Disebabkan aku belum mengenalpasti isu-isu terkini kat Melaka dan memandangkan ada segelintir pembaca luar Melaka.. maka aku tertarik untuk berkongsi tentang clip "only In Malaysia" untuk tontonan umum. Tersenyum aku dengan sebahagian budaya di Malaysia yang mungkin tiada di tempat lain. Jadfi, enjoy la kat Malaysia dan bersyukurlah kita hidup di dalam salah sebuah negara paling aman di dunia. Cukup membangun.. Sejahtera dan rezeki yang melimpah ruah. Paling best dalam video ni ialah pada masa 7.02.
Kepada team yang mencipta video ini... salute to u all. Jom layan kalau ada masa.
Ekoran isu Siamang di Zoo Melaka Ketua Menteri Melaka telah turun ke Hospital Besar melawat mangsa.
"jaga elok-elok budak ni ye"
sempat plak melawat katil sebelah
Budak tecik ni pun nak salam Ketua Menteri.
Gambar di atas di cilok daripada FB beliau. Memang benda dah berlaku tapi alhamdulillah.. Ketua Menteri Melaka ni sangat perihatin. Yang berlaku dah pun berlaku.. cuma tambah baik je pada masa akan datang.
Kerajaan Negeri Melaka bakal memberikan anugerah Darjah Seri Melaka (DSM) kepada Ong Kim Swee. Semua tahu yang Ong Kim Swee merupakan anak jati Melaka dan pernah melatih pemain Melaka sekitar awal tahun 2000an.
Walaupun ramai peminat bola mempersoalkan kenapa tak beri terus Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sepertimana Datuk Shah Rukh Khan atau paling tidak Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang turut membawa gelaran Datuk. Namun, semuanya bergantung kepada penilaian Yang Dipertua Negeri Melaka dalam memberikan gelaran. Yeah.. tidak dinafikan YAB. Ketua Menteri turut terlibat secara langsung di sini. Walau apapun, DSM ni dikira Datuk kecil. Kalau sekali lagi dapat pingat, confirm dapat DPSM atau DMSM dan digelar Datuk.
Penerima DSM akan dipakaikan kalung (macam medal) kat leher.
Kim Swee telah mengesahkan menerima surat penganugerahan berkenaan tetapi enggan mengulas mengenai nilai pingat bakal diterimanya.
“Saya bekerja ikhlas demi bola sepak negara, jika diberi penghargaan saya amat berterima kasih,” katanya.
Tambahnya “Pingat dan gelaran tidak penting, keutamaan saya ialah menyempurnakan tanggungjawab diberi kepada saya sebaik mungkin.”
Salute to Coach Ong Kim Swee... dan Tahniah daripada rakyat Melaka. Kami tetap bangga.
p/s: Mungkin kalau FAM tak nak Coach Kim Swee lagi.. Melaka bila-bila masa nak sambar kot... Bila la Pasukan Melaka nak bangkit semula ni.. uish.. uish..
Selamat bercuti sekolah untuk budak-budak dan mak bapak budak. Bagi yang bujang atau anak belum sekolah, ucapan selamat ini tiada kaitan dalam hidup mereka kecuali pergi kerja waktu pagi semasa lalu depan sekolah terasa sikit lengang.
Kepada adik-adik yang bakal di'dewasa'kan.. selamat mempertaruhkan nasib. heh heh.. ngennn.. ngenn.. (bunyi chainsaw).Pengalaman aku
Dalam hujan-hujan ni.... ada pulak yang bakal bernikah. Tahniah.. jangan kalut macamentry sebelum ni sudah.
Kepada yang nak bercuti selamat bercuti.. kepada yang nak melancong di Melaka.. saya alu-alukan.. sini tips untuk yang pertama kali masuk ke Melaka.
Gambar di bawah ni tak heran la aku sebab Tok Ali ni memang jenis mudah mesra terutama kanak-kanak. Dia layang cakap dengan kanak-kanak macam member jer..
Pernah ada satu tragedi.. Tok Ali jalan kat karpet merah untuk perasmian apa ntah.. tiba-tiba datang budak umur lebih kurang 5 - 6 tahun.. menghalang karpet merah tengah Tok Ali jalan sambil memekik "Tok Ali!!" dan tangannya di depakan macam orang nak kutip tol kawin.
Lepas tu Tok Ali ketawa dan salam budak tu.. serta cubit mesra pipi budak perempuan tu... Kemudian teruskan perjalanan untuk hadiri perasmian... Itulah Tok Ali...
Kalau aku jadi budak bawah ni.. kompom aku simpan gambar ni hingga anak cucu. Aku rasa dia baru selesai jogging kot berdasarkan pakaian dia ni. Kalau tak Subuh (sebelum budak bersekolah) atau Maghrib.
Ok memang aku puji Tok Ali bab-bab begini atau berkaitan dengan hal rakyat. Memang sangat berkesan kat hati aku sebagai pemimpin berjiwa rakyat tapi Tok Alipun ada keburukan dan pernah aku citerkan sebelum ni..
Menteri Besar lainpun ada yang begini kot... termasuklah negeri PR tapi itu kena cari kat blog lain la...
Anyway.. Tok Ali teruskanlah sikap ni... kelak Tok menjadi kesayangan rakyat.
Persidangan Dewan Undangan Negeri telah dibuka oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka semalam. Bermana hari ini hingga khamis kecohlah sidang dewan semula. Nasib baik la pembangkang hanya dua orang wakil.. lagi tiga orang telahpun digantung oleh speaker pada sidang dewan yang lalu.
Namun, aku jangka keadaan tidak selalu aman juga sebab kalau aman sangat.. boleh jadi mengantuk.. bila gaduh-gaduh alah bergurau tu nampak cerialah kita sikit.
Aku dengar ada usul dari pembangkang mengenai Program TRAM.
p/s: esok je aku pegi memerhati kot.. hari ini kebizian melampau
Ramai rakyat Melaka tahu.. tapi mungkin ramai jugak yang tak tahu.. silap gaya lagi ramai yang tak amik tahu...
11.11.11 (Jumaat) ni Ke Bawah Duli Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah akan mencemar duli turun ke Melaka bagi merasmikan sebuah Hotel Milik Yayasan Wakaf dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Pantai Puteri
Hotel ni boleh dikira tahap 3 star ni.. Kalau nak booking telefon 06-3535555. Dari segi kemudahan aku boleh puji hotel ni... Namun sebelum 11.11.11 tidak terima sebarang tempahan bagi menghormati ke bawah duli tuanku. Hotel wakaf ini dikatakan akan dibuka di setiap negeri. Konsepnya alah Islamik.. semua penyambut tetamu bertudung ayu gitu... Aku pergi dia tak keluar lagu waliband tapi bacaan al-quran je.. Jadi.. tokleh la bawak gelprennn ye.
Lagi satu Tuanku akan merasmikan dan bersolat Jumaat bersama lelaki-lelaki kacak Melaka beragama Islam di Masjid UTeM yang mampu memuatkan 4,000 jemaah dalam satu-satu masa
Sehubungan itu, aku sebagai rakyat Melaka menjunjung kasih atas kesudian Tuanku mencemar duli turun ke negeri bertuah ini.
BELUM TERLAMBAT KOT AKU NAK UCAPKAN TAKZIAH KEPADA TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI MELAKA DI ATAS PEMERGIAN ANAK SULONG BELIAU.
Anak beliau mengalami masalah buah pinggang dan meninggal dunia pada 25 Oktober lalu. Al Fatihah untuk roh yang telah pergi...
Ramai juga rombongan Melaka ke Pekan Pahang termasuk Ketua Menteri, Melaka, YB2 ADUN, termasuk MCA dan segelintir Ketua-ketua Jabatan termasuk Ketua Polis Melaka.
Di sana juga Menteri Besar Pahang juga ada sama...
*Seperti sedia maklum Tun Khalil berasal dari Pahang tetapi Toh Puan berasal daripada Duyong, Melaka.
Beberapa hari je lagi syawal menjelang... Jalan Raya semakin sibuk.. aku jangaka mulai petang ni hingga hari Isnin Jalan Melaka bertambah sesak. Pasar Raya semakin memuncak. Pelita Likur makin banyak tercacak.
Okey kepada yang nak balik Kampung tu atau ke rumah mertua ker.. harap dapat pastikan keselamatan rumah terutama berkaitan elektrik dan air di periksa untuk ditutup dengan kemas. Kang kauorang balik semula tinggal Abu je..
Kunci dan mangga la rumah bebetul... dan berterima kasihlah kepada anggota Polis dan anggota keselamatan yang sanggup korban diri untuk menjaga keselamatan kita.. Terima kasih abang-abang Polis, Askar, Bomba, Hospital.. Jasamu dikenang hingga akhir hayat.
Ni ada borang yang diedarkan oleh PDRM kalau kauorang nak balik kg.. tujuannya agar diaorang boleh perhati-perhatikan rumah kauorang...
Sehingga semalam seramai 7 orang Islam telah ditangkap di Melaka kerana tak berpuasa dan bakal dipanggil oleh JAIM untuk sesi kaunseling. Waklu la.. aku fikir budak belasan tahun.. rupanya di usia antara 44 - 52 tahun. Ceitt.. silap gaya bukan anak.. cucupun dah ada tu.. hawau.. Kalau usia 15 - 16 tahun kira boleh la bagi kaunseling lagi.. (ni buat cover diriku yang melakukan kesalahan sama di usia 15 tahun dulu.. hahahaha. Nyesal aku dengar cakap ko Tujie walaupun hanya sekali tu je.. sioot... )
Berbalik kepada citer Orang-orang tua kena tangkap tadi.. Masa kena tangkap ada beberapa alasan standard darjah satu dikeluarkan. Antaranya:
"tolonglah incik ostaz.. saya ni jenis tak tahan lapar" kata salah seorang mangkuk sambil terkebil-kebil mengigit tulang ikan kembung"
"errr... saya memang nak puasa abg ustaz yang hensem... tapi doa niat puasa saya tak tahu masa saya sahur tadi. So, saya fikir apalah amal jika tanpa niat. abg ustaz tahu tak.. amal tanpa niat ni ibarat cawan ni tanpa air.." kata seorang pakcik sambil meneguk sisa sirap bandung.
dan alasan yang paling bangsat
"aiiyaaa.. icik Ostaz.. apa pasat mau tangkap wa.. wa mukan Islam maa.. wa.. free thinker..." kata seorang mamat berkulit cokelat tapi konon-konon bukan Islam. Sanggup tu!!! ceiiss..
Aku rasa baik ko cakap ko bukan manusia tapi Patrik Star... lagi puas hati.
7 orang ni adalah segelintir je.. Sebenarnya ramai yang bertaburan lari bila diserbu.. Tengah syok makan Nasi Putih + Asam pedas di kedai bukan Islam. Yelah Ustaz-ustaz berpuasa.. tak mampu nak kejar semua.
Fikirlah.. kalau kauorang kena bakar masa jadi mayat macam ni esok.. amacam?? maaflah aku nasihat je.. aku fikir macam nak maki.. tapi terpaksa menahan hati disebabkan kemuliaan bulan Ramadhan. Harap semua sempat bertaubat sebelum masanya,. (Aku nasihatkan wanita mengandung.. lemah semangat.. dan mereka yang berpuasa tidak klik gambar tersebut.. kalau degil.. ko jawab la sendiri. hahaha)
Perlawanan semalam tak perlulah aku ulas panjang. Walaupun terdapat beberapa kelemahan di bahagian tengah namun aku yakin diaorang mampu perbaiki sebab itu dah memang periuk nasi diaorang. Diaorang lagi pakar daripada aku. Astro Arena suruh doakan Malaysia... mula-mula aku senyum jer.."bagus Arena ni.. mengajak orang ramai mengingati bahawa ketentuan tetap di tangan Allah". Bila Malaysia tinggal 10 orang tak sangka dalam hati... akupun berdoa semoga Allah berikan kemenangan kepada Malaysia.. Alhamdulillah Allah terima doa Rakyat Malaysia. Alhamdulillah.
Sekarang Malaysia terkelompok di dalam 12 gergasi bola Asia termasuk China, Korea Selatan, UAE, Iran, Jepun dan sebagainya.
Mungkin akan datang Malaysia kalah dengan gergasi-gergasi dunia ini.. takpe.. jadikan pengalaman untuk muncul sebagai Harimau bertahta Bukit Asia Tenggara. Sangat digeruni dan sukar dijinakkan.
Tahniah aku ucapkan kepada skuad Harimau Muda yang rata-rata muda lagi. Baru berusia daripada 18 tahun - 22 tahun. Juga tak dilupakan seluruh pengurusan yang berkorban apa saja untuk maruah Malaysia ke mata dunia.
Tapi yang best ialah Ultras Malaya dan mereka yang datang stadium semalam. 5 minit terakhir sorakan mereka dah macam aku tengok perlawanan EPL. Cayalah..
Malam ni perlawanan kedua antara Malaysia vs Lubnan di mana ia menentukan kelayakan ke seterusnya Malaysia dalam Sukan Olimpik 2012.
Aku memang bukan seorang fanatik bola sepak ni sangat walaupun suka tengok Barca dan Spain.
Namun bila Malaysia mula menggegarkan Asia dengan keupayaannya terbaru, semangat aku semakin membara. Mungkin sebab darah aku ni sama macam rakyat Malaysia lain iaitu patriotik kot. Jadi bila menyentuh mengenai Malaysia.. aku bangga seperti orang lain.
Terjadi satu kes salah seorang kawan aku yang memang kaki bola dan minat pada EPL. Citer berhabuk sampai menyembur-nyembur air liur. Tentang pembelian pemain semua hujung kuku dia yang kecik tu je..
Lepas tu boleh keluar kenyataan "buat masa ni saya tak minat bola sepak Malaysia. Kalau Malaysia masuk world cup baru saya minat".
Terbakar la aku.. tapi aku diamkan ajer.. sabar dalam dada.. Kalau ikut hati, nak aje aku sumbat tanah tempat dia pijak dalam mulut dia tu.
Aku tahu ada jugak segelintir orang Malaysia macam dia... dan aku percaya ramai juga yang berfikiran macam tu dan tidak kisah apapun yang berlaku tapi takdelah sampai hati nak sebut... tapi aku sangat yakin berjuta rakyat Malaysia mempunyai DARAH MALAYSIA yang sentiasa berada di belakang Malaysia dalam setiap pertembungan antarabangsa.
Tidak mustahil Malaysia tewas dalam perlawanan sebab itulah adat pertandingan tapi sekurang-kurangnya kita mulakan semangat baru bahawa jatuh bangun Malaysia, kita tetap sama-sama. Nak harap kita harumkan nama negara.. haram tak menjadi.
Tiba-tiba aku terjumpa satu keratan daripada Allahyarham Mokhtar Dahari
Kepada yang terasa aku mohon maaf.. semoga "Tanah Tumpah Darahku" ini terus aman, sejahtera dan memacu di mata dunia.
Jam 8.10 malam tadi, YB Datuk Mohamad Hidhir bin Abu Hasan ADUN Kawasan Merlimau telahpun menghembuskan nafas terakhir setelah 3 hari di wad ICU Putra Hospital. Beliau adalah Exco Pembangunan Desa dan Pertanian yang menjadi wakil rakyat semenjak tahun 2004 kalau tak silap. Sebenarnya sehari selepas beliau menjalani rawatan salur jantung yang tersumbat.. beliau boleh bergelak ketawa dengan rakan-rakan beliau.
Sepanjang hayat beliau, secara peribadi.. Datuk Hidhir merupakan seorang yang sangat tidak mementingkan protokol bila berjumpa rakyat. Beliau boleh bersembang dan berbincang dengan sesiapa sahaja walaupun di tepi longkang.
Walaupun mukanya nampak serius tetapi beliau merupakan salah seorang ADUN yang sangat menyenangkan rakyat terutamanya penjawat awam negeri Melaka.
Cuma yang tidak menyenangkan... sms tentang kritikal beliau berlegar sejak 3 hari lepas. Yang paling tidak sedap... semalam sejak jam 1.00 tgh berlegar sms berita datuk Hidhir meninggal dunia. Hawau. dan aku tidak pelik kalau ada yang mula pasang angan-angan nak gantikan ADUN Merlimau.
Aku memang ada pandangan sendiri tentang kawasan Merlimau memandangkan kawasan tersebut familiar dengan aku.. tapi sebagai menghormati pemergian Datuk Hidhir.. lepas tiga hari nanti baru aku citerkan ye...
Kepada keluarga allahyarham.. takziah diucapkan... dan Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Datuk Hidhir...
Aku nak ucapkan Selamat Ulangtahun Ke 52 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)
Kenapa tetiba aku buat ucapan ni?? Hmm.. sebenarnya aku memang minat dengan kerjaya TUDM.. cuma mungkin rezeki aku tidak ke situ.. Sekarang aku just kumpulkan koleksi model kapalterbang perang jelah.. Hari-hari tengok model tu.. Rasa puas bila dapat sentuh..
Aku rasa semua tahu, walaupun peswat pejuang kita tidak secukup mana namun semua harus sedar kita mengamalkan prinsip defensif bukannya offensif. Makna lain.. kita beli peralatan untuk memepertahankan negara kita dari diceroboh bukannya menggunakan kekuatan tentera untuk menceroboh negara orang. Itu sebab pesawat pejuang kita tak sampai ke tahap beratus-ratus biji macam negara besar lain. Ini semua pandangan aku la..
Walau bagaimanapun, aku percaya saban hari kita dalam memperkuatkan negara kita sebagai sebuah negara berdaulat. bagi aku peralatan perang bukan bermakna kita nak berperang tapi menunjukkan keupayaan kita sekiranya 'disentuh'. Alah senang citer orang yang kuat, mana ada orang yang ingin tindas. nak bersekutu lagi adalah...
dan seharusnya kita berterima kasih kepada pasukan tentera dan pasukan keselamatan kerana menjaga setiap inci kedaulatan negara kita.
Semalam Polis menyambut ulang tahun ke-203 dan malam tadi ditayangkan filem lama Bukit Kepong.
Walaupun ada segelintir masyarakat sering kutuk Polis tapi bagi aku tugas mereka sungguh mulia terutama yang menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.
Ditambah malam tadi ditayangkan filem Bukit Kepong, aku cadang nak tidor dalam 11.30 malam tapi terbawa pulak hingga habis filem tersebut sehingga jam 12.30 mlm.
Filem tersebut memang terkesan abis kat jiwa patriotik aku ni.. Sebak bila tengok gugur satu persatu warga Polis yang mempertahankan seinci bumi bertuah ini. Kalau ikut logik, mereka boleh berundur dan counter back bersama Polis Hutan atau angkatan tentera lain dikemudian hari. Memang tempat tersebut strategik tapi dengan keupayaan tahun 1950 tu Angkatan tentera Malaysia mampu rampas tempat tersebut yang berkeadaan lebih terbuka. Royal Air Force Malaya(RAF Malaya)juga diwujudkan semula pada tahun 1950, Tentera Laut Malaya ditubuhkan pada 1949, menjelang tahun 1950 juga kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion (sumber wikipedia). Dengan adanya semua ini.. mustahil Komunis boleh merampas Malaya. Komunis di Malaya tidak selengkap angkatan Jepun. Mungkin komunis kuat la kat negara-negara komunis.. Tambahan pula Malaya mendapat sokongan kuat British ketika itu..
Namun atas prinsip, biar putih tulang jangan putih mata.. anak dan isteri mereka tinggalkan. Kalau ikut nisbah ketika tu.. hampir 1 vs 10 orang.. gilo tul.. Komunis bajet 20 minit selesai.. rupanya sampai tengahari baru dapat selesaikan.
Cuma kalau la ada sambungan cerita tu... bestnya... yelah ingat tak ada salah seorang polis berjaya melarikan diri ke sungai walaupun tercedera.. Aku nak tahu kesudahan komunis kat situ...
Anyway kebanyakkan pelakon-pelakon dalam tu adalah polis termasuk semua komunis tu.. semua polis.. patutlah cun je aku tengok komunis wanita tu...
Tahniah kepada Dato' Jins Samsudin ketika tu kerana dapat mengkarya filem yang menyentap semangat patriotik aku.
Al-Fatihah untuk semua perajurit-perajurit yang gugur dalam mempertahankan maruah tanahair kita.
Kepada semua Polis yang sedang berkhidmat.. selamat menyambut hari polis.. jasa baik kauorang aku di bumimelaka amat menghargai dan jutaan terima kasih kerana menjaga keamanan negara ini dengan tubuh badan anda. Thanks a lots.
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.
Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.
Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com