Jumaat, 19 Februari 2010

Teksi Air Untuk Seorang Kawan

Salah seorang kawan maya aku bernama purpleviolet yang terkesima dengan entry pelancongan Teksi Air. Beliau cuba pergi tapi tidak kejumpaan.

Maka disebabkan entry aku, buat dia terkesima, maka aku rasa wajar aku tunjukkan lengkap bagaimana untuk memenuhi impian menaiki teksi air tersebut.


Kalau ikut peta google tu memang la tak jumpa. Gambar EOM pun takde. ceittt..
So, aku buat penerangan ikut keadaan semasa. Kauorang nampak bulatan merah tu.. itu MP atau Mahkota Parade tempat kauorang dating sebab kauorang jangka mak bapak kauorang takkan pergi situ.

Kauorang terus akan naik flyover yang membuatkan kauorang nampak Eye On Malaysia di bulatan biru tu... kauorang teruskan lagi.. kat depan tu ada trafic light simpang empat baru. Jalan ke kiri tu jalan baru.. Google tak capture lagi.. so, aku buat pakai line hijau.. Masuk jalan hijau tu dan dipenghujung jalan tu, kauorang jumpa tapak EOM.. Sebelum tapak EOM sebelah kanan ada Pejabat Jabatan Laut.. masuk dalam pagar tu.. pemandangan kanan kauorang akan seperti di bawah:


Kalau mengagau jugak kauorang terbelek-belek peta tu.. buat je pertanyaan. Kauorang boleh buat-buat tanya kat Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka di no. tel. 06-2814322 atau faks 06-2814325.

Aku harap explanation aku membantu sedikit sebanyak...

5 comments:

elyana yazmin berkata...

ohh kt melake ek..huuu..nt nak pegi. gak r~

mknace unlimited berkata...

yang duck apekenama tu ekkk..

apek berkata...

elyana.. dipersilakan...

mknace.. yang duckboat tu lain.. tu lagi mahal.. nanti aku buat entry pasal duckboat...

Siti Hajar berkata...

thanx..nant nak g juga..sb ari tu punyala tanya ramai org smpi g kat pjbt pelancongan kat menara taming sari tu..last2 tanya kat org river cruise..dia kata kena booking la..public holiday x de orgla..
ape2 pun, tima kasih...:)

apek berkata...

hajar.. memang kena booking kot. bayangkan takkan hajar sorang nak naik.. RM500 / trip.. baik tak yah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com