Semalam aku uruskan pembelian inventory terbaru pesawat pejuang bumimelaka iaitu MIG 29 Fulcrum. Ia merupakan sebuah pesawat pejuang generasi ke-4 iaitu buatan Rusia.
Ciri umum
- Anak kapal: 1
- Panjang: 17.37 m (57 kaki)
- Rentang Sayap: 11.4 m (37 kaki 3 in)
- Tinggi: 4.73 m (15 kaki 6 in)
- Sayap luas: 38 m² (409 kaki²)
- Berat kosong: 11,000 kg (24,250 lb)
- Berat berisi: 16,800 kg (37,000 lb)
- Berat berlepas maksimum: 21,000 kg (46,300 lb)
- Loji kuasa: 2× Klimov RD-33 turbofan lepas bakar, 8300 kgf (lebih kurang 81.4 kN) setiap satu
Prestasi
- Kelajuan maksimum: Mach 2.4 - 2,445 km/j (1,518 bsj)
- Jarak: 700 km tempur, 2,900 km feri (430 batu / 1,800 batu)
- Lelangit khidmat 18,013 m / 59 060 kaki (59,100 kaki)
- Kadar kenaikan: mula 330 m/s, purata 109 m/s 0-6000 m [36] (65,000 kaki/min)
- Beban sayap: 442 kg/m² (90.5 lb/kaki²)
- Tujahan/berat: 1.13
Persenjataan
- 1x meriam 30 mm GSh-30-1 dengan 150 butir peluru
- Sehingga 3,500 kg persenjataan termasuk 6x peluru berpandu udara ke udara dalam kombinasi peluru berpandu panduan radar semi aktif dan AA-8 "Aphid", AA-10 "Alamo", AA-11 "Archer", AA-12 "Adder", FAB 500-M62, FAB-1000, TN-100, pod ECM, S-24, AS-12, AS-14.
Avionik
Kehadiran Pesawat pejuang MIG 29 ini adalah bagi melengkapkan 2 jenis peswat yang sedia ada iaitu Eurofighter 2000 buatan British Aerospace EAP.
dan juga
F18 C/D Hornet buatan Amerika Syarikat
Dengan kekuatan sedia ada ni.. diharap ancaman raksasa yang selalu mengganggu bumemelaka akan dapat di atasi.
Dijangkakan bumimelaka dalam proses membeli pesawat pejuang F22 Raptor milik Amerika Syarikat bagi menguatkan lagi ketumbukan sedia ada.
2 comments:
jangan enjin hilang sudah ler
akakakakaka
hahahahaha... takpe.. aku sorang jaga inventorynya.. InsyaAllah tak ilang.. Kalau ilang takde keje lain.. mesti anak aku sorang tu.. tapi bukan setakat injin, silap gaya sayap.. tayar semua boleh ilang dikerjakannya
Catat Ulasan