Khamis, 22 September 2011

Kisah Sekolah Henry Gurney Melaka


Kat bawah ni lagu nyanyian daripada Budak-budak Henry Gurney, Teluk Mas, Melaka. Harap dapat jadi pengajaran..

Lagu best... sioott..

tapi rasanya budak-budak ni dalam Army sekarang kot.. Henry Gurney tu Penjara beb.. mana ada kereta dan gitar.. tali pinggang pun tokleh bawak masuk.





Sebenarnya rumah Mak aku lebih kurang 5 km je daripada kawasan ni..

Pengalaman 1

Masa sekolah dulu aku bersama Din dan beberapa rakan pergi belakang Henry Gurney ni sebab ianya laut dan ada plak kolam sesuai memancing. Citer ni masa aku tingkatan 4...

Jadi masa pergi tu selalulah nampak lori bawak budak-budak ni keluar... alah kira macam lori askar tapi ada warden.

Ada satu hari tu, aku dan geng sebelum sampai ke tempat mancing terserempak lori ni... aku dengan geng tengoklah muka-muka diaorang alah-alah insaf kot... Tiba-tiba salah sorang daripada atas lori tu sound.
"APA TENGOK-TENGOK?? NAK KENA BONTOT?!!"

Pergh.. kitaorang yang masih suci dan dara ketika tu.. terencat nak memancing.. kemas barang balik jer.. Buatnya brader tu tadi terlepas.. tak ke naya.


Pengalaman 2

Semasa amik peperiksaan Amali Sains (Fizik) Tingkatan 5 ada seorang budak luar ni duk semeja eksperimen dengan aku (satu meja 2 orang). Aku pun pelik mana datang la budak ni... duk sebelah meja aku.. sebelum mula aku pun tanya la..

Aku : Ko ni repeat paper ke? (Dalam hati aku kalau repeat ada can aku mohon bantuan)

Dia: Taklah.. First time.. (Dengan nada alah-alah Imam Muda)

Aku: Abis ko sekolah mana?

Dia: Dekat je.. Teluk Mas

Setahu aku Telok Mas tak de sekolah Menengah (masa tu). Ceh budak ni temberang aku kot.

Aku: Telok Mas. Sekolah apa?

Dia: Henry Gurney.

Argghh!! terus blank otak aku.... aku kalih sikit.. patutlah ada warden baju cekelat kat luar tu. Otak aku ligat.. buatnya dia tikam aku dengan termometer depan aku.. tak ke naya.

Lepas tu dengan beranikan diri, aku hulurkan juga persahabatan.

Baru nak borak sikit kertas ujian sampai.. Aku ingat nak mohon bantuan dia.. rupanya dah sama-sama tak tahu.. kitaorang hemtam jelah.

Masa berehat setengah jam untuk amali kedua (kimia kot)... aku amik peluang borak dengan dia.. Aku tanya kenapa dia boleh belajar lagi?? Kan sekolah Henry Gurney tu tak de papan hitam.

Rupanya mereka di Henry Gurney kalau masih tempoh belajar diberi peluang untuk belajar.. Kalau keputusan baik, kemungkinan dilepaskan awal... dan dia satu-satunya pelajar yang ingin meneruskan pelajaran dalam bidang sains.

Dia juga ceritakan bagaimana dia masuk Henry Gurney disebabkan meragut dan mencederakan wanita menggunakan gambit. Dia sangat menyesal. Lebih menyesal bila dia ceritakan bagaimana minggu pertama di masuk dan semasa berada dalam sana. Termasuklah pekerjaan semasa di Henry Gurney.. sistem di dalam henry gurney dan sebagainya.. Aku tak akan ceritakan detail sebabnya..... (sangap la plak..)

Sebelum dia balik dia cakap besok dia nak minta satu pertolongan aku masa amali Biologi akan datang. Erkk... apa dia nak buat dengan aku.. takkan nak minta aku senjata kot. Aku mana ada lesen senjata.

Aku tanya apa?? dia kata nantilah..
Ceitt ini buat gua tak boleh tidor malam ni..

Sampai masanya dia datang agak lewat.. tak sempat aku nak borak sebab dia datang terus kena jawab soalan.. Lepas tu dia keluar toilet.
Masuk balik...
Setelah abis amali.. sebelum warden datang dekat dia.. dia sempat cakap dengan aku.. tolong aku poskan surat kat mak aku. Surat kat celah pasu bunga depan tandas. Erkk... aku faham kenapa dia minta tolong aku tu.. sebab dia dah citer kat aku sistem di Henry Gurney sebelum ni..

Aku tanya salah ke kalau aku tolong... dia cakap kalau kena tangkap salah la...

adeh.. berat hati jer hati aku... silap gaya ganti tempat dia nanti...

Akhirnya aku amik keputusan .......................................................... (hehehe biarlah jadi rahsia hidup aku). Hanya mak dia dan aku je tahu keputusan aku tu.. Kalau mak dia terima maknanya aku tolong. Kalau mak dia tak terima maknanya aku tak tolong

Itu semua berlaku lebih 15 tahun lalu. Nama dia pun aku tak ingat. Silap gaya sekarang dah jadi orang besau kat mana-mana syarikat kot.

Bila ingat-ingat citer dia balik.. aku nasihatkan kepada remaja-remaja hari ini elakkanlah daripada melakukan jenayah... aku boleh bayangkan daripada air muka member aku tu.. menyesal tak sudah akibat perbuatan sendiri.



8 comments:

terpatrisinarabadi berkata...

banyak dah pengajaran, tapi ada jgk yang tak insaf..kebanyakkan org kita, betullah, melayu mudah lupa..sedih..huhuhu

~Sya~ berkata...

uhh..kesiannya ya..akhirnya ingt mak jugak kan...

KimieKL3 berkata...

ish ish...mana anda tahu dalam henry gurney tu takda gitar dan kereta...anda pernah masuk ke?

Ini kenyataan yang benar :
Henry Gurney bukan Penjara...tetapi sebuah institut latihan kadet remaja yang melatih para juvana supaya tahu yang mana jenayah dan bagaimana menjadi rakyat yang dihormati...cuma ianya terpulang kepada para pelatih untuk memilih jalan masing2...ada yang pilih jalan kegelapan..yang mana hingga kini pelatih tersebut masih keluar masuk penjara...tetapi pelatih yang mengambil jalan kebaikan...ada yang berpangkat General Tentera...ada yang Usahawan Jutawan dan ada yang dah jadi Imam Besar...

Dalam henry Gurney semua ada...Gitar ada...drum ada...motosikal ada..kereta ada..lori ada...bengkel2 ada...sukan2 ada..kami semua bebas untuk memilih hobi yang kami minati untuk diketengahkan...kami duduk dalam tu macam dalam asrama aje bukan penjara yang dikurung 24jam...

bagi mereka yang tak pernah masuk tu..takyah komen yang mengarut..dok diam sudah la..dan lagi satu :

Video tersebut bukanlah lagu Henry Gurney..ianya adalah rekaan semata-mata...kalau nak tahu lagu sekolah Henry Gurney yg sebenar...sila la laporkan diri di SHG Telok Mas tu...alaaa bukan lama pun...3tahun je...wahahahahaa

apek berkata...

oh yeke.. almaklumlah.. kitaorang tak pernah masuk dan mudah-mudahan tak ada keturunan kitaorang yang masuk. Semua dengar citer.. Anyway thanks for info.

Nak lapor diri dah tak sesuai sebab kami bukan remaja lagi.. hahaha..

Unknown berkata...

sume yg masuk situ memang 3 thun jer ke

Unknown berkata...

sume yg masuk situ memang 3 thun jer ke

Unknown berkata...

kau masuk penjara plk... jgn jadikan umur sebagai penghalang

Unknown berkata...

yang masuk situ tak semestinya sampai 3tahun kan ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com