Sebelum ni kecoh pasal Melaka nak kenakan caj warisan 5% kepada setiap penginapan hotel di Melaka. Secara umumnya, caj ini memang logik untuk pembangunan dan kebersihan serta promosi Negeri Melaka. Yelah tanpa semua benda tu, Melaka tidak mampu menggamit pengunjung dan kalau pengunjung tak datang, hotel gerenti tak laku.
Memang la Govt Tax sedia ada dah dikenakan tapi masalahnya duit itu pergi ke Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri pula memperolehi peruntukan berdasarkan per kapita sesebuah negeri. Jadi, negeri kecik macam Melaka tapi mendatangkan pendapatan tinggi agak 'kerugian'. Tak silap aku, aku pernah terbaca Negeri Melaka menyumbang dari segi percukaian lebih kurang sebanyak RM2.6 BILLION setahun. Namun, dasar ini tidak boleh dipertikaikan juga. Yelah sebagai one nation negeri yang lebih pendapatan boleh membantu negeri yang kurang pendapatan. Agaknya itu sebab bila Melaka berhutang selamba je macam tak bayar. Ini kerana Melaka tahu dia menyumbang lebih banyak daripada yang diterima. Aku agak jelah..
Ok berbalik kepada asal, caj warisan 5% yang dikenakan. Semalam diputuskan bahawa caj ini dikurangkan kepada RM2.00 sahaja bagi satu bilik / satu malam. Rayuan pengusaha hotel yang meminta agar dikuatkuasa April 2012 turut diterima oleh pimpinan Kerajaan Negeri Melaka. Alhamdulillah.. win-win situation la ni..
Dengan ini, Kerajaan Negeri Melaka mensasarkan RM2juta setahun diperolehi bagi memacu terus pembangunan Melaka daripada lebih kurang 12,000 penginapan yang berada di Melaka.
Sebenarnya perkara ini penting untuk para pengunjung, at least kalau hotel kenakan caj, semua sedia maklum dan yang paling penting tidak ditipu oleh pengusaha hotel tidak bertanggungjawab.
8 comments:
kdg2 mmg ada pengusaha yg suka kaut untung tak tentu psl, nak nak time public holiday...dulu aku keje hotel, bos mcm haper ntah, suka2 je main tarok harga bilik..huhuhu
huhuhu... ye ke?
harga time public holiday kekadang mcm tak masuk akal, boleh backfire usaha pihak berkuasa
Kalau betul bagai dikata.. ce citer ce citer... boleh jugak dijadikan panduan pengunjung lain.
barang yg lepas jgn dikenang
nanti lah kekalau aku pi lagi melaka nanti aku buat note senarai pengusaha, gerai, pusat pelancongan yang mark up rege tak masuk akal
=)
ok. dialu-alukan... nanti aku suh Tok Ali bg ko duk 2h1m percuma kat umah dia.. kalau dia bagilah...
hahaha
ngko memang marbeles
aku pun ingat nak buka hotel laa kat melaka..setakat dua inggit satu bilik apa ade pasal
Catat Ulasan