Memaparkan catatan dengan label Pelajaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelajaran. Papar semua catatan

Selasa, 4 September 2012

Edisi Ketiga : Bahasa Slanga Melaka

Meh nak citer Edisi ketiga Bahasa Melaka setelah Edisi Ketama dan Kedua dilancarkan.

Bahasa Melaka ni kadang-kadang susah nak bagi maksud yang agak tepat tapi boleh difahami sekiranya kita melihat kepada ayat yang diberi.

Jom mulakan kelas: Antaranya ialah

1) Belo = Belo ni macam bangang atau bodoh tapi dia tak sampai tahap bangang / bodoh la.
Cth ayat : "Hahaha.. belo je ko samad buat dia macam tu"
Perkataan ni aku dah tak jumpa dah budak-budak Melaka sekarang guna. Zaman aku kecik 80 an dulu memang selalu guna.

2) Handau = erkkk.. yang ni aku tak tahu nak bagi makna.. kauorang cuba imaginasi je menerusi ayat ni.
Cth ayat : "Ko ni, handau je kena tipu dengan si Kassim Lempoyang tu"

3) Lemau = tak ranggup
Cth ayat : "tutup la tin biskut tu, nanti lemau pulak" Jerit Mak Simah

4) Cengkadak = hmmm... ah. kau layanlah cth ayat
Cth ayat : "Banyak cengkadak la budak ni, bagi betis nak tapak kaki plak."

5) Menonong = Lebih ke arah meluru kot
Cth ayat : "Woi kak Milah, menonong je tu. nak kemana tu hoi?"

6) Makan Sampau = merupakan makian standard makcik-makcik Melaka
Cth ayat : "Aje makan sampau budak ni la. buat orang terkejut je" kata Nek Limah selepas kena sergah dengan dak Kodek

7) Miong = pening lalat
Cth ayat : "Adoi, miong kepala aku kena ketuk senduk dengan Nek Limah, kata Kodek selepas berjaya sergah Nek Limah

8) Meleser (sebutan baku) =  anak mengesel badan dalam keadaan nak bermanja. Kalau bapak budak tu melenjan kot.
 Cth ayat : "alah rimas tol aku la kat budak ni, asyik nak meleser je kat mak dia."

9) Menyempil = menyelitkan badan
Cth ayat : "Tengok tu dak ajit tu, asal orang borak ade je menyempil kat mak dia."


Itu sahaja kelas kita hari ini, kalau ada lagi jumpa kat Edisi 4 ye. Choww...

Isnin, 23 Julai 2012

jom baca Buku Doktor Umum : Memoir Tun Dr. Mahathir


Aku baru abis baca Buku Doktor Umum : Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan 963 Muka surat bersamaan 63 bab.



Secara keseluruhannya aku yang memang minat pemikiran Tun Dr. Mahathir (TDM) sangat bangga memiliki buku ini walaupun ianya hadiah daripada Cik Teman. 

Setelah baca buku ini bertambah keyakinan aku pada kesungguhan TDM mentadbir Malaysia hingga menjadi kilauan permata dunia hari ini. Aku tahu ada yang kurang menyokong dan terus menerus menghina TDM. Tak dinafikan semasa aku di Universiti tahun 1998 iaitu peristiwa Anwar dipecat, aku juga sokong habis Anwar. Diakui tutur kata Anwar ketika jadi TPM membuatkan aku yang mentah ini menyanjungi beliau berbanding TDM. Tambahan pula, ketika itu maklumat yang sampai sangat terhad. Mana ada blog yang menceritakan hal-hal sebenar ni. Jadi sebagai bekas mahasiswa aku nak nasihatkan para mahasiswa, selidik terlebih dahulu dalam-dalam sesuatu perkara dan fikirkan dengan matang. Jangan la fanatik keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang kecualilah terhadap Rasulullah s.a.w.

Kini setelah aku habis 62 bab ni, aku tahu betapa TDM ni seorang yang sangat kenegaraan. Boleh dikatakan beliau lebih mementingkan negara daripada diri sendiri. Aku tahu MUNGKIN ada yang cakap TDM berbohong menerusi buku ini. Tetapi pada pandangan aku, sebagai seorang manusia yang rasional membohong melalui buku adalah sesuatu yang tidak masuk akal terutama apabila dalam buku tersebut melibatkan orang sekeliling termasuk musuh sendiri. Sangat mustahil berbohong menerusi buku terutama melibatkan musuh dan hal ehwal negara serta buku ini bakal di baca oleh seluruh pelosok dunia  di mana ia dikarang oleh pemimpin terkenal dengan gelaran musuh Yahudi dan lantang bersuara. Amacam? fikirlah logiknya. Kalau ada maklumat tidak tepat tentu musuhnya dah betah semula buku ini. Kalau salah apa yang dia terangkan, tentu pihak tertentu yang tertuduh boleh pertahankan diri. Fikir.. fikir.. fikir...

Di dalam buku ini juga, aku rasa banyak sangat perkara yang kita tidak ketahui tetapi akhirnya dibongkarkan oleh TDM.

Antara yang menarik minat aku ialah ketika TDM kecil yang pernah dibuli rakan sekolah :)
Kemudian semasa TDM dalam era awal penglibatan politiknya
Kenapa beliau membina Lebuhraya, KLIA, Putrajaya, Jambatan Bengkok, Laluan keretapi dan pelbagai lagi
Cara beliau dipilih menjadi TPM oleh Tun Hussein,
Hubungan beliau dengan Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak
Cara beliau memilih TPM beliau
Kisah beliau dengan Lee Kuan Yew
Kisah bagaimana pemecatan Anwar
Kaedah beliau bersama pasukan menyelamatkan ekonomi negara
dan yang paling terkesan ialah
Kisah bagaimana penggantinya yang kurang berkesan meneruskan pentadbirannya
Hubungan Malaysia dan Singapura.

Sebenarnya banyak sangat lagi.... tapi aku percaya banyak lagi hal ehwal negara yang rahsia disimpan oleh TDM. 

Bawah ni antara bab yang terdapat dalam buku ini.... Harganya juga hanya RM59.90 je (kata Cik Teman la..)




Jenuh jugak aku nak ngabiskan.. anyway membaca itu pelita ilmu.. membaca la.. dan aku bukan pro mana-mana pihak,  Buku Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus pun aku ada beli, Majalah Perajurit pun aku langgan sejak 2 tahun lepas. Semua itu tujuannya untuk menambah ilmu pengetahuan aku je. Prinsip aku senang je.. baca je kemudian fikir dan nilai yang terbaik. Kan Allah dah bagi otak.

Chow.

Selasa, 21 September 2010

Musim Exam Bermula

Budak-budak sekolah dah mula mengambil peperiksaan mulai hari ini... Yang bakal menempuh beberapa bulan lagi.. dah mula menyelak buku.. kadang-kadang lunyai tengok buku tu kena selak. Bagi yang lagak 'cool' oklah... jangan terkencing plak masa exam nanti... membayangkan nasib sebagai seorang penoreh. Dah itu yang kauorang pilih.


Hari ini (21 - 23 Sept.) dah mula UPSR dan calon dari Melaka seramai 14,567 orang

Manakala PMR pada 5 - 7 , 11 - 12 Oktober dengan jumlah calon seramai 14,717 orang daripada Melaka.

Kemudian diikuti peperiksaan SPM bermula 23 November - 16 Disember nanti dengan jumlah calon seramai 15,418 orang.

Seterusnya peperiksaan STPM pada 23 November - 16 Disember dengan jumlah calon 1,424 orang.

Semoga semua berjaya.

Isnin, 6 September 2010

Sekolah Pelajar Hamil III (Semakin Hampir)

Sambungan isu sekolah mengandung..

Sebenarnya citer ni dah seminggu tapi atas sebab kesibukan aku hanya dapat update hari ini. Sekolah pelajar Hamil atau lebih dikenali sebagai sekolah harapan dijadualkan beroperasi pada 16 September 2010. Kerajaan Negeri Melaka telah memperuntukan sebanyak RM500,000 dan sebuah bangunan milik Syarikat Air Melaka Berhad di Jasin. Peruntukan tersebut meliputi urusan tempat tinggal, makan minum, elaun staf dan kos rawatan bersalin.

(Fuh yooo semua free laa...)

Setakat ni dah 3 remaja telah mendaftar. Sekolah ni bakal bawah selia MAIM dan staf masih dicari seperti warden, kaunselor dan guru. Kalau ada sesiapa berminat cuba hubungi MAIM.

Pendirian Tok Ali walaupun seorang sekolah ni tetap akan dibuka. Kecuali tiada orang kot.

Bagi remaja diluar negeri Melaka juga dibuka dengan syarat menetap di Melaka. Yelah semua tanggung mestilah utamakan rakyat Melaka dahulu.

Komen aku... walaupun ramai pihak mengutuk usaha ini dengan pelbagai andaian termasuk dikatakan menggalakkan maksiat.. meh aku nak cuba bincang sket.

1) Kalau sekolah tu tak bukak, maksiat dah berkurangan ker?? atau yang mengutuk tu dah berjaya buat sesuatu menangani maksiat?? Nak berkempen lagi?? meh sini kau try kempen, kalau tak kena gelak dengan remaja-remaja ni dah kira cukup baik.


2) Kalau sekolah tu tak bukak, budak tiga orang tu kauorang nak suruh duk umah je ke?? lepas tu kena hina dengan jiran.. pastu lahir kat dalam jamban.. lepas tu campak kat tong sampah??? Lepas tu kauorang kutuk.. cakap mengalahkan sasterawan. Sekarang ni diaorang masuk Sekolah Harapan dah tentu nasib bayi dan ibu kanak-kanak tu terjamin. Ditanggung lagi!. Memang mak dan bapak dia tu dah berdosa..berzina.. yang kauorang warak.. suci.. sufi tu.. buat apa??? Mengutuk jelah yang pandai. (maaf teremosi sikit)

3) Dalam diaorang bersekolah tu.. kan MAIM yang kawal.. boleh la sikit-sikit tarbiah dan kauseling dalam proses sebelum bersalin. Mudah-mudahan budak-budak tu insaf dan bertaubat. Silap gaya diaorang masuk syurga sebab dah bertaubat, kita masuk neraka sebab mengumpat. Kalau biarkan diluar sah-sah la.. terbiar budak ni. Nak suruh mak bapak bagi kauseling atau tarbiah?? peh! takde harapan.


4) Ingat!!! isu ni nak menangani gejala buang bayi... iaitu gejala yang kauorang pandai berpidato masa membaca.. siap geleng-geleng kepala lagi sambil terketik2 kaki. ceiitt!! Dengan cara ni aku confirm remaja masuk Sekolah Harapan dapat lahirkan bayi dengan selamat dan secara tak langsung mentarbiahkan remaja ni.


5) Perkara yang penting jugak adalah kita bagi peluang kat budak tu untuk berjaya dalam pelajaran / tidak ketinggalan dalam pelajaran. Dah dia buat keputusan salah sebelum ni.. bagi la peluang untuk berjaya dalam hidup.

6) Kalau kauorang lebih bijak daripada idea ni dengan idea lebih bagus.. apakata utarakan.. Kalau setakat bercakap! Budak tadika 5 tahun lagi pandai.. tapi tang buat haprak!!


At least kita cuba... kalau berjaya alhamdulillah... kalau gagal kita fikir lagi. Mentol kita tupun bukan uji 10-20 kali baru menyala.. Semoga Malaysia lebih makmur.


Rabu, 19 Mei 2010

Hari Falak/ Astronomi Peringkat Negeri Melaka

Komplaks Falak Al Khawarizmi, Melaka


Pada 22 - 23 Mei 2010 ni akan ada Hari Falak / Astronomi kali ke 7 peringkat Negeri Melaka. Venue nya adalah di Komplak Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara. Pelbagai Acara telah diatur pada kedua-dua hari tersebut termasuk pertandingan mewarna bagi kanak-kanak tadika, lawatan, tayangan 3D, pameran astronomi dan sebagainya.



So, Hujung minggu ni, warga Melaka atau Luar Melaka yang berminat mengenai aero-angkasa jom terjah Kompleks Falak Al-Khawarizmi.. Bawak anak-anak sama.. mana tahu boleh jadi macam Ibn. Firnas, Al Battani, Al-Khawarizmi dan sebagainya.




Khamis, 4 Februari 2010

Sapa Kata Dia Tak Datang Melaka???


Kauorang datang Melaka dan merancang nak beri ilmu pengetahuan kepada anak-anak kauorang atau diri kauorang?? kalau nak menda yang lembik-lembik pejal dan biasanya kepala boleh keluar masuk dan suka sangat berair.. meh lawat kat satu tempat ni..






iaitu Pusat Pengurusan Penyu Di Melaka. Ianya terletak di bersebelahan Ismah beach Resort kat Pantai Kemunting.



Segala Info pasal penyu ada sini daripada telor sampailah replika penyu tua. masuk percuma beb.. dan kalau kauorang pergi kena masanya.. kauorang boleh bersama-sama membantu mereka melepaskan anak-anak penyu yang baru menetas.

kalau ikut info sebenarnya ada diantara penyu-penyu ni yang kembali bertelur di Melaka beb. Kawasan spesifik aku tak ingat.. kauorang tanyalah makcik tengah belai penyu kat sana.





Tapi diingatkan.. kauorang tak boleh bawak balik dari anak penyu hingga mak penyu terutama dengan alasan untuk dijadikan binatang peliharaan... ceitt.. tak sesuai ngek.

Isnin, 1 Februari 2010

Untung Ke Pelajar Melaka???

Apa tak untungnya.. Kalau dapat lanjutkan pelajaran ke IPTA sama ada diploma atau ijazah akan dapat saguhati berbentuk wang.

Kalau dapat second class upper dan first class akan diserap ke jawatan di dalam syarikat Kerajaan atau Jabatan Ketua Menteri. Gaji ikut standard ijazah around RM1,800 kot. Perghh orang lain susah payah carik keje.. tapi kat Melaka belajar pandai-pandai insyaAllah ada ganjarannya...

Apa lagi pemuda Melaka wei.. rebut la peluang ni.. Ini tidak, belajar kauorang malas keje nak best-best. macam hawau!!

Ini bukan aku politikkan tapi menyampai dan menaikkan semangat pelajar-pelajar kita.. Kalau dapat pergi IPTA tu.. pergi jumpa Jabatan Ketua Menteri tanyakan wang saguhati pastu.. belajar ijazah.. belajar la bersungguh-sungguh kalau nak keluar nanti dapat kerja tanpa interview. Amacam??

Macam aku cakap ini bukan politik murahan tapi suntikan semangat. Kenapalah zaman aku dulu kerajaan negeri tak buat camni ek???
Kalau tak takdelah aku susah-susah jadi Hang Kebun.

Jumaat, 11 Disember 2009

SMK Bukit Rambai Terbakau

Mangkuk manalah yang bakau SMK Bukit Rambai, Melaka ni.. Ceittt.. aku bukan nak tuduh tapi Jab. Bombapun kata dalam siasatan... mungkin juga sebab litar pintas... tapi aku rasa sekolah berasrama ni kira antara yang baru juga.. lain la Sekolah High School ker.. Seri Kota ker.. SDARY ke.. Dang Anum ke.. Seri Mahkota ke... ataupun S.I.S...

Mengikut laporan sebanyak 5 bilik darjah tingkat tiga terbakar di mana bermula daripada bilik stor kat tingkat tiga. Kejadian ni berlaku pagi semalam... ketika budak-budak SPM tengah amik exam Tasawwur Islam Kertas 2. Itu yang membuatkan aku syak ada khianat tu... sebab sekolah dibuka ketika tu... aku rasa kauorang faham sebab kauorangpun muda jugak dulu... ada main bakar-bakar jugak.. tapi takdelah ranap sampai satu kelas.. paling tinggi pun bakar meja dan kerusi jer...

Kalau kauorang tanya teruk atau tak.. aku boleh katakan ranaplah 5 kelas tu.. bumbungpun tak de (Tingkat tiga.. tingkat teratas sekali).. mungkin bumbung hilang sebab kena sembur dengon Bomba kot... yelah diaorangkan ada prosudernya... dan yang pastinya Jab. Bomba akan sembur hampir keseluruhan aras tu supaya api tak merebak.

Tapi 4 Januri depan kan nak naik sekolah balik.. bermakna.. naya jugaklah budak2 lain nak belajau kalau kelas tu tak sempat siap...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com