Chow!!
Khamis, 4 Oktober 2012
Perkhidmatan Bas Panorama Melaka + Kerja Kosong
Chow!!
Selasa, 17 Januari 2012
Jawatan Kosong @ KFC & Pizza Melaka
Isnin, 16 Januari 2012
Kedai Rakyat 1 Malaysia Kota Fesyen Perlu Pekerja
Khamis, 3 November 2011
Khamis, 13 Oktober 2011
Rabu, 12 Oktober 2011
Peluang Berkerja Di Akademi Teknologi Hijau Melaka
Kelayakan lain bersama kemudahan yang diterima seperti di bawah:

klik untuk tumbesaran..
Jumaat, 23 September 2011
KFC di Melaka Mencari 160 orang Pekerja
Sila klik iklan di bawah ini dan telefon segera ye.

Dulu ada member tanya kenapa aku rajin sangat up iklan kerja kosong..
Aku jawab daripada aku berpolitik macam nak rak.. baik aku tolong dengan cara ni sebab aku tahu sengsara hidup menganggur dan pernah alami selama 2 bulan. Politik tu aku sentuh sikit2 jer..
Nanti aku ceritakan bagaimana aku hidup sambil cari duit poket sejak sekolah rendah sampai sekarang demi untuk memenuhi kehendak hidup aku.
Chow.
Selasa, 16 Ogos 2011
Peluang Pekerjaan di Kompleks Falak Al-Khawarizmi

Untuk pandangan lebih jelas.. bolehlah klik
Selasa, 26 Julai 2011
Selasa, 21 Jun 2011
One Number Call Centre : Peluang Anda
Aku pernah beberapa kali membuat panggilan dan aku puji telefonis mereka sangat mesra. Pernah sekali aku telefon, orang gomen tu takde.. diaorang minta nombor telefon aku. kemudian bila orang gomen tu dah ada dia terus telefon aku semula untuk sambungkan kepada orang berkenaan.
Wow!! hebat beb... dan kalau kauorang rasa boleh buat macam tu, ni ada 7 kekosongan. Lihat gambar pudar dibawah. (Boleh klik untuk tumbesaran kot).

Nak tahu kegunaan nombor 06-333 3333 ni??
Jom tengok kenyataan di bawah:

Kalau diaorang tak seefektif macam aku gambarkan. Rasanya kauorang boleh buat aduan.
Dengar citer diaorang jadi seefektif ni sebab Ketua Menteri dan Setiausaha Kerajaan kerap telefon terus secara berkala. Sajer nak test diaorang ni. Wallahualam
Chow.
Jumaat, 10 Jun 2011
Karnival Pekerjaaan Pada 11 & 12 Jun 2011
Terdapat 15 Jabatan atau agensi yang terlibat. Jom jengok ke sana.
Jumaat, 27 Mei 2011
Jawatan Kosong Kerajaan Negeri Melaka
1. Pembantu Am Pejabat (N1) - 2 kekosongan
2. Pekerja Awam (R1) - 32 kekosongan
3. Pemandu (R3) - 9 kekosongan
4. Pekerja Awam Khas (R3) - 1 kekosongan
Syarat lantikan utama ialah minimun tamat Sekolah Rendah (UPSR)
Kepada yang berminat, aku confirm beribu orang berminat ni...
Sila ambil borang JKMM/PSM/1/09 di Bahagian pengurusan Sumber Manusia, jabatan Ketua Menteri Melaka, Aras 1, Blok Bentara, Seri negeri Ayer Keroh di antara jam 8.00 pagi - 5.00 petang.
TARIKH TUTUP : 3 JUN 2011
Rabu, 11 Mei 2011
Yayasan DMDI Cari 'Fresh Graduate' (16 Mei 2011)
Bagi mereka yang berminat sila dapatkan borang di Yayasan DMDM, 12-5, Aras 5, Kota Cemerlang, Ayer Keroh Melaka.
Tarikh tutup permohonan 16 Mei 2011 waktu pejabat.
Selamat berjaya dan terus yakin bahawa Allah s.w.t yang memberikan rezeki kepada hamba-hambaNYA terutama kepada yang berusaha.
sumber berita : MHI 11 Mei 2011
Jumaat, 25 Mac 2011
SunPower Melaka Perlukan Ribuan Pekerja
Terkini!!
AOU Sunpower Sdn Bhd iaitu salah satu perindustrian berasakan tenaga solar memerlukan lebih 2,000 pekerja bagi pelbagai jawatan!!!
1) Operator - L - 1,000 kekosongan
2) Techinichian - L - 800 kekosongan
3) Process Technician - L - 200 kekosongan
4) Screen Print Technician - L - 20 kekosongan
5) Equipment Engineer - L/P - 30 kekosongan
6) Metal lab Process Technician - L - 30 kekosongan
7) Yield Technician - L - 30 kekosongan
8) Manufacturing Supervisor - L/P - 30 kekosongan
9) Chargeman - L/P - 30 kekosongan
Amacam?? Jom rebut rezeki yang halal ini.. Takpun untuk adik / adik sedara/boiprenn dan sebagainya..
caranya..
Sila ke temuduga di Jabatan tenaga Kerja pada hari SELASA - RABU Jam 9.00 pagi - 4 petang atau di Sunpower pada hari KHAMIS - SABTU Jam 9.00 pagi - 4.00 petang.
Aku tak pasti hingga bila.. tapi boleh tel En. Rizal di talian 06-3308800
untuk ke SUN POWER sila ke alamat berikut:
AOU Sunpower Sdn. Bhd, Melaka World Sollar Valley, 78000 Alor Gajah, Melaka.
Rabu, 16 Mac 2011
Jawatan Kosong Di MICOST 16 Mac 2011
Jadi kepada yang berminat klik iklan di bawah untuk tumbesaran
Jumaat, 4 Mac 2011
Khamis, 17 Februari 2011
Jawatan Kosong di MPAG pada Feb 2011
MPAG mencari calon untuk jawatan
Pembantu Kesihatan Awam Gred U17.
Syarat-syaratnya:
- Warganegara Malaysia
- Umur lebih 18 tahun
- PMR atau lebih tinggi
- tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf kerajaan atau
Cara memohon
Amik borang perjawatan di Kaunter MPAG secara percuma. Tiada sebarang bentuk muat turun borang.
Tarikh tutup permohonan 28 Februari 2011
Khamis, 27 Januari 2011
Lagi Kerja Kosong Kat Melaka
yang kotak atas tu Planetarium.. kira macam 'baby' Kerajan Negeri..
yang kat bawah tu kilang untuk lepasan PMR dan SPM atau yang baru gred tapi tengah buntu nak cari duit poket.
so, sapa duk Melaka cakap takde kerja atau jadi penganggur.. memang patut ditunjal.. cakap jelah nak kerja yang ada kelas. ceiit.
Memanglah kalau boleh nak cari yang setaraf dengan kelayakan yang ada.. tp kalau dok antau resume jer keje nyer.. beras 5 tong pun boleh abis.
Dulu akupun pernah alami nasib sedemikian.. dalam tempoh dua bulan lepas keluar U sorgpun tak nak amik.. Kedai Makan.. Pam Minyak (masa tu top tuang sendiri), Restoran Makanan Segera, Kilangpun tak nak amik... Tapi aku yakin aku takkan selamanya menganggur andai aku berusaha..
Akhirnya kena berhijrah ke KL.. mula dari kerja sambilan.. lepas tu ke salah satu restoran kat KL.. lepas tu.. Penolong Pengurus salah satu agensi ni.. Akhirnya jadi Pengurus.. alhamdulillah..
Salah satu pengalaman tokleh lupa... Masa duk cari kerja tu.. aku pergilah satu syarikat edaran kereta.. nak cari sales berpengalaman.. dia boleh cakap kat aku "kita ni sebagai lelaki kena jugak bawak balik sekurang-kurang beras sekampit". Nak aje aku sound.. aku takde keje.. camne nak beli boras!!! Dahlah tu.. tak amik aku keje... tapi nasihat dia tu jadi pegangan aku juga. Di sebabkan itu.. aku merantau ke KL.
Kini niat aku nak bantu orang ramai dengan mewar-warkan keje kosong di Melaka... agar takde yang jadi macam aku...
chow.
Rabu, 26 Januari 2011
Majlis Perbandaran Jasin Buka Jawatan Kosong

Majlis Perbandaran Jasin ada bukak 18 jawatan kosong. Tarikh tutupnya 11 Februari 2011
Borang Permohonan dan kelayakan bagi jawatan di bawah ni.. perlu diperolehi di Majlis Perbandaran Jasin sendiri.
Apa lagi?? yang berhasrat berkerja dengan Pihak Berkuasa Tempatan.. ambushhh!!!!
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.
Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.
Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.
Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com