Khamis, 25 Februari 2010

Siri IV : Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Rujuk Pengenalan

Di bawah ni aku bawakan fakta daripada Pejabat Hutan Negeri Melaka.

Hutan Simpanan Cape Rachado (Tanjung Tuan) merupakan salah satu daripada Hutan Simpanan Kekal yang tertua di bawah pengurusan dan kawalan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Kedudukan Hutan Simpanan Kekal ini dikelilingi Laut Selat Melaka dan tanah daratnya bersempadan dengan Negeri Sembilan. Hutan ini terletak kira-kira 20 km dari Bandar Port Dickson, Negeri Sembilan dan kira-kira 80 km dari Melaka, Bandaraya Bersejarah.

Hutan Simpanan Cape Rachado (Tanjung Tuan) telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan (kemudian dipanggil Hutan Simpanan kekal) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 1921 dengan keluasan asal 80.97 hektar (200 ekar).

Pada tahun 1969, seluas 16.19 hektar (40 ekar) telah diwartakan keluar daripada status Hutan Simpanan Kekal oleh kerajaan Negeri Melaka bagi tujuan awam dan sehingga kini masih belum dibangunkan dan keadaannya masih seperti sediakala (berhutan).

Pada 5 Januari, 1971, Kerajaan Negeri Melaka telah meluluskan seluas 60.70 hektar (149.98 ekar) baki kawasan Hutan Simpan Cape Rachado (Tanjung Tuan) sebagai “Suaka Hidupan Liar” bagi binatang-binatang dan burung-burung yang mungkin terdapat di kawasan yang disimpankan kepada PERHILITAN.

Pada 4 Februari 1991 pula, Kerajaan Negeri Melaka telah mewartakan sebahagian kawasan “Suaka Hidupan Liar” iaitu seluas 8.09 hektar (20ekar) sebagai Kawasan Perlindungan Mergastua

Kemudian tahun 1996, Kerajaan Negeri Melaka telah pun meluluskan permohonan sebuah syarikat swasta (Dataran Baiduri Sdn. Bhd.) untuk memajukan Taman Rekreasi dan Mergastua Cape Rachado (TanjungTuan). Mengikut pelan kelulusan, kawasan itu meliputi seluruh Hutan Simpanan Cape Rachado yang asal, termasuk yang telah diwartakan keluar, kecuali beberapa lot tanah.




Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti berkelah, menaiki bot, bermain layang-layang dan berenang (risiko adalah tanggungan sendiri). Terdapat juga perkhidmatan menunggang kuda, tetapi caj dikenakan.
Setiap pagi, ramai penduduk dari kawasan sekitar datang ke pantai ini untuk menangkap udang geragau (sejenis udang halus) yang banyak terdapat di sini, terutamanya pada bulan Ogos hingga Oktober. Ini adalah kerana aktiviti ini bermusim mengikut tiupan angin monsun.
Geragau sangat popular di Melaka terutamanya untuk dibuat belacan dan cencaluk. Sementara itu, pada setiap hari Ahad dari 4.30 petang ke 6.30 petang terdapat persembahan “Dondang Sayang” percuma.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com