Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Politik. Papar semua catatan

Isnin, 23 Julai 2012

jom baca Buku Doktor Umum : Memoir Tun Dr. Mahathir


Aku baru abis baca Buku Doktor Umum : Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan 963 Muka surat bersamaan 63 bab.



Secara keseluruhannya aku yang memang minat pemikiran Tun Dr. Mahathir (TDM) sangat bangga memiliki buku ini walaupun ianya hadiah daripada Cik Teman. 

Setelah baca buku ini bertambah keyakinan aku pada kesungguhan TDM mentadbir Malaysia hingga menjadi kilauan permata dunia hari ini. Aku tahu ada yang kurang menyokong dan terus menerus menghina TDM. Tak dinafikan semasa aku di Universiti tahun 1998 iaitu peristiwa Anwar dipecat, aku juga sokong habis Anwar. Diakui tutur kata Anwar ketika jadi TPM membuatkan aku yang mentah ini menyanjungi beliau berbanding TDM. Tambahan pula, ketika itu maklumat yang sampai sangat terhad. Mana ada blog yang menceritakan hal-hal sebenar ni. Jadi sebagai bekas mahasiswa aku nak nasihatkan para mahasiswa, selidik terlebih dahulu dalam-dalam sesuatu perkara dan fikirkan dengan matang. Jangan la fanatik keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang kecualilah terhadap Rasulullah s.a.w.

Kini setelah aku habis 62 bab ni, aku tahu betapa TDM ni seorang yang sangat kenegaraan. Boleh dikatakan beliau lebih mementingkan negara daripada diri sendiri. Aku tahu MUNGKIN ada yang cakap TDM berbohong menerusi buku ini. Tetapi pada pandangan aku, sebagai seorang manusia yang rasional membohong melalui buku adalah sesuatu yang tidak masuk akal terutama apabila dalam buku tersebut melibatkan orang sekeliling termasuk musuh sendiri. Sangat mustahil berbohong menerusi buku terutama melibatkan musuh dan hal ehwal negara serta buku ini bakal di baca oleh seluruh pelosok dunia  di mana ia dikarang oleh pemimpin terkenal dengan gelaran musuh Yahudi dan lantang bersuara. Amacam? fikirlah logiknya. Kalau ada maklumat tidak tepat tentu musuhnya dah betah semula buku ini. Kalau salah apa yang dia terangkan, tentu pihak tertentu yang tertuduh boleh pertahankan diri. Fikir.. fikir.. fikir...

Di dalam buku ini juga, aku rasa banyak sangat perkara yang kita tidak ketahui tetapi akhirnya dibongkarkan oleh TDM.

Antara yang menarik minat aku ialah ketika TDM kecil yang pernah dibuli rakan sekolah :)
Kemudian semasa TDM dalam era awal penglibatan politiknya
Kenapa beliau membina Lebuhraya, KLIA, Putrajaya, Jambatan Bengkok, Laluan keretapi dan pelbagai lagi
Cara beliau dipilih menjadi TPM oleh Tun Hussein,
Hubungan beliau dengan Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak
Cara beliau memilih TPM beliau
Kisah beliau dengan Lee Kuan Yew
Kisah bagaimana pemecatan Anwar
Kaedah beliau bersama pasukan menyelamatkan ekonomi negara
dan yang paling terkesan ialah
Kisah bagaimana penggantinya yang kurang berkesan meneruskan pentadbirannya
Hubungan Malaysia dan Singapura.

Sebenarnya banyak sangat lagi.... tapi aku percaya banyak lagi hal ehwal negara yang rahsia disimpan oleh TDM. 

Bawah ni antara bab yang terdapat dalam buku ini.... Harganya juga hanya RM59.90 je (kata Cik Teman la..)




Jenuh jugak aku nak ngabiskan.. anyway membaca itu pelita ilmu.. membaca la.. dan aku bukan pro mana-mana pihak,  Buku Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus pun aku ada beli, Majalah Perajurit pun aku langgan sejak 2 tahun lepas. Semua itu tujuannya untuk menambah ilmu pengetahuan aku je. Prinsip aku senang je.. baca je kemudian fikir dan nilai yang terbaik. Kan Allah dah bagi otak.

Chow.

Isnin, 16 Mei 2011

Mana Pergi 80,000 Pengundi Melaka

Bahang pilihanraya semakin terasa. Begitu juga di Melaka. Ada parti yang sedang bersungguh-sungguh mengumpul pengundi. Kumpullah sebanyak mana, namun aku yakin yang mengundi mempunyai hak mutlak memilih wakil mereka.

Di Melaka dikatakan lebih 80,000 warga yang layak mengundi tetapi masih belum mendaftar. Paling menyedihkan kira-kira 50,000 adalah bumiputera. Daripada 50,000 orang ni, ntah berapa ramai yang cakap kat kedai kopi pasal politik siap tepuk-tepuk meja. Rupanya daftar mengundi pun tidak.

Sebenarnya sebagai rakyat Malaysia kita yang tentukan siapa yang layak memerintah. Janganlah bila kampung dah tergadai dengan kerajaan cakerawala baru tercengang-cengang. Terhegeh-hegeh bawak sepanduk.

Jadi, mohlah kita daftar mengundi.

Pejabat Suruhajaya Piliharaya Melaka seperti berikut:

PEJABAT PILIHAN RAYA NEGERI MELAKA
TINGKAT 20,MENARA PERSEKUTUAN, JALAN PERSEKUTUAN MITC
HANG TUAH JAYA
75450 AYER KEROH, MELAKA

Tel : 06-234 5632 ATAU 06-234 5633
Fax : 06-234 5634


atau buat semakan dengan klik di bawah ni.


Kalau nak ngundi kat tempat tinggal sekarang.. tukar je alamat kat Jabatan Pendaftaran. 2 Jam siap katanya.

Isnin, 7 Mac 2011

N27 Merlimau : Analisa Kedai Kopi

Aku tak nak citer pasal keputusan tapi nak analisa tahap kedai kopi Pak Man Besi. Kepada para pembaca yang sangat bijak menganalisa.. janganlah hina aku.. sebab macam aku cakap aku bukan analisa tahap parlimen.. tapi tahap kedai kopi. Nak join mehlah.. tapi biarlah berhemah.

Semua dah tahu BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi di mana BN memperolehi 5,962 undi manakala PAS mendapat 2,319 undi. Jumlah undi rosak pula ialah 132 undi. Peratusan keluar mengundi 78.98% (8,413 pengundi)

Bandingkan dengan keputusan PRU12 (2008) di mana BN memperolehi 4,981 undi berbanding PAS 2,827 undi. Majoriti sebanyak 2,154. Jumlah undi rosak 149 undi. Peratusan keluar mengundi 75.99% (7,957 pengundi).

Dari segi undi yang diperolehi BN meningkat sebanyak 981 undi manakala undi PAS berkurang sebanyak 508 undi. Pengundi yang keluar pula meningkat sebanyak 456 pengundi.

Kalau ikut congak mudah alah-alah tahap Tadika Mesra Upin dan Ipin.. tambahan 456 pengundi yang keluar telahpun menyokong BN dan 508 pengundi PAS pada PRU12 lalu turut beralih arah memilih BN.. menjadikan jumlah undi tambahan 964. BN dapat 981.. lagi 17 undi, BN perolehi daripada undi rosak yang berkurangan bagi PRK ini.

Bagi pandangan peribadi aku.. rakyat mula beralih semula kepada Barisan Nasional walaupun aku difahamkan ada dikalangan pengundi Cina masih berpihak kepada mengundi PAS.

Walau bagaimanapun, BN di Merlimau tidak harus tidur lena sebab kalau ikut rekod PRU11 majoriti BN adalah sebanyak 5,087 pada 2004. Jadi kena kerja keras maaa...

Sepanjang di Melimau.. macam-macam hal berlaku.. yang kes hampir bergaduh.. cukup banyak.. mujurlah pihak berkuasa bijak menanganinya. Tabik kepada abang-abang Polis dan FRU yang bersengkang mata nak pastikan semuanya aman. Kepada penyokong tak yah la tunding-tunding jari.. aku tengok sama je.. dua-dua pihak saling maki memaki di kebanyakan kawasan.. perkataan bodoh, sial, babi, dan seumpamanya kalau dibuat dalam bentuk tulisan mahu lebih tebal dari buku panduan telefon. Semua keluar daripada mulut penyokong dua-dua parti.

Kalau kauorang bawak budak kecik.. jangan la lalu kat sini.. buat jahanam pemikiran budak.. balik diaorang plak jerit perkataan tu kat rumah. haru... ingatkan akhlak Islam tersemat di dada penyokong.. rupanya sama dua kali lima jer. Kalau semua penyokong sangat berakhlak.. akhirnya pengundi terpikat jua. Percayalah... Kalau rasa meroyan nak menjeritpun.. jeritlah perkataan elok-elok.. barulah boleh jadi contoh. Kata-kata ini aku tujukan kepada parti yang berlandaskan Islam la.. mudah sikit nak jadi contoh..
eh.. eh.. aku tak kata PAS ye.. sebab parti lain pun banyak jugak orang Islam.. Jadi, kenyataan aku umum.. aku tujukan kepada parti di Sepanyol.

Selasa, 1 Mac 2011

N27 Merlimau: Lepas Geram Isu Melaka

Di Merlimau semakin hari semakin hangat dengan pelbagai isu.. Yang benar dan yang fitnah dah bercampur gaul. Aku yang membaca dan mendengar pun dah naik muak... tak kurang jugak isu-isu basi yang tak larat aku nak komen. Lantak kauorang lah!!!

Aku cuma cari isu-isu yang boleh membangunkan DUN Merlimau.. tak kiralah di kedua-dua belah pihak. Keluarkan manifesto yang dikatakan 'power'.. Bagi aku tak yahlah buruk-burukkan pihak lawan.. Taktik tu zaman tahun 80an. Zaman pengundi tak boleh fikir.

Penduduk Merlimau walaupun ramai berlatar belakang orang kampung tapi mereka sebenarnya mampu berfikir rasional. Kauorang ceritalah sampai berbuih mulut.. kepala diaorang hangguk tapi hati diaorang masih bertapis setiap fakta tu...

Aku faham pembangkang akan ceritakan tentang keburukan Melaka terutama produk-produk Pelancongan di Melaka. Tidak aku nafikan ada produk yang gagal tapi dalam 10 yang dibina, 8 bagus.. takkan seumur hidup nak citer yang tak bagus 2 tu???
Contoh mudah.. bini kauorang baik.. taat.. hari-hari masak nasi.. mesti lauk best giler.. tup-tup sekali tu masak masin sikit.. Takkan yang sekali tu kauorang nak burukkan sampai liang lahat?? yang dia masak best hari-hari tu tak plak kauorang puji!!! Kalau memang itulah tabiat kauorang.. memang sahlah kauorang jenis yang tak tahu bersyukur!

Mungkin bagi yang berkata pembangunan tak perlu.. sangat selesa sepertimana hidup di beberapa negeri lain...yang mungkin milik pembangkang, itu bagi kauorang.. tapi rata-rata aku tanya penduduk Melaka.. mereka sangat senang sebab dapat hidup di negeri yang mempunyai infrastruktur lengkap. Jalan raya yang luas.. kemudahan disekeliling.. hidup aman damai.

Aku faham kauorang nak cari isu pembaziran yang berlaku... tapi buatlah kaji selidik betul-betul. Ini dalam satu video di Youtube mengatakan Menara Taming Sari rugi. Waklu Sepaku.. kalau cuti sekolah beratur orang nak naik benda tu.. Orang Kelantanpun dah beribu-ribu orang naik benda tu. Orang KL lagi la ramai.. Orang Singaporepun boleh tahan.

Yang kedua isu Sekolah Harapan.. membazir?? membazir kejadahnya?? banyak kali aku bagitau.. Sekolah Harapan bukan untuk sekolah mempelajari cara-cara bersetubuh. Hah!! kan aku dah hangin!. Dia untuk budak-budak bangang yang dahpun bersetubuh. Lepas tu tak tau nak pergi mana dan 70% merasakan bayi dalam kandungan harus DIBUNUH!. Sekolah Harapan datang..

"meh.. meh nak.. tak yah bunuh.. kami akan bantu anak... dan kami ingin anak bertaubat serta kembali ke jalanNYA. Sesungguhnya Allah Maha pengampun".

Itu je hawau!! Duit yang bantu budak-budak ni.. kauorang suruh buat kempen cegah maksiat?? Kepala bana! Kalau sekadar kempen dah berjaya.. aku yakin generasi malaysia tak kenal dah apa itu ROKOK!. Cuba buktikan kat kerajaan kauorang bahawa dengan kempen je, zina berjaya jadi sifar. Baru boleh ngata orang. Kalau ikutkan jumlah pelajar di rumah harapan tu.. ada beberapa orang datangnya daripada beberapa negeri di Malaysia termasuk negeri serambi Mekah. Tapi Tok Ali tak sampai hati nak halau suh ngadu kat rumah Menteri Besar kauorang atau Menteri Besar lain. Terima jugak budak-budak tu... sebab fikirkan objektif nak selamatkan bayi dalam kandungan tu daripada dibuang dan terbunuh begitu saja. Duit makan minum ada Kerajaan Negeri Melaka mintak kat Menteri Besar lain????? semua tu rakyat Melaka tanggung!! Semoga Allah balas kebaikan duit rakyat Melaka yang disalurkan tersebut.

Dahlah.. letih aku layan orang tak guna akal ni.. errr.. tapi aku tahu kauorang memang ada akal.. itu sebab ligat cari apa salah orang.

wey.. cari salah orang lagi mudah daripada buat kebaikan... dan budak tadikapun pandai cari salah orang.. so, nak jadi pemimpin mesti bijak buat kebaikan.

Setakat ni aku masih lagi respek dan salute kepada Ketua Menteri Melaka dengan bantuan Kerajaan Persekutuan.. sebab walaupun tanah sangat kecik Melaka terus membangun hingga lebih popular daripada beberapa negeri di semenanjung ni di peringkat antarabangsa. Ini fakta. Inilah bukti kebijaksanaan..
Segala kelemahan tu.. tegurlah.. juga dengan bijaksana... bukan level budak tadika.

Bagi yang terasa kenyataan aku di atas aku mohon maaf.. aku bukan kata kau.. aku kata diaorang... (budak bernama diaorang tu tak duduk Malaysia tapi duduk negara Adi Ababas sana)


Jumaat, 25 Februari 2011

N27 Merlimau : Jagoan BN vs Jagoan PAS telah dipersiapkan.

Jagoan Sabungan telah dipilih oleh BN dan PAS.. tunggu masa nak lepas tengah padang jer.. Malam tadi PAS dah umumkan calonnya iaitu Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Jasin, Haji Yuhaizad Abdullah.


VS









Di mana lawannya En. Roslan bin Datuk Ahmad, Barisan Nasional.

Calon dah umum.. cuma macam biasa mesti ada isu tidak puas hati keluar.. Ta kiralah belah mana punya parti.. Tentu ada hati yang terguris dan ada pula jiwa yang terkoyak.
Yelah masing-masing nak calon masing-masing naik... memang lah payah.. kang pilih si A.. si B marah! pilih si B.. si C dan A marah.. abis camne?? Kerusi satu!

Bagi aku yang tidak terpilih tu anggap je takde rezeki.. rezeki orang.. lagi satu jagoan masih bersabung.. alah menang belum ditentukan...

Kalau dah cakap ikhlas nak berjuang.. maka ikhlas la perlu ditunjukkan. Makna ikhlas ialah berbuat sesuatu tanpa harapkan balasan. So, kalau rasa tak boleh berjuang dengan ikhlas.. sila bagitau masa isi borang.. saya berjuang untuk parti ini tidak ikhlas. Senang citer.


Khamis, 24 Februari 2011

N27 Merlimau : Roslan vs ????

Semalam Barisan Nasional umumkan En. Roslan bin Datuk Ahmad sebagai calonnya. Beliau yang berumur 44 tahun merupakan anak kepada bekas ADUN Sungai Rambai dan anak saudara kepada Bekas Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Abu Zahar. Itu semua aku tak tahu.. yang penting dia boleh buat kerja dan rajin.. cukup!


Bagi Pas.. malam ni akan umumkan calon mereka. Dengar citer calon favorite diaorang Hjh Kintan Man. Namun, PAS mengatakan bahawa selain daripada Hjh Kintan, mereka turut mempunyai calon lain yang boleh diketengahkan seperti Yang DiPertua PAS Kawasan Jasin, Mejar (B) Jasme Tompang dan Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Jasin, Ustaz Kamaruddin Sidek.

Sapapun yang bertanding.. aku harap dua-dua pihak dapat bertanding dengan aman dan sentosa.

Rabu, 23 Februari 2011

N27 Merlimau : Calon Barisan Nasional Dah Umum

Calon bagi Barisan Nasional telahpun diumumkan..

walaupun banyak calon yang diketengahkan dan menjadi bualan mulut orang.. akhirnya

En. Roslan bin Datuk Ahmad menjadi calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Merlimau

Beliau merupakan salah seorang pengurus di salah satu agensi Kerajaan Negeri Melaka iaitu Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd.




Rabu, 16 Februari 2011

N27 Merlimau : Suara Hati Penduduk Merlimau

Setakat hari ini dua pemimpin besar parti politik telah datang Merlimau.. iaitu TGNA dan TPM. Kedua-duanya disambut meriah..

tapi ada jugak yang tak sedap didengar oleh suara hati penduduk tempatan di Merlimau..

Mereka kecewa kerana ramai orang luar yang mendampingi pemimpin pujaan mereka semasa di DUN mereka daripada orang yang nak mengundi ni sendiri..

Kalau ikutkan teori pun.. titik persilangan x dan y adalah menunjukkan bahawa pemimpin akan bermesra dengan penduduk DUN yang berkenaan. Jadi orang luar sebenarnya yang patut duk menyempil tengok dari jauh..

Yelah bayangkan lah.. ada artis datang makan rumah kauorang.. tapi yang layan adalah jiran sebelah rumah. Ko jangan kata autograf.. salampun tak dapat.. duk luar rumah plak tu.. mau tak hangin..

Jadi, kepada orang luar yang bakal mengkerumuni Merlimau akan datang.. selamat datang aku ucapkan tapi ingatlah pesan orang tua.. "masuk kandang kambing mengembek.. masuk kandang harimau mengucap".

Chow!


Isnin, 14 Februari 2011

N27 Merlimau : Pemimpin Besar Sudah Datang

Merlimau dah jadi popular sekarang ni.. semua pemimpin politik negara dah merancang nak turun.. tak kiralah Pemimpin Barisan Nasional ataupun pemimpin Pakatan.

  1. YAB TGNA dah turun 12 Februari 2011 lalu di Merlimau Pasir..
  2. YAB Tan Sri Muhyiddin akan turun 14 Februari 2011
  3. YAB Dato' Seri Najib akan turung pada 19 Februari 2011
  4. YB. Dato' Seri Anwar & YB Lim Kit Siang - belum ada tarikh tepat. Dikatakan kemungkinan turun semasa PM turun iaitu 19 Februari 2011.
  5. YB. Hadi turun 24 Februari 2011.
Wahhh!!! dashatlah Merlimau...

Tapi setahu aku.. Tok Ali iaitu Ketua Menteri Melaka dikhabarkan turun Merlimau secara purata 6 jam sehari untuk memantau keadaan di sana.

Bagi aku.. tak yahlah ada pihak yang dok memekak pasal "baru nilah nak turun padang".. ceh!! tak perlulah sebut.. sbb mana-mana pihakpun sama. Ada alasan tersendiri..

Sekarang masa nak 'fight' kat Merlimau.. so, 'fight' la betul-betul.. The best man win la bro...

Jumaat, 11 Februari 2011

Meh Terjah Tok Ali di Surau

Aku memang respek pemimpin-pemimpin macam ni.. aku tahu pemimpin PAS lagi handal.. TGNA siap baca khutbah..

Tapi oleh kerana ni citer dalam Melaka.. maka aku upkan Ketua Menteri yang berada di surau Taman Debunga Merlimau.. macam jugak orang Kelantan upkan gambar Menteri Besarnya...
Peristiwa ni mungkin beliau dalam berjalan-jalan kawasan Merlimau tu.. singgah maghrib kat salah satu surau.. semuanya tidak dirancang. Diminta menjadi imam solat maghrib.. bukan satu halangan bagi pemimpin Islam...

Semoga pemimpin-pemimpin seperti ini tak kira la dalam UMNO, PAS atau PKR terus dirahmati Allah s.w.t. dan diberikan hidayah memimpin rakyat dengan terbaik!!


itu dia gimik sambutan ketibaan seorang Ketua Menteri


Para media sedang menanti


Alhamdulillah...

N27 Merlimau : Kebarangkalian Calon Yang Muncul

Akhir-akhir ini DUN Merlimau hangat lagi memperkatakan calon yang sesuai bagi mewakili rakyat. Barisa Nasional dikhabar mengadakan pemilihan calon popular.. Kalau sebelum ini En. naseer jadi sebutan tapi minggu ini Datuk Zaini plak yang paling popular.


Setahu aku Datuk Zaini ni merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPA). Beliau juga merupakan bekas Datuk Bandar MBMB dan sebelum itu sebagai pegawai di PKNM. Datuk Zaini memang sangat komited pada kerja yang dipikul dan sangat berintegriti. Perkara ini terpaksa diakui oleh pihak Pembangkang di Negeri Melaka ini. Public Relation dengan rakyat dan semua pemimpin tak kiralah ADUN mana termasuk pembangkang menjadikan beliau calon yang digeruni pihak DAP. Kenapa DAP?? sebab ADUN-ADUN DAP di Melaka pernah berurusan dengan beliau dan tahu kelebihan dan kebaikan beliau. Jadi secara tidak langsung beliau boleh menjadi tarikan kepada pengundi-pengundi berbangsa Cina. Kebanyakan pembangunan fizikal di Melaka ini adalah hasil tangan beliau semasa berkhidmat sebagai Datuk Bandar.

Memang dia duduk Alai.. tapi rumahnya dia berasal dari Batu Gajah, Merlimau, Melaka iaitu salah satu kawasan berhampiran pekan Merlimau.

walau bagaimanapun, kata putus tetap belum dibuat.

Bagi pihak PAS ura-ura meletakkan Ustaz Kamaruddin Sidek iaitu Ketua Dewan Pemuda. Tak silap aku beliau tewas ketika menentang di DUN Serkam- N26 pada PRU12 lalu. Selain itu, mungkin juga Hj. Jasme Tompang iaitu seteru lama BN di DUN Merlimau. Dengar citer hari Ahad ni mereka bermesyuarat.




Khamis, 10 Februari 2011

Isu Rumah Buruk Kat Melaka




Gambar di atas ni aku amik dari kijang59. Terima kasih kerana kijang sangat perihatin terhadap kedaifan rumah-rumah di Negeri Melaka. Aku pasti lepas ni lagi banyak yang diambil.. dan paling pasti akan dikaitan dengan Melaka Maju...

Akupun pelik la.. minda orang kita... sebut maju tu mestilah.. rumah futuristic .. kereta terbang.. pakaian segak. tak boleh selekeh.. pakcik duk kedai kopi bawa laptop.. tak boleh ada warung mesti duk kat starbuck.

adeh.. ceteknya minda.. kalau macam tu... sampai bilapun tak maju.. Amerikapun tak maju... sebab 3 juta rakyatnya tidur bawah jambatan.
Pastu kalau stay kat takuk lama jer.. pun salah jugak. Tak berkembanglah.. kena ubahlah..

Kalau lihat dengan hati yang terbuka sebenarnya Melaka memang layak jadi negeri maju... dari segi prasarana dan infrastruktur je dah cukup. Mungkin ada negeri lainpun layak.. tapi dah tak berani nak melangkah setapak kehadapan.. takkan orang negeri lain nak kutuk plak. Yang berani ni.. biarlah dia terus melangkah.. kalau tersandung batu.. apa salah kita tolong dia bangun dan terus berjalan..
Kauorang tahu tak kat Melaka ni kalau takde rumah.. Kerajaan boleh bagi rumah.. ada satu kawasan di Bukit Katil di namakan Taman RKSK dimana ditempatkan orang-orang yang ingin memiliki rumah (miskin) dengan bayaran ansuran RM50 je. Bukan macam Taman perumahan tapi rumah sebiji-sebiji.. dan apabila sampai tempoh masa rumah itu milik penyewa. Lepas tu siap ada pengawal keselamatan yang jaga pintu masuk taman tu..

Memang aku tak nafikan ada terselit satu dua kes macam yang dicanangkan.. tp itu sgt terpencil. Kalau rumah persendirian.. bayangkan kauorang sebagai Perdana Menteri.. datang satu kampung.. bagitau "makcik.. kami nak robohkan rumah makcik ni.. nak buat rumah baru.. siap ada lif" Kauorang agak2 daripada puluhan ribu makcik 100% ke yang nak?? tetiba datang masuk tanah orang nak gantikan rumah sesuka hati... mungkin dia ada sentimental value kat umah tu ker?? alahai pikir guna otak..

Kalau pilihanraya ni nak guna isu ni.. jangan la wey.. buat orang marah je. Carilah isu lain.. buat manifesto yang power-power dan logik untuk tarik hati kami sebagai pengundi ni...

Tentang gambar di atas tu.. sesetengah blog PR kutuk rumah macam reban ayam la.. ahli UMNO plak tu katanya... sebenarnya rumah tu rumah batu.. tapi ada sebuah bangsal atau stor. Yang berzin cokelat tu bangsal. Di Melaka rumah-rumah kampung memang ada macam tu.. untuk letak basikal.. kayu api untuk kenduri, buah kelapa tua, batu tungku dan sebagainya.

Maaflah.. hakikatnya aku memang tak menyebelahi mana-mana parti.. tapi aku sakit hati sebab rasa macam terhina bila sesetengah pihak sentuh isu rumah kat Melaka ni.. sebab kalau betul-betul tahap nak rebah dan reban ayam seperti rumah di bawah ni logik la jugak..


boleh baca cerita kat SINI.

Bukan niat aku nak hina rumah-rumah buruk ni.. dulu masa aku kecik rumah akupun buruk.. cuma aku harap kepada otai-otai blogger ni yang aku tahu dasarnya nak cari kelemahan di Melaka.. carilah betul-betul.. jumpa yang betul benar buruk dan daif.. citerlah. biar sampai ke cohong telinga pemimpin tertinggi negeri dan negara. semoga dengan kisah saudara.. Kerajaan dapat perbaiki kelemahan-kelemahan yang ada..

selamat berkempen.


Rabu, 9 Februari 2011

N27 Merlimau : Buah Catur Mula Diatur


Dalam beberapa hari ini.. PRK Merlimau semakin hangat..

Tarikh 26 Februari semakin hampir..

Hotel-hotel di Melaka pada 25hb Februari penuh. aku cuba tanya Hotel yang baru bukak bulan lepas pun dah penuh. Semakin menghampir tarikh pilihanraya aku confirm hotel pun akan semakin penuh. Semua jentera kedua-dua parti akan turun serbu Merlimau plak.

Di pihak BN dah semakin jelas nama yang bakal naik.. Yang masih cuba nak lobi pun ada.. Aku harap takde la yang bermasam muka disebabkan perebutan ini...

manakala di pihak PR.. khabarnya PKR memberi laluan kepada PAS dalam mempertaruhkan 'ayam sabungannya' di situ.

Sebelum ni memang PAS pun yang lawan... iaitu En. Jasme Tompang dengan memperolehi sebanyak 2,828 daripada 7,957 pengundi pada pilihanraya umum lepas.


Isnin, 31 Januari 2011

N27: Merlimau : Tarikhnya Telah Umum

Jumaat lalu SPR telah tetapkan tarikh penamaan calon bagi PRK Merlimau pada 26 Februari 2011 manakala hari pengundian adalah pada 6 Mac 2011.

Punyalah lama lagi... nak dekat sebulan.. aiii makin kuat la calon melobi... aku dengar setiap cawangan ingin calon cawangan masing-masing di majukan.. mak aii.. rasanya lebih 15 cawangan kot kat DUN Merlimau.

Tak kira yang tua dan muda semua nak ke depan masa ni.... Bagi aku sebagai rakyat.. kalau usia bawah 50 atau 55 tahun tu.. kira oklah lagi... tapi kalau dah lepas 60 tahun tu.. kira bagi sepenuh sokongan penuh jelah... Sumbang je pengalaman dalam Bahagian.

Pengarah Pilihanraya bagi Barisan Nasional ialah Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ketua Menteri Melaka. Bagi Pakatan rakyat belum lagi dilantik mungkin sedang menghitung antara Pas dan PKR siapa yang bakal meletakkan calon.

Jadi kepada semua yang bakal melalui pilihanraya ini.. bersedia menahan segala dugaan dan kesakitan (hati) ye.. macam budak bawah ni..

(tak sakit!! hushhh.. tak sakit!!)

Jumaat, 28 Januari 2011

N27 Merlimau : Cerita Sebelum SPR Mesyuarat

Difahamkan hari ini Suruhanjaya Pilihanraya akan bermesyuarat menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian. Macam-macam pendapat keluar.. ada yang dah ramal tarikh berkenaan. Bagi aku takyah la ramal-ramal macam Tok Nujum plak.. tunggu jelah.. apa susah?

Di DUN Merlimau semakin panas.. parti-parti yang ingin bertanding hampir tiap-tiap malam buat meeting.. terutama nak menentukan siapa calonnya.

Beberapa hari lepas dalam utusan, keluar beberapa nama yang dianggap sebagai terbaik sebagai calon. Antara yang paling popular ialah En. Mohamed Nasser Bin Haji Selamat, CEO Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM).

Beliau yang berusia 46 tahun merupakan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jasin merupakan anak jati Merlimau dan memegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBA) dari Universiti Ohio, Amerika Syarikat. Hasil cerita mulut ke mulut, Pemuda UMNO banyak suka En. Nasser ni.. Namun, kata putus tetap boss no 1 BN.

Di pihak Parti Pas antara yang disebut-sebut ialah seorang Doktor yang mempunyai klinik di Merlimau ataupun seorang Guru. Apa yang dilihat seperti calonnya seorang yang popular dan dikenali ramai. Pada PRU12 PAS mempertaruhkan Mejar (B) Jasmee Tompang sebagai calonnya.

Ada jugak cerita tambahan macam letak ayam goreng dalam nasi lemak bungkus bahawa PKR turut ingin bertanding...

Apa pun kita tunggu petang nanti.. SPR umum tarikh.

Isnin, 24 Januari 2011

N27 Merlimau : Statistik Pengundi DUN Merlimau


Jumlah Pengundi: 10,471


Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%

Calon
1. Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) (4,981)
2. Jasme Tompang (Pas) (2,827)

Majoriti: 2,154

Jumlah undi: 7,957

Peratus mengundi: 75.99%

Undi rosak: 149

Bekas Penyandang: Allahyarham Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN)

N27 Merlimau : Perkenalan

Sekarang sedang bergelora DUN di tenang.. lepas ni confirm kat DUN Merlimau pulak. Percaturan calon sedang giat berlaku di Jasin tak kiralah di pihak parti UMNO ataupun PAS. Semalam Tok Ali umumkan bahawa Bahagian Jasin perlu cadangkan 3 calon untuk dipertimbangkan. Beberapa nama telahpun berlegar-legar di bibir penduduk Melaka umumnya dan warga Merlimau khususnya.

Pengundi kalau ikut rekod pemilihan PRU-12 adalah 10,471 orang. Rata-rata status pengundi sini yang aku kenal adalah pekerja sektor swasta dan yang bekerja sendiri atau pesara. Moodnya pula kebanyakan tidak menunjukkan sangat pendirian sebenar dan dipengaruhi mengikut keadaan semasa. Sememangnya diakui masing-masing ada kubu masing-masing namun, UMNO dilihat lebih berat di kawasan ini terutamanya bagi penduduk Simpang, Pengkalan Samak, Merlimau teluk, Permatang Bukit, Pasir Gembur, Kilang Berapi, Lipat Kajang, Semujuk, dan beberapa tempat lagi. Kawasan PAS dilihat lebih di Merlimau Pasir dan Chinchin (sebahagiannya dikatakan mengundi bagi DUN Merlimau) di mana terdapat markasnya di situ. Bagi Taman Merlimau Baru penduduknya rata-ratanya adalah berbangsa Cina dan semua tahu bahawa pengundi Cina sukar diramal.


Walau bagaimanapun, saranan aku kepada mereka yang berkempen di Merlimau ialah DUN-DUN di Melaka memerlukan seorang pemimpin yang boleh dipercayai. Tawanlah hati dengan menifesto yang rasional dan logik... dan yang paling aku menyampah sebagai pengundi atas pagar di Melaka ni ialah sikap memburuk-burukkan lawan. Bagi aku pemimpin yang memburukan lawan sebagai agenda utama bukan pemimpin yang bagus untuk diteladani apa lagi untuk memimpin. Calon seumpama itu hanya tahu cari salah orang tapi salah sendiri disorok bawah bantal busuk. Cubalah keluarkan idea-idea yang bernas dalam mewakili rakyat dan kalau boleh rakyatpun tak pernah fikirpun idea itu serta paling penting ia boleh dilaksanakan.. barulah rakyat terbuka hati... Aku percaya dengan calon sebegitu tak kiralah parti mana, insyaAllah pengundi akan memihak kepadanya.

Aku pernah mengikuti satu ceramah yang dibuat oleh satu parti ketika PRU-12. Tukang kempen (bukan calon) 100% menceritakan keburukan Pembangunan Melaka ketika itu. Di sudahi dengan salam. Ceiit baik tak yah kempen.. buat orang sakit hati.. Kempen ni nak amik hati!!! Tak kiralah kalau memang dah bagus.. ahli parti lawanpun boleh sokong kita.

Selamat Datang Ke Melaka Semua.



Isnin, 15 Mac 2010

Entry Panjang Pasal Melaka Maju 2010

Sebenarnya aku agak teremosi plak ni pasal orang Melaka yang tidak tahu perkembangan Melaka. Nak kata orang kampung tapi cita-cita nak jadi ahli politik. tak kiralah mana parti tapi kalau nak wakili kami biarlah cerdik sikit... InsyaAllah kami rakyat biasa ni akan pilih siapa yang dirasakan mampu tadbir Negeri Melaka bukannya siapa yang mampu jatuhkan negeri Melaka. Buktikan bro..

Jangan selak kain orang je.. tapi kain sendiri terlondeh tak perasan. Melaka dikatakan penuh dengan isu terutama berkaitan politik. Itu aku tak peduli sebab aku tak campur hal politik walaupun aku harap politik Negeri Melaka stabil dan tidak kucar kacir.

Tup-tup satu blog berorientasikan politik ni buat persoalan dengan mengatakan isu Melaka ingin jadi negeri maju tapi masih tak umumkan secara rasmi. Dia kata Melaka berangan-angan kosong sedangkan perancangan rapi tidak dilakukan dan meletakkan syarat yang tidak mungkin akan tercapai. Nampak sangat tak membaca dan tidak buat penyelidikan sebelum menulis.

Kepada semua pembaca termasuk orang Melaka yang tak tahu.. setakat pembacaan aku.. Melaka telahpun umumkan bahawa akan diistiharkan sebagai Negeri Maju pada 20hb. 10 tahun 2010 jam 20.10 (8.10pm). Tarikh yang dianggap amat bertepatan sempena sejarah pengistiharan itu. Aku pernah tengok indikator Melaka sebanyak 32 itu.. dan bagi aku Melaka telah bersungguh-sungguh melakar sebagai sebuah Negeri Maju.

Apa itu Negeri Maju??

Meh aku terang sikit.. Untuk jadi Negeri maju kita perlu ada benchmark atau penanda aras. Di sini Melaka merujuk kepada Negeri-negeri yang telahpun maju seperti Korea, Turkey, Ireland, France, USA, Denmark, Norway, Spain, Mexico, Luxembourg dan sebagainya. Melaka telah menggunakan score yang telah ada pada negera-negara ini sebagai kayu pengukur Negeri Melaka. Namun, apa yang penting Melaka juga memperlihatkan kesungguhan apabila menggunapakai juga penandarasan yang ada pada OECD sebagai meletakkan negeri melaka berada di Negeri Maju. Apa itu OECD.. pergilah Google...

Apa yang diukur??

Ada 32 indikators semuanya.. antaranya GDP Perkapita, Kemudahan infrastruktur, jangka hayat, Pendidikan, kesihatan dan banyak lagi.. yang berminat boleh minta aku kelak.

Secara keseluruhannya Melaka telahpun mencapai tahap 84% pada Tahun 2009 lagi daripada 32 indicators yang ditetapkan.

Sekarang aku tak pasti.. mungkin telah meningkat!

Walau apapun, Melaka sebuah negeri bukannya negara.. sama seperti Selangor yang telah istihar maju pada 2005. Kedah yang pada mulanya ingin juga maju seperti Melaka pada tahun 2010 tetapi tidak pasti apa statusnya hari. Negeri lain pun tidak berani dan ada beberapa Negeri telah datang ke Melaka berbincang/ belajar bagaimana nak capai status negeri maju. Aku dengar melaka alu-alukan. dapat layang first class lagik! Bukan salah mereka kerana nak capai negeri maju bukanlah satu perkara yang senang dan bukan boleh just istihar begitu. Kerja kuat seganap lapisan rakyat diperlukan. Negeri yang ingin maju tentu orang semua nak tahu apa yang menjadikannya begitu??? Persoalan ini akan bermain diminda rakyat yang positif mindanya dan berdaya saing.. namun tidak akan bermain diminda manusia yang ada 'PHD' walaupun orang Melaka sendiri.

Terpulanglah.. sebelum ni aku memang nak terangkan hal ini tapi aku tahu aku bakal menulis dalam satu entry yang agak panjang. Hari ini disebabkan satu blog yang kurang menyelidik sebelum menulis, maka aku gagahkan jua agar orang ramai tahu keadaannya.

Memang aku akui Melaka walaupun mencapai status Negeri maju bakal ada permasalahan yang wujud. Namun, aku yakin takkanlah warga kerja kerajaan Melaka duduk tengok ramai-ramai tahi lembu yang berlonggok tengah jalan. Sure! diaorang akan buat sesuatu. Apa yang penting teguran ikhlas untuk membina bukan menjatuhkan.

CEITTTT!!

Selasa, 2 Februari 2010

Ini Bukan Entry Politik

Macam aku bagitau sebelum ni.. aku bukannya nak bodek Ketua Menteri Melaka ni.. sebab diapun bukan kenalpun aku...

Tapi apa yang dia lakukan ni aku rasa adalah betul sebagai seorang pemimpin rakyat. Mungkin TGNA atau TGHA atau pemimpin lainpun macam ni.. aku percaya tang tu. Cuma aku pasti ada juga pemimpin kat Malaysia ni tidak begitu kerana lumrah manusia ni pelbagai perangainya.

Apa yang dilakukan oleh Tok Ali ni adalah yang sewajarnya... tak kira siang atau malam tugas utama pemimpin ialah membantu rakyat sebanyak mungkin. Kalau tak nak hidup terganggu baik tak payah jadi pemimpin masyarakat. Jadi pemimpin keluarga je macam aku... hati senang.. boleh tengok TV tanpa gangguan.. Order KFC makan sorang-sorang, dating dengan sesapa tanpa pemantauan.

Isteri plak kenalah faham.. kalau nak title isteri YB tu kenalah korban masa dan privacy. Yelah si suami dah jadi orang kenamaan, kenalah bertolak ansur.. Kalau rasa macam tak boleh.. nasihatkanlah si suami tak yah jadi YB. Bolehlah 'membunuh syaitan' tanpa gangguan setiap malam.

Sekali lagi aku bagitau ini bukan entry politik.. ini entry apa yang aku jumpa dan lihat. Mungkin boleh jadi contoh kepada bakal pemimpin.. tak kiralah tok sidang ke.. penghulu ke.. JKKK ke.. wakil pelajar ke... yang penting tahu jalankan tanggungjawab pemimpin tanpa mengira masa dan waktu. Tak kiralah pemimpin parti manapun... pemimpin adalah pilihan rakyat, maka pemimpin perlu sedar diri bahawa kalian diperlukan oleh rakyat. Bukan suka-suka semua orang nak beratur panjang semata-mata memangkah 2 helai kertas dengan pensel tumpul. Rakyat mahukan dalam tempoh lima tahun kalian menjadi pemimpin yang boleh membantu bukannya membatu diri.

Maaf ye kalau ayat di atas mengguris hati yang berkenaan tapi belum terlambat kepada yang berangan nak jadi pemimpin tu berubah dan fokus betul-betul untuk jadi pemimpin.

Tentang gambar-gambar di bawah.... sebelum ni aku dengar citer je Tok Ali ni mudah didekati rakyat... hingga ada yang kata Tok Ali amat pemurah bila berjumpa warga tua yang susah di kampung-kampung. Beliau akan seluk poket dan salam hulur kat semua warga emas (miskin) yang dia jumpa. Bila lihat gambar bawah ni yakinlah aku memanglah Tok Ali ni mudah didekati.. memalam buta dan aku yakin gambar ni diambil beberapa minit sebelum beliau pergi mana-mana majlis yang ingin dihadiri.

pssstt.. gambar ni bukan aku yang amik.




mak ai.. beratur ker tu...


beratur lagi??


aiii sian Tok Ali tak sempat nak naik kete.. layan jelah tokkk


Kalau ada pembaca yang tak suka tulisan aku ni yang dikatakan pro kepada parti politik tertentu atau pemimpin tertentu, maka fikirlah sekali lagi.. takkan entry yang mengeji orang aje kalian suka?? yang memuji orang kalian benci??? Kalau difikirkan semula betul ke sifat tu dan aku percaya Rasullullah tidak mempunyai sifat itu.. kerana Rasulullah suka memuji daripada mengeji. Maka kadang-kadang kita memuji pada tempatnya.. tak salah kot?? Kalau salah jugak.. nak cari entry yang mengeji.. nampaknya kauorang salah tempat.

Kenapa aku tulis untuk Tok Ali??? come on la... Tok Ali Ketua Menteri Melaka.. blog aku 99% mengenai Melaka.. tentulah Tok Ali yang aku citerkan... takkan aku nak citer pasal Ketua Menteri Sarawak beb...

Oklah choww....

Isnin, 1 Februari 2010

Untung Ke Pelajar Melaka???

Apa tak untungnya.. Kalau dapat lanjutkan pelajaran ke IPTA sama ada diploma atau ijazah akan dapat saguhati berbentuk wang.

Kalau dapat second class upper dan first class akan diserap ke jawatan di dalam syarikat Kerajaan atau Jabatan Ketua Menteri. Gaji ikut standard ijazah around RM1,800 kot. Perghh orang lain susah payah carik keje.. tapi kat Melaka belajar pandai-pandai insyaAllah ada ganjarannya...

Apa lagi pemuda Melaka wei.. rebut la peluang ni.. Ini tidak, belajar kauorang malas keje nak best-best. macam hawau!!

Ini bukan aku politikkan tapi menyampai dan menaikkan semangat pelajar-pelajar kita.. Kalau dapat pergi IPTA tu.. pergi jumpa Jabatan Ketua Menteri tanyakan wang saguhati pastu.. belajar ijazah.. belajar la bersungguh-sungguh kalau nak keluar nanti dapat kerja tanpa interview. Amacam??

Macam aku cakap ini bukan politik murahan tapi suntikan semangat. Kenapalah zaman aku dulu kerajaan negeri tak buat camni ek???
Kalau tak takdelah aku susah-susah jadi Hang Kebun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com