Kerajaan Negeri Melaka dengan Kerjasama Unit Pemandu di Jabatan Perdana Menteri membuka Program Latihan Sangkutan Industri Hijau Melaka kepada semua pemegang ijazah dan diploma dalam bidang kejuruteraan, sains, ICT atau yang berkenaan dengan teknologi hijau.
Kelayakan lain bersama kemudahan yang diterima seperti di bawah:

klik untuk tumbesaran..
Kepada yang nak mencari-cari tanah, semalam Majlis Agama islam melaka (MAIM) telah membuka tanah lot seluas 5,600 kaki persegi untuk dijual.

Merujuk iklan di atas, tanah ni adalah Lot Banglo bertempat di Area Kg. Pandan dan Kg. Lapan. Memang berhampiran sangat pusat bandar.
Harga yang ditawarkan adalah RM70,000 dengan keluasan tersebut.
Kalau berminat.. nampak itu no telefon.. rujuk sana beb sebab aku bukan broker tanah.
Chow.
Meh aku up lagi kerja kosong yang aku amik dari MHI..
yang kotak atas tu Planetarium.. kira macam 'baby' Kerajan Negeri..
yang kat bawah tu kilang untuk lepasan PMR dan SPM atau yang baru gred tapi tengah buntu nak cari duit poket.
so, sapa duk Melaka cakap takde kerja atau jadi penganggur.. memang patut ditunjal.. cakap jelah nak kerja yang ada kelas. ceiit.

klik untuk tumbesaran
Memanglah kalau boleh nak cari yang setaraf dengan kelayakan yang ada.. tp kalau dok antau resume jer keje nyer.. beras 5 tong pun boleh abis.
Dulu akupun pernah alami nasib sedemikian.. dalam tempoh dua bulan lepas keluar U sorgpun tak nak amik.. Kedai Makan.. Pam Minyak (masa tu top tuang sendiri), Restoran Makanan Segera, Kilangpun tak nak amik... Tapi aku yakin aku takkan selamanya menganggur andai aku berusaha..
Akhirnya kena berhijrah ke KL.. mula dari kerja sambilan.. lepas tu ke salah satu restoran kat KL.. lepas tu.. Penolong Pengurus salah satu agensi ni.. Akhirnya jadi Pengurus.. alhamdulillah..
Salah satu pengalaman tokleh lupa... Masa duk cari kerja tu.. aku pergilah satu syarikat edaran kereta.. nak cari sales berpengalaman.. dia boleh cakap kat aku "kita ni sebagai lelaki kena jugak bawak balik sekurang-kurang beras sekampit". Nak aje aku sound.. aku takde keje.. camne nak beli boras!!! Dahlah tu.. tak amik aku keje... tapi nasihat dia tu jadi pegangan aku juga. Di sebabkan itu.. aku merantau ke KL.
Kini niat aku nak bantu orang ramai dengan mewar-warkan keje kosong di Melaka... agar takde yang jadi macam aku...
chow.
Semalam ada kawan minta tolong war-warkan satu program anjuran organisasi beliau tentang satu bengkel fotografi. Memang dia tawarkan murah sedikit daripada yang luar tu.. tempat yang disediakan terhad 20 sahaja. Sehingga hari ini tinggal 8 sahaja lagi tempat. So, baik cepat.. kalau kauorang telefon tu bercakap dengan En. Nazri bagitaulah jumpa info dari blog ni... boleh jugak aku tengok keberkesanan aku mewar-warkan melalui blog ni..
Tentang bengkel ni.. dulu aku ingatkan hanya kamera level tinggi je boleh join rupanya gambar yang diambil berdasarkan teknik bkannya kapasiti kamera. Dia kata kamera handphone pun boleh!!
Ok info detail macam kat bawah

Borang macam kat bawah ni..

Chow!
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.
Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.
Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com