Kepada team yang mencipta video ini... salute to u all. Jom layan kalau ada masa.
Rabu, 18 April 2012
Only In Malaysia
Kepada team yang mencipta video ini... salute to u all. Jom layan kalau ada masa.
Selasa, 15 Mac 2011
Konsert Double Trouble in Melaka
Aku masih ingat tahun 1991, kedua-dua kumpulan lagenda ni muncul kat RTM pepagi buta... aku ingat diaorang nak buat konsert ke... alih-alih arwah Tok Mat yang merupakan menteri Penerangan masa tu (al-fatihah untuk beliau) bermesra dengan mereka.. kemudian diberikan gunting.. lalu digunting rambut dua rockers tersebut. Meleleh air mata rockers-rockers Malaya.. kemudian sayup-sayup aku dengar rockers sebelah rumah aku menjerit macam kena santau.. meraung-raung macam kucing cari anaknya yang dah masuk dalam longkang.

Mereka semua kena gam disebabkan dasar RTM pada ketika itu mengharamkan artis lelaki berambut panjang.
Setelah bebas, tahun 1992 diaorang bergabung dan lancarkan album double trouble. Antara lagu menggila ialah Gemuruh, Mabuk 7 Lautan, Seribu Satu Natijah, Gema Di Inderaloka, Cakap Memang Murah, Akhirnya, Nazar, Kau Masih Berdegil, Malam Gelisah dan Ikutkan saja.. Hayati lirik semua macam protes je..
Dulu akupun ada kaset diaorang yang aku dapatkan secara tidak sah. hahaha.. intro album ni best.. layan kat bawah ni..
Selepas 20 tahun double trouble kembali lagi... untuk konsert terakhirnya di Melaka

Difahamkan Lagenda Rockers ni datang Melaka sejak 14 April untuk bertemu peminat. Pada hari itu juga, Search dan Wings akan dibawa ke Mydin MITC Ayer Keroh, Melaka, jam 5 petang.
Pada 15 April pula, mereka akan dirai Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, untuk jamuan makan malam bersama anak-anak yatim di Hotel Permaisuri.
Manakala pada 16 April, iaitu malam kemuncak konsert DT, pengunjung bertuah bakal membawa pulang hadiah istimewa daripada acara cabutan bertuah, yang akan dilakukan sendiri oleh kumpulan rock berkenaan. wow!!
Pada 16 April 2011 itu juga di stadium Hang Jebat, konsert ini berlangsung berkonsepkan amal kebajikan. Tiket berharga RM80 dan RM100 dengan sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada Badan Kebajikan.
Kepada budak sezaman aku atau lebih tua.. pasti berderau darah dengan dua lagu di bawah ni... rasa darah muda menyerap kembali... walaupun aku takdelah tua sgt.
GEMURUH
IKUTKAN SAJA
Terima kasih.
*semua gambar dan video aku amik kat google dan youtube.. kepada pemilik asal boleh letak kredit masing-masing kat ulasan.. tq.
** Berita lanjut pasal penangguhan
Jumaat, 22 Oktober 2010
Jumaat, 20 Ogos 2010
Halwa Telinga Yang Sesuai Semasa Ramadhan
Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat
Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat
Astafighrullahal’adzim
Reff:
Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanah
Bukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka
Astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Repeat Reff
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Cepat ucap astafighrullahal’adzim
Ahad, 27 Jun 2010
Pertandingan Cipta Lagu Melaka Maju 2010

Penyertaan terbuka kepada rakyat berumur 15 tahun dan ke atas. Kalau ada sebarang pertanyaan sila hubungi:
HADIAH
Johan : RM3,000.00 + Piala + Sijil Penyertaan
2 Hadiah Sagu hati: RM1,000.00 + Sijil Penyertaan
Untuk borang dan syarat lengkap. Klik kat SINI
Ahad, 6 Jun 2010
Pertandingan Cipta Lagu Di Melaka
Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 15 tahun ke atas. Apa yang penting ianya lagu asli ciptaan sendiri dan tidak pernah diterbitkan lagi.
Kalau semua syarat kat atas tu okey, kauorang dah boleh start dah karang malam ni sebab tarikh tutup 18 Jun 2010.
Untuk dapatkan borang boleh terus ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Melaka berhampiran dengan Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh. Untuk maklumat lanjut, kauorang boleh hubungi Pn.; Zanariah / Cik Normila di talian 06-2331787 / 06-2331890.
Sebelm kauorang pergi menulis lagu, apa kata cuba dengar dulu lagu kat bawah.. mana tahu boleh jadi inspirasi.
Rabu, 31 Mac 2010
Sambutan Melaka Bersejarah & Pesta Gendang
Nampak di merata tiang di Melaka telah tergantung iklan raikan bersama sambutan ulangtahun Melaka Bandaraya Bersejarah ke-7 dan macam sebelum-sebelum ni.. pesta gendang nusantara jugak dibuat. Semua rakyat dalam dan luar Melaka dijemput hadir.
Tarikhnya.. 13-14 April 2010 bertempat di Dataran MBMB.
Aku confirm parking menjadi kebuntuan kepala kauorang... alah Juscokan ada parking besar tu.. baru singgit...
Jom bawa keluarga sesekali tu beb..
Selasa, 2 Mac 2010
Layan Waliband Seh
hahaha.. aku bawakan cerita ni sebab rata-rata kat Melaka ni bukak lagu ni.. kat opis aku ni rasa dah macam Jakarta pulak.
Tapi nak buat macam mana.. memang sah lagu adalah untuk menghiburkan.. kalau lagu yang dibuat oleh keluarga sendiripun tapi tidak menghiburkan tentu kita tak mau dengar.
Jadi, jangan salah faham.. aku bukan tidak menyokong muzik tempatan.. aku tetap sokong asalkan ianya berkualiti dan menghiburkan contohnya lagu-lagu Allahyarham Sudirman dan Alleycats..
So, kali ni layan lagu Waliband - Cari Jodoh
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.
Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.
Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com
