Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sukan. Papar semua catatan

Selasa, 17 Januari 2012

Pemilihan Skuad Bola Sepak SUKMA 2012


Kepada semua Rakyat Melaka yang berminat atau ada anak, anak buah, sepupu, boyprennn yang berbakat dalam bola sepak.. boleh join pemilihan skuad sukma 2012. Butiran lanjut seperti berikut:




Khamis, 29 Disember 2011

Bolasepak Melaka final vs Pahang


Akhirnya zaman bola sepak Melaka kembali menyinar. Walaupun sekadar Piala Emas Raja-raja, namun, Melaka telah menewaskan seteru-seteru yang dianggap gergasi bola sepak tanah air aeperti Kelantan, Selangor dan Kedah. Untuk pengetahuan umum, piala emas raja-raja ini merupakan pertandingan anjuran Persatuan Bolasepak Melayu Malaysia di mana konsepnya setiap pasukan dibenarkan menyenaraikan enam pemain daripada Liga Super atau Liga Perdana namun hanya empat pemain sahaja dibenarkan beraksi dalam satu masa. Pasukan bertanding juga boleh menggunakan khidmat pemain Liga Simpanan dan kita tidak ada had (jumlah pemain) tentang itu.

Esok Melaka bakal bertemu Pahang di Stadium Mini Temerloh. Sekarang kecoh juga isu kenapa vanue di Stadium Mini? Kalau takde stadium utama di Pahang, kenapa tak pilih je Stadium Hang Jebat?

Namun memang jelas rakyat Melaka sangat merindui zaman Melaka menjadi pencabar bila mana terdapat beberapa anjuran rombongan untuk menyokong pasukan Melaka. Antaranya seperti di bawah ni. Anyway aku ucapkan selamat maju jaya untuk pasukan Melaka.

ROMBONGAN KELAB PENYOKONG MELAKA KE PAHANG
PERLAWANAN PIALA EMAS RAJA-RAJA PERINGKAT AKHIR

PAHANG LAWAN MELAKA
8:45 MALAM
... 1/1/2012
STDM MINI TERMELOH

HARGA RM 40 ( TERMASUK TIKET PERLAWANAN)

MAYBANK 155078412974 (nurulaida binti mohd saffie)

BAGI SESIAPA YANG INGIN TURUT SERTA ROMBONG KE PAHANG.BOLEH BAGI NAMA PENUH, NO K/P,NO TEL, JUMLAH, TARIKH, KE INBOX SAYA ATAU SMS KE 010-7185918.TARIKH TUTUP 30/12/2011
 

Selasa, 22 November 2011

Bola Sepak Sukan Sea : Misi Balas Dendam Tidak Membawa Kejayaan

Sebenarnya dalam perlawanan Bola Sepak Sukan Sea di Jakarta ini ada beberapa negara dalam misi membalas dendam.

1) Malaysia ingin membalas dendam kepada Singapura akibat tewas ketika kelayakan piala dunia lalu.

2) Thailand ingin membalas dendam kepada Malaysia kerana menggagalkan mereka di peringkat kumpulan ketika Sukan Sea di laos pada tahun 2009.

3) Vietnam ingin membalas dendam kepada Malaysia kerana tewas ketika pusingan akhir sukan sea di Laos

4) Indonesia ingin membalas dengan kepada Malaysia kerana tewas dalam Piala AFF Suzuki tahun lalu.

Yeah terlalu banyak dendam bersekitaran dan rasanya semua tahu Islam tidak menyukai sifat ini. Lantaran itu, tiada satupun pasukan yang berjaya melunaskan sifat negatif tersebut. Harap dapat jadi pengajaran kepada hambaNYA bahawa dendam tidak perlu ada dalam diri jika ingin berjaya dalam hidup ini.

Tahniah kepada pasukan Malaysia dan Indonesia tidak kurang hebatnya. Aku rasa Malaysia menang sebab Allah menyebelahi Malaysia yang bertandang sebagai tetamu tetapi dihina dan diberikan layanan buruk oleh tuan rumah. Bukan ke Allah suruh melayani dan melindungi semua tetamu yang hadir. Harap ini juga dapat jadi pengajaran.

p/S: Pagi-pagi buta ni aku dah maki sorang member aku bila dia cakap Malaysia menang nasib. Hah! kan dah kena maki pagi-pagi... aku suh dia main guli jer... Penat sungguh pemain muda mempertahankan setiap robekan... senang-senang cakap nasib. Memang Hawau!!!!

Selasa, 11 Oktober 2011

Ujibakat Piala Presiden Melaka

Citer pasal bola Melaka..memang tak dinafikan sangat mendukacitakan.. banyak sangat cerita tak sodap... anyway bagi yang nak mulakan bakat.. jom tengok iklan dibawah:



Satu sesi pemilihan untuk pemain Piala Presiden Melaka akan dijalankan di
Tempat : Stadium Tun Fatimah
Tarikh : 22 Oktober 2011,Sabtu
Masa : 5.00 petang
untuk memilih pemain Piala Presiden 2012 Melaka
(bawah 20tahun,syarat lahir tahun 1991 keatas)...
buat yang berminat..sila hadir..

info Md Noor Md Derus penolong jurulatih skuad Piala Presiden 2012 Melaka.

Isnin, 10 Oktober 2011

Kejohanan Karate Dunia Di Melaka

Pada 13 - 16 Oktober 2011, Kejohanan Karate Dunia akan berlangsung di MITC. Bayaran masuk percuma kot.. jom.. bagi yang takde kerja tu.. bawak anak-anak.. boleh jugak menambah minat si kecil.



Senarai negara yang menyertai..



Isnin, 25 Julai 2011

Mampukah Harimau Malaya???

Semua dah tahu Harimau Malaya Cedera 5 - 3. Surat Khabar Singapura puji abis pasukannya. Bagi pasukan kita, ada juga segelintir mencemuh bibir bila Pasukan kalah. Tapi ramai juga yang sanggup berada di belakang Harimau Malaya tak kira ketika diaorang susah atau senang. Yup. seharusnya begitu.. bukan hanya mendabik dada ketika menang tapi sanggup berkongsi kedukaan itu bersama-sama.. sebab itu adat dan budaya rakyat Malaysia.

Aku tak mau citer pasal pemilihan pemain sebab aku rasa Datuk K. Rajagopal lagi handal tentang perkara ni.. kalau tak, takkan dia dipilih menjadi ketua jurulatih dan berjaya menaikkan nama negara dalam Sukan Sea dan Piala AFF.

So, mehlah kita citer peluang untuk Harimau Malaya bangkit. Mampukah???

Kalau tanya aku, aku rasa mampu sebabnya..

1) Pemain kita yang sangat jarang bermain di atas rumput tiruan akan kembali bermain seperti biasa dan yang boleh diambilkira juga pemain di Singapura biasa menggunakan padang rumput tiruan ketika dalam pasukan atau Liga-S. Mungkin agak tempang jugak bila main di rumput biasa. Anyway itu bergantung kepada kemahiran pemain sana.

2) Pemain kita bermain di laman sendiri dan aku yakin lebih 100 kali ganda penyokong akan hadir. (500 di Singapura x 100 = 50,000). Tadi aku terbaca telah hampir 60,000 tiket perlawanan dijual melalui online. Sedangkan penjualan sebenar ialah pada esok iaitu 26/7. Penuh SNBJ ialah 100,000 orang. Amacam?? Ari tu Jurulatih Taiwan pun kata pemainnya gugup dengan penyokong di SNBJ. Indonesia yang cukup ampuh masa AFF turut serba tak kena di SNBJ dengan kekalahan 3 - 0. Pemain ke 12 memang berpengaruh.

3) Kekalahan dengan 5 - 3 merupakan satu kelebihan jugak pada kita kalau dibandingkan kekalahan 3-1. Ini kerana sistem jaringan di tempat lawan merupakan alternatif yang membolehkan kita melangkah lebih jauh. Maksudnya kalau kita menang 4 - 2, secara aggreget kita seri 7 - 7, namun oleh kerana jaringan kita di Singapore 3 dan jaringan Singapore di Malaysia 2. Maka kita layak ke pusingan seterusnya.

4) Perlawanan selepas Waktu Isyak buat aku lebih yakin sebenarnya. Mungkin ada orang menafikan tentang masa. tapi aku sering terfikir, bermain semasa Maghrib berapa ramai rakyat Malaysia akan terleka untuk Solat atau paling tidak akan terganggu dengan situasi perlawanan sedang berlangsung (termasuklah aku).

5) Ingat pepatah si bijak pandai, Harimau yang terluka lebih bahaya daripada Harimau sedang bersiar-siar. Aku harap semangat harimau betul-betul menusuk ke jiwa setiap pemain. (jangan kauorang bertukar jadi harimau jadian dah le.. kang tak pasal-pasal kena plak cari waris Jari Hantu)

6) Pemain harimau Malaysia yang SEDIA ADA pernah membuktikan mereka boleh menjaringkan 3 - 0 bila berdepan skuad lebih ampuh. Aku akui sebenarnya Indonesia lebih kuat daripada Singapore. Keupayaan untuk mendapatkan hanya 2 - 0, adakah itu mustahil???

Atas sebab-sebab di ataslah aku masih yakin Harimau Malaya mampu bangkit.

Namun masih tak mustahil Harimau Malaya boleh tewas. Hati kita mungkin terluka, dada kita mungkin sebak, jiwa kita mungkin rasa tidak puas tapi sebagai Rakyat Malaysia kita kongsilah bersama luka itu, sebak itu dan rasa itu agar kita bangun pada masa akan datang.

Aku sebagai rakyat Malaysia tidak malu untuk memohon pada DIA agar Malaysia layak ke Pusingan kelayakan Piala Dunia 2014. (Bukan setakat menang ye.. kerana 1-0 juga menang tapi masih tidak layak)

Mungkin juga kita gagal Sabtu lalu sebab Allah tak nak kita jadi riak, dan mahu kita selalu bersyukur kerana DIA akan menambahkan kenikmatan kalau kita tahu bersyukur. Yakinlah tiada kuasa lain mampu menandingi takdirNYA.

Ayuh Harimau Malaya.. tunjukkanlah taringmu sebenar.



Jumaat, 22 Julai 2011

Tiger vs Lion


Aku rasa lebih 15 juta rakyat Malaysia menantikan perlawanan hari Sabtu ni..

pesanan aku.. kot ye pun bersungguh-sungguh nak tengok, Maghrib jangan dilupakan.. Solat dulu.. Menang - Kalah Malaysia di tentukan oleh Allah jua.

Jangan lak komplen kenapa Singapore buat jam 7.30 malam.. kauorang faham-faham jelah bila negara dinaungi oleh BUKAN ISLAM..

Alhamdulillah negara kita dipimpin oleh orang Islam di mana bolanya start jam 8.45 mlm. Siap boleh wirid + baca Yassin lepas maghrib lagi.



Jumaat, 24 Jun 2011

Malaysia vs Lubnan : Tahniah Rakyat Malaysia

Perlawanan semalam tak perlulah aku ulas panjang. Walaupun terdapat beberapa kelemahan di bahagian tengah namun aku yakin diaorang mampu perbaiki sebab itu dah memang periuk nasi diaorang. Diaorang lagi pakar daripada aku.
Astro Arena suruh doakan Malaysia... mula-mula aku senyum jer.."bagus Arena ni.. mengajak orang ramai mengingati bahawa ketentuan tetap di tangan Allah".
Bila Malaysia tinggal 10 orang tak sangka dalam hati... akupun berdoa semoga Allah berikan kemenangan kepada Malaysia.. Alhamdulillah Allah terima doa Rakyat Malaysia. Alhamdulillah.

Sekarang Malaysia terkelompok di dalam 12 gergasi bola Asia termasuk China, Korea Selatan, UAE, Iran, Jepun dan sebagainya.

Mungkin akan datang Malaysia kalah dengan gergasi-gergasi dunia ini.. takpe.. jadikan pengalaman untuk muncul sebagai Harimau bertahta Bukit Asia Tenggara. Sangat digeruni dan sukar dijinakkan.

Tahniah aku ucapkan kepada skuad Harimau Muda yang rata-rata muda lagi. Baru berusia daripada 18 tahun - 22 tahun. Juga tak dilupakan seluruh pengurusan yang berkorban apa saja untuk maruah Malaysia ke mata dunia.

Tapi yang best ialah Ultras Malaya dan mereka yang datang stadium semalam. 5 minit terakhir sorakan mereka dah macam aku tengok perlawanan EPL. Cayalah..

Ada tak rakyat Malaysia tak tahu lagu ni...



Khamis, 23 Jun 2011

Malaysia vs Lubnan : Edisi Terbakau Hati


Malam ni perlawanan kedua antara Malaysia vs Lubnan di mana ia menentukan kelayakan ke seterusnya Malaysia dalam Sukan Olimpik 2012.



Aku memang bukan seorang fanatik bola sepak ni sangat walaupun suka tengok Barca dan Spain.

Namun bila Malaysia mula menggegarkan Asia dengan keupayaannya terbaru, semangat aku semakin membara. Mungkin sebab darah aku ni sama macam rakyat Malaysia lain iaitu patriotik kot. Jadi bila menyentuh mengenai Malaysia.. aku bangga seperti orang lain.

Terjadi satu kes salah seorang kawan aku yang memang kaki bola dan minat pada EPL. Citer berhabuk sampai menyembur-nyembur air liur. Tentang pembelian pemain semua hujung kuku dia yang kecik tu je..

Lepas tu boleh keluar kenyataan "buat masa ni saya tak minat bola sepak Malaysia. Kalau Malaysia masuk world cup baru saya minat".

Terbakar la aku.. tapi aku diamkan ajer.. sabar dalam dada.. Kalau ikut hati, nak aje aku sumbat tanah tempat dia pijak dalam mulut dia tu.

Aku tahu ada jugak segelintir orang Malaysia macam dia... dan aku percaya ramai juga yang berfikiran macam tu dan tidak kisah apapun yang berlaku tapi takdelah sampai hati nak sebut... tapi aku sangat yakin berjuta rakyat Malaysia mempunyai DARAH MALAYSIA yang sentiasa berada di belakang Malaysia dalam setiap pertembungan antarabangsa.

Tidak mustahil Malaysia tewas dalam perlawanan sebab itulah adat pertandingan tapi sekurang-kurangnya kita mulakan semangat baru bahawa jatuh bangun Malaysia, kita tetap sama-sama. Nak harap kita harumkan nama negara.. haram tak menjadi.

Tiba-tiba aku terjumpa satu keratan daripada Allahyarham Mokhtar Dahari


Kepada yang terasa aku mohon maaf.. semoga "Tanah Tumpah Darahku" ini terus aman, sejahtera dan memacu di mata dunia.





Jumaat, 3 Jun 2011

Malaysia vs Hongkong II

Dah lama rasanya kita tak tengok Malaysia beraksi di peringkat antarabangsa. Malam ini merupakan malam perlawanan persahabatan dengan Hong Kong buat kali kedua bertempat di pihak lawan.

Sebelum ni Malaysia tewaskan Hong Kong 2 - 0.

Malangnya malam ini dikatakan tiada siaran langsung disebabkan tiada syarikat penyiaran Hong Kong yang membuat liputan secara langsung di mana Astro boleh membelinya.



Khamis, 10 Mac 2011

Keputusan Malaysia vs Pakistan Pusingan Kedua. Lepas ni???

Semalam ramai jugak yang meroyan sebab siaran langsung Perlawanan kedua kelayakan Olimpik Malaysia vs Pakistan dibatalkan.. yang lempang tv pun boleh tahan ramainya...

Namun, apakan daya.. kalau ikut hati memang nak pergi pakistan tengok sendiri...

Keputusan semalam seri tanpa jaringan dan akhirnya Malaysia layak ke pusingan kedua dan bakal bertemu sama ada Arab Saudi, Australia, Syria, Bahrain, China, Jepun, Korea Utara, Korea Selatan, Iraq, Lebanon, Qatar, Uzbekistan atau Vietnam. Undian akan dibuat 30 Mac ini di Rumah AFC, Bukit Jalil.

Perlawanan 19 Jun dan 23 Jun..

tungguuuu..

Rabu, 9 Mac 2011

Perlawanan Kedua Malaysia vs Pakistan


Semalam aku tertanya-tanya, kalau kita kat sini main bola kul 8.30, kat Pakistan jam 8.30 tu pukul berapa kat Malaysia??
Jawapannya...
Kepada peminat bola sepak.. malam ni ada siaran langsung di Astro 801 dan TV1 jam 11.00 malam.. Jom tunggu depan TV.

kredit banner untuk malayatigers.com

Rabu, 23 Februari 2011

Sorakan Untuk Harimau Malaya vs Pakistan

Khamis, 10 Februari 2011

Malaysia Tewaskan Hong Kong.. Ultras Mari

Semalam perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Hong Kong. Sejak piala Asia aku dah semakin semangat dengan pasukan Malaysia.. Tahniah semalam menang 2-0 walaupun sebenarnya mungkin lebih jaringan gol kita boleh dapat. Cuma nasib tidak menyebelahi...

Semalam K Rajagopal memang memberi peluang kepada semua dan mencari keserasian baru untuk mewujudkan pasukan mantap Malaysia.

Pada 23 Februari nanti kita bertemu Pakistan plak dalam kelayakan sukan olimpik.

Itu bab bola.. bab pemain ke 12 iaitu penyokong plak.. aku tersedar rupanya Malaysia dah ada penyokong tegar. Di mana menang atau kalah tetap menyokong Malaysia. Mereka ini dikatakan berjanji dengan tidak menganggu penonton lain, memaki pemain ketika tewas, membakar mercun dan membaling objek. Cuma mereka akan ada tarian dan nyanyian sendiri di samping membakar suar sebagai trademark. Merka mengelar diri sebagai Ultra Malaya.. adakah sama macam ultraman??? itu kena tanya tokeh dia kot.


Mereka ni plak ada sub-sub ultra daripada negeri di Malaysia.. termasuklah negeri Melaka.. Walaupun tak ramai, mereka dikatakan memberikan sokongan kepada Melaka yang hanya bermain di liga FAM. Setakat ni tak sampai 20 orang tapi dikatakan akan menyokong Melaka secara berterusan dan menggelar diri Ultras Taming Sari

Kalau begitu baguslah wey.. semangat camni la best. So, kredit aku bagi kat kauorang..



aku??? aku suka ultraviolet je.




Selasa, 16 November 2010

Sukan Paralampiad @ Melaka

Pada 21 - 26 November 2010 ni seramai 1,926 orang atlet dan pegawai akan datang dan bertarung dalam paralampiad mewakili 16 kontijen seluruh negara.

Sebanyak 16 acara sukan dipertandingkan

  1. Badminton
  2. Basikal
  3. Boling Padang
  4. Bola Keranjang Kerusi Roda
  5. Catur
  6. Goalball
  7. Futsal
  8. Olahraga
  9. Pentaque
  10. Perahu Layar
  11. Ping Pong
  12. Powerlifting
  13. Renang
  14. Tenis Kerusi Roda
  15. Boccia
  16. Tenping Boling


Bagi yang ada masa... jom pergi tengok. Gambar atas ni adalah maskot bernama Jantan. Memang orang Melaka nama jantan tu normal. kira macam sejatilah.. kalau sebut 'anak jantan' tu kira boleh banggalah.. itulah orang Melaka...


Isnin, 12 Julai 2010

Entry Piala Dunia : Pilihan Yang Tepat

Minggu ni sibuk giler.. tapi disebabkan pasukan pilihan aku menang... maka aku gagahkan seminit dua pagi ni..

Tahniah kepada
Kerana memenangi


Ini memang pasukan pilihan aku sejak sebelum sepak mula dibuat. Lanjut di sini.

Tahniah sekali lagi.. tahniah.

La Furia Roja!!!

Sabtu, 26 Jun 2010

Melaka Bakal Wujud Bandar Sukan

Utusan Malaysia edisi selatan hari ini melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Melaka bercadang untuk mewujudkan sebuah bandar sukan di area Krubung. Alahh tempatnya sekeliling Stadium Hang Jebat tu...

kredit gambar : http://www.wiihabilitation.co.uk


Idea ni memang datang daripada Tok Ali kot sebab orang cakap kepala dia ni penuh dengan idea. Walaupun kadang-kadang tidak masuk akal tapi kalau diperhalusi memang idea yang bagus. (Ketepikan soal politik la..). Walau bagaimanapun, entry ni bukan nak citer pasal Tok Ali tapi nak citer pasal idea bandar sukannya itu.

Kebanyakan negara-negara maju mempunyai pusat / kawasan sukan begini yang memudahkan rakyat dan mampu menjana ekonomi kawasan tersebut.

Oleh itu, Kerajaan Negeri Melaka mempelawa mana-mana syarikat swasta terutama berunsurkan sukan tak kira sukan apa.. boleh bertapak bila ianya siap. Kalau dapat syarikat-syarikat sukan gergasi seperti Nike, Adidas, Kappa atau sebagainya lagi meriah kot. Setakat ni Jabatan Perancangan Bandar telah diarahkan buat layout plan.

Aku harap perancangan yang baik ini dapat direalisasikan pada masa akan datang insyaAllah.

Khamis, 17 Jun 2010

Keputusan Separuh Akhir Bola Sepak SUKMA

SEmalam telah berlangsung perlawanan separuh akhir bola sepak SUKMA Melaka. Keputusannya Terengganu akan berhadapan dengan Selangor di dalam perlawanan menentukan emas SUKMA Melaka.
Kedua-dua perlawanan akan berlangsung esok iaitu penentuan tempat gangsa jam 8.00 pagi manakala penentuan emas jam 8.00 malam.





17/06 : Sukma : Kedudukan Pingat Terkini

Hari ini kedudukan pingat semakin memberangsangkan. Dengan baki pertandingan 2 hari, sudah pasti perebutan kedudukan kutipan pingat semakin hangat.

Di bawah ini disertakan jadual kutipan pingat sehingga 17 Jun 2010 jan 10.00 mlm







Rabu, 16 Jun 2010

16/6 : Kedudukan Pungutan Pingat SUKMA

Pagi ni 16/06, kedudukan kutipan pingat berlaku perubahan mendadak. Kedah telah mula bangkit. Namun senarai pemungut pingat masih diungguli oleh Wilayah Persekutuan. Diikuti Selangor, Kedah dan Melaka ditangga keempat.


Untu details, klik pada jadual ye.. Chow
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com