Satu pesan aku mandi kawasan air terjun ialah.. kalau hujan renyai-renyai kemudian diikuti air menjadi semakin keruh dan sedikit laju, baik cepat-cepat naik darat... kerana takut-takut 'kepala air' akan turun. Maksud kepala air di sini ialah dipuncak gunung mungkin hujan lebat menyebabkan air banyak dan turun semakin ke bawah semakin banyak dan laju. Sangat merbahaya kepada tongkang besar apatah lagi bot-bot kecil berada di bawah.
Isnin, 24 Disember 2012
Info Sagil, Melaka tapi kat Johor
Satu pesan aku mandi kawasan air terjun ialah.. kalau hujan renyai-renyai kemudian diikuti air menjadi semakin keruh dan sedikit laju, baik cepat-cepat naik darat... kerana takut-takut 'kepala air' akan turun. Maksud kepala air di sini ialah dipuncak gunung mungkin hujan lebat menyebabkan air banyak dan turun semakin ke bawah semakin banyak dan laju. Sangat merbahaya kepada tongkang besar apatah lagi bot-bot kecil berada di bawah.
Ahad, 11 November 2012
Menimba (Bahagian 2)
Khamis, 25 Oktober 2012
Menimba (Bahagian Satu)
Jumaat, 18 Mei 2012
Guru + Hukuman = Manusia
Rabu, 4 Januari 2012
Hari Petama Aku Tempuhi Alam Persekolahan
Khamis, 22 September 2011
Kisah Sekolah Henry Gurney Melaka
Kat bawah ni lagu nyanyian daripada Budak-budak Henry Gurney, Teluk Mas, Melaka. Harap dapat jadi pengajaran..
Lagu best... sioott..
tapi rasanya budak-budak ni dalam Army sekarang kot.. Henry Gurney tu Penjara beb.. mana ada kereta dan gitar.. tali pinggang pun tokleh bawak masuk.
Sebenarnya rumah Mak aku lebih kurang 5 km je daripada kawasan ni..
Pengalaman 1
Masa sekolah dulu aku bersama Din dan beberapa rakan pergi belakang Henry Gurney ni sebab ianya laut dan ada plak kolam sesuai memancing. Citer ni masa aku tingkatan 4...
Jadi masa pergi tu selalulah nampak lori bawak budak-budak ni keluar... alah kira macam lori askar tapi ada warden.
Ada satu hari tu, aku dan geng sebelum sampai ke tempat mancing terserempak lori ni... aku dengan geng tengoklah muka-muka diaorang alah-alah insaf kot... Tiba-tiba salah sorang daripada atas lori tu sound.
"APA TENGOK-TENGOK?? NAK KENA BONTOT?!!"
Pergh.. kitaorang yang masih suci dan dara ketika tu.. terencat nak memancing.. kemas barang balik jer.. Buatnya brader tu tadi terlepas.. tak ke naya.
Pengalaman 2
Semasa amik peperiksaan Amali Sains (Fizik) Tingkatan 5 ada seorang budak luar ni duk semeja eksperimen dengan aku (satu meja 2 orang). Aku pun pelik mana datang la budak ni... duk sebelah meja aku.. sebelum mula aku pun tanya la..
Aku : Ko ni repeat paper ke? (Dalam hati aku kalau repeat ada can aku mohon bantuan)
Dia: Taklah.. First time.. (Dengan nada alah-alah Imam Muda)
Aku: Abis ko sekolah mana?
Dia: Dekat je.. Teluk Mas
Setahu aku Telok Mas tak de sekolah Menengah (masa tu). Ceh budak ni temberang aku kot.
Aku: Telok Mas. Sekolah apa?
Dia: Henry Gurney.
Argghh!! terus blank otak aku.... aku kalih sikit.. patutlah ada warden baju cekelat kat luar tu. Otak aku ligat.. buatnya dia tikam aku dengan termometer depan aku.. tak ke naya.
Lepas tu dengan beranikan diri, aku hulurkan juga persahabatan.
Baru nak borak sikit kertas ujian sampai.. Aku ingat nak mohon bantuan dia.. rupanya dah sama-sama tak tahu.. kitaorang hemtam jelah.
Masa berehat setengah jam untuk amali kedua (kimia kot)... aku amik peluang borak dengan dia.. Aku tanya kenapa dia boleh belajar lagi?? Kan sekolah Henry Gurney tu tak de papan hitam.
Rupanya mereka di Henry Gurney kalau masih tempoh belajar diberi peluang untuk belajar.. Kalau keputusan baik, kemungkinan dilepaskan awal... dan dia satu-satunya pelajar yang ingin meneruskan pelajaran dalam bidang sains.
Dia juga ceritakan bagaimana dia masuk Henry Gurney disebabkan meragut dan mencederakan wanita menggunakan gambit. Dia sangat menyesal. Lebih menyesal bila dia ceritakan bagaimana minggu pertama di masuk dan semasa berada dalam sana. Termasuklah pekerjaan semasa di Henry Gurney.. sistem di dalam henry gurney dan sebagainya.. Aku tak akan ceritakan detail sebabnya..... (sangap la plak..)
Sebelum dia balik dia cakap besok dia nak minta satu pertolongan aku masa amali Biologi akan datang. Erkk... apa dia nak buat dengan aku.. takkan nak minta aku senjata kot. Aku mana ada lesen senjata.
Aku tanya apa?? dia kata nantilah..
Ceitt ini buat gua tak boleh tidor malam ni..
Sampai masanya dia datang agak lewat.. tak sempat aku nak borak sebab dia datang terus kena jawab soalan.. Lepas tu dia keluar toilet.
Masuk balik...
Setelah abis amali.. sebelum warden datang dekat dia.. dia sempat cakap dengan aku.. tolong aku poskan surat kat mak aku. Surat kat celah pasu bunga depan tandas. Erkk... aku faham kenapa dia minta tolong aku tu.. sebab dia dah citer kat aku sistem di Henry Gurney sebelum ni..
Aku tanya salah ke kalau aku tolong... dia cakap kalau kena tangkap salah la...
adeh.. berat hati jer hati aku... silap gaya ganti tempat dia nanti...
Akhirnya aku amik keputusan .......................................................... (hehehe biarlah jadi rahsia hidup aku). Hanya mak dia dan aku je tahu keputusan aku tu.. Kalau mak dia terima maknanya aku tolong. Kalau mak dia tak terima maknanya aku tak tolong
Itu semua berlaku lebih 15 tahun lalu. Nama dia pun aku tak ingat. Silap gaya sekarang dah jadi orang besau kat mana-mana syarikat kot.
Bila ingat-ingat citer dia balik.. aku nasihatkan kepada remaja-remaja hari ini elakkanlah daripada melakukan jenayah... aku boleh bayangkan daripada air muka member aku tu.. menyesal tak sudah akibat perbuatan sendiri.
Isnin, 8 Ogos 2011
Peristiwa Berbuka Zaman Pelajar
Ok.. lupa jap pasal Harimau Malaya.
Hari ni dah hari ke lapan Ramadhan... ramai yang dah boleh menyesuaikan diri.. dan bagi yang duk dgn ibu bapa atau berkeluarga.. Sahur dan berbuka bukanlah saat yang memeningkan kepala terutama bagi lelaki.
Bila sahur td, teringat aku semasa di salah satu IPTA di utara Malaysia. Kita orang bersahur mengikut kaedah masih-masing.. ada sekumpulan yang tapau hingga ke sahur.. ada yang keluar jam 3 @ 4 pagi untuk sahur, ada yang mempunyai 30 pack maggie sebagai stok sahur dan tak terkecuali yang bersahur secara jemaah dengan menjadikan rice cooker sebagai dapur utama.
Aku tercampak dalam golongan yang berbuka dan bersahur secara jemaah. Kebetulan aku memang bercampur dengan geng-geng Kelantan seramai 12 orang kot.. aku sorang je budak Melaka. Sejak semester 1 sampai habis.. kiranya setakat aku dengar wayang kulit tu boleh faham la.. dan ada dikalangan budak kolej mati-mati tak percaya aku budak Melaka... mana taknya siap boleh join pertandingan Dikir Barat intercollege... boleh main bola sepak Liga K (Kelantan).. walaupun aku sebagai simpanan utama.. yang tak pernah masuk main.. hahaha.. cuma time gaduh je aku keluar.. tapi keluar dari kawasan padang.. maleh aku nak layan kalau budak Kelantan ni bergocoh.
Berbalik ketika berbuka.. ada peristiwa aku tak dapat lupakan antaranya..
Satu hari aku n geng n makanan terhidang menunggu suara azan maghrib... nafsu makan memang dah sampai hujung jambul je semua geng-geng aku.. nasi putih panas semua dah isi dalam pinggang plastik biru masing-masing... bagi budak Kelantan budu semua dah stanby.. maaf aku tak makan budu walaupun sebulu dengan diaorang. Air dah ditangan kanan.. tunggu laungan "Allahhu.." je.. gerenti abis dua jag air ni..
"huk aloh.. lambat lagi la wey.. kawe nak gi kencing mentar" kata abe li..
selang seminat abe li pergi.. terdengar suara Azan yang nyaring... apa lagi.. nafsu masing-masing dah macam kucing nampak ikan siakap goreng.. terus melahap.. Dalam hati masing-masing.. "nasib ko la abe li"..
tiba-tiba azan berhenti setengah jalan.. abe li masuk semula ke bilik kitaorang..
"huk aloh.. gilo menate ni semuo.. tu suara nuar azan depe bilik dio"..
hah?? tersedak beberapa orang...
selang seminit dua.. barulah dengar satu lagi azan iaitu azan sebenar...
"Cilako si nuar ni.. " bisik hatiku sambil meneruskan makan.
Rabu, 1 Jun 2011
Misteri Tapai Tok Wan
Satu hari Tok Wan aku keluarkan pasu besar.. dengan pulut yang telah direbus bersama kepingan-kepingan putih alah-alah biskut merri (Lepas besar baru aku tahu itu ragi).
Sedang Tok Wan aku mengaul-gaul pulut bersama biskut merri. Akupun bertanya soalan mudah..
“Wan, wan buat apa?” Tanya aku..
Tok Wan aku hanya tersenyum.
“aikkk!!” apsal tak jawab?” getus hatiku.
“Wan, sikit biskut ni” sambil jariku menunjuk ke aras kepingan ragi.
Tok Wan aku tersenyum lagi..
“Wah.. lain macam jer wan aku ni..” bisik hatiku sambil teringat cerita Pontianak Gua Musang yang aku tengok minggu lepas.
Aku perhati betul-betul.. takde plak taring menjongkau keluar.
“Wan.. oo wan.. kenapa tak cakap?” pertanyaan aku mula memberat dan kening aku dah hampir-hampir bercantum kerana mengerutkan dahi.
Tiba-tiba Tok Wan aku tersenyum sambil mengenyit mata.
“Ah, sah wan aku kena sampuk Pontianak Gua Musang. Takpun si Toyol Bachok”
Aku terus ke hadapan peti television. Puas aku fakir macam mana nak lari dari rumah Tok Wan aku ni…
"Takkanlah dia nak hisap darah aku?? Aku kecik lagi. Darah aku bukan banyakpun.. dapatlah secawan jer kot. Pergilah hisap darah Tok Mat Boyot tu.. Dia gemuk. Darah mesti penuh sebesen. Bukan setakat minum, mandi pun boleh.” Olahan hati aku.
Sedang aku melayan persoalan Tok Wan aku datang.
“Hah!! Buat apa tu??” Suara Wan aku menerjah ke telinga hingga hampir membuatkan aku berpurak-purak pengsan.
Dia terus duduk sebelah aku dan bagi tau..
“Tadi wan buat tapai. Kalau buat tapai tak boleh cakap. Tak boleh muka masam… Mesti senyum jer. Kalau tak tapai masam” Terang Tok Wan aku.
“OOOOOooo.. patutlah.” Lega hatiku walaupun aku masih tak puas.. kenapa Tok Wan tak gunakan bahasa isyarat.
“Lagi satu tak boleh buat masa ‘datang bulan’.. nanti merah.” Sambung Tok Wan aku lagi.
“OOOOooooo.”jawab aku sambil melihat dari jendela,
“patutlah hari ini gelap jer.. bulan tak datang rupanya” getus hatiku lagi.
Itu semua kisah 25 tahun dulu.. Nostalgia bersama Arwah Wan aku.. Ntah betul atau tidak petua-petua tu.. akupun tak kaji.
Semasa aku di Universiti beliau menghembuskan nafasnya. Aku sentiasa berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.
Tamat imbasan aku.. Imbasan setelah aku layan tapai di hadapan aku ni…

Tapai memang sinonim dengan makanan tradisional masyarakat Melayu. Selalunya kat Melaka semasa Kerja Kahwin..
Itu dulu.. tapi hari ini di Melaka telahpun dikomersialkan.
Salah satunya ialah Tapai Pulut Sarimah.

Mengikut pemiliknya beliau memulakan perniagaan tapai pada tahun 1998 dengan modal RM20 sahaja!!. Dia buat lebihkurang 100 bungkus dan letakkan di kedai-kedai makan. Hari demi hari.. setelah hampir 13 tahun, kini beliau memasarkan 50,000 hingga lebih daripada 100,000 bungkus sebulan. Kauorang kalikan dengan harga RM0.60 sebungkus. Sekurang-kurangnya beliau memperolehi lebih RM30,000 sebulan.
Aku bangga she.. bumiputera Berjaya macam ni… Tadi aku perkena plak Tapai Aiskrim kat tempat dia… Mengigil satu badan bila masam + manis + vanilla + sejuk.


Untuk buat tempahan tapai yang terkenal di Melaka, KL dan Singapura ini boleh hubungi pengusaha di talian 06-3853041 atau 016-31536130
Isnin, 9 Ogos 2010
Kisah Siput Sedut
Ketika air pasang selalunya siput sedut ni akan naik ke pangkal pokok bakau.. jadi mudahlah nak kutip. Itu sebab cari ketika air pasang.. pilih siput yang bersaiz sedang ke atas je.. dan jangan panggil nama kawan sebaliknya cari dalam bentuk kumpulan. Jangan jerit nama kawan sebab nanti kita dengar suara jerit nama kita. Aku pernah alami perkara ni tapi aku tak ikut suara jeritan itu.. sebaliknya mengambil langkah mengundur ke lokasi pertemuan. Tanya semula memang semua kawan-kawan aku tak jerit nama aku kecuali sekali sebelum bergerak. Fuh!! Dua minggu aku lupakan nak cari siput. Masa bawak balik siput ni takyah basuh.. kalau kena air dia tak tahan lama.. biar kakak-kakak aku je settlekan.
Kalau mencari dua jam tu.. dapatlah 1/3 kampit beras 10 kg. Kira lepas buat lauk beb. itu belum termasuk basuh kaki tangan kat empangan pastu tolong nelayan naikkan ikan.. kalau rezeki dapatlah anak-anak ikan untuk dibawa pulang.
Tapi itu semua dulu.. 20 tahun dahulu... masa aku tak kenal apa itu CPU, DVD, VCD, internet.. silap gaya perkataan porno pun aku sangka nama orang. Zaman sekarang bila aku citer kat anak buah aku.. terpapar rasa kurang percaya siput ni boleh dicari oleh kanak-kanak. Ceiitt..
ok tutup citer pasal siput ketika zaman 80 an. Meh citer pasal nak sedut siput. Nama dia siput sedut.. aku gerenti orang kampung yang bagi nama sebab sesuai dengan cara makan iaitu sedt. Kalau siput timba atau siput beliung lain plak cara makan.
Siput Sedut Untuk Dimasak
Masa beli siput ni.. kauorang kena pastikan dia hidup. Macam mana nak tahu dia hidup?? tak yah memandai nak check nadi. Kauorang kalau tgk dia melekap kat plastik dan terkeluar kepala dia tu.. kira hiduplah tu.. Pastikan beli dengan lumpur-lumpur tu.. menandakan siput tu sihat.
Kalau zaman aku kecik-kecik dulu mak aku suh taburkan hampas kelapa sehari sebelum masak. Tujuan? untuk beri siput tu makan kemudian berak. So, kita makan akan rasa lemak la wey dan tak pahit.
Sebelum kauorang masak atau potong.. kena basuh dulu lumpur tu... basuh bersih-bersih sambil selawat kata mak aku...
Tapi hati-hati.. siput ni boleh melarikan diri jika dibiarkan begitu.. Memang dasar takut air.
Dah cuci kena kerat. Bukan kat tengkuk tapi kat belakang dia... Tujuan supaya mudah nak sedut.
Selasa, 18 Mei 2010
Main Baling Selipar Di Melaka
Bahagikan kepada dua kumpulan. kemudian sediakan tiga selipar untuk didirikan sebagai tugu. kemudia satu selipar buat 'ibu'. Di mana selipar 'ibu' tersebut digunakan untuk baling pihak lawan yang berjaya menjatuhkan selipar tugu. Selalunya selipar ibu ni cari yang sedap-sedap baling.. kira kalau kena tengah belakang, silap gaya boleh jadi gaduh.
Pihak lawan yang berjaya menjatuhkan selipar tugu perlu cari jalan untuk dirikan tugu semula dan akan dikira pemenang. Mereka akan ulang balik permainan baru untuk mengumpul mata sampai permainan tersebut berlangsung di mana semua ahli kumpulan terkena selipar.
Bagi pihak yang memegang selipar 'ibu' kauorang tak boleh bergerak cuma boleh baling atau paskan selipar ibu. Alah kira macam main bola jaring tuuu...
Permainan tamat bila salah satu kumpulan mengumpul mata tertinggi. atau.. salah seorang menangis kerana kena baling dengan selipar ibu dengan kaedah mengganas dan unsur pembalasan dendam atau geram.
Aku nasihatkan jangan main berhampiran rumah kerana boleh jadi macam kes di bawah ni...
Khamis, 25 Mac 2010
Adab Orang Tua Bila Berkenduri Di Melaka
Tapi kali ni aku nak citer pasal protokol kenduri zaman dulu-dulu.. Zaman hari ini kebanyakkannya guna kaedah buffet dan bukannya berbentuk hidangan. Kalau hidanganpun aku rasa ramai tatau protokol atau adap orang tua tertama di dalam menghidangkan makanan. Meh aku citer agar pengetahuan ini tidak lapuk dek hujan tak lekang dek panans. Chewahh..
Kalau jemputan kenduri kita waktu maghrib, solat maghrib wakil tuan rumah (Lelaki) akan berjemaah di surau dan menjemput ketika lepas solat maghrib tersebut. Bila kat rumah, ahli keluarga lelaki yang dewasa akan menyambut di pintu hadapan. Semua wanita berada di dapur dan menyambut sekiranya ada pengunjung wanita yang akan datang ikut pintu dapur. Zaman dulu memang lelaki ikut pintu depan.. pompuan ikut pintu dapur kecuali Perayaan seperti hari raya.
Setelah selesai bacaan yassin atau doa,waris lelaki akan ke dapur untuk mangambil makanan untuk hidangan. Di sinilah adap mengeluarkan makanan sangat penting bagi orang tua dulu-dulu. Aku pernah kena tegur pasal salah bawak yang mana dulu.
selalunya bila hidang kat dapur akan ada beberapa hidangan yang perlu dibawa keluar
1) Nasi dalam pinggan (siap-siap bubuhkan nasi. Bukannya bagi pinggan kosong)
2) Dulang Lauk
3) Nasi Tambah
4) Cawan dan air (dulang air)
5) Air basuh tangan (Kendi)
6) Tisu / tuala tangan
7) Berkat (bungkusan kuih muih untuk dibawa pulang)
Daripada semua alatan tersebut, selepas do.. waris lelaki akan ke dapur dan mengambil barang-barang di atas yang telah disediakan oleh waris pompuan. Adab untuk membawa keluar mengikut turutan adalah seperti dibawah dan satu dulang adalah untuk empat orang.
1) Dulang Air
2) Dulang Lauk
3) Nasi Dalam Pinggan
4) Air basuh tangan
5) Nasi Tambah
6) Tisu / Tuala Tangan
7) Berkat
Kemudian sedang orang ramai makan, bebrapa waris lelaki berdiri dan memastikan semua lauk adalah mencukupi. Sebagai contoh lauk Asam pedas ikan parang telah berkurangkan.. makan satu pinggan / mangkuk asam pedas dibawa keluar dan digantikan dengan yang telah habis tersebut.
Masa balik, waris lelaki berada dipintu masuk kemudian mengucapkan terima kasih sambil bersalam dengan hadirin yang keluar.
Sesi mengemas adalah milik lelaki namun membasuh adalah perempuan.
Lepas tu sembang sampai letih.
Oklah cukup sedikit sebanyak peraturan yang ditetapkan oleh arwah bapa aku dalam mengendalikan sesi kenduri di Melaka. Mungkin lain tempat lain tradisinya.. walau apapun tradisinya.. aku bangga bila ahli keluarga aku masih mengekalkannya.
Rabu, 17 Mac 2010
MEH CITER PASAL AYAM KAMPUNG
Kelebihan ayam kampung ni ialah ianya amat kurang lemak. masa makan tadipun tak jumpa aku lemaknya alah-alah putih macam ayam KFC tu... pergghh gigit sampai ke tulang wa cakap lu..
Rasa ayam ni kenyal-kenyal sikit. Itu sebab sesuai dibuai gulai. Kalau goreng, mau tercabut gigi palsu Mak Joyah mcm iklan gigi palsu tu...
Harganya mahal sikit la.. RM4.00 seketul. Tapi puas hati...
Cerita pasal ayam kampung ni teringat zaman aku kecik2 dulu. Kalau nak makan ayam maka pagi-pagi dah bersiap sedia dengan adik aku. Ayampun jeling semacam bila aku rancang strategi sambil tunjuk2 ayam yang berkenaan. Ada tiga strategi utama yang biasanya terlintas dalam benak budak kampung macam aku.
- Bagi makan dan duduk berhampiran tempat ayam makan. Kemudian terjah. kaedah ini memerlukan daya kepantasan dan kecekapan yang amat tinggi. Namun kelemahannya ialah hanya boleh guna sekali sebab lepas tu semua ayam tidak akan percaya lagi pada makanan yang diberi.
- Amik kain atau kelambu atau jaring besar.. kemudian lempar pada ayam setelah makanan diberi seperti strategi pertama. Peluang lebih tinggi tetapi ayam selalunya boleh baca gerak geri kita sebab bawak alatan tambahan.
- Selalunya strategi ketiga ni digunakan bila strategi pertama dan kedua gagal. Atau kadang2 aku terus kepada strategi ni sebab tak mahu buang masa. Untuk memenuhi strategi ni pastikan stamina dan mata kauorang amat tajam. Strategi dinamakan KEJAR AYAM SAMPAI DUA-DUA PENAT. Peluang lebih tinggi kalau lagi ramai yang kejar... Selalunya bila ayam kepenatan dia akan menyorok. Jadi inilah keperluan mata diperlukan.
Masa makan baru lupa segala kepenatan mengejar tadi.
Rabu, 17 Februari 2010
Melaka : Panas!! Panas!! Panas!!
Cuaca ni dilaporkan adalah normal bagi negara kita.. dan berakhir Mac nanti..
Aku masih ingat lagi pada tahun 1991 kot.. Melaka kemarau hampir 6 bulan.. Kering kontang empangan Durian Tunggal. Ikan Tongsan setinggi 4-5 kaki mudah dijumpai ketika tu.. orang ramai bersatu menggali perigi.. Tong Air lebih mahal daripada Tudung Samarinda. Air pulak sama harga dengan sebiji buah durian D24. Semuanya menggila... beratur menunggu tong air bergerak Jab Bekalan Air sampai ke baldi masing-masing. Semua bekas digunakan untuk dipenuhkan dengan air termasuk gayung jamban. Kalau boleh tin susu kosongpun diaorang nak atur.
Alangkah bertuah aku ketika itu, rumah aku mempunyai perigi di dalam kawasan bilik air dalam rumah. Ramai yang beratur untuk mengambil air di rumah aku.. Melayu, India, Cina semua beratur sama. Tuan rumah pun kena beratur untuk selit waktu mandi. Aku cadang caj je (zaman sekolah kira nakal jugaklah aku ni) tapi bapak aku kata tak boleh sebab air tu sumber dari bumi Allah.. sewajarnya diagihkan pada semua yang memerlukan.. nasihatnya dia pada aku yang terkebil-kebil macam seorang pemidato yang dicantas pihak lawan.. (semoga Allah membalas kebaikan beliau yang telah bersemadi dengan aman).
Alhamdulillah perigi tersebut masih ada dan tidak pernah keringpun sejak ianya digali oleh arwah bapak aku yang merupakan seorang pekerja JPS sebagai pengendali kapal korek..
Hari ini mentari terus menyinar terik lagi.. bahang membawa sampai ke malam. kaedah tidor paling selesa ialah tidor tak pakai baju.. yang dah kahwin tersengih bila fikirkan kaedah ini.. Yang belum kahwin rimas tak tentu pasal.

Buka paip air, tekanan semakin perlahan.. pancutan dah kurang hebat ibarat perkasa seorang lelaki berumur 70 an gamaknya.
Radio berkumandang ada beberapa tempat dicatu airnya.. ada beberapa tempat takde airnya 4 - 5 hari... Mungkin lagi 2 minggu ada berita tanah merekah di empangan.
Tulah masa hujan kau mengeluh mencebik.. siap upah suruh bomoh tolak dia.. sekang dah tertolak.. kau mengeluh lagi.. alakahai...
Melaka ada dua empangan yang besar.. 1) Empangan Durian Tunggal 2) Empangan Jus
Rasanya sekang empangan Jus belum guna pun lagi.. Kalau kering Empangan Durian Tunggal Empangan Jus Cover kot.. Bijak.. Bijak.. nasib baik dah rancang awal benda ni...
Namun marilah kita sama-sama berdoa agar ujian ini selesai dalam tempoh terdekat. Amin.
Jumaat, 12 Februari 2010
Yassin Tunjuk Kehebatannya
Aku rasa salah satu sebabnya ialah kita lebih suka main blog daripada bersila / bersimpuh mengadap Yassin kot atau bahasa lain hiburan terlalu banyak melekakan kita. Aku sebutkan ni sebagai mengingat diri aku sendiri dan kengkawan. Sebenarnya Yassin ni memang banyak manafaat.
Bukti hidup : Aku sendiri pernah beberapa kali ditimpa masalah dan dengan menggunakan Surat Yassinlah tempat aku mengadu kepada DIA. Akhirnya masalah aku selesai. Alhamdulillah... Tapi janganlah ketika masalah jer kau ingat mengaji, masa senang kau tunggang dan tonggeng. Kadang-kadang aku rasa masalah aku lebih mudah diselesaikan oleh Allah setelah membaca Yassin. Dalam otak aku fikir.. mungkin orang sekarang dah tak ramai membacanya kot. Jadinya Allah memang memberikan kelebihan kepada yang meminta menggunakan melalui bacaan yassin ni.
Dekat office aku ni setiap Jumaat sejak 2 tahun lepas mereka anjurkan bacaan Yassin (kecuali cuti) dan hasilnya walaupun banyak kerja tapi pengakhir setiap projek berjalan dengan lancar dan mereka yang dikatakan menyusahkan orang lain, akan terkeluar dengan sendirinya. Wallahualam.. Kuasa Allah semata-mata.
Bagi mereka yang ditimpa musibah, di pagi Jumaat yang mulia ni.. aku sarankan cubalah kembali meminta dengan kaedah yang lebih sedikit. Member aku pernah mempunyai anak kembar yang mengalami penyakit berkaitan genetik selepas lahir. Maka dengan tekad, belum habis pantang dia (suami) membaca Yassin dengan satu permintaan kepada Allah agar anaknya dipulihkan. Dia membaca secara berterusan 40 hari selepas maghrib. Kalau gagal satu hari ulang balik dari satu (biasanya mereka belajar ilmu-ilmu persilatan faham perkara ini). Niat satu je. Alhamdulillah selepas 40 malam baca Yassin. Anaknya 100% pulih tanpa sebarang rawatan hingga doktor pun pelik. Kini anak kembarnya membesar dengan sihat hingga hari ini.
Kita usaha dan ikhtiar beb. Ingatlah ayat kedua terakhir Yassin Kun (jadi) Payakun (jadilah)..
Kelebihan Ayat Yassin
Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri
Ayat 9 : Baca selalu untuk mengelakkan orang jahat.
Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt. tapi janganlah sampailah tersembur air liur ko.
Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam
Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur
Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.
Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.
Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat
Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.
Gong Xi Fa Chai Dalam Suasana 1 Malaysia

Sebenarnya sebelum PM umum 1 Malaysia.. aku kat kg memang dah geng dengan cina dan India. Apa yang menarik zaman tu kitaorang tak fikir pun pasal persaingan. Orang cina belajau dengan kami main gasing.. cilakak Ah Seng sampai pecah tingkap umah aku kau rembat layangkan gasing ko tu. Nasib baiklah ko ganti yang lain... kalau tak memang kena sunat dgn apak aku..
Lepas tu budak-budak cina ubah suai main guli dengan guna duit sebagai pertaruhan.. "sing.. kiss sing.." itulah perkataan yang selalu digunakan bila menghentam duit syiling dalam bulatan. Hawau.. tak pasal-pasal aku pun terbabit.. tapi tu zaman jahiliah.. masa tu yang aku tau guna daun terup je dikira berjudi.. hehehehe
Paling menarik time perayaan.. waktu raya diaorang datang umah.. masa raya cina aku pergi umah diaorang.. tetapi kalau datang raya ketama selalunya kena halau sebab diaorang tengah main daun terup. Esoknya baru datang dan selalunya antie tu jamu dengan air kotak, kacang dan gula2..
Lepas seminggu antie tu hantar pelbagai jenis makanan ke rumah aku.. sebagai balasan mak aku selalu antau kuih raya ke rumahnya bila lepas raya.
Dengan budak-budak India selalunya kitaorang bersama pergi jerat ayam kat area pokok kelapa sawit.. dapat ayam bahagi dua. Kadang-kadang tolong diaorang kejar biawak.. perghh.. memang ganas budak-budak India ni bila tangkap biawak..
Deepavali pergi makan maruku umah Govi..
Aku ingat lagi dulu ada citer Seiring dan Sejalan.. budak melayu, india dan cina mengembara guna basikal... itu yang selalu kitaorang lakonkan..
ada masa main jual-jual. India jadi driver, cina jadi jual ikan.. melayu jadi suri rumah. Itulah permainan hinggalah mak panggil. Petang sambung main tembak-tembak...
Begitulah kami idup dalam keadaan 1 Malaysia. Aku rasa kalau presiden Amerika tengok cara kitaorang bermainpun pening kepala dia nak pecah belahkan pelbagai kaum ni.
Sekarang ni.. aku dah tak jumpa lagi kengkawan aku tu lagi.. kalau dia baca aku nak ucapkan GONG XI FA CHAI.. itupun kalau dia kenal aku.. tapi kalau dia baca kisah masa kecik tu.. tentu dia taupunya.. dengan ucapan ada brani jom main guli lagi.
Isnin, 1 Februari 2010
Kenangan Di Kampung Melaka Satu Ketika Dahulu
Dan yang paling menarik semua sekitar kawasan rumah ini adalah taman permainan aku dan geng dengan memainkan ntahhapahapa permainan. Namun permainan lama yang kira top adalah main polis sentry, kemudian nyuruk-nyuruk, lelaki main tembak-tembak, budak pompuan main masak-masak (kadang-kadang lelaki join jadi bapa), serang ayam yang berak kat lantai rumah, dan tak dilupakan permainan-permainan padang seperti baling tin, baling selipar, main galah, main ting-ting, main hantu-hantu.. dan sebagainya..
Jumaat, 22 Januari 2010
Joget Lambak Melaka
Kenapa dipanggil joget lambak??
Mengikut citer mak saudara aku.. dipanggil joget lambak sebab masa joget berlambak semua orang..
Ni takde gaduh-gaduh rebut pompuan ye.. sapa nak menari boleh menari.. kalau nak 'take over' pasangan tersebut.. selit je daripada tepi..
Kaedah menari ada yang menggelar sorong-tarik.. maksud aku kayuh ke depan pastu undur.. pasangan pun akan buat macam tu... Ingat sorong tarik menari.. bukan macam yang si otak kuning tu fikir tau.. memang hawau..
Orang tua tak marah?? ceiitt orang tua lagi kemaruk menari ni beb... tak caya kau tengok video bawah..
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.
Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.
Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com