Memaparkan catatan dengan label Homestay. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Homestay. Papar semua catatan

Rabu, 18 Januari 2012

Caj Warisan Mulai April 2012. Berapa Ringgit??

Sebelum ni kecoh pasal Melaka nak kenakan caj warisan 5% kepada setiap penginapan hotel di Melaka. Secara umumnya, caj ini memang logik untuk pembangunan dan kebersihan serta promosi Negeri Melaka. Yelah tanpa semua benda tu, Melaka tidak mampu menggamit pengunjung dan kalau pengunjung tak datang, hotel gerenti tak laku.

Memang la Govt Tax sedia ada dah dikenakan tapi masalahnya duit itu pergi ke Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri pula memperolehi peruntukan berdasarkan per kapita sesebuah negeri. Jadi, negeri kecik macam Melaka tapi mendatangkan pendapatan tinggi agak 'kerugian'. Tak silap aku, aku pernah terbaca Negeri Melaka menyumbang dari segi percukaian lebih kurang sebanyak RM2.6 BILLION setahun. Namun, dasar ini tidak boleh dipertikaikan juga. Yelah sebagai one nation negeri yang lebih pendapatan boleh membantu negeri yang kurang pendapatan. Agaknya itu sebab bila Melaka berhutang selamba je macam tak bayar. Ini kerana Melaka tahu dia menyumbang lebih banyak daripada yang diterima. Aku agak jelah..

Ok berbalik kepada asal, caj warisan 5% yang dikenakan. Semalam diputuskan bahawa caj ini dikurangkan kepada RM2.00 sahaja bagi satu bilik / satu malam. Rayuan pengusaha hotel yang meminta agar dikuatkuasa April 2012 turut diterima oleh pimpinan Kerajaan Negeri Melaka. Alhamdulillah.. win-win situation la ni.. 


Dengan ini, Kerajaan Negeri Melaka mensasarkan RM2juta setahun diperolehi bagi memacu terus pembangunan Melaka daripada lebih kurang 12,000 penginapan yang berada di Melaka.

Sebenarnya perkara ini penting untuk para pengunjung, at least kalau hotel kenakan caj, semua sedia maklum dan yang paling penting tidak ditipu oleh pengusaha hotel tidak bertanggungjawab.

Jumaat, 20 Mei 2011

Kg. Morten Melaka Ada Homestay

Kg Morten satu nama yang tidak asing lagi di Negeri Melaka dan bagi pengunjung yang selalu ke Melaka. Bagi penduduk Melaka ini merupakan salah satu Kg. Melayu di dalam kawasan bandar yang mula dibuka pada tahun 1922.
Zaman aku belia remaja.. budak-budak kampung ini merupakan salah satu kumpulan yang selalu terlibat bila ada pergaduhan di 'bus station' lama. Al-maklumlah rumah dengan 'Bus Stand' tak sampaipun seratus meter.

Itu kisah dulu.. sekarang Kg. Morten berubah 100%.. daripada kg. Melayu di kawasan bandar, kini dibangunkan oleh Kerajaan Negeri sebagai produk pelancongan yang sering dikagumi oleh pelancong. Paling meriah bila dilawat diwaktu malam. Gengster-gengster dulu, kini dah jadi peramah dalam melayan pengunjung.


Taming Sari Homestay

sumber: homestay melaka


Homestay di sana mula tumbuh di mana pengunjung boleh menginap di rumah Melaka atau Rumah Limas yang berusia kira-kira 100 tahun.

Rumah homestay yang disediakan mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air itu ialah peti sejuk, televisyen dan dua ruang tamu.

Rumah ini sesuai untuk tiga orang kerana mempunyai tiga bilik tidur, namun ia boleh memuatkan sehingga 10 orang kerana mempunyai dua ruang tamu yang luas.
Bagaimanapun, jika melebihi 10 orang, mereka mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM20 seorang.
Bagi keluarga yang tidak melebihi 10 orang, mereka boleh bermalam pada harga RM300 dan dibenarkan memasak di dapur yang disediakan.
Untuk individu katanya, mereka juga boleh menyewa bilik dan menggunakan dapur serta ruang tamu pada harga RM120, RM100 dan RM80 sehari, mengikut keluasan bilik.

Villa CMI
Reka bentuk Villa CMI di Kampung Morten, Melaka. - utusan/GAIE UCHEL
Gambar aku petik daripada utusan online.com
Villa CMI pula merupakan kediaman baru berciri moden. Villa CMI mempunyai sembilan bilik dan caj yang dikenakan sehari ialah RM120 untuk bilik bujang dan RM150 bagi bilik berkembar
Apa yang menarik homestay ini berada di tepi sungai Melaka dan basikal boleh disewa dengan harga RM5 untuk jalan-jalan satu kampung.

Mereka yang berminat bermalam di Taming Sari Homestay atau Villa CMI boleh menghubungi talian 06-2881100 iaitu milik MTSB. Sekarang dah ditukar kepada Meriah Marketing & Trading Sdn Bhd di talian 06 282 8422. Jangan lupo sobut nama blog den ni.. manatau nanti dio bagi den bermalam kek sungai tu percumo.

Kepada Hidayah thanks atas pembetulan terkini ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com