan catatan dengan label Pusat Beli Belah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pusat Beli Belah. Papar semua catatan

Khamis, 19 Januari 2012

New York Times Pilih Melaka Dalam 45 Tempat Di Dunia

New York Times memilih Melaka sebagai tempat ke 28 daripada 45 tempat yang perlu dilawati pada tahun 2012. Di mana tempat ke 45 adalah Portovenere, Itali.


Sebagai Negeri pelancongan, tentulah ini sesuatu yang dibanggakan apabila ianya dapat sebaris dengan tempat-tempat pelancongan lain di dunia.

Kenyataan travel.nytimes.com menerusi websitenya seperti berikut:

28. Malacca, Malaysia
A World Heritage site ramps up its tourism options.

Slide Show
With its lantern-lighted canals and silent, narrow streets lined with decades-old ornate temples and shop houses, few places in Southeast Asia conjure romantic images of the past as effectively as Malacca, Malaysia’s oldest city. A former Portuguese, Dutch and British colony, this Unesco World Heritage site is now attracting record numbers of tourists lured by its unusual architecture and cuisine, which reflect centuries of foreign influences.
More than seven million visitors are expected in 2011, so the town, about 90 miles southeast of the capital, Kuala Lumpur, is welcoming new hotels like the Casa del Rio, a Portuguese-inspired luxury boutique property with 66 rooms; and Courtyard@Heeren, a 100-year-old shop house converted into a 14-room hotel. When you’re not exploring places like the 17th-century former Dutch town hall or Jonker Street’s antiques shops, gorge on Malacca’s outstanding local specialties, like creamy, piquant nyonya laksa at the family-run Donald & Lily’s. NAOMI LINDT

Semoga 2012, Melaka semakin bertambah maju. Pautannya Di Sini
 

Selasa, 15 November 2011

Kedai Rakyat 1 Malaysia Di Melaka



Kedai Rakyat 1 Malaysia telah dibuka pada 15 November 2011 di tempat kedua iaitu Kota Fesyen. Lebih tepat kat area bawah bumbung tu...



Yang pertama dibuka pada 1 November lepas di Tengkera Melaka (Fakta ini pembetulan atas kesilapan yang lepas)


Sekarang tengah hebat puak Pakatan Rakyat menafikan kebaikan produk KR1M dan dibalas oleh puak Barisan Nasional bahawa perbandingan harga dan kualiti tidak tepat. Aku dengar produk 450g dibanding dengan produk 300 g.. hmmm.. memanglah tak sama. Anyway terpulanglah.. malas aku nak campur tangan.

Senang citer.. Ini kedai untuk rakyat yang kurang berkemampuan. Kepada yang mampu dan merasakan barang tersebut tidak sesuai dengan citarasa diri sendiri atau dengan kata lain low class, maka belilah di Giant atau Jusco atau kedai runcit Lim Teong Seng . Aku tak fikir mana-mana pihak PAKSA untuk beli barangan di KR1M. Kenapa bukan Mydin??? sebab KR1M ni Mydin yang pelopori. Chow..





Jumaat, 23 September 2011

Rumah Terbuka Mydin

Pengumuman..

Walaupun aku takde kaitan dengan si Mydin.. tak berkerja dengan Mydin.. langsung takde kaitan dengan Mydin walaupun setiap bulan menyumbang di situ.. ingin aku umumkan..
pada 24 September 2011 (Sabtu).. Mydin Ayer Keroh akan buat Rumah terbuka eh salah. shopping terbuka...
Tapi aku pasti kauorang tak boleh amik sebarang barangan yang dijual sesuka hati... Sila amik makanan yang disediakan untuk makan jer.

Masanya dari jam 2 petang - 6 petang. Kepada semua rakyat.. boleh serbu...

Chow.

Jumaat, 1 April 2011

Hard Rock Cafe Di Melaka


Menjelang September tahun depan, Hard Rock Cafe ketiga Malaysia akan dibuka di Melaka di mana menelan belanja RM15juta dan ditempatkan di kawasan Jonker Walk.

Dibina di atas tapak seluas 1,858 meter persegi merupakan cawangan ketiga selepas dibuka di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Pengerusi Hard Rock Cafe menyatakan bahawa mereka akan menerapkan identiti seni bina klasik selaras dengan kawasan Melaka sebagai world heritage atau tapak warisan dunia UNESCO.

Kepada makcik-makcik, lepas ni nak cari pakcik kat sini la ye...

Khamis, 2 Disember 2010

Melaka International Tourism Show 2010

Mulai 3 Disember 2010 Melaka International Tourism Show 2010 bermula.

Sempena cuti sekolah ni pelbagai tempat / pakej pelancongan menarik disediakan termasuklah persembahan-persembahan yang boleh mengisi masa lapang anak-anak kita.

Jadi, jom kita serbu MITC..




Jumaat, 19 November 2010

Ekspo Pengguna 2010

Mulai esok dan selama 9 hari kat MITC ada Ekspo Pengguna. Apa ada di sana??? tengoklah brosur kat bawah ni...



Untuk jadual aktiviti (tentatif) kauorang boleh klik gambar bawah ni...



Chow..

Selasa, 16 November 2010

Pasaraya Besar Di Melaka

Semalam aku shopping la kat salah satu pasaraya besar kat Melaka ni... dulu dia memang sangat terkenal sekarangpun terkenal. Cuma yang aku kurang berpuas hati ialah proses pembayaran dikaunter. Punyalah ramai orang... bukaknya tak sampai 10 kaunter. Lebih kurang 5 jer kot... dahlah beratur punyalah panjang mengalahkan nak amik tiket balik kampung...

Aku dengar citer kes ini berlaku kerana kekurangan pekerja cashier. Mungkin salah satu faktor utama ialah pembukaan banyak pasaraya besar hinggakan pekerja terutama cashier yang berpengalaman mempunyai pilihan mana yang lebih baik. Bagus untuk rakyat (pekerja). Jadi, aku tak percaya kalau ada budak yang datang sembang dengan aku berkata susah nak cari kerja kat Melaka. Pembohong... tak caya kauorang roundlah mana-mana hypermarket ni.. mesti ada stall yang memerlukan pekerja.. Begitu juga restoran-restoran makanan segera. Isunya disini memilih sangat kot.

Balik pada citer aku tadi, secara tak langsung akupun rasa serik nak shopping kat pasaraya berkenaan. Percayalah kalau berterusan setahun.. mungkin terpaksa tutup kot.. Bukannya sebab tak de pelanggan tapi pelanggan lari disebabkan 'penat' nak menunggu di kaunter. Lepas tu kat Melaka ni memang banyak sangat pilihan... Jadi aku sarankan agar isu pekerja ni perlulah di atasi kalau ingin berkembang maju.

Meh aku senaraikan pasaraya besar kat Melaka



ADA DUA


ADA TIGA


ADA TIGA




ADA DUA



ADA SATU + Satu lagi (dimaklumkan oleh Nabilah)


ADA SATU


Itu yang aku ingat.. yang terlupa lagi...

Jumlah rakyat Melaka lebih kurang 724,000 orang.. tapi pasaraya punyalah banyak. Sebab utama ialah ada pelancong yang melawat pasaraya ini kemudian membeli terutama dari Singapura. Itu alasan bos salah satu pasaraya di atas ni...


Khamis, 28 Oktober 2010

Karnival Barangan Buatan Malaysia 2010

Hari ini bermulalah Karnival Barangan Buatan Malaysia di Melaka. Tempatnya di MITC Melaka. Ia bermula hari ini iaitu 28 Oktober - 31 Oktober 2010.



Sebenarnya kempen ini dah lama sangat dah.. sejak zaman Tun M lagi dan apa yang dilakukan ini memang bertepatan dalam membangunkan ekonomi negara. kalau kita lihat Korea Selatan, rakyatnya memang sangat patriotik dan mengutamakan barangan sendiri berbanding barangan import.

Bagi aku, aku akan beli barangan buatan Malaysia kalau ia meyakinkan seperti kualiti, namun dari segi barang makanan memang menjadi keutamaan sebab lebih rasa selamat.

Aku rasa rakyat Malaysia pasti akan menyokong barangan buatan Malaysia asalkan ia berkualiti dengan harga berpatutan. Jadi, kepada pengusaha barangan buatan Malaysia pastikan produk anda berkualiti dan aku yakin satu hari nanti produk kauorang bukan sahaja digunapakai oleh orang Malaysia malah menjadi kebanggaan sebagai produk import di luar negara.

Walau bagaimanapun, karnival ni apa salah kita pergi jengah.. mana tahu terjumpa produk yang menepati citarasa kita. Amacam?


Isnin, 20 September 2010

Satu Lagi Kaedah Atasi Jem Banda Hilir Melaka

Memang semua rakyat Melaka tahu bahawa kawasan Banda Hilir atau yang paling tepat jalan Merdeka depan Mahkota Parade tu jem giler waktu musim pelancong mari sini.


Namun, semalam Utusan Malaysia melaporkan satu berita baik iatu jalan tersebut akan di besarkan kepada 5 lorong!!!. Untuk berita lanjut.. baca petikan dibawah (aku amik full story sebab kadang-kandang utusan online delete bagi berita-berita yang lepas.

Jalan Merdeka dibangunkan

MELAKA 18 Sept. - Masalah kesesakan di Jalan Merdeka di hadapan Dataran Pahlawan terutama pada hujung minggu dan cuti umum dijangka dapat diatasi tidak lama lagi apabila ia akan dilebarkan daripada dua lorong kepada lima lorong.

Beberapa perubahan turut akan dilakukan bagi membangunkan persekitarannya agar menjadi seperti Orchard Road di Singapura.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kerja-kerja pelebaran Jalan Merdeka bermula dari Menara Taming Sari hingga ke Hatten Square melibatkan laluan sepanjang kira-kira satu kilometer.

Menurut beliau, kos melebarkan jalan tersebut akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pengurusan pusat beli-belah Dataran Pahlawan.

"Syarikat terbabit akan menanggung semua kos termasuk merobohkan pembahagi jalan bagi menjadikannya lima lorong.

"Kita juga akan memastikan lintasan pejalan kaki diletakan di beberapa tempat seperti di Menara Taming Sari dan pasar raya besar Carrefour bagi memudahkan orang ramai melintas jalan apabila ia dilebarkan," katanya ketika ditemui di kediamannya di Seri Bendahara di sini, baru-baru ini.

Jelasnya, kerja-kerja melebarkan Jalan Merdeka dijangka bermula minggu depan.

"Selain itu, kerajaan negeri juga telah membenarkan pembinaan sebuah pondok menunggu bas di jalan raya bersebelahan Hospital Mahkota yang ketika ini menempatkan beberapa buah kedai makan.

"Jalan selorong itu juga akan dilebarkan menjadi dua lorong manakala tapak kedai-kedai makan itu akan dijadikan tempat letak bas. Kedai-kedai itu pula akan dipindahkan ke dalam bangunan bersebelahan," katanya lagi.

Apabila kerja-kerja pelebaran siap kelak, Mohd. Ali berkata, kerajaan negeri berhasrat membangunkan jalan tersebut seperti di Orchad Road.

Selain itu katanya, satu jalan baru juga akan dibina bersebelahan Jabatan Imigresen di Banda Hilir terus menuju ke Jalan Syed Abdul Aziz untuk ke jalan pesisiran pantai tanpa perlu melalui pusat bandar.

Langkah itu katanya, akan membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas tanpa perlu melalui Jalan Merdeka untuk ke Jalan Syed Abdul Aziz.


Jumaat, 7 Mei 2010

Beriani Power di Tesco Melaka

Lepas solat Jumaat, tetiba member ajak pekena Nasi Beriani. Pikir2 paling dekat dengan masjid adalah Tesco.

Hah!! jawapannya Beriani Power la kot. Belum pernah test lagi makanan kat sini.. Terasa nak pekena beriani kambing la plak

Tiba-tiba muncul plak si Hitam berbisik "chip.. chip nak pergi makan nasi beriani kambing darah tinggi la"

Putih membantah. "wey malaun hitam, takde mananya kambing punca darah tinggi. Rasulullah s.a.w dulu makan kambing, takde pape pun. Takkan la Rasulullah makan benda yang bahaya untuk dijadikan contoh kepada umat baginda. Dah kau yang malas bersenam, salahkan kambing plak.

Dah.. dah.. gedebang!!. dua-dua penasihat aku tutup pakai songkok. Aku buat keputusan makan juga beriani kambing kerana Rasulullah dulupun makan kambing sepertimana kata si putih.

si putih berbisik "tapi chip berhenti sebelum kenyang tau... kang kesenduk, mengekeh ketawa si hitam tu...

"taulah aku"

Sebelum melangkah masuk terpampang pelbagai jenis lauk



Lepas masuk.. lagi banyak gambar lauk.



Setelah tengok menu kat bawah ni, akhirnya briani kambing jadi pilihan. Mahal-murah ni satu citer tapi yang penting memenuhi selera.


Kalau pinggan cam kat bawah ni, agak-agak penuhi selera tak???


Putih berbisik.. "Chip.. oh.. chip.. si hitam tengah berdekah-dekah ketawa tengok pinggan bos licin. Dia dah sediakan senduk untuk bos keruk perut akibat kekenyangan"

Ceeiitt hawau punya Hitam!!!

Khamis, 6 Mei 2010

Giant Kini di Melaka Mall

Kat Kota Mas sekarang ni Giant telah bertapak. Giant dikatakan amik alih tapak yang pernah diduduki oleh Cold Storage satu ketika dahulu. jadi kalau aku tak silap ada 3 Giant kat Melaka ni.. 1 bangunan Giant di Bachang, yang kedua kat Mahkota Parade dan ini yang ketiga.




Fuhhh!! banyak giler hypermarket kat Melaka ni.. dan tak lama lagi Tesco besar di Malim/Cheng pun akan dibuka... Hmm.. nak bising buat apa.. dah pelabur nak masuukkk.. kita alu-alukan la.. boleh jugak orang Melaka dapat cari kerja yang halal. nanti aku buat story pasal Tesco ni.. dan dengar cerita dia tengah buat pemgamblan pekerja beramai-ramai. Lupa la plak nak 'click' gambar iklan dia hari tu.. ceiit

Rabu, 7 April 2010

Homedex @ Melaka

Kepada semua rakyat yang telah memiliki rumah dan sedang mengitai-ngitai perabut.. jangan gopoh beli kat kedai dak Ah Lim Tat tu... tunggu hingga 15 - 18 April ni sebab ada pameran perabot terbesar di Melaka. Katanya discount sehingga 70%.. banyak tu.. 





Aku kira kalau kauorang nak buat surveypun bagus jugak sebelum beli. So, jom kita reramai pergi lanyak katil kat MITC pada tarikh yang aku sebutkan kat atas nun.. Kauorang ingat senang ke nak main henjut-henjut atas tilam Dunlopillo atau tilam yang Ziana Zain tidor tu.. apatah jenama lupa plak aku...

Jom terjah!!!

Laksa Shake Mydin Buat Promosi

kepada pembaca bumimelaka.. ni ada tawaran menarik daripada owner Laksa Shake di Mydin.. huhuhuhu tak sangka tokeh besar laksa shake pembaca blog picisan ni...



Promosi hebat beliau tataulah sampai bila.. kalau kauorang baca entry aku yang lepas pasal Laksa Shake mungkin kauorang macam takut kat Laksa Shake ni punya harga. Tetapi ari ni diaorang buat promosi giler2.. (tataulah adakah kerana pandangan aku dia buat promosi ni..) 

Makanan standard antarabangsa tapi harga standard restoran biasa. kalau nak try.. masa ni la wey.. esok.. esok.. dia tutup promosi.. nyosal kang.

Tambahan pula kali ni dia boleh buat delivery wey.. tapi sekitar MITC dan bandaraya Melaka jer.. janganlah kauorang duk Chabau atau Ramuan China order delivery... mau lepeh budak delivery nanti..

Apa promosinya?? jom aku sambung..

Menu pilihan dibawah ni berharga RM7.00 setiap satu. 

1)   Asam laksa
2)   Johor Laksa
3)   curry laksa
4)   tomyam laksa
5)   laksa nyonya melaka
6)   sarawak laksa
7)   laksam Kelantan
8)   roti jala kari ayam
9)   bihun sup daging
10) lontong johor sambal sotong

11) sirap bandung cincau (rm2)

+ 5% govt. tax

Ni aku bukan buat affiliate.... amik komisyen jauh sekali.. just nak tolong kengkawan cari rezeki.. mudah-mudahan rezeki akupun murah nanti. InsyaAllah..

Kalau teringin nak rasa, kauorang boleh contact 

Tel no : 06-2322773, 06-2322776, 06-2322770
atau sms 012-3857945

Jangan pukul 3.00 pagi kau sms.. naya la wey... tak silap aku dia tutup sama macam Mydin tu tutup. Lebih kurang agak-agak 10.00 malam. Oraiittss chow..


Isnin, 5 April 2010

Laksa Shake @ Mydin Melaka

Minggu lepas aku pergi makan kat Laksa Shake tingkat 2 Mydin Ayer Keroh. Sesekali nak makan makanan antarabangsa... Tambahan plak badan kurang sihat.. Order Roti Arab Rendang Tok, Mee Laksa + Limau suam & Milo Ais dan 1 Bungkus Briyani Kambing..

Aku tak tahu la sama ada tekak aku yang tak sedap ataupun makanan tersebut. Tapi aku beratkan tekak aku kot sebab aku dalam keadaan kurang sihat.

Lepas makan.. bil datang RM50.50. Wah boleh tahan jugaklah harganya.. patutlah table aku je terisi orang dalam Laksa Shake ni..

Namun, bagi aku sesekali makan ok pe.. cuma kalau aku boleh bagi pandangan pada owner Laksa Shake.. Cubalah pertimbangkan sikit harga tu.. Memang orang semua mampu nak bayar.. cuma kalau nak regular customer kena pandai juga seimbangkan penawaran dan permintaan. Buat apa letak harga tinggi tapi volume of customer takde. Tul tak??

Kepada yang nak try makan Laksa Shake pastikan bawa duit cukup. Kalau tak jenuh wey nak lari ke bawah mesin ATM. Tambahan pulak anak berderet.. Sesekali nak bawa anak bini rasa makanan standard sikit.. apa salahnya... jom ke Laksa Shake.








Roti Arab Rendang Tok




Mee Laksa


Khamis, 4 Mac 2010

FunLand Kat Giant

Giant Melaka ni terletak agar jauh pinggir bandar. Mungkin itu salah satu faktor ia tidak se sesak Jusco, Mydin atau Tesco. Namun masih ada juga pelanggan, Kira takdelah tahap rumah sunyi. Silap-silap gaya parking jauh kauorang..

Aku memang selalu jugak pergi Giant Melaka ni.. dan bagi yang mempunyai anak kecil yang agak ligat, selain daripada parking berbumbung free kauorang juga boleh pastikan anak kauorang tak bosan tahap babas. Ada tapak permainan yang dipanggil Funland kat situ.. Besar jugak kawasan tu dan ia berada dihadapan barisan food court.



Cuma yang aku tak berkanan di Giant ni ada harga barang yang lebih mahal daripada beberapa pasaraya lain. Mungkin dia murah tang lain kot.. biasa la strategi perniagaan.

Rabu, 17 Februari 2010

Meh Ceritakan Pasal JUSCO Bandaraya Melaka

Cuti Tahun Baru Cina aku amik kesempatan lawat Jusco Bandaraya Melaka yang telah dibuka 5 Februari 2010 lalu.. Pelbagai kisah hangat sebelum Jusco ni dibuka dahulu... Masa sampai aku terus naik atas sebabnya aku nak tengok pandangan daripada atas bumbung dia..


Alamak TESCO kurang sesakla..


Di bawah ni gambar dalam JUSCO Bandaraya Melaka di level Ground Floor.. Setelah aku pusing dua kali.. antara kedai yang banyak di sini ialah Kedai Fast Food, Kedai Emas, Kedai Jam, Kedai Baju. Kanak-kanaknyer bahagian di aras dua..



Apa yang menrik perhatian aku ialah kat aras dua kot ada Taman.. Boleh keluar tapi tak boleh terjun.. Jadinya... perokok-perokok tegar memang suka la kemudahan ni.. Boleh jugak merokok semasa menunggu si wanita meroyan shopping kat dalam... tersorok sikit duit kita beb.


Sempat juga aku capture gambar aktiviti akan datang di dalam Jusco tu.. yang aku tatahan.. 1/6 atau 1/5 je bahagian bangunan ni diletakkan barangan JUSCO.. yang lain semua di sewakan..


Masa turun nak balik.. aikk.. atas dah penuh.. Tapi aku nak ingatkan kalau parking atas.. kauorang akan lalu ikut satu laluan sehala jer.. tak boleh shortcut. Bijak jugak JUSCO ni susun atur kawasan Parking.. Kiranya berpusing satu bangunan la kalau nak keluar kawasan tu..

Khamis, 4 Februari 2010

Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM)

Meh aku citer panjang sket tentang LTAM ni.. sambung daripada entry LEPAS

Lapangan Terbang Batu Berendam


Lapangan Terbang ni dulu dikenali sebagai Lapangan Terbang Batu Berendam Melaka sempena nama tempat ianya dibina. Ia dipercayai lapangan kapal terbang pertama di Malaysia iaitu sejak pendudukan jepun di Tanah Melayu lagi.. Kemudian Ianya pada zaman pendudukan British, ianya dibangunkan dengan lebih teratur dan dirasmikan pada Oktober 1952.



Satu ketika dahulu (20 Februari 1956) lapangan terbang ini menjadi tempat Tunku Abdul Rahman mendarat setelah pulang dari London memohon kemerdekaan Negara kita.

Hari ini rakyat Melaka boleh berbangga bahawa Lapangan terbang ini mampu menampung sehingga 1.5 juta penumpang setahun berbanding dulunya hanya lebih kurang 300 ribu je.

Kini ia mempunyai dua tempat untuk ditempatkan untuk mengendalikan B737-400 dan A320 serta 4 GAA. Ini kerana panjangnya telah dinaik taraf kepada 2,135 meter dan dilebarkan kepada 45 meter.

Kos?? huhuhuhu lebih kurang RM131.5 juta. Duit persekutuan la apa lagi.. hehehehe

Semoga dengan terbinanya airport baru ni.. pendapatan rakyat Melaka semakin meningkat. InsyaAllah..

Menara kawalan


Pintu ketibaan / berlepas



Ni Air Force One Malaysia ni... kui.. kui.. kui..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com