Memaparkan catatan dengan label Teknologi Hijau. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknologi Hijau. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Februari 2013

Ladang Solar Mula Disemai


Penubuhan kilang Sun Power di Alor Gajah memang sangat menepati visi Negeri Melaka sebagai sebuah Negeri Bandar Teknologi Hijau. Baru-baru ni, Ladang Solar atau dipanggil Solar Farm telahpun mula disemai benihnya dan dijangka siap fasa by fasa hingga 30 April 2013 nanti. 

Apa guna Solar Farm ni???
Solar Farm ni bertujuan membekalkan tenaga elektrik menerusi matahari dan dalam aspek ni, Kerajaan Negeri Melaka akan menjual terus kepada Tenaga Nasional Berhad melalui perjanjian "Renewable Energy Power Purchase Agreement". Dijangka ladang ini akan mengeluarkan 6,162 Megawatt setahun.



Untung ke ladang ni???
Dalam membina ladang ni, Kerajaan Negeri Melaka meminjam RM41 juta daripada Malaysia Debt Ventures dan dibayar dalam tempoh 15 tahun. Manakala perjanjian penjualan adalah sekurang-kurangnya RM121 juta dalam tempoh 21 tahun. Aku tak pandai ekonomi tapi aku yakin pakar-pakar ekonomi Melaka dah kira berapa keuntungan diperolehi.

Selain daripada Kerajaan Negeri mengambil peluang di atas pemanasan global, secara tidak langsung Melaka telah cuba mengurangkan penggunaan tenaga menerusi kaedah tradisional TNB yang memberi kesan kepada keadaan bumi. Tambahan pula dapat sikit buat duit.

Aku dengar citer impian Tok Ali Rustam ni nak semua rumah kat Melaka guna panel solar. Cuma kekangan buat masa ini adalah harga panel yang agak tinggi. Tapi aku yakin bila panel solar semakin banyak di Malaysia, mengikut prinsip ekonomi harga produk tersebut mampu diturunkan, tenaga kerja berkaitan solar semakin ramai, tukang pasang, tukang repair ada di mana-mana saje macam kedai bengkel. Ketika itulah mudah-mudahan hasrat Ketua Menteri Melaka ini akan tercapai.

Ini benda baik, tanpa mencampur aduk politik, aku sangat menyokong penuh dan memang sangat berharap hasrat setiap rumah di Melaka ada panel solar akan direalisasikan. InsyaAllah

Selasa, 17 Januari 2012

Tram Melaka Bakal Siap 2013

 Sebelum ni pernah aku citerkan

Hari ni keluar dalam Harian Metro, pada 2013 iaitu tahun hadapan tram bakal siap. Sebelum ni telah diwar-warkan bakal siap tahun ini tapi aku rasa sebab banyak kajian terutama pengambilan tanah sebagai laluan dibuat, maka ianya telah teranjak tempoh masa. Namun, komited Tok Ali nampaknya sangat tinggi bila membincangkan perkara ini semalam.

Tram daripada Ayer keroh hinggalah ke Bandar Hilir ini dijangka akan dapat membantu sedikit sebanyak kesesakan di kawasan tumpuan pelancong Banda Hilir. Yelah. lepas ni pengunjung yang menginap mana-mana hotel area Ayer Keroh atau Bandar Melaka boleh menggunakan Tram sebagai alternatif ke Bandar Hilir.

Tram berkelajuan 40-60 km/j ini bakal melalui Tol Ayer Keroh, Hotel Seri Malaysia, Taman Botanikal, Zoo Melaka, MITC, Kawasan Perindustrian Ayer Keroh, Taman Muzzafar Shah, Hospital Pantai, Bukit Baru dan Open Universiti.

Aku harap projek tram sejauh 40 km ni berjalan lancar dan memberikan seribu kebaikan kepada rakyat Melaka.

Chow

Rabu, 12 Oktober 2011

Peluang Berkerja Di Akademi Teknologi Hijau Melaka

Kerajaan Negeri Melaka dengan Kerjasama Unit Pemandu di Jabatan Perdana Menteri membuka Program Latihan Sangkutan Industri Hijau Melaka kepada semua pemegang ijazah dan diploma dalam bidang kejuruteraan, sains, ICT atau yang berkenaan dengan teknologi hijau.

Kelayakan lain bersama kemudahan yang diterima seperti di bawah:



klik untuk tumbesaran..

Rabu, 20 Oktober 2010

Edisi Teknologi Hijau : Beca Solar dan Kereta Elektrik

Melaka Telah mencorak sebagai negeri maju hari ini. Dalam tempoh 10 tahun lagi, rancangan Kerajaan Negeri Melaka membentuk sebagai sebuah negeri berteknologi hijau.

Apa itu teknologi hijau??

Teknologi hijau ni lebih kepada teknologi yang menjaga alam sekitar. Semalam Tok Ali lancarkan 2 produk iaitu

1) Beca Tenaga Solar

Gambar diambil daripada akhbar MHI


Beca ni berharga RM4,000 sebuah digunakan sebagai satu daripada produk pelancongan. Mana tahu nak merasa naik beca yang guna tenaga solar. Kalau nak laju naik tengahari panas terik kot. Kalau naik waktu malam mau kauorang kena tolong kayuh sama.


2) Kereta Elektrik
Kereta ni diimport dari China dengan harga RM78,000 sebuah. Kereta yang menggunakan bateri yang boleh dicas ini tahan selama 4 jam sekali guna. Kira pegi KL sampai kot. Ianya akan digunapakai sekitar bangunan pelancongan dan perumahan oleh polis bantuan pelancongan.

Walau bagaimanapun aku rasa kurang setujulah polis pelancongan guna kereta ni. Aku tak tahulah kelajuan dia.. ada orang cakap maksima 80km/j. Kalau 80km/j buatnya ada pencuri mau terkial-kial kereta ni nak kejar. Kalau maklumat ni salah aku tarik balik la rasa kurang setuju tu.
Namun aku sangat menyokong agar semua ketua jabatan negeri dan semua wakil rakyat tak kiralah parti apa.. sama-sama gunakan kereta ni.. barulah mesra alam dan mengurangkan pengeluaran karbon dioksida. Tanpa petrol lagi murah kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan. Amacam?? ada berani ke? Kalau berani.. barulah kerajaan Negeri Melaka boleh mendabik dada cerita pasal teknologi hijau dan mengurangkan pencemaran alam. Lepas tu aku yakin, rakyat akan lebih respek pada semua pimpinan Kerajaan negeri.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com