Memaparkan catatan dengan label Keselamatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keselamatan. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Oktober 2012

AES? Lokasi Di Melaka

AES.. lepas ni makin ramai yang akan bercakap pasal AES atau dikenali Automated Enforcement Systems.  Info ini memang penting di Melaka memandangkan Melaka merupakan tempat kunjungan kereta luar ketika musim cuti sekolah.

Sebelum tu, meh kita fahami apa itu AES? Alat ini telah mula dipasang sejak 23 September yang lalu dengan tujuan mendidik pemandu-pemandu Malaysia memandu mengikut peraturan dan had laju yang ditetapkan. Pendek citer AES ni sebuah sistem kamera bagi mengesan had laju dan pelanggaran lampu isyarat.

Info dan bagaimana sistem ini berfungsi.. meh tengok fakta di bawah

 

Nak tahu macam mana muka kauorang kalau diambil?? Jom tengok bawah dan untuk makluman sistem ini boleh zoom muka kauorang. Sehubungan itu, kalau nak langgar kesalahan jalan raya pastikan diri itu tak serabut sangat. Kalau tak malulah kat abang JPJ. Bagusnya ialah kalau betul kita dalam kecemasan seperti membawa pesakit, mungkin budi bicara JPJ akan digunapakai.


 

Keberkesanan sistem ini??

i. PERANCIS - Di Perancis kadar kematian turun 27% dalam tempoh 3 tahun sejak penggunaan sistem penguatkuasaan automatik.
ii. JERMAN - Di lokasi yang dipasang, penurunan kelajuan telah menjadi budaya di kawasan dipasang sistem AES (penurunan kelajuan kenderaan dan pematuhan sebanyak 80% di mana kamera pengesan kelajuan dipasang).
iii. KUWAIT - Kemalangan menurun 48%.
iv. UNITED KINGDOM - Kadar pelanggaran peraturan trafik menurun pada kadar 6% daripada jumlah kenderaan berdaftar.

Ok.. ulasan peribadi aku.. Secara dasarnya aku setuju sistem ini memandangkan tujuannya adalah untuk mengurangkan kesalahan jalan raya dan kemalangan jalan raya. Ia juga sebagai salah satu pengajaran yang terbaik. Bertambah aku sokong bila mana sistem ini memperlihatkan kejujuran mendidik apabila JPJ mengeluarkan kawasan hotspot-hotspot di mana kamera itu dipacak berdasarkan kawasan yang sering berlaku kemalangan untuk seluruh Malaysia.

Bagi yang tak sokong mungkin keretanya sangat laju. Jadi macam tak berbaloi nak ikut peraturan.. ye tak? Brader.. Hidup dalam dunia ni Allah dah tetapkan peraturan iaitu mana boleh, mana yang harus dan mana tidak boleh yang seterusnya membawa kerja tidak bermanafaat... Kalau semua pemilik kenderaan ikut.. mudah-mudahan jalan raya jadi tempat yang menyenangkan untuk kita daripada makian dan sumpah seranah ke atas pemandu lain yang memandu macam cilake.

Untuk orang Melaka, senarai tempat letaknya AES yang dimaklumkan olej JPJ seperti berikut:


 Kawasan Di Lampu Isyarat



 Kawasan Had Laju/Jalan Lurus

Semoga kita berhati-hati di Jalan Raya. Sesiapa yang pernah hilang orang tersayang di Jalan Raya macam aku tentu tahu betapa pentingnya keselamatan jalan raya.

Chow.

Khamis, 21 April 2011

CCTV Di Bandaraya Melaka


Kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah akan terus direalisasikan sebagai bandar selamat apabila sebanyak 55 buah cctv dipasang.

Kawasannya yang menjadi tumpuan adalah kawasan pelancongan dan kawasan hitam. Spesifik tak dikeluarkan bagi tujuan memastikan keberkesanan dan keselamatan cctv itu sendiri.




Memanglah kadang-kadang penjenayah tidak kisah ada cctv atau tak.. tapi sekurang-kurangnya dengan ada CCTV, maka bukti yang kukuh boleh diwujudkan sekiranya jenayah berlaku dan tangkapan boleh dibuat dengan lebih berkesan. Nak harap kita ingat no plat motor peragut.. mau terkebil-kebil macam cicak lepas lalu sebelah lampu kalimantang.

Selasa, 19 Oktober 2010

Peta Parking Malam Melaka Maju

Malam esok 20 / 10 /2010 jan 8:20 malam akan berlakunya detik bersejarah peristiharan Melaka maju. Tempatnya adalah di Stadium Hang Jebat. Dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia menerusi Video Conference daripada PWTC. Ini kerana ketika ini persidangan agung UMNO sedang berlangsung.

Di stadium Hang Jebat disasarkan 50,000 orang akan hadir. Ada plak cabutan bertuah bagi merebut hadiah sebuah rumah berharga RM100,000, Kereta, motosikal, tv LCD dan pelbagai lagi.

Aku tahu ramai yang mula terfikir tentang parking. So, aku difahamkan menerusi MHI terdapat 13 tempat parking yang disediakan. Jom terjah bawah ni

Berdasarkan peta di atas ingin aku ingatkan Lebuh SAS tu dari aras Sg. Udang ke Ayer Keroh akan ditutup. Kauorang terpaksa U-turn. No. 1 - 13 itulah parking yang disediakan.kauorang boleh ikut arrow berwarna ungu atau merah atau hijau tu.

Datang awal la mudah tapi ingat solat maghrib jangan ditinggalkan. maju tu maju jugak agama jangan letak tepi. Kang hancus macam negara barat.

Chow.

Jumaat, 4 Jun 2010

Melaka Negeri Kedua Terkecil Kadar Jenayah

Semalam Timbalan ketua Polis Melaka di dalam MHI menyatakan statistik menunjukkan sebanya 2,191 kes telah berlaku sejak januari 2010 - 2 Jun 2010. Bermakna 438 kes dalam sebulan. Kira tinggi jugak ni..
Namun kalau dibandingkan dalam Malaysia Melaka berada di tangga kedua terendah selepas Terengganu.

gambar diambil daripada pokjat.com

Janganlah kata Melaka Negeri Kecik maka bolehlah berada di kedua terendah sebab pembahagian anggota polis berdasarkan populasi sesebuah negeri. Melaka pun bukanlah Negeri terkecil. Negeri terkecil masih lagi dipegang oleh Perlis, Pulau Pinang lebih kurang je dengan Melaka. Jadi, ukuran sebuah negeri bukan kayu pengukur di sini.

Walau apapun alasannya, sebenarnya membenteras jenayah tanggungjawab bersama. PDRM tak boleh jaga setiap inci kawasan walau sekecil mana tempat itu.. itu sebab Rukun Tetangga amatlah digalakkan. Semoga setiap masyarakat mengambil berat keselamatan dan kesejahteraan bersama. Kerjasama dengan pihak berkuasa seperti PDRM perlu terus dipereratkan.


Kepada brader-brader Polis terutamanya yang berintegriti, berdisplin dan sangat-sangat membantu, terima kasihlah sebab berkorban masa dan nyawa untuk memastikan masyarakat berada ditahap keamanan yang terbaik.


Rabu, 19 Mei 2010

Dua Kem Tentera Di Melaka Digazet Sebagai Kem Warisan




Semalam Kementerian Pertahanan bersetuju dengan keputusan Kerajaan Negeri untuk mengezetkan Kem Sungai udang dan kem Terendak sebagai Kem Warisan.

Group Gerak Khas (abang Komando) di kem Sg. Udang




10 Briged Para berpengkalan di Kem Terendak, Melaka



Ini bermakna permohonan Petronas untuk memperluaskan kawasan operasi sebelum ini ditolak. Yelah kawasan ni adalah antara kawasan penempatan awal tentera Malaysia. Kem Sg. Udang dibuka pada 1969 manakala Kem Terendak pada 1958.


Aku tak fikir nak bincang panjang tentang kedua-dua kem ini memandangkan Hal Keselamatan Negara adalah hal yang tidak perlu dibincangkan secara umum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com