Jumaat, 25 Februari 2011

N27 Merlimau : Jagoan BN vs Jagoan PAS telah dipersiapkan.

Jagoan Sabungan telah dipilih oleh BN dan PAS.. tunggu masa nak lepas tengah padang jer.. Malam tadi PAS dah umumkan calonnya iaitu Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Jasin, Haji Yuhaizad Abdullah.


VS









Di mana lawannya En. Roslan bin Datuk Ahmad, Barisan Nasional.

Calon dah umum.. cuma macam biasa mesti ada isu tidak puas hati keluar.. Ta kiralah belah mana punya parti.. Tentu ada hati yang terguris dan ada pula jiwa yang terkoyak.
Yelah masing-masing nak calon masing-masing naik... memang lah payah.. kang pilih si A.. si B marah! pilih si B.. si C dan A marah.. abis camne?? Kerusi satu!

Bagi aku yang tidak terpilih tu anggap je takde rezeki.. rezeki orang.. lagi satu jagoan masih bersabung.. alah menang belum ditentukan...

Kalau dah cakap ikhlas nak berjuang.. maka ikhlas la perlu ditunjukkan. Makna ikhlas ialah berbuat sesuatu tanpa harapkan balasan. So, kalau rasa tak boleh berjuang dengan ikhlas.. sila bagitau masa isi borang.. saya berjuang untuk parti ini tidak ikhlas. Senang citer.


Khamis, 24 Februari 2011

N27 Merlimau : Roslan vs ????

Semalam Barisan Nasional umumkan En. Roslan bin Datuk Ahmad sebagai calonnya. Beliau yang berumur 44 tahun merupakan anak kepada bekas ADUN Sungai Rambai dan anak saudara kepada Bekas Ketua Menteri iaitu Datuk Seri Abu Zahar. Itu semua aku tak tahu.. yang penting dia boleh buat kerja dan rajin.. cukup!


Bagi Pas.. malam ni akan umumkan calon mereka. Dengar citer calon favorite diaorang Hjh Kintan Man. Namun, PAS mengatakan bahawa selain daripada Hjh Kintan, mereka turut mempunyai calon lain yang boleh diketengahkan seperti Yang DiPertua PAS Kawasan Jasin, Mejar (B) Jasme Tompang dan Naib Yang DiPertua PAS Kawasan Jasin, Ustaz Kamaruddin Sidek.

Sapapun yang bertanding.. aku harap dua-dua pihak dapat bertanding dengan aman dan sentosa.

Rabu, 23 Februari 2011

N27 Merlimau : Calon Barisan Nasional Dah Umum

Calon bagi Barisan Nasional telahpun diumumkan..

walaupun banyak calon yang diketengahkan dan menjadi bualan mulut orang.. akhirnya

En. Roslan bin Datuk Ahmad menjadi calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Merlimau

Beliau merupakan salah seorang pengurus di salah satu agensi Kerajaan Negeri Melaka iaitu Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd.




Sorakan Untuk Harimau Malaya vs Pakistan

Muzium Pulau Besar

Semalam aku jenjalan kat Pulau Besar.. saje buat lawatan alah-alah YB..

Rupanya Muzium Pulau Besar dahpun beroperasi.

Dengan bayaran yang dikenakan sebanyak RM3.00 sekali masuk.. kat dalam tu pelbagai maklumat tentang sejarah Pulau Besar.. Bagus untuk tambah maklumat.

Pintu depan pun alah-alah gua tu.. macam thrill je nak masuk..

tapi malang disebabkan kesuntukan masa.. aku tak sempat nak masuk.. mungkin lain kali aku masuk aku citerkan hal dalaman muzium tu..





Dengan penambahan produk ini dijangkakan pengunjung adalah aktiviti selain menikmati pandangan lautan di sini.

Boeing 737-500 Turun Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka

Walaupun satu ketika dahulu pihak pembangkang di Melaka kecoh mengatakan Lapangan Terbang Batu Berendam Melaka tidak berfungsi.. namun kini atas usaha Kerajaan Negeri Melaka, ianya mampu direalisasikan.

Air Asia dan MAS dikatakan kurang bersetuju untuk turun di LTAM namun beberapa syarikat penerbangan lain setuju untuk menggunakan perkhidmatan di LTAM. Antaranya ialah Riau Airlines yang telah membuktikan Boeing 737-500 mampu mendarat dengan sempurna.





Semoga lebih banyak penerbangan yang bakal memberikan kemudahan kepada pelancong ke Melaka dan rakyat Melaka untuk melancong menggunakan kapal terbang.

Selasa, 22 Februari 2011

Rumah Allah Dipecah Masuk

Perompak sekarang ni.. bukan setakat rumah kita.. rumah Allah pun dia berani rompak.. memang dasar gila babi.

Tak caya perompak berani rompak rumah Allah.. jom baca berita daripada sinarharian ni..

PENGKALAN BALAK - Perompak balik dengan tangan kosong apabila memecahkan peti tabung di Masjid Kampung Sungai Tuang yang tidak berisi wang, dekat sini, awal pagi Khamis lalu.

Imam Masjid Kampung berkenaan, Abdul Rahman Daud berkata, dia yang datang ke masjid kira-kira jam 5.45 pagi untuk persediaan menunaikan solat subuh terkejut apabila mendapati pintu tepi masjid sudah terbuka.

Menurutnya, dia datang seorang diri pada waktu itu seperti biasa dan mendapati tikar sejadah imam bergulung-gulung, manakala karpet juga dalam keadaan tidak terurus seperti diselongkar untuk melihat apa yang ada di bawahnya.

“Ketika saya nak betulkan semula sejadah dan karpet, saya terus berpaling ke belakang dan saya dapati peti tabung masjid yang ada di dinding sudah dipecahkan perompak.

“Bilik azan pun kena pecah juga, cuma satu bilik yang menjadi tempat menyimpan peralatan audio, telefon dan komputer yang pintu kayunya gagal dibuka, namun pintu ‘grill’ habis diumpil,” katanya.

Abdul Rahman bersyukur kerana tiada sebarang peralatan dan wang hilang.

Menurutnya, dia sempat berpesan kepada seorang ahli masjid supaya mengunci peti tabung berkenaan manakala sejumlah wang anggaran RM50 telah dikeluarkan untuk dimasukkan ke tabung lain.

Katanya, masjid berkenaan sering menjadi sasaran perompak dan ini adalah kali keempat masjid itu dipecah masuk, namun tidak kehilangan sebarang harta benda masjid kecuali mengalami kerosakan pada pintu masjid dan tabung sumbangan yang ada.

sumber:sinarharian.com.my

Marilah kita sama-sama berdoa semoga perompak tersebut diberikan hidayah...Amin.

Isnin, 21 Februari 2011

TRAM MELAKA BAKAL SIAP MEI 2012



Sebelum ni.. aku dah pernah tulis isu ni.

Projek Melaka Trem yang dah mula dilancarkan dijangka siap Mei 2012. Dengan adanya pengangkutan awam yang menggunapakai sumber tenaga NGV (gas asli) ini dijangka mampu mengatasi sikit sebanyak kesesakan di kawasan hotspot di Melaka ini.

Dengan kos bernilai RM272 juta, Trem ini akan melalui sejauh 40 km di mana bermula daripada Tol Ayer keroh melalui 23 lokasi termasuk hampir 11 kawasan pelancongan.. hinggalah ke Dataran Pahlawan di Bandar Hilir.

Caj yang dikenakan adalah terendah di dunia iaitu RM2 sehala atau memilih RM5 untuk sehari. Manakala bagi pelajar dan orang kurang upaya.. ianya PERCUMA.

Ianya berupaya membawa 120 orang penumpang pada satu-satu masa dengan kelajuan 40km/j.

Ada orang tanya apa beza trem dengan kereta api?? Trem ialah dikatakan pengangkutan rel yang lebih ringan daripada kereta api dan berbeza daripada bentuk lokomotif lain memandangkan laluannya dibina di atas jalan raya.

Tak sabar aku nak tengok Melaka 2012 dengan adanya Trem ni.. agak-agak ada macam London seperti gambar di bawah ini...


http://news.bbc.co.uk

Khamis, 17 Februari 2011

Jawatan Kosong di MPAG pada Feb 2011


MPAG mencari calon untuk jawatan

Pembantu Kesihatan Awam Gred U17.

Syarat-syaratnya:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Umur lebih 18 tahun
  3. PMR atau lebih tinggi
  4. tamat dengan jayanya kursus latihan yang ditetapkan dan mendapat Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf kerajaan atau

Cara memohon
Amik borang perjawatan di Kaunter MPAG secara percuma. Tiada sebarang bentuk muat turun borang.

Tarikh tutup permohonan 28 Februari 2011

Hari Inovasi & hari Bersama Pelanggan Peringkat Negeri

Klik Banner di bawah untuk tumbesaran.


Macam-macam ada termasuk Datuk Syed Muzaffar, Angkasawan Negara.

Jom terjah.

Rabu, 16 Februari 2011

Wajah Shah Ruk Khan Di Melaka

Kepada peminat hardcore Datuk Shah Ruk Khan hingga sanggup suh autograf kat tengah belakang tu.... nilah wajah terkini SRK....
Muka gila babai serabai.. tapi aku rasa sebab skrip DOn 2 ni kot.. ialah citer DON tu kan SRK ni alah-alah macam jahat..








Hah! bawah ni sajer bagi kredit kat dia sebab sian duk nyepil jer bancuh air..




sumber: fb Tok Ali

Idola Dunia kawan Baik Melaka Sudah Mari Deyyy

Sekarang Datuk Shah Ruk Khan berada di Melaka seperti yang dijanjikan dulu bahawa dia akan kembali. Kini dengan sequel filem DON 1, beliau bersama lebih kurang 140 orang krew hadir semula dan menjalani pengambaran DON 2 di Sungai Udang Melaka. Kenapa Sg Udang??? kawasan ni kawasan tentera dan berhutan.. mungkin itulah situasi dalam filem yang bakal ditayangkan di 32 buah negara pada Disember nanti.

Beliau kini menetap di Philea Resort & Spa, Ayer Keroh sampai 18 Februari kemudian.. balik India.. then datang balik untuk meneruskan penggambaran di Kuala Lumpur dan Langkawi.

Selain Melaka.. beliau turut akan menjalani penggambaran di Kuala Lumpur dan Langkawi. Dua tempat itu memang tidak dinafikan pilihan ramai.. tapi kenapa Datuk Shah Ruk Khan pilih Melaka, padahal banyak negeri dan tempat lain yang lebih kurang sama situasi dengan Melaka. Mungkinkah umpan gelaran 'datuk" yang menjadi isu panas satu ketika dahulu telah mengena?? Dengan 'umpan' itu Melaka dan Shah Ruk Khan dah macam kawan baik. Banyak perkara boleh diperbincangkan bersama.

Aku yakin ini bukanlah kali terakhir Datuk Shah Ruk Khan datang kat Melaka.

Dengan itu tahniah kepada Pucuk Pimpinan Melaka kerana berfikir diluar kotak. Dengan satu 'anugerah penghormatan' tercipta satu lembaran persahabatan. Bukan persahabatan biasa tapi aku rasa lebih separuh penduduk dunia kalau ditawar bersahabat dengan Datuk Shah Ruk Khan akan melonjak kegembiraan.

Mencari sahabat lebih mulia daripada mencari musuh dan memberi lebih baik daripada mengutuk.


N27 Merlimau : Suara Hati Penduduk Merlimau

Setakat hari ini dua pemimpin besar parti politik telah datang Merlimau.. iaitu TGNA dan TPM. Kedua-duanya disambut meriah..

tapi ada jugak yang tak sedap didengar oleh suara hati penduduk tempatan di Merlimau..

Mereka kecewa kerana ramai orang luar yang mendampingi pemimpin pujaan mereka semasa di DUN mereka daripada orang yang nak mengundi ni sendiri..

Kalau ikutkan teori pun.. titik persilangan x dan y adalah menunjukkan bahawa pemimpin akan bermesra dengan penduduk DUN yang berkenaan. Jadi orang luar sebenarnya yang patut duk menyempil tengok dari jauh..

Yelah bayangkan lah.. ada artis datang makan rumah kauorang.. tapi yang layan adalah jiran sebelah rumah. Ko jangan kata autograf.. salampun tak dapat.. duk luar rumah plak tu.. mau tak hangin..

Jadi, kepada orang luar yang bakal mengkerumuni Merlimau akan datang.. selamat datang aku ucapkan tapi ingatlah pesan orang tua.. "masuk kandang kambing mengembek.. masuk kandang harimau mengucap".

Chow!


Isnin, 14 Februari 2011

N27 Merlimau : Pemimpin Besar Sudah Datang

Merlimau dah jadi popular sekarang ni.. semua pemimpin politik negara dah merancang nak turun.. tak kiralah Pemimpin Barisan Nasional ataupun pemimpin Pakatan.

  1. YAB TGNA dah turun 12 Februari 2011 lalu di Merlimau Pasir..
  2. YAB Tan Sri Muhyiddin akan turun 14 Februari 2011
  3. YAB Dato' Seri Najib akan turung pada 19 Februari 2011
  4. YB. Dato' Seri Anwar & YB Lim Kit Siang - belum ada tarikh tepat. Dikatakan kemungkinan turun semasa PM turun iaitu 19 Februari 2011.
  5. YB. Hadi turun 24 Februari 2011.
Wahhh!!! dashatlah Merlimau...

Tapi setahu aku.. Tok Ali iaitu Ketua Menteri Melaka dikhabarkan turun Merlimau secara purata 6 jam sehari untuk memantau keadaan di sana.

Bagi aku.. tak yahlah ada pihak yang dok memekak pasal "baru nilah nak turun padang".. ceh!! tak perlulah sebut.. sbb mana-mana pihakpun sama. Ada alasan tersendiri..

Sekarang masa nak 'fight' kat Merlimau.. so, 'fight' la betul-betul.. The best man win la bro...

Jumaat, 11 Februari 2011

Meh Terjah Tok Ali di Surau

Aku memang respek pemimpin-pemimpin macam ni.. aku tahu pemimpin PAS lagi handal.. TGNA siap baca khutbah..

Tapi oleh kerana ni citer dalam Melaka.. maka aku upkan Ketua Menteri yang berada di surau Taman Debunga Merlimau.. macam jugak orang Kelantan upkan gambar Menteri Besarnya...
Peristiwa ni mungkin beliau dalam berjalan-jalan kawasan Merlimau tu.. singgah maghrib kat salah satu surau.. semuanya tidak dirancang. Diminta menjadi imam solat maghrib.. bukan satu halangan bagi pemimpin Islam...

Semoga pemimpin-pemimpin seperti ini tak kira la dalam UMNO, PAS atau PKR terus dirahmati Allah s.w.t. dan diberikan hidayah memimpin rakyat dengan terbaik!!


itu dia gimik sambutan ketibaan seorang Ketua Menteri


Para media sedang menanti


Alhamdulillah...

N27 Merlimau : Kebarangkalian Calon Yang Muncul

Akhir-akhir ini DUN Merlimau hangat lagi memperkatakan calon yang sesuai bagi mewakili rakyat. Barisa Nasional dikhabar mengadakan pemilihan calon popular.. Kalau sebelum ini En. naseer jadi sebutan tapi minggu ini Datuk Zaini plak yang paling popular.


Setahu aku Datuk Zaini ni merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPA). Beliau juga merupakan bekas Datuk Bandar MBMB dan sebelum itu sebagai pegawai di PKNM. Datuk Zaini memang sangat komited pada kerja yang dipikul dan sangat berintegriti. Perkara ini terpaksa diakui oleh pihak Pembangkang di Negeri Melaka ini. Public Relation dengan rakyat dan semua pemimpin tak kiralah ADUN mana termasuk pembangkang menjadikan beliau calon yang digeruni pihak DAP. Kenapa DAP?? sebab ADUN-ADUN DAP di Melaka pernah berurusan dengan beliau dan tahu kelebihan dan kebaikan beliau. Jadi secara tidak langsung beliau boleh menjadi tarikan kepada pengundi-pengundi berbangsa Cina. Kebanyakan pembangunan fizikal di Melaka ini adalah hasil tangan beliau semasa berkhidmat sebagai Datuk Bandar.

Memang dia duduk Alai.. tapi rumahnya dia berasal dari Batu Gajah, Merlimau, Melaka iaitu salah satu kawasan berhampiran pekan Merlimau.

walau bagaimanapun, kata putus tetap belum dibuat.

Bagi pihak PAS ura-ura meletakkan Ustaz Kamaruddin Sidek iaitu Ketua Dewan Pemuda. Tak silap aku beliau tewas ketika menentang di DUN Serkam- N26 pada PRU12 lalu. Selain itu, mungkin juga Hj. Jasme Tompang iaitu seteru lama BN di DUN Merlimau. Dengar citer hari Ahad ni mereka bermesyuarat.




Khamis, 10 Februari 2011

Isu Rumah Buruk Kat Melaka




Gambar di atas ni aku amik dari kijang59. Terima kasih kerana kijang sangat perihatin terhadap kedaifan rumah-rumah di Negeri Melaka. Aku pasti lepas ni lagi banyak yang diambil.. dan paling pasti akan dikaitan dengan Melaka Maju...

Akupun pelik la.. minda orang kita... sebut maju tu mestilah.. rumah futuristic .. kereta terbang.. pakaian segak. tak boleh selekeh.. pakcik duk kedai kopi bawa laptop.. tak boleh ada warung mesti duk kat starbuck.

adeh.. ceteknya minda.. kalau macam tu... sampai bilapun tak maju.. Amerikapun tak maju... sebab 3 juta rakyatnya tidur bawah jambatan.
Pastu kalau stay kat takuk lama jer.. pun salah jugak. Tak berkembanglah.. kena ubahlah..

Kalau lihat dengan hati yang terbuka sebenarnya Melaka memang layak jadi negeri maju... dari segi prasarana dan infrastruktur je dah cukup. Mungkin ada negeri lainpun layak.. tapi dah tak berani nak melangkah setapak kehadapan.. takkan orang negeri lain nak kutuk plak. Yang berani ni.. biarlah dia terus melangkah.. kalau tersandung batu.. apa salah kita tolong dia bangun dan terus berjalan..
Kauorang tahu tak kat Melaka ni kalau takde rumah.. Kerajaan boleh bagi rumah.. ada satu kawasan di Bukit Katil di namakan Taman RKSK dimana ditempatkan orang-orang yang ingin memiliki rumah (miskin) dengan bayaran ansuran RM50 je. Bukan macam Taman perumahan tapi rumah sebiji-sebiji.. dan apabila sampai tempoh masa rumah itu milik penyewa. Lepas tu siap ada pengawal keselamatan yang jaga pintu masuk taman tu..

Memang aku tak nafikan ada terselit satu dua kes macam yang dicanangkan.. tp itu sgt terpencil. Kalau rumah persendirian.. bayangkan kauorang sebagai Perdana Menteri.. datang satu kampung.. bagitau "makcik.. kami nak robohkan rumah makcik ni.. nak buat rumah baru.. siap ada lif" Kauorang agak2 daripada puluhan ribu makcik 100% ke yang nak?? tetiba datang masuk tanah orang nak gantikan rumah sesuka hati... mungkin dia ada sentimental value kat umah tu ker?? alahai pikir guna otak..

Kalau pilihanraya ni nak guna isu ni.. jangan la wey.. buat orang marah je. Carilah isu lain.. buat manifesto yang power-power dan logik untuk tarik hati kami sebagai pengundi ni...

Tentang gambar di atas tu.. sesetengah blog PR kutuk rumah macam reban ayam la.. ahli UMNO plak tu katanya... sebenarnya rumah tu rumah batu.. tapi ada sebuah bangsal atau stor. Yang berzin cokelat tu bangsal. Di Melaka rumah-rumah kampung memang ada macam tu.. untuk letak basikal.. kayu api untuk kenduri, buah kelapa tua, batu tungku dan sebagainya.

Maaflah.. hakikatnya aku memang tak menyebelahi mana-mana parti.. tapi aku sakit hati sebab rasa macam terhina bila sesetengah pihak sentuh isu rumah kat Melaka ni.. sebab kalau betul-betul tahap nak rebah dan reban ayam seperti rumah di bawah ni logik la jugak..


boleh baca cerita kat SINI.

Bukan niat aku nak hina rumah-rumah buruk ni.. dulu masa aku kecik rumah akupun buruk.. cuma aku harap kepada otai-otai blogger ni yang aku tahu dasarnya nak cari kelemahan di Melaka.. carilah betul-betul.. jumpa yang betul benar buruk dan daif.. citerlah. biar sampai ke cohong telinga pemimpin tertinggi negeri dan negara. semoga dengan kisah saudara.. Kerajaan dapat perbaiki kelemahan-kelemahan yang ada..

selamat berkempen.


Malaysia Tewaskan Hong Kong.. Ultras Mari

Semalam perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Hong Kong. Sejak piala Asia aku dah semakin semangat dengan pasukan Malaysia.. Tahniah semalam menang 2-0 walaupun sebenarnya mungkin lebih jaringan gol kita boleh dapat. Cuma nasib tidak menyebelahi...

Semalam K Rajagopal memang memberi peluang kepada semua dan mencari keserasian baru untuk mewujudkan pasukan mantap Malaysia.

Pada 23 Februari nanti kita bertemu Pakistan plak dalam kelayakan sukan olimpik.

Itu bab bola.. bab pemain ke 12 iaitu penyokong plak.. aku tersedar rupanya Malaysia dah ada penyokong tegar. Di mana menang atau kalah tetap menyokong Malaysia. Mereka ini dikatakan berjanji dengan tidak menganggu penonton lain, memaki pemain ketika tewas, membakar mercun dan membaling objek. Cuma mereka akan ada tarian dan nyanyian sendiri di samping membakar suar sebagai trademark. Merka mengelar diri sebagai Ultra Malaya.. adakah sama macam ultraman??? itu kena tanya tokeh dia kot.


Mereka ni plak ada sub-sub ultra daripada negeri di Malaysia.. termasuklah negeri Melaka.. Walaupun tak ramai, mereka dikatakan memberikan sokongan kepada Melaka yang hanya bermain di liga FAM. Setakat ni tak sampai 20 orang tapi dikatakan akan menyokong Melaka secara berterusan dan menggelar diri Ultras Taming Sari

Kalau begitu baguslah wey.. semangat camni la best. So, kredit aku bagi kat kauorang..



aku??? aku suka ultraviolet je.




Rabu, 9 Februari 2011

N27 Merlimau : Buah Catur Mula Diatur


Dalam beberapa hari ini.. PRK Merlimau semakin hangat..

Tarikh 26 Februari semakin hampir..

Hotel-hotel di Melaka pada 25hb Februari penuh. aku cuba tanya Hotel yang baru bukak bulan lepas pun dah penuh. Semakin menghampir tarikh pilihanraya aku confirm hotel pun akan semakin penuh. Semua jentera kedua-dua parti akan turun serbu Merlimau plak.

Di pihak BN dah semakin jelas nama yang bakal naik.. Yang masih cuba nak lobi pun ada.. Aku harap takde la yang bermasam muka disebabkan perebutan ini...

manakala di pihak PR.. khabarnya PKR memberi laluan kepada PAS dalam mempertaruhkan 'ayam sabungannya' di situ.

Sebelum ni memang PAS pun yang lawan... iaitu En. Jasme Tompang dengan memperolehi sebanyak 2,828 daripada 7,957 pengundi pada pilihanraya umum lepas.


Isnin, 7 Februari 2011

Lagi 1 Klinik 1 Malaysia di Melaka

sebelum ni.. Melaka dahpun mempunyai 3 Klinik 1 Malaysia. kisah lalu.

Aku pernah pergi salah satu klinik ni dan borak dengan pembantu perubatan kat sana. Dia cakap kalau kena 'musim' lebih 90 orang akan hadir sehari... dan aku masih ingat.. Kerajaan Malaysia tetapkan RM1 untuk warganegara dan RM15 untuk warga asing tapi bila aku nak bayar.. diaorang kata tak payahlah dik.. Hmm.. susah nak cari Kerajaan dalam negara di dunia ni macam ni... Alhamdulillah aku dilahirkan dalam negara ini. Yelah kita lahir bukan boleh pilih mana negara nak duduk, atau pilih ibu bapa masing-masing. Bayangkan kalau kauorang dilahirkan di negara-negara yang mundur?? sekarang nipun, kalau kau minta tukar tempat dengan orang Somalia.. mau sejuta kali dia nak kot.

Mengikut statistik seramai 87,455 orang rakyat Melaka telah mendapat rawatan di 3 klinik ini sejak ianya dibuka.

Semalam 1 lagi Klinik 1 Malaysia sudah mari Melaka...

Kali ni di Londang, Masjid Tanah iaitu kawasan Alor Gajah.. Dianggarkan seramai 14,000 orang penduduk di sekitar ini yang di antaranya enam buah taman dan lapan buah kampung iaitu Kampung Londang, Pengkalan Balak, Tanjung Bidara, Paya Mengkuang dan Lubuk Redan.

Lokasi Klinik ini ialah di Jalan Bidara Permai 1, Taman Bidara Permai, Masjid Tanah.

Terimalah kasih kepada Kerajaan kerana menyedikan perubatan kepada rakyat berpendapatan rendah.. bagi yang berpendapatan tinggi atau yang memang tak berkenan dengan penubuhan klinik ini.. tak yah marah-marah. Nanti buat tambah dosa sendiri.. silalah gunakan klinik-klinik swasta yang ada. Sekian.

Banjir Semakin Surut

Banjir di Melaka semakin surut.. Alhamdulillah..

Kepada yang menjadi mangsa.. aku harap bersabarlah dengan dugaan..

Sabtu dan Ahad ramai pemimpin daripada Kerajaan dan Pembangkang menghulurkan bantuan.

Pemimpin PKR pun aku dengar turun jugak dan sampaikan sumbangan makanan tapi tak secara keseluruhan kot. Ada sesetengah kampung jer.. Kecualilah mereka datang ke Bilik Gerakan Banjir dan dapatkan nama. Lepas tu beri kepada lebihkurang 2880 orang mangsa bencana banjir kali ini.

Aku dengar Ketua Menteri Melaka menyampaikan sumbangan RM200 kepada mangsa-mangsa banjir yang berdaftar.

Walau bagaimanapun bersyukurlah kerana ada negeri yang banjir tapi tak dapatpun sumbangan lebih-lebih lagi dalam bentuk tunai.

Sebenarnya aku boleh faham nak menguruskan pembahagian tunai ni bukan senang. Sebab bakal wujud banyak mangsa-mangsa hantu.. pernah aku dengar sosek-sosek ada penduduk yang rumah naik air paras tapak kaki pun claim jugak. Walaupun dalam pembahagian tu ada prosuder tertentu tapi aku percaya selagi bernama manusia.. akan ada jugak terlepas seorang dua yang sangat panjang akalnya demi kepentingan peribadi.


Rabu, 2 Februari 2011

Kaedah Tangani Banjir di Melaka

Semalam Tok Ali menyatakan hasrat untuk membina sebuah empangan bersaiz sederhana dicadang di Sungai Gangsa dan kolam takungan banjir di Belimbing Dalam, Alor Gajah dan di Lipat Kajang, Jasin.

Nampak muka kat Buletin TV3 serius nadanya..

Takpelah aku faham kalau ada yang mengutuk dan mengeji... tapi bagilah peluang penambahbaikan dibuat.. Daripada bercakap atau menyorok.. baik juga Kerajaan Negeri buat sesuatu untuk menangani masalah ini.. Banjir nikan dugaan Allah s.w.t. .. aku rasa semua negerilah pernah banjir termasuk Terengganu dan Kelantan. Alah negara baratpun boleh banjir...
Tapi bagi aku yang penting pemimpin sentiasa berusaha dan pikir macam mana nak tangani banjir ni di masa hadapan. Barulah layak digelar wakil kepada rakyat.


Selasa, 1 Februari 2011

Banjir Di Melaka 01/02/11

Hari ini hujan tidak menitis lagi di bumimelaka... agaknya katak dah puas kot mandi air hujan.. silap gaya demam panas. Walau bagaimanapun.. langit tetap berarak kelabu.. macam tunggu siren berbunyi daripada Maha Pencipta untuk makhluk bernama hujan mencurah ke bumi bertuah ini..

Yang jadi mangsa banjir dahpun ditempatkan di 26 pusat penempatan banjir. Mereka selamat kat situ.. aku tahu ramai hero dan heroin dah turun. Memang paling teruk di Jasin tetapi mengikut laporan di Taman Merdeka dan Taman Angkasa Nuri pun dah dinaiki air.. ada juga suara-suara mengatakan empangan Durian Tunggal dibuka menyebabkan banjir. Benar atau tidak.. wallahualam.. cuma aku nak bagitau Standard Of Prosuder Empangan memang macam tu.. bila sampai tahap merbahaya.. air empangan kena keluarkan.. kalau tidak empangan pecah.. kalau empangan pecah.. alamat macam citer X-Men II la...

Aku tengok FB Hero Melaka.. beliau telahpun turun padang.. aku memang tak hairan dengan sikap beliau ni.. sebab beliau memang sangat rajin dan mementingkan rakyat lebih daripada pekerja bawahan beliau sendiri.

Beberapa gambar aku amik daripada FB Super Hero Melaka (SHM).

Kauorang nampak kasut hitam panjang tu?? itu memang dia standby dalam but kereta sepanjang tahun.


Salah satu rumah di Chohong Jasin yang ditenggelami banjir


Kanak-kanak yang tidak faham apa itu mangsa banjir? Diaorang ingat pesta air pe?


Apa rasa rakyat bila pemimpin makan bersama dengan rakyat dan yang paling penting makan apa yang rakyat makan.


setakat makan bertatang ni.. aku rasa Super Hero ni tiada masalah..

Gambar di Taman Merdeka.. "aik! baju sama. Tak balik umah ke Tok??"


Cayalah Datuk Seri.. teruskan sifat-sifat yang mulia ini... Semoga lebih ramai pemimpin berkerja macam ni.. tak kiralah dari mana asal partinya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com