Memaparkan catatan dengan label Pertandingan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pertandingan. Papar semua catatan

Rabu, 27 Oktober 2010

Pertandingan Rekabentuk Kasut Sukan 2010

Kerajaan Negeri Melaka menerusi Bahagian R&D Jabatan ketua Menteri dikhabarkan akan membuat satu Pertandingan Rekabentuk Kasut Sukan 2010.




Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar IPTA dan IPTS Seluruh Malaysia. Banyak juga syarat yang perlu dipenuhi. Namun hadiahnya pertama RM3,000; kedua RM2,000; ketiga RM1,000 dan 6 saguhati RM200.

Tarikh Tutup 12 November 2010 bagi pusingan pertama.

Dapat saguhatipun sapa nak bagi wey??

Kalau sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi 06-2320606.

Borang dan syarat penuh pertandingan pasal pusingan pertama dan kedua tu.. klik kat SINI


Ahad, 27 Jun 2010

Pertandingan Cipta Lagu Melaka Maju 2010

Melaka bakal istihar secara rasmi sebagai Melaka maju pada 20 Oktober 2010 jam 20:10. So, Kerajaan Negeri telah buat satu pertandingan mencipta lagu Melaka Maju 2010.



Penyertaan terbuka kepada rakyat berumur 15 tahun dan ke atas. Kalau ada sebarang pertanyaan sila hubungi:

URUS SETIA,
CIPTA LAGU MELAKA MAJU 2010,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Jabatan Ketua Menteri Melaka,
Aras 2, Blok Temenggong,
Seri Negeri, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka.
Tel : 06 – 23333333 Samb. 7369/7427/7422
Fax : 06 – 2328360
TARIKH TUTUP PENYERTAAN : Pada atau Sebelum 3 September 2010 (Jumaat)

HADIAH
Johan : RM3,000.00 + Piala + Sijil Penyertaan
2 Hadiah Sagu hati: RM1,000.00 + Sijil Penyertaan


Untuk borang dan syarat lengkap. Klik kat SINI


Isnin, 7 Jun 2010

Pertandingan Reka Cipta Bahan Kitar Semula

Sebelum ni aku ada buat entry Pertandingan cipta lagu.. kalau kauorang tak pandai cipta lagu... tapi masih kukuh mengatakan kauorang ni kreatif. Apa kata kauoran sertai pulak PERTANDINGAN REKACIPTA PRODUK CENDERAMATA. tapiiii daripada BAHAN KITAR SEMULA. Amacam??


contoh pokok Christmas guna tin dan botol mountain-dew


Ok mula-mula dapatkan bahan-bahan recycle seperti dibawah.


Kemudian pastikan beberapa syarat ini dipenuhi.

  1. Bilangan ahli kumpulan tidak melebih 3 orang bagi satu produk rekacipta
  2. Bahan-bahan yang dibenarkan adalah botol (kaca/plastik), kertas, kotak, dawai, tali dan seangkatan dengannya. Nak guna bahan pelekat / gam adalah dibenarkan.
  3. Tarikh tutup 18 Jun 2010. Pada tarikh ini kauorang kena bawa gambar atau proposal ke Unit R&D Jab. Ketua Menteri Melaka, Aras 1, Bangunan Annex, Melaka Planetarium. (alah kat dalam bangunan planetarium tu..) ataupun emailkan kepada phykasso@yahoo.com
  4. Kemudian peserta dikehendaki membawa produk rekacipta pada 23 Jun 2010 bertempat di Dataran Sungai Melaka.
  5. Untuk maklumat lanjut, kauorang boleh hubungi 06-2326691 / 014-6795799 (Hidayah, Unit R&D Jab. ketua Menteri Melaka). Tapi kalau kauorang serius nak masuk sila berikan butiran pada Hidayah ni..
* Tiada sebarang borang. Aku dah confirmkan untuk kauorang sebentar tadi. kui.. kui.. kui..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com