Jumaat, 10 Jun 2011

Jom Makan Dalam Nyiru Di Melaka

Kauorang tahu nyiru tak? Alah benda yang dibuat daripada kepingan buluh kot. Lepas tu selalu nenek-nenek dulu buat tampi padi. Itu istilah di Melaka iaitu Tampi Padi, atau dalam bahasa mudah asingkan bendasing daripada padi la.. Rupanya seperti di bawah:


Kat Melaka ada satu restoran yang menjadikan nyiru ini sebagai elemen nilai tambahnya. Ia menggantikan pinggan. Kira alah-alah klasik gitu.



Aku suka nasi lemaknya bersama Ayam Rempah. Mereka menjual makanan pagi hingga tengahari. Petang dah tutup.

Lokasinya adalah di area Keluargaku atau Pusat Zakat Melaka. Carilah bangunan yang menghadap jalan AMJ tu. InsyaAllah nampak seperti di bawah:



Jadi kepada yang nak merasa makan dalam nyiru, jom serbu sambil boleh kenalkan barangan klasik itu kepada anak-anak zaman sekarang. Kalau 10 tahun dulu kauorang makan dalam nyiru ni lepas mak kauorang tampi beras, mahu kauorang kena bawak pergi bomoh malam tu jugak. Kena sampuk katanya.


7 comments:

PennyRoyal Tease berkata...

oowhh... dulu selalu tengok arwah nenek tampi beras guna benda alah tu.

orang sekarang dah tak amal lagi kot kaedah tampi beras ni sebelum masak

apek berkata...

ha'ah.. org sekang dengan kutu2 dia masak.. protein lebeh katanya

lilymokhris berkata...

hahaha..pandai je apek

apek berkata...

iyeee.. kalau tak caya.. lepas nasi masak ada warna itam tak?? kalau ada warna itam tu.. kutu rebus la tu...

lilymokhris berkata...

ni mesti apek tak kosek beras..

PennyRoyal Tease berkata...

betul tu apek..

lain kali kalau pi rumah orang; tuan rumah ajak makan tanya dulu dah tampi beras ke sebelum masak nasik

thehehe

apek berkata...

sioott.. aku plak jadi bahan. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com