Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hiburan. Papar semua catatan

Rabu, 23 November 2011

Wild Life Theatre Melaka (Taman Singa Laut Melaka)

Sebelum ni aku pernah buat entry ni.


Satu lagi produk baru di Melaka.

Hari ini disahkan pada 26 November 2011, Taman Singa Laut atau dikenali sebagai Wildlife Theater Melaka dibuka. Selain dikatakan bakal menonton aksi trio si cilik Singa Laut yang berusia 8 bulan, pengunjung juga boleh bermain dengan lebih kurang 15 jenis reptalia jinak.

Slot bersama tiga singa laut yang datang daripada Uruguay ini akan berlangsung selama 55 minit pada jam 3 petang dan 6 petang.

Bayaran tiket adalah RM20 bagi dewasa, RM15 bagi kanak-kanak dan warga emas.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 016-6612998 / 016-6612268.



Isnin, 23 Mei 2011

Pesta Sungai 2011 : 10 Hari Permulaan

Untuk makluman, bulan Jun merupakan bulan Pesta Sungai Negeri Melaka. Dilaksanakan selama sebulan.

Di sini aku akan listkan aturcara Pesta ini mengikut 10 hari pertama; 10 hari pertengahan; 10 hari terakhir. Rasa sikit macam tarawikh bulan Ramadhan. Ye tak?

Tujuan aku paparkan supaya senang kauorang rancang mana hari yang boleh bercuti dan ronda-ronda masa Pesta Sungai mengikut selera program yang tersenarai.











Tunggu sambungan edisi kedua.

::semua maklumat aku copy daripada laman web perbadanan sungai dan pantai melaka dengan tujuan membantu promosi secara percuma::
Kalau aku warga Melaka tak bantu, sapa lagi nak bantu?

**Edisi 10 Hari Pertengahan**


Isnin, 11 April 2011

Pesta Gendang Nusantara 2011

Seperti ramai yang ketahui pada 15 April merupakan tarikh sambutan Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah dan tahun ini merupakan tahun ke-8. Seperti kebiasaan pelbagai acara diatur dan yang paling mendapat sambutan ialah Pesta Gendang Nusantara (PGN).

Bagi tahun 2011, PGN bakal bermula 9 April di empat destinasi utama pelancong iaitu Jonker Walk, Melaka Mall, Menara Taming Sari dan Taman Rempah. Malam kemuncak diadakan di Dataran MBMB pada 15 April 2011.

Difahamkan pesta kali ini akan menyajikan persembahan oleh enam pasukan gendang tempatan, 12 pasukan dari Indonesia, dan masing-masing satu persembahan oleh pasukan dari India, Sri Lanka, Korea Selatan, Thailand dan Singapura.

Bagi warga Melaka sudah tentulah 15 April tu cuti umum. Jadi jom ramai-ramai serbu sambil tengok anak-anak kita main air pancut dari lantai.

Contoh persembahan tahun-tahun sudah






Selasa, 14 Disember 2010

Hantu-hantu Filem Merayau di Menara Taming Sari

Bagi peminat mistik di hujung cuti sekolah ni... bermula 1 Disember - 31 Disember 2010 bertempat di Dataran Taming Sari.

Diceritakan bahawa hantu-hantu yang disolekkan pada manusia merupakan watak daripada filem-filem hantu.. silap gaya hantu gigi dalam filem Pendekar Bujang Lapok pun ada kot.

Bayaran yang dikenakan adalah RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak dengan masa operasi adalah daripada jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Ada Bran?? Jom terjah.. tak payah bawak surah Yassin.. itu semua hantu solekan seperti yang aku bagitau tadi..


Jumaat, 22 Oktober 2010

Kisah Monorail Melaka

Sebelum ni aku ada citer pasal Melaka telah ada monorail. Walaupun sebelum ni ada masalah tentang monorail itu, 20 Oktober 2010 lalu monorail itu telahpun dilancarkan.



Monorail yang mampu memuatkan 22 penumpang dalam satu masa itu dibina dengan kos RM15.9 juta. Monorail ini menyusuri sungai melaka sejauh 1.6 km dari taman rempah ke Jalan Bunga Raya.

Peta di atas lebih kuranglah jaraknya tu. Oleh itu buat masa ini aku anggap bahawa sistem monorail itu bukanlah pengangkutan awam tetapi lebih kepada produk pelancongan iaitu ingin melihat sepanjang Sungai Melaka menerusi monorail.

Perjalanan mengambil masa 30 minit bermula 10.00 pagi - 10.00 malam setiap hari dengan bayaran RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.

Namun, semalam keluar citer hampeh.. Monorail ini terhenti ditengah jalan kerana masalah teknikal hingga menyebabkan jentera skylift digunakan untuk menurunkan penumpang yang tersangkut lebih kurang 15 minit. Ni yang buat aku kurang teruja nak test ni.

Ceiittt..

Rabu, 29 September 2010

Taman Singa Laut & Dolhpin Di Melaka

Aku pernah bagi pandangan sebelum ni.. sebagai negeri pelancongan perlulah giat produk pelancongannya.. kalau tak pelancong takkan datang berulangkali kecuali la macam Langkawi yang mempunyai kelebihan dari segi zone free tax dia.

Nasib baik Negeri Melaka ni mempunyai Ketua Menteri yang aku rasa agak agresif dan boleh dipuji. Mungkin beliau ada kelemahan lain yang aku tak tahu tapi kali ni aku amat respek sebab akan terbina lagi priduk pelancongan terkini Melaka iaitu TAMAN SINGA LAUT DAN TAMAN IKAN LUMBA-LUMBA


Taman Singa Laut.

Gambar di atas hiasan semata-mata. Kebarangkalian wanita tersebut di
Taman Singa Laut memang 0% kot.

Taman Singa Laut ini dijangka siap pada 15 November 2010 bagi merebut situasi cuti sekolah. Tempatnya adalah di Pulau Melaka iaitu belakang banda hilir tuuu. Kalau nak terperinci pasal Pulau Melaka.. sila minta map.. nanti aku bagi ataupun nak mudah minta map kat tok google.

Kawasan seluas 0.729 hektar ini mampu menampung 1,500 orang penonton pertunjukan dalam satu-satu masa dengan bayaran tiket RM10 seorang. Dijangka pertunjukan selama 45 minit.

Pertunjukan ini akan diuruskan oleh sebuah syarikat swasta, namun hasilnya sebanyak 30% setahun akan dipungut oleh Kerjaan Negeri Melaka.

Taman Pertunjukan Ikan Lumba-lumba



Bagi taman ini pula, dijangka bakal disiapkan dalam tempoh 2 tahun di atas tapak keluasan 1.269 hektar dan bakal mulakan pembinaan tidak lama lagi.

Walaupun aku tahu akan wujud segelintir yang membantah dengan pelbagai alasan, namun sebagai rakyat Melaka yang berorientasikan pelancongan.. aku suka semua ni.. Melaka bukan sahaja jadi tumpuan pelancong domestik malah peringkat antarabangsa.

Tahniah Melaka. Moga sejahtera sentiasa.

Khamis, 20 Mei 2010

Animasi Empayar Melaka

Aku masih ingat masa salah satu pameran ICT di salah satu tempat di Ayer Keroh, aku terpandang satu animasi yang dirancang dibuat untuk Melaka.

Namun sayangnya mereka sedang dalam mendapatkan peruntukan bagi menyiapkan animasi tersebut. Kalau tengok trailer dia memang dashat citer ni.Animasi ni berjudul Empayar melaka.



Jadi sekarang aku tatau la sama ada animasi tu dibuat atau tidak. sayangnya kalau animasi tu tidak dibuat. Kalau untuk dijadikan rujukan sejarah mesti lagi budak sekolah cepat faham. Fuhhh!!

Selasa, 18 Mei 2010

Main Baling Selipar Di Melaka

Kauorang pernah tak main baling selipar?? Zaman aku kecik dulu inilah antara permainan favorite. Cara main macam ni..

Bahagikan kepada dua kumpulan. kemudian sediakan tiga selipar untuk didirikan sebagai tugu. kemudia satu selipar buat 'ibu'. Di mana selipar 'ibu' tersebut digunakan untuk baling pihak lawan yang berjaya menjatuhkan selipar tugu. Selalunya selipar ibu ni cari yang sedap-sedap baling.. kira kalau kena tengah belakang, silap gaya boleh jadi gaduh.

Pihak lawan yang berjaya menjatuhkan selipar tugu perlu cari jalan untuk dirikan tugu semula dan akan dikira pemenang. Mereka akan ulang balik permainan baru untuk mengumpul mata sampai permainan tersebut berlangsung di mana semua ahli kumpulan terkena selipar.

Bagi pihak yang memegang selipar 'ibu' kauorang tak boleh bergerak cuma boleh baling atau paskan selipar ibu. Alah kira macam main bola jaring tuuu...

Permainan tamat bila salah satu kumpulan mengumpul mata tertinggi. atau.. salah seorang menangis kerana kena baling dengan selipar ibu dengan kaedah mengganas dan unsur pembalasan dendam atau geram.

Aku nasihatkan jangan main berhampiran rumah kerana boleh jadi macam kes di bawah ni...







Jumaat, 7 Mei 2010

Terkini: Melaka Wonderland

Kauorang masih ingat tak aku citer pasal Melaka wonderland Februari lepas.



Kini Wonderland ni telah umum akan dibuka 15 Mei 2010 ni (Sabtu). Apa lagi.. reramai.. jommm serbu..
Tapi serbu berbayar ye.. jangan kauorang fikir macam mandi kat dataran MBMB plak. Aku difahamkan mungkin bayaran RM25-RM30. Walau bagaimanapun confirm tentang bayarannya aku akan inform kauorang lagi..

Apa ada dalam ni?? Konsepnya lebih kurang sunway lagoon la.. ada gelonsor tinggi-tinggi tu.. anyway.. check it out..


Selasa, 6 April 2010

Minggu 9 - 11 April 2010 @ Melaka

Minggu ni memang minggu yang agak sibuk di Melaka. Pelbagai program ada..  Aku dengar citer program yang paling berprestige adalah

  1. Melaka Grand Invitational Endurance Ride 2010. Perlawanan jemputan ini akan disertai oleh penunggang-penunggang terkemuka dunia termasuk penunggung dari Malaysia. Pertandingan ini akan dirasmikan oleh TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Datuk Seri Utama Khalil bin Yaakob. Orang ramai dijemput untuk menyaksikan petandingan tersebut. Tak silap aku venue pertandingan ini ialah di stadium Hang Jebat.
  2. PIKOM PC Fair 2010 pun ada kat MITC pada  9-11 jugak.  
  3. Pameran usahawan Peringkat Kebangsaan 9 - 11 jugak.. di tempat MITC jugak tu...

Jom kepada semua yang tatau nak buat apa hujung minggu ni dengan keluarga.

Di atas ni untuk minggu ni.. minggu depan lagi banyak sempena dengan ulangtahun ke 7 peristiharan Melaka Bandaraya Bersejarah. Itu semua aku story dalam entry akan datang.

Rabu, 31 Mac 2010

Sambutan Melaka Bersejarah & Pesta Gendang



Nampak di merata tiang di Melaka telah tergantung iklan raikan bersama sambutan ulangtahun Melaka Bandaraya Bersejarah ke-7 dan macam sebelum-sebelum ni.. pesta gendang nusantara jugak dibuat. Semua rakyat dalam dan luar Melaka dijemput hadir.

Tarikhnya.. 13-14 April 2010 bertempat di Dataran MBMB.

Aku confirm parking menjadi kebuntuan kepala kauorang... alah Juscokan ada parking besar tu.. baru singgit...

Jom bawa keluarga sesekali tu beb..

Rabu, 10 Mac 2010

Sprint Race Melaka 2010

Kepada peminat drag atau main seret-seret ni atau sedap hidu bau tayar... aku ada berita untuk kauorang..

Jom pergi Sprint Race 2010 kat Jalan Eye on Malaysia Melaka

Pada 27 Mac 2010, 29 Mei 2010, 7 Ogos 2010, 25 September 2010 dan 4 Disember 2010.


Terdapat 5 kategori yand dipertandingkan :-

  • Kelas A ( Turbo open OTR )
  • Kelas B ( VTEC & MIVEC OTR )
  • Kelas C ( 2000 NA OTR )
  • Kelas D ( 1.5 NA OTR )
  • Kelas E ( 1.3 Turbo OTR

Jadinya semua kereta kauorang yang kauorang rasa layak.. meh join.. tak kira apa jenis waimah.. jenis Flintstones pun ok


Tapi pihak penganjur tak bertanggungjawab kalau kereta kauorang tersadai seperti gambar di bawah.


Yuran penyertaan setiap peserta sebanyak RM150.00

Tawaran Hadiah :

Juara RM800, Kedua RM500,

Ketiga RM300,

Keempat RM150

Kalau tak de kete.. Nak tengok je pun boleh... Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM3.00 bagi setiap pengunjung.

Amacam?? Jom pergi ke Jalan Eye On Malaysia seperti tarikh aku sebutkan kat atas.

Isnin, 8 Mac 2010

Hadiah Daripada Aku Sempena Hari Wanita (Terhad)

Sempena hari wanita sedunia hari ni.. sebagai tanda menghargai mereka semua ni.. terasa macam nak hadiah sesuatu la plak. Ada la sebahagian barang aku untuk aku lelong. Yelah aku ni bukannya kaya sangat.. Tapi niat hati tu ingin lihat wanita gembira tu tetap wujud. Barang aku ni tak banyak yang tinggal.. ada la dalam 50 - 60 biji jer.. Aku jual kira harga kawan-kawan jer..


Kalau berminat sila datang umah aku sebelum detik jam 12 malam ni.. Kalau kauorang tak datang aku anggap tak berminat dan aku simpan buat pusaka. Barang berkenaan seperti dibawah:






p/s: aku buat entry ni gurau je.. jangan ada yang amik serius.. Walau bagaimanapun aku hargai seluruh wanita di dunia.. tanpa kalian kaum lelaki tulen ni tak bermaya dan bernyawa.

Namun.. ini hadiah sebenarnya iaitu aku ingin nyatakan bahawa aku berdoa setiap wanita yang membaca tulisan aku ni akan diberkati Allah s.w.t. .. dipanjangkan umur.. dimurahkan rezeki dan sihat di samping insan tersayang. Amin.

Rabu, 17 Februari 2010

Siri III : Taman Buaya Melaka (Rumah Dalam Taman)

Last Entry daripada entry Siri II

Dalam Taman Buaya ni sejak dulu lagi ada rumah-rumah ni.. antaranya Rumah hantu.. Keretapi Raksasa dan cermin Misteri..

Bayaran dikenakan untuk masuk lagi.. iaitu RM2 sekali masuk.

Aku masuk jugaklah Cermin Misteri.. Nak masuk rumah hantu.. kang dia ikut aku balik umah.. umah aku plak yang jadi umah hantu... tak pasal-pasal..





Layanzzz...

Isnin, 8 Februari 2010

Siri IV: Meneroka Pulau Dengan Teksi (Pulau Upih)

sambungan dari Siri III

Dalam masa tak sampai 10 minit.. akhirnya Teksi Air ni membawa ke Pulau pertama iaitu Pulau Upih. Pulau ini dulunya ada resort dan ditadbirurus oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). kemudian atas faktor-faktor tertentu ia telah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Melaka.






Pulau ini dikatakan kurang sesuai untuk aktiviti pantai kerana sekelilingnya adalah batu merah.. Kalau kauorang sanggup main lari-lari.. aku tak halang.. tapi kalau terseret kaki.. jawab sendirik.



Hotel ada tapi telah tidak diusahakan lagi... yang ada kat situ cuma para maintenance jer..



kalau nak naik atas pulau tu masih boleh kerana jeti ok lagi tu bro..

Kenapa nama pulau Upih?? Hmmmm.. mungkin dulu banyak Upih Pinang kot... hehehe

Lepas ni terus ke Pulau Serimbun..iaitu Pulau dikatakan tempat Penggal kepala Orang.. aiyyoooo

Jumaat, 5 Februari 2010

Gegau-mengegau Jadi Kenyataan

Kauorang ingat lagi aku citer semalam pasal makan malam 1 malaysia ataupun dikenali sebagai GEGAU 1 MALAYSIA yang dirasmikan oleh PM. Cadang nak buat 50,000 orang tapi yang datang lebih daripada itu.. dan ada sumber mengatakan itupun nasib baik jalan jem giler babas.. Yang tengah sangkut kat jalan raya punya la ramai lagi..



Alhamdulillah dapat sijil Malaysian Book Of Record malam tadi... Jamuan makan paling ramai..

Kepada insan lain yang mencebik bibir dan macam-macam kutukan seperti membazir duit rakyat la... dan sebagainya..

Meh aku nak bagitau.. aku rasa tak salah sesekali Kerajaan negeri nak belanja rakyat makan. kitapun selalu belanjan kawan makan dan bos yang baikpun selalu belanja pekerjanya makan. Setakat belanja makan beb.. Lepas tu jemput semua plak tu.. takde pulak diaorang tetapkan syarat hanya pengundi parti tertentu sahaja boleh datang. Takde kan?? dan program ni bukan anjuran parti politik tetapi Kerajaan Negeri..

Come on la.. positif sikit.. Sama-sama majukan negeri Melaka dengan kaedah lebih baik.

Cuma satu je majlis malam tadi.. kaedah menyelesaikan masalah lalulintasnya boleh diperbaiki pada masa akan datang. Mungkin parking ditetapkan satu tempat jauh sket dari kawasan tersebut dan sediakan bas ulang alik dari parking ke tempat perasmian. Kenderaan yang masuk hanyalah penduduk dihadapan pantai klebang dengan memberi pas kepada penduduk di situ dan dikawal oleh penguatkuasa. Ini cadangan jer... boleh diperhalusi..

Khamis, 4 Februari 2010

Sapa Kata Dia Tak Datang Melaka???


Kauorang datang Melaka dan merancang nak beri ilmu pengetahuan kepada anak-anak kauorang atau diri kauorang?? kalau nak menda yang lembik-lembik pejal dan biasanya kepala boleh keluar masuk dan suka sangat berair.. meh lawat kat satu tempat ni..






iaitu Pusat Pengurusan Penyu Di Melaka. Ianya terletak di bersebelahan Ismah beach Resort kat Pantai Kemunting.



Segala Info pasal penyu ada sini daripada telor sampailah replika penyu tua. masuk percuma beb.. dan kalau kauorang pergi kena masanya.. kauorang boleh bersama-sama membantu mereka melepaskan anak-anak penyu yang baru menetas.

kalau ikut info sebenarnya ada diantara penyu-penyu ni yang kembali bertelur di Melaka beb. Kawasan spesifik aku tak ingat.. kauorang tanyalah makcik tengah belai penyu kat sana.





Tapi diingatkan.. kauorang tak boleh bawak balik dari anak penyu hingga mak penyu terutama dengan alasan untuk dijadikan binatang peliharaan... ceitt.. tak sesuai ngek.

Perkampungan Sukan Air Di Melaka

Sesiapa yang minat main air??? aku ada berita untuk kauorang. tapi yang main air laut hawau.. bukan air 'ehem'.. kalau suka main air 'ehem' pergi rumah tumpangan sabul.. bukan dekat sini..



Kat Melaka sekang ada Perkampungan Sukan Air. Apa ada??? meh dekat sket..

Ianya terbahagi kepada dua..

satu menerusi cruise meliputi moonlight cruise (min 3 couples/trip) .. lepas tu kalau kauorang nak berair.. sesapapun tak bertanggungjawab. Island Hopping. Island Hopping ni bawak kauorang round pulau-pulau kat sekitar.. (min 10 orang / trip) dan last sekali sunset cruise.. hah!! yang ni siap makan malam kat Seafarer Restaurant.

kedua plak menerusi sukan air seperti scuba diving, belajau berenang, memancing, jetski, waterski, mengenadlikan bot, banana boat ride dan kayak. Semua boleh belajau kat sini...

Amacam?? suka main air??

Kalau suka kauorang pergi area klebang akan jumpa papan tanda seafarer restaurant atau hubungi

Boat Explorer Sdn. Bhd.
1320-C, Klebang Besar75200 Malacca
Tel: +606 315 3396
Fax: +606 315 1398
E-mail: contact@explorer.com.my





Rabu, 3 Februari 2010

Panorama Bandar Hilir Waktu Malam


Biar gambar jelah berbicara betapa indahnya kawasan Bandar Hilir pada waktu malam. Yang bulat sebelah kanan bawah tu Dataran Sejarah.. tempat menjual cenderamata Melaka dan premis perniagaan,
Yang kotak-kotak sebelahnya ada bumbung kaca tiga segi biru tu pulak adalah Carefour.
Di sebelah kiri kotak panjang tu Mahkota Parade.
Tiang panjang kat sebelah kanan atas tu adalah Menara Taming Sari.
Yang bulatan tu atas hujung tu Eye On Malaysia.
Bangunan tinggi tu plak Holiday Inn Hotel.
Yang hitam bahagian atas adalah lautan dan langit kot.



Sumber gambar daripada facebook Melaka Raya's Photo

Gegar Melaka International Bowling Center (MIBC)

Melaka International Bowling Center atau orang Melaka sebut sebagai MIBC ni terletak kat bulatan MITC.. berhampiran dengan Planetarium.. alah kauorang pusing bulatan besar MITC mesti kau jumpa punya seperti gambar di bawah.
MIBC ni diiktiraf sebagai Pusat Bowling terbesar di Malaysia di mana mempunyai 52 lorong dengan kos pembinaan RM15juta. Nombor dua jatuh pada Megalanes Bowling Centre Pulau Pinang.. dengan 50 lorong. Pusat bowling ni dua tingkat dengan keluasan 10,401 meter persegi. Tak silap aku pusat ni diuruskan oleh syarikat swasta di mana disewakan kepada Kerajaan Negeri kot.. kalau tak silap la.. kalau silap betulkan.. Nama penyewa tu Benua Aspirasi Sdn. Bhd.

Nak Main?? satu permainan RM6.50. dan kalau kauorang nak main by kumpulan.. mereka juga menyediakan pakej siap makan kat cafe bawah.. kira ok per... harga pakej kauorang hubungi 06-232 1507.

Aku dengar citer sejak MIBC ni bukak.. pusat bowling kat Mahkota Parade lengang wei.. hargapun dah diturunkan kepada RM5.00. Kalau kat pasaraya senyum tu mau tutup kot.


Pintu masuk ke lorong bowling. Itu model khas tu...


Lorong 1 - 6


Mamat mana la tengah ajau orang baling tuuu?? Yoyo oh jerr
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com