Dua tahun lepas aku pernah citer pasal Karnival Udara ni kat SINI.
Tahun ni ia datang lagi dan aku harap lebih mantap dan best... Cuma aku tak fikir akan ada pertunjukkan macam ulang tahun TUDM kat Subang yang aku pergi bulan lepas. Memang syiookk.. tengok sukhoi kita buat aksi di udara.
Ok balik citer Melaka International Air Karnival ni, ia bakal berlangsung pada 13 - 15 Julai 2012 (Jumaat - Ahad) bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka.
Bayaran masuk kalau ikut tahun 2010 ialah RM1.00. Kira boleh la... Tapi kalau sampai RM10.00 aku fikir dua kali jugak sebab pesawat yang dipamerkan banyak jenis CESNA ataupun pesawat ringan je. Kurang meraik minat aku yang lebih ke arah jet-jet pejuang.
Melaka Air yang pernah dikhabaukan sebelum ini telahpun mula beroperasi pada 11.11.11 dengan penerbangan terus Melaka - Medan.
Dengan menggunakan perkhidmatan Fire Fly (ATR 72-500) akan ada penerbangan ke Medan dua kali seminggu iaitu Jumaat dan Isnin.
Sebelum ini penerbangan ke Medan daripada KLIAN atau LCCT terpaksa mengambil masa agak lama. Namun daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) masa dapat dipendekkan ke 40 minit dan terus ke Medan.
Lepas 21 November nanti terdapat juga penerbangan Melaka - Subang dengan kadar RM60.00 sehala.
Fasa kedua 2012 operasi akan dikembangkan lagi ke destinasi terus ke Pulau Pinang, Batam dan Palembang.
Tak mustahil ianya dapat dikembangkan lagi ke Phuket, Singapura dan Kota Baharu pada masa akan datang.
Untuk sebarang jadual penerbangan atau tempahan sila layari www.fireflyz.com atau hubungi Putri Holiday 06-2820576
Walaupun satu ketika dahulu pihak pembangkang di Melaka kecoh mengatakan Lapangan Terbang Batu Berendam Melaka tidak berfungsi.. namun kini atas usaha Kerajaan Negeri Melaka, ianya mampu direalisasikan.
Air Asia dan MAS dikatakan kurang bersetuju untuk turun di LTAM namun beberapa syarikat penerbangan lain setuju untuk menggunakan perkhidmatan di LTAM. Antaranya ialah Riau Airlines yang telah membuktikan Boeing 737-500 mampu mendarat dengan sempurna.
Semoga lebih banyak penerbangan yang bakal memberikan kemudahan kepada pelancong ke Melaka dan rakyat Melaka untuk melancong menggunakan kapal terbang.
Kauorang dah baca entry aku yang Lepas mengenai Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) kan?? Kat Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
So, tadi aku pergilah juga selepas perasmian oleh Menteri Pengangkutan kot.. Dengar citer la..
Kalau kauorang nak pergi masih sempat sembab esok penutup tapi kalau rasa tak sempat kauorang baca je citer aku ni..
Nak masuk bayar singgit. Alah kira oklah tu singgit..
tapi kauorang janganlah letak mindset Karnival ni gila-gila macam DSA ataupun LIMA. Adalah dalam 15buah kapalterbang kot di mana kebanyakannya model Cessna iaitu model yang digunakan oleh PDRM.
Selain tu banyak model Piper samada single dan multi engine yang banyak digunakan oleh Akademi Penerbangan serta beberapa model yang aku kurang periksa.
Lepas tu adalah sebuah Helikopter A109 milik TUDM (Perghh.. macam orang asli jumpa coklat kit-kat aku bila dapat sentuh salah sebuat aset TUDM.
dan Helikopter milik PDRM model Ecureuil AS 355 N. Gambar aku amik melalui video sebab dia baru nak turun.. lepas tu ramai plak yang tunggu nak kerumun heli ni macam semut tunggu sebutir gula gugur. Maleh la aku.. dah panas terik berrr.. So, aku amik gambar dari airlines.net
Dalam perjalanan balik tiba-tiba aku rasa macam NURI milik TUDM lalu daaa.. ceiitt tadi tak mo datang, aku nak balik baru muncul. memang cess
Selain itu juga ada gerai-gerai maklumat daripada APMM dan penjualan model-model kapalterbang. Perghh.. gerek seh model-modelnya.. Dijual antara RM19 - RM50. Dari kapal terbang komersial hinggalah pesawat pejuang. Pelbagai model ada. Siapkan duit ko jer.. hahaha. Aku belilah sebuah.. kapal terbang paling canggih dan mahal di dunia iaitu Air Force One milik AS. Gmbar aku tak amik masa buat enty ni.. nanti lain kali aku up citer pasal semua model pesawat aku.
Ops. tak dilupakan banyak aktivit helikopter dan kapal terbang kawalan jauh dimainkan.. Ada sebiji tu macam airwolf.. terbangpun laju.. risau jugak terbabas kat dahi aku.. kalau itu terjadi, mahu aku tunjal-tunjal kepala pemiliknya nanti.
Sebelum aku tutup entry ni, aku nak pesan kat kawan aku yang kata ada pameran pesawat MIG.. ceiittt pooraahhh!!!
Pada 4-6 Jun ni.. kat Melaka ada Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM). Tempatnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Batu Berendam (LTAM).
Dikatakan pelbagai aktiviti dijalankan dan lebih kurang 30 kapal terbang / helikopter dipamerkan.
Ada member aku kata MIG29 pun ada.. Yoyo oh je mamat ni..
Nak merasa naik kapal terbang / helikopter pun boleh... tapi dikenakan bayaran berpatutan la..
Kalau ada semangat patriotik nak naik helikopter sambil bayangkan pegang senjata... kemudian dalam hati menyanyi kecil lagu darah satria, inilah masanya.. Perghh sentap seh... Alah-alah macam intro filem kat bawah ni.. tapi kauorang janganla plak lebih-lebih, main terjun-terjun macam rambo.
InsyaAllah, kalau takde apa aral melintang ari Sabtu jumpa kat sana...
Menerusi MHI 30 Mei 2010, Kerajaan Negeri Melaka BERCADANG nak tubuh Melaka Air sendiri iaitu syarikat penerbangan sendiri. Hal ini bagi memanafaatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) yang ada sekiranya perundingan dengan beberapa syarikat penerbangan gagal.
Melaka Air akan beroperasi dengan secara menyewa pesawat Boeing 737
atau Air Bus daripada syarikat penerbangan lain.
sekiranya perkara ini direalisasikan pakej pelancongan antara beberapa destinasi akan dibuat. Antaranya ialah Jakarta, Medan, Surabaya, Pekan Baru dan Bandung.
Setakat hari ini Firefly telahpun turun atas landasan LTAM yang bernilai RM131 juta itu. Berita Lanjut
Walau apapun, ini baru je cadangan dan aku yakin pihak-pihak tertentu dalam Kerajaan Negeri ni akan buat penyelidikan dan kajian sama ada ia menguntungkan atau tidak. Kalau tidak menguntungkan, bagi aku baik sama-sama fikir alternatif lain.
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.
Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.
Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com