Khamis, 25 Oktober 2012

Menimba (Bahagian Satu)

Tadi aku borak dengan member pasal zaman childhood aku yang agak comot. Yes. Aku budak kampung yang tahu balik rumah ketika time makan tengahari je dan hampir menjelang maghrib. Itu yang aku pelik, takde plak mak bapak aku risau aku hilang dari rumah ketika tu.. Anak-anak sekarang, agak2 kau berani lepaskan dia seharian??? Hilang dari pandangan mata je dah terjerit-jerit ko cari diaorang.

Ok.. aku pernah citer zaman aku mula-mula masuk tadika kemas,  zaman aku bersunat,  pengalaman kena kejar kerbau, cari siput sedut, tangkap ayam dan pelbagai lagi yang ada kat lebel Siri Pengalaman Masa Kecil.

Tak sah bagi aku budak kampung yang dikatakan bau macam kambing tak menimba. Bagi yang tak tahu menimba ni ialah mengeluarkan air daripada takungannya dan lebih menggunapakai baldi, gayung, pot susu dll. (Che Lah Wah!! macam kamus dewan plak).

Sepanjang aku zaman budak-budak ada dua situasi menimba. Satu yang diluluskan oleh kabinet bayangan parent aku dan satu lagi underground. 

1.   Menimba yang dapat kelulusan Kabinet Bayangan Parent.

Rumah aku ada perigi di mana arwah bapa aku sebagai seorang bekas pembawa jentera gali sungai (JPS) menggunapakai jentera tersebut gali perigi aku betul-betul dalam bilik air. Oleh kerana itulah sumber makan, minum dan keperluan lain, perigi itu amat dijaga oleh keluarga aku.. Yang bestnya perigi tersebut sangat jernih hingga nampak dasarnya tanah liat putih. Pernah berjasa untuk penduduk kampung aku semasa musim kemarau Melaka selama 6 bulan.

Oleh kerana jernih (hingga sekarang air tetap jernih) aku pernah campakkan seekor ikan betuk/puyu dalam perigi tu setelah tamat aku menonton citer Bawang Putih Bawang Merah... Alahhh yang mak dia jadi ikan kaloi tu... Lepas tu melisat la belakang aku kena rembat dengan mak aku..  apataknya perigi air buat minum dimasukkan ikan.. naya hanyir. Cilakak punya citer ikan kaloi... ko punya pasal aku plak jadi mangsa...

Maka setelah itu arwah bapa aku umumkanlah operasi menimba perigi.. Wahhh!!! memang sakan aku sekeluarga... macam pesta air.. cuma buih aku mintak mak aku, dia bagi sabun cap kapak... puas gosok tak kuar pun buih. 

Bayangkan air hampir dua yum (alah tempat yang selalu buat perigi tu) kena punggah keluar pakai timba, baldi dll.. best giler dapat keluarkan air. Habis keluarkan air, abang cam aku kena masuk untuk berus segala lumut pada yum dan bersihkan dasar perigi termasuklah tangkap ikan betuk yang aku campak tu.. kui.. kui.. kui...

Setelah hulur tangga, dia turun dan lakukan kerja-kerja pembersihan. Kitaorang kat atas makan cekodok ke.. lempeng ke.. apa yang patut. Lepas tu kitaorang campak baldi untuk dia masukkan tanah liat dan bendasing2 yang wajar dikeluarkan. Ada sekali tu.. aku campaklah timba jenis besi.. kelenkung kena kepala dia... Apa lagi??? diapun menjerit "Woi.. hawau ko.. siap ko aku naik atas.. siap ko.." jerit dia dari bawah perigi. Aku cakap dengan arwah bapak aku, boleh tak tak yah hulur tangga.. biar je bang cam dalam tu sampai bila-bila.. Nanti dia naik, gerenti dia balas kat aku. Yelah aku bukan sengaja... teeerrrrrbaling tepat atas kepala dia. Sapa suh dia duk tengah perigi... duk la sipi-sipi perigi tu. Tapi permohonan aku ditolak oleh arwah bapa aku tanpa memberikan alasan yang munasabah.

Aku potonglah adegan kes aku dengan abg cam aku. Lepas dah selesai pembersihan.. timba sekali lagi sampai kering. Lepas tu tangga diturunkan untuk bawa abang aku naik atas. Lepas 3-4 jam air perigi penuh kembali. Itulah pengalaman yang budak-budak sekarang tak rasa.. Kalau nasib baik timba air baldi. Cehh... apa barang.

Untuk Pengalaman Menimba Tanpa Kelulusan Kabinet, nantikan sambungan esok ke.. lusa ke.. tengok keadaan semasa. Tapi pastinya lebih menarik sebab aku menimba parit milik orang, aku kongsikan pengalaman bagaimana nak penuhkan kawasan timba dengan ikan dan ikan penuh nampak sirip belakang tapi akhirnya aku dan kengkawan tak dapat sekor pun. Tungguuuu.

Chow.

Khamis, 11 Oktober 2012

TYT Melaka

Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri merupakan sinonim dengan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak di Malaysia. Semua negeri-negeri ini tidak mempunyai sultan dan TYT ini mula dilantik sejak tahun 1957.

Sehingga sekarang Negeri Melaka telahpun mempunyai 6 orang Gabenor /TYT. 



Secara ringkas maklumat tentang TYT seperti berikut. Kalau nak details lagi boleh lawati http://www.tytmelaka.gov.my/

Gabenor Pertama : TYT TUN LEONG YEW KOH  (31 Ogos 1957 - 30 Ogos 1959)

Mendiang Tun Leong Yew Koh merupakan anak kepada Leong Yew Teen iaitu orang yang bertanggungjawab memajukan Salak Utara, Perak. Tun Leong Yew dilahirkan pada 22 Ogos 1888 di Salak Utara, Perak. Tun Yew Koh mendapat pendidikan awal di Canton, China sebelum menyambung pelajarannya di Tanah Melayu pada usia 13 tahun di Anglo Chinese School, Ipoh dan Sekolah St. Xavier's, Pulau Pinang. Pada 1909, ketika berumur 21 tahun, kecemerlangan beliau dalam bidang akademik membuahkan hasik apabila berjaya mendapat 'Queen's Scholarship of The Straits Settlement' untuk melanjutkan pengajian di London iaitu di 'University College' dan 'Inner Temple'dalam jurusan Undang-Undang dan Politik, London School of Economic dala, jurusan Ekonomi. Setelah tamat pengajian, beliau melawat wilayah Yunan dan China sebelum kembali ke tanahair untuk menjadi seorang peguam di Ipoh.

Beliau pernah diserang sebanyak dua kali dengan bom tangan dan mengalami cedera parah akibat serangan tersebut. Ladang pertanian dan ternakan serta bangunan miliknya musnah apabila cuba menegakkan kesejahteraaan penduduk dan keamanan negara.
Selepas bersara sebagai Gabenor Melaka yang pertama pada tahun 1959, beliau menceburkan diri dalam aktiviti sosial seperti menjadi Ahli kepada Majlis Peguam di Perak, Dewan Perniagaan China, Kaunsel negeri dan Pertubuhan Perlombaongan China. Beliau meninggal dunia pada tahun 1963 pada usia 75 tahun.
  

Gabenor Kedua : TYT TUN HJ ABDUL MALEK BIN YUSOF (31 Ogos 1959 -30 Ogos 1967)

Tun Haji Abdul Malek bin Yusuf, Dato' Maha Kurnia merupakan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Melaka yang kedua. Beliau mengangkat sumpah sebagai TYT Yang DiPertua Negeri Melaka pada 31 Ogos 1959 dan berkhidmat selama tiga penggal.
Allahyarham Tun. Hj. Abdul Malek bin Yusuf merupakan anak lelaki tunggal daripada tiga orang adik beradik. Dilahirkan pada tahun 1899 di Kampung Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan dan dibesarkan dalam kehidupan kampung.

Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Chengkau, Negeri Sembilan pada tahun 1907 seterusnya melanjutkan pelajarannya di peringkat tinggi di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak pada tahun 1910.
Tun Hj. Abdul Malek telah mendirikan rumahtangganya dengan Puan Khatijah bte Ahmad dan mereka dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Halimah dan Habibah. Walau bagaimanapun, isterinya telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1950.

Selepas itu, beliau berkahwin dengan isteri keduanya, Toh Puan Fatimah bte Ismail pada tahun 1964. Toh Puan Fatimah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langat dan Sekolah Melayu Kajang.


Gabenor Ketiga : TYT TUN DATO HJ ABDUL AZIZ BIN ABDUL MAJID (31 Ogos 1971 - 10 Mei 1975)

Allahyarham Tun Hj. Abdul Aziz bin Abdul Majid memang tidak asing lagi di kalangan rakyat negara kita apatah lagi warga Melaka. Sumbangannya terhadap pembangunan dan kemajuan negeri Melaka memang tidak dapat dinafikan lagi. Tun Hj. Abd. Aziz bin Abdul Majid dilahirkan pada 10 Mac 1908 di Kajang, Selangor.
Tun Hj. Abdul Aziz telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Kajang pada tahun 1920 hinggalah Allahyarham lulus Cambridge School Certificate pada tahun 1925.
Tun Hj. Abdul menamatkan zaman bujangnya pada tahun 1956 apabila bertemu jodoh dengan Yang Mulia Raja Teh Zaiton bte Raja Kamarulzaman iaitu anakanda Raja Hj. Kamarulzaman Hj. Mansor, Raja di Hilir Perak. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Mustapha Kamal, Kamarulzaman, Mansor dan Amir Hamzah.

Sewaktu British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Malayu pada tahun 1946, Tun Hj. Abdul Aziz telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha kepada Pejabat Suruhanjaya Residen Selangor.
Pada 1 Februari 1948, telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Negeri Pertama Negeri Selangor. Pada bulan Mac tahun yang sama, Allahyarham telah terpilih untuk mengikuti Kursus Pentadbiran di Oxford University, London.
Pada tahun 1949 iaitu sekembalinya dari London, Tun telah ditugaskan untuk memegang beberapa jawatan penting di peringkat negeri mahupun peringkat persekutuan. Di peringkat negeri, Tun telah dilantik ke jawatan Pegawai Daerah di Teluk Anson. Pada 22 Januari 1952, Allahyarham dilantik sebagai Ahli Lembaga Eksekutif Kuala Lumpur dan Penolong Setiausaha di Bahagian Keselamatan Dalam Negeri, Bahagian Pertahanan.
Pada 15 April 1952, Tun dilantik sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan dan diikuti sebagai Menteri Besar Selangor pada 1 September 1954.
Tahun 1956 dan 1957, Tun mengikuti rombongan kemerdekaan di London bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan Perlembagaan. Pada tahun 1958 pula, Tun dan beberapa anggota rundingan telah pergi ke London sekali lagi untuk berbincang mengenai Perjanjian Pertahanan Malaya.
Pada Jun 1963. rombongan ke London diadakan lagi bagi membincangkan pembentukan Persekutuan Malaysia. Tun telah menjadi anggota Pasukan Perundingan Persekutuan dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan.

TYT keempat : TYT TUN SYED ZAHIRUDIN BIN SYED HASSAN (18 Mei 1975 - 3 Dis 1984)

Tuan Yang Terutama Syed Zahiruddin Bin Syed Hassan tekah dilahirkan pada 11 Oktober 1918 di Pondok Tanjung, Kerian Perak. Beliau merupakan anak sulung daripada enam orang adik-beradik. Bapa beliau bernama Syed Hassan bin Syed Ibrahim, dan ibunya Raja Halimah bte Raja Abdullah. Bapa pembentukan nya berasal dari Sayuung, Kuala Kangsar, Perak manakala ibunya dari Pondok Tanjung, Kerian, Perak.
Pada Jun 1963. rombongan ke London diadakan lagi bagi membincangkan Persekutuan Malaysia. Tun telah menjadi anggota Pasukan Perundingan Persekutuan dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan.
   
TYT Kelima : TYT TUN DATUK SERI UTAMA HJ SYED AHMAD BIN SYED MAHMUD SHAHABUDDIN   (4 Dis 1984 - 31 Mei 2004)

 Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al Haj bin Syed Mahmud Shahabudin yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka yang kelima mengantikan Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan yang telah menamatkan perkhidmatannya pada tahun 1984Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj, dilahirkan pada 14 Mei 1925 di Kulim, Kedah. Beliau merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik yang terdiri daripada 4 lelaki dan seorang perempuan.

Tun Datuk Seri Utama Syed Ahmad Al-Haj bin Syed Mahmud Shahabudin dilantik sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka yang kelima pada 4 Disember 1984 sehingga 31 Mei 2004. Sepanjang 20 tahun ,menjawat jawatan sebagai Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, seramai empat orang Ketua Menteri telah berkhidmat di bawah pentadbirannya iaitu Tan Sri Rahim bin Datuk Tamby Chik (26 April 1982-13 Oktober 1994), Datuk Seri Hj. Mohd Zin bin Hj. Abd Ghani (14 Oktober 1994-14 Mei 1997), Datuk Seri Abu Zahar bin Haji Isnin (24 Mei 1997-1 Disember 1999) dan Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam (3 Disember 1999 sehingga kini)

TYT Keenam : TYT TUN DATUK SERI UTAMA HJ MOHAMAD KHALIL BIN YAACOB           (1 Apr 2004 -kini)

 Dilahirkan pada 29 Disember 1937 di Kuantan,Pahang, Tun Mohd. Khalil bin Yaakob merupakan anak ketiga daripada 7 adik beradik. Menerima pendidikan awal di Sekolah Ahmad Shah, Pekan Pahang. Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar atau Malay College Kuala Kangsar (MCKK) sehingga tahun 1959. Di peringkat pendidikan tinggi pula, beliau meneruskan pengajian di Universiti Malaya sehingga beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) pada tahun 1962. Beliau menjadi ketua pelajar setelah dipilih dari Majlis Perwakilan Pelajar, beliau juga telah dipilih menjadi Pengerusi untuk Persatuan Atlit Sukan Universiti. Beliau menjadi kapten untuk Pasukan Atlit Sukan Universiti untuk dua tahun. Beliau masih bergiat aktif dalam bidang sukan sehingga ke hari ini terutamanya dalam renang dan golf (Handicap 9).
Sebagai pelengkap kehidupan, Tun telah mendirikan rumahtangga dengan Toh Puan Dato' Zurina bte Kassim pada tahun 1965. Toh Puan Dato' yang lahir pada 13 Julai 1944 berasal dari Duyong, Melaka. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru dan Sekolah Perempuan Methodist, Kuala Lumpur.Sebagai isteri yang diplomat dan ahli politik, Toh Puan Dato' aktif dalam beberapa persatuan seperti Persatuan Iser-isteri Wakil Rakyat Pahang (TERATAI) pada tahun 1986 hingga 1999 sebagai Yang di-Pertua, Lembaga Wanita Islam sebagai Penaung dan ahli Persatuan Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (BAKTI) pada tahun 1999.Hasil perkongsian hidup.Tun dan Toh Puan Dato' dikurniakan tiga cahaya mata, dua putera serta seorang puteri dan kini mempunyai seorang cucu.
Meskipun sibuk dengan tugas harian, Tun Mohd Khalil masih mempunyai masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti riadah dan rekreasi. Di antara kegiatan sukan yang digemarinya ialah berenang,golf,jet ski dan berkayak.
Tun juga merupakan seorang yang berjiwa seni. Beliau sememangnya seorang pelukis yang berbakat dan juga berminat dalam bidang muzik. Pada masa terluang, beliau juga suka pergi memancing.
Tun Mohd Khalil menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik dan memulakan kerjaya diplomatiknya dengan Wisma Putra padat tahun 1963. Selama lebih 12 tahun berikutnya, Tun ditugaskan sebagai diplomat ke Itali, Maghribi, Singapura dan Indonesia. Beluai juga berkursus di Lembaga Pertahanan Nasional Indonesia (LemHanas) pada tahun 1974. Pada tahun 1976 hingga 1978 pula, beliau telah menamatkan perkhidmatan luar negara dan dilantik sebagai Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka, Pahang.
Sebagai tokoh politik yang berwibawa, beliau telah bertanding dalam Pilihanraya Umum tahun 1978 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam (dalam kawasan Parlimen Pekan). Ketika itu beliau adalah Ketua UMNO Bahagian Pekan.Pada Pilihanraya Umum 1982, beliau bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Maran.Pada tahun 1982 hingga 1983, Tun telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan kemudiannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1984 sehingga 1986
Pada tahun 1983, beliau terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO (sehingga 1999).Beliau dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Maran pada pemilihan parti 1986 dan memegang jawatan tersebut sehingga 1995. Semasa pembentukan kerajaan negeri dan selepas memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Tajau pada Pilihanraya Umum 1986, Tun dilantik menjadi Menteri Besar Pahang. Beliau juga menyandang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang. Pada Pilihanraya Umum 1995, beliau bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Lepar (dalam kawasan Parlimen Paya Besar) dan memenanginya dengan selesa sebelum dilantik semula sebagai Menteri Besar Pahang. Pada pemilihan jawatan parti 1995, beliau dipilih Ketua UMNO Bahagian Paya Besar.
Di bawah kepimpinan sebagai Menteri Besar, Tun telah membawa banyak kejayaan dan pembangunan kepada negeri Pahang. Antara kejayaan beliau ialah memberi keyakinan kepada pelabur asing supaya melabur di negeri Pahang dan peranan beliau sebagai penggerak kepada indistri petrokimia di kawasan perindustrian Gebeng. Bagi masyarakat luar bandar, kepimpinan beliau telah membawa kemajuan kepada mereka dalam bentuk penyediaan prasarana asas di seluruh negeri. Kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik beserta kemudahan ruang niaga dan kilang adalah untuk menambah pendapatan rakyat menerusi aktiviti ekonomi.
Setelah menyandang jawatan Menteri Besar Pahang selama 13 tahun, tun meletakkan jawatan untuk dilantik sebagai Senator dan seterusnya sebagai Menteri Penerangan pada Mei 1999 dan bertukar ke Angkasapuri , Kuala Lumpur . Perlantikan itu diumumkan serentak dengan perlantikan beliau sebagai Setiausaha Agung UMNO.Pada pilihanraya Umum 1999 , Tun bertanding untuk kerusi Parlimen Kuantan dan memenanginya dengan majoriti 7,361 undi. Dengan tidak memegang jawatan kanan di peringkat bahagian , beliau mencipta sejarahnya yang tersendiri sebagai satu-satunya Setiausaha Agung UMNO yang berbuat demikian.
Jawatan Politik Ketua UMNO Bahagian Pekan Ketua UMNO Bahagian Maran Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Pemgerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang Ahli Majlis Tertinggi UMNO (sejak 1983) Setiausaha Agung UMNO Malaysia (1999-2004) Setiausaha Agung BArisan Nasional Malaysia (2003-2004).
Setelah tamat pengajiannya di kolej pada tahun 1947, beliau telah memulakan kerjayanya sebagai pegawai kerajaan di Pejabat Perbendaharaan Alor Setar pada tahun 1948-1955. Kemudian, beliau telah dilantik sebagai Menteri Besar Kedah pada 14 Disember 1967 sehingga 1978
Selama 11 tahun menyandang jawatan ini, Tun Syed Ahmad telah membuktikan ketokohannya sebagai seorang pemimpin apabila membawa pelbagai kemajuan dalam pelbagai sektor untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Negeri Kedah supaya lebih baik dan maju
Berdasarkan kepimpinan serta kelayakannya, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 1978 sehingga September 1982. Dalam masa yuang sama beliau juga menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi di Singapura dan selepas itu dilantik menjadi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka
Beliau telah menjadi Penolong Setiausaha UMNO, Kedah selama 4 tahun bermula 1951 hingga 1954, kemudian beliau telah menjadi Setiausaha UMNO Kedah selama 14 tahun. Beliau telah dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO untuk Barisan Nasional Kedah. Pada tahun 1968, beliau telah menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan beliau telah menjadi Pemangku Pengerusi untuk Jawatankuasa Perhubungan UMNO untuk Barisan Nasional Kedah selama 7 tahun bermula pada tahun 1978 hingga 1984.
 

Jumaat, 5 Oktober 2012

AES? Lokasi Di Melaka

AES.. lepas ni makin ramai yang akan bercakap pasal AES atau dikenali Automated Enforcement Systems.  Info ini memang penting di Melaka memandangkan Melaka merupakan tempat kunjungan kereta luar ketika musim cuti sekolah.

Sebelum tu, meh kita fahami apa itu AES? Alat ini telah mula dipasang sejak 23 September yang lalu dengan tujuan mendidik pemandu-pemandu Malaysia memandu mengikut peraturan dan had laju yang ditetapkan. Pendek citer AES ni sebuah sistem kamera bagi mengesan had laju dan pelanggaran lampu isyarat.

Info dan bagaimana sistem ini berfungsi.. meh tengok fakta di bawah

 

Nak tahu macam mana muka kauorang kalau diambil?? Jom tengok bawah dan untuk makluman sistem ini boleh zoom muka kauorang. Sehubungan itu, kalau nak langgar kesalahan jalan raya pastikan diri itu tak serabut sangat. Kalau tak malulah kat abang JPJ. Bagusnya ialah kalau betul kita dalam kecemasan seperti membawa pesakit, mungkin budi bicara JPJ akan digunapakai.


 

Keberkesanan sistem ini??

i. PERANCIS - Di Perancis kadar kematian turun 27% dalam tempoh 3 tahun sejak penggunaan sistem penguatkuasaan automatik.
ii. JERMAN - Di lokasi yang dipasang, penurunan kelajuan telah menjadi budaya di kawasan dipasang sistem AES (penurunan kelajuan kenderaan dan pematuhan sebanyak 80% di mana kamera pengesan kelajuan dipasang).
iii. KUWAIT - Kemalangan menurun 48%.
iv. UNITED KINGDOM - Kadar pelanggaran peraturan trafik menurun pada kadar 6% daripada jumlah kenderaan berdaftar.

Ok.. ulasan peribadi aku.. Secara dasarnya aku setuju sistem ini memandangkan tujuannya adalah untuk mengurangkan kesalahan jalan raya dan kemalangan jalan raya. Ia juga sebagai salah satu pengajaran yang terbaik. Bertambah aku sokong bila mana sistem ini memperlihatkan kejujuran mendidik apabila JPJ mengeluarkan kawasan hotspot-hotspot di mana kamera itu dipacak berdasarkan kawasan yang sering berlaku kemalangan untuk seluruh Malaysia.

Bagi yang tak sokong mungkin keretanya sangat laju. Jadi macam tak berbaloi nak ikut peraturan.. ye tak? Brader.. Hidup dalam dunia ni Allah dah tetapkan peraturan iaitu mana boleh, mana yang harus dan mana tidak boleh yang seterusnya membawa kerja tidak bermanafaat... Kalau semua pemilik kenderaan ikut.. mudah-mudahan jalan raya jadi tempat yang menyenangkan untuk kita daripada makian dan sumpah seranah ke atas pemandu lain yang memandu macam cilake.

Untuk orang Melaka, senarai tempat letaknya AES yang dimaklumkan olej JPJ seperti berikut:


 Kawasan Di Lampu Isyarat



 Kawasan Had Laju/Jalan Lurus

Semoga kita berhati-hati di Jalan Raya. Sesiapa yang pernah hilang orang tersayang di Jalan Raya macam aku tentu tahu betapa pentingnya keselamatan jalan raya.

Chow.

Khamis, 4 Oktober 2012

Perkhidmatan Bas Panorama Melaka + Kerja Kosong

Syarikat Perkhidmatan Bas Panorama Melaka dikatakan bakal menerima 40 lagi bas baru secara berperingkat mulai November hingga akhir Disember tahun ini.

Bas yang disewa daripada Scumi Group tu dikatakan menggunapakai sistem keselamatan terkini iaitu ABS  (Anti-lock Brek System) atau Sistem Brek Antikekunci. Kenapa ABS bagus ialah lihat gambar yang aku ceduk kat google. Tanda merah mengambarkan tayar berhenti berpusing hingga menyebabkannya meluncur. tanpa kawalan pemandu. Kalau tak faham juga, rajin2 la baca kat google plak.


Selain itu bas yang agak lebih besar ini mampu memuatkan hingga 60 penumpang dan turut dilengkapi pembesar suara serta satu screen monitor untuk pemandu melihat situasi turun naik penumpang di kedua-dua tangga bas. Mudah-mudahan dengan ini tidak timbul masalah orang belum naik tapi bas dah jalan macam tahun 80 an dulu.


Sebelum ni, Panorama Melaka telahpun menyewa sebanyak 30 unit bas daripada RapidKL. Kesimpulan yang aku boleh buat ialah Kerajaan Negeri nampak gaya bersungguh-sungguh nak meningkatkan keselesaan Pengangkutan Awam di Melaka ini. Benda baik kita doakan agar ianya berkekalan dan lebih baik.

Ekoran penambahan bilangan bas ini, Panorama Melaka menawarkan jawatan kosong untuk pemandu seperti iklan di bawah:



Chow!!

Rabu, 3 Oktober 2012

Orang Kahwinkan Anakpun Kau Masuk Dengki?

Artikel ni membalas kritikan terhadap Perkahwinan Ketua Menteri Melaka. Bukan aku memihak kepada Tok Ali tapi apa yang aku cakapkan sebagai sesama Islam bagi membetulkan fakta dan niat hati si penulis dan seankatan dengannya. Aku juga tulis sebab masa aku kahwinkan anak nanti, aku juga tak suka orang cakap macam tu pada aku...  

Semua dah tau baru-baru ni, Tok Ali kahwinkan anak lelaki sulong dia yang pertama. Bertambah kecoh bila 130,000 orang hadir ke Majlis ni.... Paling tak sedap kaitkan pulak mampu ke Ketua Menteri ni buat majlis hingga menjemput seramai itu. Hingga sanggup pula mengirakan jumlah kos perkahwinan hingga mencecah jutaan ringgit.

Adehhh.. aku tak kisah kalau yang cakap tu kafir harbi. Tapi kalau bersongkok haji tapi perangai lebih kurang kafir.. memang la aku kisah. 

Apa la punya dengkinya hati, fikirlah tanpa hati yang busuk sejenak. Perumpamaannya begini : Bayangkan bapa ko seorang nelayan yang pendapatan tidak menentu. Kau kahwin lepas tu bapak kau jemput satu kampung dan sedara mara kampung sebelah ditambah lagi kawan-kawan di tempat lain. Tiba-tiba orang persoalkan.. manalah bapak kau dapat duit buat kenduri panggil sampai sekampung dan kampung sebelah dan kawan-kawan dia??? Apa perasaan kauorang. Apa kehal jiran kau yang tak datangpun masa kau kawin kritik bapa ko begitu?? Boleh ker???
Aku sangat pasti Tok Ali tak amik port pun sifat busuk hati kau yang masuk campur hal dia. Tapi aku sebagai orang Islam tak gamak la biarkan orang Parti Islam cakap sesuka hati begitu. 

Kalau Tok Ali pergi rumah kahwin rakyat dia, paling koman dia hulur RM100.. kauorang fikir orang Melayu Melaka ni takde budi bahasa macam kau?? tentulah ada yang bagi walaupun aku sangat pasti Tok Ali tak la mengharap duit orang yang menghulur. Diapun tak amik pusing sapa tukang jaga salam kaut tu??? Tak payah hina Tok Ali la.. kau lagi teruk.. orang datang kawin umah kau, semua kau harap orang hulur. Orang bagi RM5, terus berkata-kata hati kau. Orang bagi RM50 siap bagi goodies bag special. Tapi thats ok.. itu budi bahasa dan resam kita di Melaka. Dengan duit sedikit tu.. mungkin meringankan beban tuan rumah. Sifat sangat mulia. Aku rasa dengan perenggan ni bukak sikit fikiran dan terang sikit hati tu.

Kenapa Tok Ali jemput sampai lebih 100,000 orang??? Aku dah cakap dalam entry aku sebelum ni.. Tok Ali Ketua Menteri Melaka bukannya Ketua Ranting atau Pusat. Sebagai Ketua Negeri tentulah jadi tanggungjawabnya menjemput seluruh rakyat di bawah pentadbirannya. Jemput makan pun jadi kesalahan ke??? Datang tak datang itu terpulang kepada individu masing-masing. Kalau rasa buang masa datang dan tak mahu datang, diam aje sudah.  Tak pernah pulak aku dengar orang nak datang majlis orang fikir mana la tuan rumah nak dapat duit layan tetamu yang datang??? Lotih la den.

Aku dah langsaikan tanggungjawab aku menegur walaupun agak keras. Nak terima sila terima.. kalau tak, tak pe. Sila jawab dengan pencipta kita kelak. Tapi aku sangat.. sangat.. sangat pasti.. makmum bersangka baik itu 130,000 kali ganda lebih baik daripada Tok Guru Hj Al Fadhil Ustaz yang bersangka buruk terutama sesama Islam. Kalau terasa aku minta maap ye.

P/S: Aku tak dengar pulak citer Penjawat Awam Melaka kena bertugas kecuali yang sukarela. Kebanyakkannya rakan-rakan dalam parti politik je kot.

Oklah.. Chow.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com