Ahad, 11 November 2012
Menimba (Bahagian 2)
Jumaat, 5 Oktober 2012
AES? Lokasi Di Melaka
ii. JERMAN - Di lokasi yang dipasang, penurunan kelajuan telah menjadi budaya di kawasan dipasang sistem AES (penurunan kelajuan kenderaan dan pematuhan sebanyak 80% di mana kamera pengesan kelajuan dipasang).
iii. KUWAIT - Kemalangan menurun 48%.
iv. UNITED KINGDOM - Kadar pelanggaran peraturan trafik menurun pada kadar 6% daripada jumlah kenderaan berdaftar.
Untuk orang Melaka, senarai tempat letaknya AES yang dimaklumkan olej JPJ seperti berikut:
Khamis, 2 Ogos 2012
Gitar
Kini aku miliki semula sebuah gitar acuistic dan kena start balik belajar A to Z. Rasanya setahun lagi pandai la kot. Haha.
Maka beberapa perkara lazim disekitar anda dalam percubaan belajar main gitar ialah:
Aku teringat pesan seorang ustaz. "main, main juga tapi jangan sampai jadi NAJIS". Aku rasa semua faham kot maksud dia tu.
Isnin, 23 Julai 2012
jom baca Buku Doktor Umum : Memoir Tun Dr. Mahathir
Jumaat, 18 Mei 2012
Guru + Hukuman = Manusia
Rabu, 15 Jun 2011
Lima Kawasan Putih Melaka
Tajuk macam baru lepas komunis tawan Melaka je..
Sebenarnya itulah di mana lima kawasan yang menjadi kawasan larangan merokok mulai hari ini iaitu 15 Jun 2011.
Kawasan tersebut adalah:
- Kawasan warisan di sekitar Bandar Hilir
- Melaka Raya
- MITC, Ayer Keroh
- Pusat Bandar Alor Gajah
- Pusat Bandar Jasin
Jangan masa dah kena saman, buat-buat muka blurr.. konon-konon pelancong ye.
Kalau buat derk jer macam kawan aku si budak Serkam Timur tu tak bayar parking Majlis camne plak???
Kalau kauorang tak bayar, tak boleh kuar pintu negeri Melaka ni (ini andaian tak munasabah aku jer... )
Rasanya diaorang hantar saman menerusi alamat ic tersebut kot. Kalau still buat derk.. lagi panjang kot isu. Yelah saman parking RM30, tak berbaloi keluar waran tangkap.. tapi kalau RM300 - RM5000 memang berbaloi macam saman polis tu.
Langkah ini disokong penuh hampir 95% wanita. Bersorak sakan diaorang...
Yang lelaki-lelaki macho.. terkebil-kebil macam ikan pirana hilang gigi.
Sebenarnya perwartaan ini dah pun dibuat oleh Kerajaan Persekutuan apabila sebanyak 21 tempat awam seperti hospital, pusat hiburan, IPT dan restoran dilarang merokok. Hasilnya... haram. Kat hospital sambil nak tunggu periksa paru-paru pun sempat hisap rokok lagi.
Jadi harap Kerajaan Negeri Melaka bersungguh-sungguhlah melaksanakannya dan yang penting ada penguatkuasa buat kerja. Tapi janganlah pulak penguatkuasa pun hisap rokok sambil tunggu nak saman orang.. memang wajar kita ramai-ramai angkat itu penguatkuasa kasi campak dalam sungai Melaka. Ada hati nak saman perokok plak sedangkan diri sendiri merokok. Kalau kauorang dapat amik gambar penguatkuasa merokok di kawasan terbabit, sila bagi aku.. boleh aku uploadkan kat sini.
Tapi aku yakin Penguatkuasa boleh buat kerja ni dengan penuh integriti. Rakyat Malaysia ni setakat slogan jer tak berapa jalan... kena bertindak baru boleh datang hasil. Kauorang letaklah kat kotak rokok tu gambar apapun.. dia boleh anggap gambar tu gambar mickey mouse je. Harga sekarang RM10 pun masih murah berbanding minyak petrol katanya.
Kepada perokok.. tepuk dada tanya selera untung ruginya merokok.
p/s: akupun pernah merasai nikmat yang tak berapa nikmat merokok ni... kini hidup tanpa rokok lagi nikmat rupanya. Tak caya.. cuba try test
Rabu, 1 Jun 2011
Kisah Sebenar Kenaikan Tarif Elektrik
"Elektrik naik, mampus kita weyy.. mampus kita" Bentak Si Hasan Besi.
"Tulah kita mesti lantik Kerajaan Langit yang mentadbir negara ini. Barulah lampu kita boleh 24 jam seumur hidup kita". Sokong Leman Buaya.
Pak Mat Kopi senyum melihat telatah dua orang penganggur terhormat.
"Sabarlah Leman.. Hasan. Kita manusia ni kena selalu bersyukur barulah Allah tambah nikmatnya" Nasihat Pak Mat Kopi sambil dihangguk-hangguk setuju oleh Hj. Mail Jordan dan Seman Guli.
"Ahhhhh!! saya tak peduli Pak Mat. Ini semua Pak Mat punya pasal, orang suruh pangkah Kerajaan Langit, Pak Mat tak nak. Kalau tak gerenti Pak Mat boleh tidor dalam api terbukak la.. mesti free diaorang bagi" Bentak Hasan.
"Betul.. Betul.. Betul..." Lagak Leman alah-alah Upin dan Ipin.
"Abis tu kauorang berdua undi ke Kerajaan Langit tempohari?" Soal Seman Guli
"Errr.. masa tu saya belum mumaiz lagi" jawab Hasan.
"errrr.. saya plak jumpa pegawai pusat mengundi tapi dia tak bagi mengundi. Katanya nama tiada. Memang kena daftar ke kalau nak mengundi??" kata Leman dengan muka ikan belacak naik pantai.
"Berapa bil elektrik kau Hasan?" Tanya Hj. Mail.
"err tak sampai RM20 haji tapi Kerajaan kata tak yah bayar" Jawab Hasan
"Ko Leman?" Soal Hj. Mail lagi
"Saya??!! saya RM25 haji oii... mau lepas ni saya kena bayar RM80-RM90. Kita sokong Kerajaan Langit la haji" pekik Leman lagi.
"Kalau macam tu ko tak terlibat la hawau!! yang kau terjert-jerit macam kena sawan ni apa pasal?" kata Pak mat Kopi sambil jegilkan matanya.
"Eh! ye ke???" Terkebil-kebil mata Leman dengan muka alah-alah bayi suci baru lahir.

Kepada orang politik. Sketsa di atas tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup atau meninggal dunia atau dunia politik tanah air.
Ia sebagai aku menerangkan bahawa kalau orang biasa-biasa macam aku, dengan purata bil elektrik di bawah RM77.00, alhamdulillah sebenarnya tiada kenaikan.
Cuma aku tahu boleh jadi akan wujud kenaikan melalui barangan lain kerana kebanyakkan premis perniagaan atau pengeluaran bakal mengalami kenaikan. Dalam hal ini aku harap pihak kerajaan dapat memantau dengan tegas dan kita sebagai pengguna berhak menafikan barangan tersebut di pasaran serta melaporkan sebarang kenaikan tidak munasabah.
Chow.
Jumaat, 29 Oktober 2010
Pengajaran Kepada Orang Tunjuk Kuat
Walaupun mamat tersebut minta haknya sendiri tapi tak pasal-pasal dah rugi RM2,300 lepas tu kena penjara plak lagi. Kena ingat kita hidup dalam negara yang mempunyai undang-undang.
Jesteru itu, baiklah ikut syariat Islam.. sabar itu banyak faedahnya... dan tak yahlah tunjuk samseng.. esok kat akhirat akan menyembah minta tolong jugak.
Jom baca berita berkenaan
Isnin, 25 Oktober 2010
Kisah Tak Sedap Didengar
25/10/10: Harian Metro
MELAKA: Empat beranak di Kampung Pokok Mangga, di sini, hidup dalam serba daif apabila tinggal di pondok usang akibat dibelenggu kemiskinan.
Junita Jaafar, 30, berkata, pondok berkenaan dibina atas tanah milik ibu mentuanya yang didiami bersama suami, Borhan Ibrahim, 35, dan dua anak perempuan mereka berusia lima dan lapan tahun, sejak dua tahun lalu.
Sementara itu, Pegawai Khas kepada Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Kesidang, Mohd Zailani Mohd Ali berkata, pihaknya tidak pernah menerima sebarang permohonan daripada keluarga berkenaan sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya, atas arahan Pengerusi Japerun terbabit, Datuk Latiff Tamby Chik, pihaknya membuat permohonan segera kepada Unit Pembangunan Desa (UPD) dalam usaha membantu keluarga terbabit mendapatkan rumah PPRT. Lanjut
Hah! sesiapa yang jaga kawasan itu terutama Sidang, Ketua Kampung, JKKK.. patut bertanggungjawablah sikit pantau sekeliling kampung. Elaun tahun depan dah naik.. takkan tak boleh kerja lebih sikit.
Itu belum lagi kauorang akan diperhitung dan dipersoalkan di hari akhirat nanti?? Kalau rasa tak mampu pikul tanggungjawab eloklah serahkan pada yang lebih mampu. Jadi kepada Ketua Kampung, JKKK atau Sidang tugas kauorang bukan bererti duduk rumah tunggu bapak budak datang minta tandatangan borang pinjaman buku teks je. Sebenarnya elaun tu adalah kauorang jaga kampung tanpa mengira kaum dan fahaman politik.
Maaf kalau Ketua Kampung, Sidang atau JKKK terasa hati.. aku cuma ingin memberi nasihat je.
Selasa, 5 Oktober 2010
Lesen Memandu Bagi Warga Emas Melaka 2010

JPJ Melaka akan menganjurkan satu program pada 18 - 19 Disember 2010 bagi memudahkan pakcik-pakcik mendapatkan lesen B2 dengan syarat
- berumur 42 tahun dan ke atas
- bagi orang asli berumur 21 tahun dan ke atas.
Memang la lama lagi tapi pendaftarannya kena booking tak lama lagi dah
11 - 15 Oktober 2010 di JPJ Bukit Katil (Waktu pejabat)
16 - 17 Oktober 2010 di Kompleks Rakan Muda Lendu (9 pagi - 1 tengahari)
16 - 17 Oktober 2010 di JPJ cawangan Jasin (9 pagi - 1 tengahari)
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi JPJ Melaka Bahagian Lesen Pemandu di talian 06-2328597
Isnin, 20 September 2010
Sekolah Ibu Mengandung Mula Sesi Pembelajaran
Walaupun banyak reaksi negatif dan tak kurang jugak yang positif menyerang gegendang telinga aku ni... tapi aku masih seperti dahulu. Menyokong atas dasar objektif utama penubuhannya iaitu mengelakkan gejala buang bayi.
Isu ini mendapat tentangan negatif atas pelbagai faktor, namun yang paling utama di perkatakan adalah.. kebimbangan ibu bapa bahawa dengan tubuhnya sekolah ini banyak maksiat akan berlaku. Kalau menyentuh isu ini aku nak bagi pandangan bahawa sekarangpun memang maksiat banyak berlaku dan kadang-kadang mak bapak pun tak perasan anaknya buat begitu. Bagi mengatasi masalah ini mungkin jalan penyelsaian lain prlu diambil seperti undang-undang dan hukuman yang berat.
Tapi bukannya disebabkan wujud sekolah harapan. Aku tak fikir remaja yang berzina akan berpandangan tak kisah mengandung sebab ada sekolah! Gile! kalau kauorang jadi remajapun.. kauorang nak sedap jer.. tapi bab mengandung mesti tak mahu sebab rahsia bakal terbongkar!!! Yang mengandung tu memang dah hajat dari awal nak berzina tapi dasar bangang tersasul sampai mengandung. Kalau fikirkan dalam-dalam.. mustahil seorang remaja akan berkata "jom kita main sampai mengandung.. nanti boleh masuk sekolah harapan." itu kata-kata seorang remaja yang mak bapak dia tak kisah hidup mati anak kot... di mana anak rasa kalau mengandung depan mak bapakpun, mak bapak tak amik peduli. Lagipun diaorang masuk sekolah ni tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah (Seksyen 54 Hamil Luar Nikah) & Juvana. So, ada ke remaja sesuka hati nak masuk sekolah ni kalau takde rasa insaf???
Come on la banyak giler lagi faktor penyumbang maksiat dalam dunia yang tanpa sempadan ini.
Anyway.. Hari ini dah mula pembelajaran dan seramai lima orang dah daftar masuk. Empat pelajar tingkatan 5 dari Negeri Sembilan, Johor, Kuala Lumpur dan Melaka. Manakala seorang pelajar daripada Rompin, Pahang. Kesemua mereka didaftarkan oleh keluarga masing-masing.
Bayangkan kesukaran mereka bakal mengambil peperiksaan SPM tu... Bagilah peluang wey.. mana tahu mereka sebenarnya dah bertaubat. sah-sah masuk syurga... kita ni yang mengeji.. silap gaya boleh masuk neraka.
Walau bagaimanapun, disebabkan mereka semua ini tertakluk bawah juvana maka identiti mereka dirahsiakan..
Ada orang politik cakap bahawa Tok Ali berani mempertaruhkan kariernya atas Sekolah Harapan ini. Mungkin kot.. tapi bagi aku semua bergantung nawaitu.. kalau Tok Ali betul-betul berniat nak hapuskan gejala bayi terbuang.. Alhamdulillah.. tapi kalau Tok Ali ada agenda politik wallahualam... Aku fikir positif jerr.. abis citer
Isnin, 6 September 2010
Pengangkutan Awam Berkupon Di Melaka

Ini adalah sebagai salah satu produk baru bagi memudahkan pelancong yang datang Negeri Melaka. Apa kelebihan??? secara detail diaorang tengah bincangkan lagi tapi mengikut MHI Kerajaan Negeri Melaka ingin memastikan tiada sebarang penindasan berlaku kepada pelancong dalam menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Maknanya harga akan seragam. Takdelah teksi atau beca sesuka hati caj pengangkutan.
Penumpang macam bawah ni RM5.
Tapi kalau jantan caj RM10. Mesti akan merasa ketidakadilan... so, ada kupon. senang citer. Mungkin siap ada diskaun lagi terutama ke tempat-tempat rekreasi dan perhotelan di Melaka. Mungkinlah.. itu cadangan jerr..
Jumaat, 20 Ogos 2010
Fenomena Mengurangkan Pahala Puasa Semua
Sama-sama beli juadah berbuka plak tu.. mungkin dia berpuasa.. Alhamdulillah... tapi alangkah indahnya jika dia berpuasa + menurut kewajipan-kewajipan yang lain. Dia buka aurat satu.. yang lalu lintas ni menengokpun tak pasal-pasal tinggal 20sen je pahala. Nasib baik Rasulullah bersabda lihat kali pertama itu dimaafkan.
Hey sedara dan sedari menutup aurat tu bukannya sunat tapi wajib sewajib kauorang berpuasa tu dan sewajib kauorang bersolat tu.
Aku bukan cakap pasal pompuan jer.. lelakipun sama.. pakai 'boxer pants' pergi bazaar ramadhan perghh.. kira macam lelaki termacho..
Rasanya.. tak payahlah diberitahu mana aurat lelaki dan perempuan.. aku yakin ramai umat Islam di negara ini tahu lingkungan aurat masing-masing. Aku nak letak gambar dedah aurat kang buatnya kurang puasa kauorang dengan aku sekali..
Walau bagaimanapun bila ada yang bersuara macam ni... yang biasa aku dengar adalah alasan.. alah yang berpakaian penuh tu belum tentu baik dan yang terdedah aurat ni belum tentu jahat. Betul!! aku sokong kenyataan itu 120%.. tapi aku bukan bicara pasal baik atau jahat. Ini bicara pasal itu suruhan Allah.. kalau dah pasti diri tu baik.. Alhamdulillah... teruskan dan sempurnakan dengan kewajipan-kewajipan yang Allah turunkan. InsyaAllah semoga dapat balasan yang baik di dunia dan akhirat.
Selepas sahur pagi tadi tengok citer "Maut" lakonan Que Haidar.. Perghh sentap jugak naluri ni.. Takut bila bayangkan semasa dikapankan terlintas segala dosa yang lalu... Nak bertaubatpun dah tak sempat. Percayalah 'perjalanan' kita dah tak jauh.. mungkin hari ini, esok atau bila-bila masa sahaja Allah boleh panggil kita semula. Malang sungguh bila masa kita dipanggil, kita bukan dikalangan orang beriman. Memang.. sekarang kita rasa tak kisah... kadang-kadang ada pulak yang berkata "biarlah.. aku memang ahli neraka. kau apa susah?" Perghh sombong dan angkuhnya.. Ingatlah kengkawan.. azab Allah sangat pedih bagi mereka yang kufur.

Bagi seorang suami, ayah, abang, atau adik jangan fikir bila kau alim tahap gaban tapi keluarga kauorang tidak diperbetulkan.. kauorang akan selamat seorang. Sewajarnya peranan kalian terhadap tanggungan kalian akan dipertanggungjawabkan kelak. Tegurlah dengan ikhlas dan berhemah... kerana teguran yang lembut adalah yang terbaik. Cari kaedah yang paling tepat dan berkesan. Kat sini aku rasa kaedah kekerasan tidaklah sesuai.. memandangkan wanita itu dibuat daripada tulang rusuk yang bengkok.. kalau digunakan kekerasan bimbang nanti terpatah pulak dia...
Oklah... aku minta maaf kalau ada yang terasa dengan coretan aku ni.. aku bukannya baikpun tapi niat aku cuma ingin menyampaikan sesuatu yang benar dan semoga semua pembaca blog ni mendapat rahmat dan dilindungi Allah s.w.t. selalu. Amin.
Khamis, 19 Ogos 2010
Lagi Citer Buang Bayi Di Melaka (Kat Hospital Pula )
Ini yang aku citer kat Melaka.. Belum lagi citer kat satu Malaysia... kalau citer mengenai kat satu dunia.. Ya Allah... apa nak jadi..
Kepada remaja yang dah terlanjur tu aku nasihatkan.. cukuplah setakat kauorang jadi bangang sebab keterlanjuran kauorang tu.. jangan la sampai jadi tahap syaitan dan binatang sanggup buang darah daging sendiri.. Kalau kauorang ditempat bayi tu apa perasaan kauorang? Tapi bagi bayi yang tak berdosa tu.. syurgalah tempatnya dan kalian pembuat dosa.. NERAKA JAHANAM la terperosok di sana.
Aku setuju sangat hasrat Kerajaan Malaysia meminda akta agar pembuangan bayi ni dijadikan sepertimana akta pembunuhan dan hukuman perlu dilakukan kepada kedua-dua pihak iaitu jantan dan betina.
Maaf pepagi ramadhan ni aku teremosi dengan kisah dari harian metro di bawah:
2010/08/18
MELAKA: Mayat seorang bayi lelaki ditemui dalam tong sampah di Hospital Melaka di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, sehubungan itu polis menahan seorang wanita berusia dalam lingkungan 20-an di hospital itu dan teman lelakinya, 20-an, di Batu Berendam di sini.
Beliau berkata, pada jam 7 malam semalam, polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan di Hospital Melaka mengenai seorang pesakit wanita yang disyaki mempunyai kesan baru melahirkan anak.
"Pengadu melaporkan wanita itu mendakwa melahirkan bayi di dalam tandas di hospital itu dan membuangnya ke dalam tong sampah di kawasan wad kecemasan," katanya.
"Berikutan itu, polis membuat pemeriksaan di semua tong sampah dan bayi yang dalam keadaan sempurna itu ditemui oleh anggota Unit Forensik polis dalam sebuah tong sampah besar pada jam 1.55 petang ini," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang mayat secara sulit, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Mohd Adnan berkata, sejak awal Januari lalu, sebanyak lima kes pembuangan bayi dilaporkan di negeri ini.-Bernama
Khamis, 12 Ogos 2010
Lagi Kes Bayi Di Buang Di Ayer Keroh Melaka.

Hasil siasatan, dua remaja Melayu masing-masing berumur 18 tahun ditahan pihak berkuasa. Remaja perempuan tebabit dikatakan melahirkan anak perempuan di dalam tandas kilang berkenaan kemudian hulur kat teman lelakinya bayi berkenaan untuk dibuang. Dengan berbalut plastik remaja lelaki konon-konon nak pergi beli juadah bersahur masa lalu depan pengawal. Tindakan menimbulkan curiga itu membuatkan pengawal berkenaan mengekori remaja berkenaan dan akhirnya saspek dikenalpasti.
Nasib baik pengawal keselamatan kilang berkenaan terdengar tangisan bayi berkenaan semasa beliau ingin memulakan sahurnya jam 5.15 pagi.
Apa yang tak bestnya.. dikatakan kedua-dua remaja ni berasal daripada luar Melaka.
Jika disabitkan kesalahan hukuman penjara maksimum selama 7 tahun dan denda boleh dikenakan kepada saspek. Itu hukuman dunia.. hukuman Allah s.w.t. kauorang nantikan je.
Haii.. hati aku ni rasa macam nak maki hamun je kat entry ni tapi mengenangkan bulan puasa ni aku simpan je dalam hati... tapi ingin aku nyatakan aku memang benci pasangan-pasangan sebegini. Semoga Allah turunkan hidayah atau bencana mengikut kebijaksanaan Allah s.w.t. kepada semua yang berpelakuan sebegini rupa.
Isnin, 9 Ogos 2010
Kisah Siput Sedut
Ketika air pasang selalunya siput sedut ni akan naik ke pangkal pokok bakau.. jadi mudahlah nak kutip. Itu sebab cari ketika air pasang.. pilih siput yang bersaiz sedang ke atas je.. dan jangan panggil nama kawan sebaliknya cari dalam bentuk kumpulan. Jangan jerit nama kawan sebab nanti kita dengar suara jerit nama kita. Aku pernah alami perkara ni tapi aku tak ikut suara jeritan itu.. sebaliknya mengambil langkah mengundur ke lokasi pertemuan. Tanya semula memang semua kawan-kawan aku tak jerit nama aku kecuali sekali sebelum bergerak. Fuh!! Dua minggu aku lupakan nak cari siput. Masa bawak balik siput ni takyah basuh.. kalau kena air dia tak tahan lama.. biar kakak-kakak aku je settlekan.
Kalau mencari dua jam tu.. dapatlah 1/3 kampit beras 10 kg. Kira lepas buat lauk beb. itu belum termasuk basuh kaki tangan kat empangan pastu tolong nelayan naikkan ikan.. kalau rezeki dapatlah anak-anak ikan untuk dibawa pulang.
Tapi itu semua dulu.. 20 tahun dahulu... masa aku tak kenal apa itu CPU, DVD, VCD, internet.. silap gaya perkataan porno pun aku sangka nama orang. Zaman sekarang bila aku citer kat anak buah aku.. terpapar rasa kurang percaya siput ni boleh dicari oleh kanak-kanak. Ceiitt..
ok tutup citer pasal siput ketika zaman 80 an. Meh citer pasal nak sedut siput. Nama dia siput sedut.. aku gerenti orang kampung yang bagi nama sebab sesuai dengan cara makan iaitu sedt. Kalau siput timba atau siput beliung lain plak cara makan.
Siput Sedut Untuk Dimasak
Masa beli siput ni.. kauorang kena pastikan dia hidup. Macam mana nak tahu dia hidup?? tak yah memandai nak check nadi. Kauorang kalau tgk dia melekap kat plastik dan terkeluar kepala dia tu.. kira hiduplah tu.. Pastikan beli dengan lumpur-lumpur tu.. menandakan siput tu sihat.
Kalau zaman aku kecik-kecik dulu mak aku suh taburkan hampas kelapa sehari sebelum masak. Tujuan? untuk beri siput tu makan kemudian berak. So, kita makan akan rasa lemak la wey dan tak pahit.
Sebelum kauorang masak atau potong.. kena basuh dulu lumpur tu... basuh bersih-bersih sambil selawat kata mak aku...
Tapi hati-hati.. siput ni boleh melarikan diri jika dibiarkan begitu.. Memang dasar takut air.
Dah cuci kena kerat. Bukan kat tengkuk tapi kat belakang dia... Tujuan supaya mudah nak sedut.
Rabu, 4 Ogos 2010
Terkedu Kerana Sekeping Gambar

Gambar di atas sangat menyentuh hati lelaki aku.. Gambar menceritakan bahawa betapa kasih dan sayangnya seorang abang kepada seorang adik. Betapa lenanya si adik dalam dakapan abg... Mereka sangat daif dengan segala bentuk harta di dunia ini tapi mereka sangat kaya dengan kasih sayang.
Kalau anda terjumpa di Melaka gambaran seperti di atas. Terus email pada aku. Serius.. aku bukan orang politik.. jauh sekali jutawan Malaysia. Tapi aku rasa dengan apa yang Allah s.w.t pinjamkan pada aku.. aku tahu macam mana nak bantu dan berdasarkan apa yang aku dengar citer orang, Kerajaan Negeri Melaka takkan biarkan perkara ini terjadi sebab banyak kes yang aku dengar dapat diselesaikan oleh pucuk pimpinan Negeri Melaka. Cuma kalau betul wujud satu atau dua kes.. mungkin salah masyarakat setempat termasuk JKKK yang buta hati tidak mahu bertindak lebih jauh.
Tolong la ye.. Bayangkan kalau kedua-dua itu anak kita.. atau letakkan diri anda dan adik anda di dalam diri kanak-kanak tersebut.
Aku doakan semoga anak-anak itu dapat temui kebahagiaan akhirnya.
Sabtu, 24 Julai 2010
MELAKA TUBUH SEKOLAH PELAJAR MENGANDUNG
Wah nampak macam giler idea ni tapi kalau kita sama-sama brainstorming mungkin jugak mencapai objektifnya. Objektif di sini ialah mengelakkan perzinaan.. lahir anak luar nikah dan paling menyedihkan pembuangan bayi.
Memangpun yang terlibat segelintir pelajar bermasalah jer.. tapi kalau kita tak bagi pelajaran kat diaorang.. lagi naya budak tu. At least mungkin dengan tubuhnya sekolah khas ini pakar kaunseling dan dakwah dapat dibuat dengan lebih teratur.
Tentang ibu muda tu.. bagi segelintir yang gatal miang tu.. Kerajaan Negeri mengalu-alukan mereka berkahwin.. yelah daripada berzina dan lahirkan anak luar nikah.. eloklah disempurnakan.. Justeru itu, Kerajaan Negeri bercadang memberikan RM500 bagi pasangan muda yang nak berkahwin bagi tujuan urusan perkahwinan dan kenduri kecil-kecilan. Nanti timbul isu penceraian??? mungkin la.. usia mempengaruhi penceraian.. tapi alah yang tua bangkapun bercerai..
Okeylah aku tak komen tentang isu ni tapi nampaknya Kerajaan Negeri Melaka bersungguh-sungguh nak tubuh sekolah ini walaupun Kementerian Pendidikan menolak cadangannya.
apapun aku harap jika hasilnya baik.. aku tetap menyokong.. kalau akhirnya tak baik.. aku tolak..
Walau bagaimanpun, ingin aku tegaskan bahawa 99% gejala sosial hari ini berpunca di rumah.. tak caya pergi selidik setiap pelajar yang bemasalah.. kebanyakan ibubapa tak amik beratpun soal diri dan perjalanan hidup mereka. Aku harap semua pembaca & ahli keluarga dilindungi Allah permasalahan sebegini.
Jumaat, 21 Mei 2010
Main Sungai Selama 30 Hari!!

Sebelum ni buat 3 hari je.. Kali ni 30 hari. mak aiii.. baguslah.. untung jugak para peniaga nanti dan aktiviti pelancongan boleh digiatkan. Tambahan pula, SUKMA berlangsung 10 - 19 Jun.. bagi atlit yang tewas.. terubat juga luka dapat sertai aktiviti pesta sungai nanti..

Pelbagai aktiviti diatur antaranya Bot berhias, Motor dan kereta antik, pertandingan bot naga, menangkap itik, bot kawalan jauh, melukis, fotografi, pukul bantal.. alah.. kira macam-macam ada la..
Marilah kita turun ramai-ramai kat Sungai Melaka macam kat bawah ni...


Tapi keselamatan perlu dijaga.. jangan sampai jadi macam kat bawah ni plak..

Selasa, 18 Mei 2010
H1N1: Perlu Sama-sama Ambil Perhatian
Nampaknya Virus ni masih belum habis lagi. Aku harap semua pihak terutamanya masyarakat masih mengamalkan langkah berjaga-jaga. Kepada Arwah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan takziah kepada keluarganya.
Berita lanjut
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.
Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.
Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com













