Jumaat, 5 Februari 2010

Siapa Kata Wanita Lemah, Lelaki Gagah???

Sapa kata bulan Februari bulan berkasih sayang??? dan siapa bilang wanita sekarang kaum lemah??? awal februari hari tu.. ada juga berlaku perkara sebaliknya. Tak tahulah mana silapnya.. Yang paling aku tatahan tu terjadi di Melaka. Nasib baik bukan orang Melaka... Kalau orang Melaka memang sah darah lima saudara tidak mengalir ke tubuh lelaki itu. Namun, sewajarnya berita ini bukan dijadikan tempat mengaibkan mereka-mereka ini tetapi sebagai pengajaran kepada suami dan isteri di luar sana bagaimana nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri.

Gambar ini hiasan semata-mata


Tapi bila fikir-fikir balik.. kadang-kadang kita pelik.. ada suami baik dapat isteri garang dan ada yang dapat isteri baik tapi suami kaki penerajang.. Itu belum dicampur pasangan yang curang ditahap temberang.

Bila fikir.. sewajarnya si isteri garang dijodohkan je si suami penerajang.. mau agaknya atas pelamin diaorang berperang silap-silap guna pedang dan parang. Namun, aku percaya aksi ranjang tidak akan dibuang sebagai secebis garam kasi sayang...


soalannya berapa banyak perkataan akhiran -ang yang aku tulis??


Sebelum kita roll kisah SI SUAMI DIKATAKAN DIDERA meh layan hadis di bawah ni dulu...


Rasulullah S.A.W bersabda;

Wanita yang taat terhadap suaminya diminta ampun oleh burung di angkasa, ikan-ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan, selama wanita itu ada dalam kerelaan suaminya..dan setiap wanita yang menderhaka terhadap suaminya, maka kepadanyalah laknat Allah, malaikat dan manusia semuanya.
Dan setiap wanita yang bermuka masam pada suaminya, dia adalah dalam kemurkaan Allah Taala hingga dia (isteri) bersenda gurau dengan suaminya dan dia meminta kerelaannya..dan setiap wanita yang keluar dari rumah tanpa izin suaminya, malaikat melaknatnya hingga dia pulang. (al Bazzar)...

wallahualam~

2 comments:

meera^da cute..*_* berkata...

sunnguh menakotkan pic itu..haha..
btw, doalah dpt pasangan yg saling melengkapi..

apek berkata...

insyaAllah... mudah-mudahan

pic tu hiasan semata-mata. ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com