Rabu, 17 Februari 2010

Melaka : Panas!! Panas!! Panas!!

Melaka juga macam sesetengah negeri lain dalam Malaysia.. PANAS!!


Cuaca ni dilaporkan adalah normal bagi negara kita.. dan berakhir Mac nanti..

Aku masih ingat lagi pada tahun 1991 kot.. Melaka kemarau hampir 6 bulan.. Kering kontang empangan Durian Tunggal. Ikan Tongsan setinggi 4-5 kaki mudah dijumpai ketika tu.. orang ramai bersatu menggali perigi.. Tong Air lebih mahal daripada Tudung Samarinda. Air pulak sama harga dengan sebiji buah durian D24. Semuanya menggila... beratur menunggu tong air bergerak Jab Bekalan Air sampai ke baldi masing-masing. Semua bekas digunakan untuk dipenuhkan dengan air termasuk gayung jamban. Kalau boleh tin susu kosongpun diaorang nak atur.

Alangkah bertuah aku ketika itu, rumah aku mempunyai perigi di dalam kawasan bilik air dalam rumah. Ramai yang beratur untuk mengambil air di rumah aku.. Melayu, India, Cina semua beratur sama. Tuan rumah pun kena beratur untuk selit waktu mandi. Aku cadang caj je (zaman sekolah kira nakal jugaklah aku ni) tapi bapak aku kata tak boleh sebab air tu sumber dari bumi Allah.. sewajarnya diagihkan pada semua yang memerlukan.. nasihatnya dia pada aku yang terkebil-kebil macam seorang pemidato yang dicantas pihak lawan.. (semoga Allah membalas kebaikan beliau yang telah bersemadi dengan aman).
Alhamdulillah perigi tersebut masih ada dan tidak pernah keringpun sejak ianya digali oleh arwah bapak aku yang merupakan seorang pekerja JPS sebagai pengendali kapal korek..

Hari ini mentari terus menyinar terik lagi.. bahang membawa sampai ke malam. kaedah tidor paling selesa ialah tidor tak pakai baju.. yang dah kahwin tersengih bila fikirkan kaedah ini.. Yang belum kahwin rimas tak tentu pasal.


Buka paip air, tekanan semakin perlahan.. pancutan dah kurang hebat ibarat perkasa seorang lelaki berumur 70 an gamaknya.

Radio berkumandang ada beberapa tempat dicatu airnya.. ada beberapa tempat takde airnya 4 - 5 hari... Mungkin lagi 2 minggu ada berita tanah merekah di empangan.

Tulah masa hujan kau mengeluh mencebik.. siap upah suruh bomoh tolak dia.. sekang dah tertolak.. kau mengeluh lagi.. alakahai...

Melaka ada dua empangan yang besar.. 1) Empangan Durian Tunggal 2) Empangan Jus

Rasanya sekang empangan Jus belum guna pun lagi.. Kalau kering Empangan Durian Tunggal Empangan Jus Cover kot.. Bijak.. Bijak.. nasib baik dah rancang awal benda ni...

Namun marilah kita sama-sama berdoa agar ujian ini selesai dalam tempoh terdekat. Amin.



8 comments:

Tekkaus berkata...

Ya! Panaskan. Tapi pagi ini ada hujan sikit. :) Sejuk sikit.

apek berkata...

betul.. betull.. tapi sikit sangat..kalau jalan kakipun tak sempat basah..

Faris berkata...

panas2... kt sini pn panas!!... rase nk berendam lame2 kt dlm sungai, huhu..

apek berkata...

kalau ada sungai faris... sungai pun bayak yang tak boleh dibuat berendam lagi

Tanpa Nama berkata...

mencirit lak aku lepas cuti ni...

siyot betul lah

ada kaitan ngan cuaca panas ke

muehehe

apek berkata...

sioott sama dengan aku.. dah 3 kali dah ni..
tapi aku rasa sebab aku makan lala masak sweet sour semalam..
pergghh.. malam ni nak bagi Taklimat plak tu.. jgn masa sedang bentang dia buat hal.. haru

Tanpa Nama berkata...

hahaha..

masa tengah bentang tu kemut la kuat-kuat sambil buat muka macho

kalau sepol 2 hari boleh tahan berak takkan kau sejam dua pun tak leh kemut

muahahaha

apek berkata...

hahahaha.. tokleh samakan aku dgn org lain.. hikmat kemutan diaorang power..

Aku ni kureng bab-bab hikmat tu...

Tapi nampak gaya kena makan pil cekit teck on sejam sebelum present mlm nnt.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com