Isnin, 8 Februari 2010

Siri 1: Pengalaman Meneroka Pulau Dengan Teksi Air

Dalam 4-5 entry ni aku akan citerkan pasal pengalaman aku menaiki Water Taxi ataupun Teksi Air.

Untuk pengetahuan kauorang, pakej water taxi ni mengikut sewaan teksi tu.. kira macam charted la.. sekali round RM500 untuk seat 12 orang sahaja. Kurang boleh.. lebih tarak boleh. Nanti ke dalam laut kalu.. tanggung sindirik. Awek seperti dibawah ni jugak tidak disediakan.. sila bawak awek sendiri.. hawau..


Bot ni agak laju jugak kerana memilik 2 buah enjin. Tak caya tengok kat belakang bot kat bawah tu. Dikatakan berkuasa 150 kuasa kuda..


Perjalanan mengambil masa lebihkurang 1 jam 45 minit di mana semua penumpang dibawa melihat 8 buah pulau tidak termasuk Pulau Melaka. Beberapa pulau menarik perhatian aku dari segi sejarah dan misteri.. ada pulau tempat tentera Jepun pancung kepala.. ada pulau dikatakan memiliki harta karun dan pelbagai lagi... itu semua aku citer dalam entry akan datang.

Ni aku citer dulu pasal Bot Teksi Air ni..

Ia dikatakan merupakan satu-satunya Teksi Air yang beroperasi di Asia Selatan dan terdapat juga di Hong Kong, Afrika Selatan dan New Zealand.


Pemandu teksi ni brader dua orang tu.. kauorang tanya je apa sahaja mengenai pulau kat Melaka ni.. semua dia jawab dengan ramah.. Thanks bang.. lu berdua memang best.. tak formal.. tak marah-marah walaupun perangai penumpang macam harimau naik batang pisang... terkulat-kulat takut tenggelam tak timbul-timbul.



naik basah tak?? ceiett!! kalau dah naik mestilah basah... errr.. kauorang jangan pikir kuning.. ni naik teksi air... mestilah sikit2 kena tempias air laut bergantung kepada angin yang bertiup.


Mabuk??? ada duaorang member aku yang mabuk ketika aku pergi tu tapi takde tahap muntah.. setakat pening-pening manja jer... aku rasa aku ok jer.. agaknya betul la arwah bapa aku cakap aku keturunan Bugis.. lanun laut... uikss..

7 comments:

Hamba Selamanya berkata...

nak tumpang balik selangor

Lekir berkata...

hahaha.. kalau balik selangor naik teksi air.. best jugak ek.. tapi jgn masuk sempadan indo dah ler.. tak pasal2 pak menteri kena turun lagi

geneticthylon berkata...

sekali round RM500?

Lekir berkata...

yup utk 12 orang

Acquiesce berkata...

oooo 12 orang.. gangbang ler ye

aku ingatkan sorang jek

haha

geneticthylon berkata...

chait... terguna ID blogpsot aku lak..

Lekir berkata...

acqui.. kalau sorang Rm500.. 12 orang.. perghh baik aku jadi owner teksi tu...

gen a.k.a mat burn a.k.a acqui a.k.a owner psiko.. kira okalah ni.. hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com