Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

Isnin, 7 Februari 2011

Lagi 1 Klinik 1 Malaysia di Melaka

sebelum ni.. Melaka dahpun mempunyai 3 Klinik 1 Malaysia. kisah lalu.

Aku pernah pergi salah satu klinik ni dan borak dengan pembantu perubatan kat sana. Dia cakap kalau kena 'musim' lebih 90 orang akan hadir sehari... dan aku masih ingat.. Kerajaan Malaysia tetapkan RM1 untuk warganegara dan RM15 untuk warga asing tapi bila aku nak bayar.. diaorang kata tak payahlah dik.. Hmm.. susah nak cari Kerajaan dalam negara di dunia ni macam ni... Alhamdulillah aku dilahirkan dalam negara ini. Yelah kita lahir bukan boleh pilih mana negara nak duduk, atau pilih ibu bapa masing-masing. Bayangkan kalau kauorang dilahirkan di negara-negara yang mundur?? sekarang nipun, kalau kau minta tukar tempat dengan orang Somalia.. mau sejuta kali dia nak kot.

Mengikut statistik seramai 87,455 orang rakyat Melaka telah mendapat rawatan di 3 klinik ini sejak ianya dibuka.

Semalam 1 lagi Klinik 1 Malaysia sudah mari Melaka...

Kali ni di Londang, Masjid Tanah iaitu kawasan Alor Gajah.. Dianggarkan seramai 14,000 orang penduduk di sekitar ini yang di antaranya enam buah taman dan lapan buah kampung iaitu Kampung Londang, Pengkalan Balak, Tanjung Bidara, Paya Mengkuang dan Lubuk Redan.

Lokasi Klinik ini ialah di Jalan Bidara Permai 1, Taman Bidara Permai, Masjid Tanah.

Terimalah kasih kepada Kerajaan kerana menyedikan perubatan kepada rakyat berpendapatan rendah.. bagi yang berpendapatan tinggi atau yang memang tak berkenan dengan penubuhan klinik ini.. tak yah marah-marah. Nanti buat tambah dosa sendiri.. silalah gunakan klinik-klinik swasta yang ada. Sekian.

Isnin, 6 September 2010

Sekolah Pelajar Hamil III (Semakin Hampir)

Sambungan isu sekolah mengandung..

Sebenarnya citer ni dah seminggu tapi atas sebab kesibukan aku hanya dapat update hari ini. Sekolah pelajar Hamil atau lebih dikenali sebagai sekolah harapan dijadualkan beroperasi pada 16 September 2010. Kerajaan Negeri Melaka telah memperuntukan sebanyak RM500,000 dan sebuah bangunan milik Syarikat Air Melaka Berhad di Jasin. Peruntukan tersebut meliputi urusan tempat tinggal, makan minum, elaun staf dan kos rawatan bersalin.

(Fuh yooo semua free laa...)

Setakat ni dah 3 remaja telah mendaftar. Sekolah ni bakal bawah selia MAIM dan staf masih dicari seperti warden, kaunselor dan guru. Kalau ada sesiapa berminat cuba hubungi MAIM.

Pendirian Tok Ali walaupun seorang sekolah ni tetap akan dibuka. Kecuali tiada orang kot.

Bagi remaja diluar negeri Melaka juga dibuka dengan syarat menetap di Melaka. Yelah semua tanggung mestilah utamakan rakyat Melaka dahulu.

Komen aku... walaupun ramai pihak mengutuk usaha ini dengan pelbagai andaian termasuk dikatakan menggalakkan maksiat.. meh aku nak cuba bincang sket.

1) Kalau sekolah tu tak bukak, maksiat dah berkurangan ker?? atau yang mengutuk tu dah berjaya buat sesuatu menangani maksiat?? Nak berkempen lagi?? meh sini kau try kempen, kalau tak kena gelak dengan remaja-remaja ni dah kira cukup baik.


2) Kalau sekolah tu tak bukak, budak tiga orang tu kauorang nak suruh duk umah je ke?? lepas tu kena hina dengan jiran.. pastu lahir kat dalam jamban.. lepas tu campak kat tong sampah??? Lepas tu kauorang kutuk.. cakap mengalahkan sasterawan. Sekarang ni diaorang masuk Sekolah Harapan dah tentu nasib bayi dan ibu kanak-kanak tu terjamin. Ditanggung lagi!. Memang mak dan bapak dia tu dah berdosa..berzina.. yang kauorang warak.. suci.. sufi tu.. buat apa??? Mengutuk jelah yang pandai. (maaf teremosi sikit)

3) Dalam diaorang bersekolah tu.. kan MAIM yang kawal.. boleh la sikit-sikit tarbiah dan kauseling dalam proses sebelum bersalin. Mudah-mudahan budak-budak tu insaf dan bertaubat. Silap gaya diaorang masuk syurga sebab dah bertaubat, kita masuk neraka sebab mengumpat. Kalau biarkan diluar sah-sah la.. terbiar budak ni. Nak suruh mak bapak bagi kauseling atau tarbiah?? peh! takde harapan.


4) Ingat!!! isu ni nak menangani gejala buang bayi... iaitu gejala yang kauorang pandai berpidato masa membaca.. siap geleng-geleng kepala lagi sambil terketik2 kaki. ceiitt!! Dengan cara ni aku confirm remaja masuk Sekolah Harapan dapat lahirkan bayi dengan selamat dan secara tak langsung mentarbiahkan remaja ni.


5) Perkara yang penting jugak adalah kita bagi peluang kat budak tu untuk berjaya dalam pelajaran / tidak ketinggalan dalam pelajaran. Dah dia buat keputusan salah sebelum ni.. bagi la peluang untuk berjaya dalam hidup.

6) Kalau kauorang lebih bijak daripada idea ni dengan idea lebih bagus.. apakata utarakan.. Kalau setakat bercakap! Budak tadika 5 tahun lagi pandai.. tapi tang buat haprak!!


At least kita cuba... kalau berjaya alhamdulillah... kalau gagal kita fikir lagi. Mentol kita tupun bukan uji 10-20 kali baru menyala.. Semoga Malaysia lebih makmur.


Selasa, 29 Jun 2010

Kecoh Pasal Pembinaan Kilang Vivo di Melaka

Baru-baru ni kecoh pasal keputusan Kerajaan Negeri nak bina Kilang Vivo Bio Tech di Rembia. Apa yang menjadikannya kecoh dan kusut??
Kilang ini adalah sebuah kilang yang bakal menyelidik dan menghasilkan pelbagai produk therapeutic untuk kanser dan diabetis. Oleh itu, sebuah makmal penyelidikan akan dibina.

gambar : www.crrc.org.my/crrc/index.php%3...rt%3D230

Hmm.. masih tak nampak kusutnya?? Bila makmal penyelidikan ubat-ubatan dibina, siapa yang akan jadi bahan ujikaji?? Dalam hal ini, dalam kebanyakan kajian di seluruh dunia menggunapakai haiwan sebagai bahan untuk diujikaji terutamanya haiwan-haiwan seperti monyet yang dikatakan mempunyai DNA dan sistem badan hampir sama dengan manusia.
Di sinilah wujudnya pelbagai penentangan dan bukan sahaja dikalangan aktivis NGO terutama berkaitan haiwan dalam Malaysia malah di luar Malaysia pun bersuara hingga ada yang menghantar poskad (daripada USA) kepada Ketua Menteri agar projek ini tidak diteruskan.

Isu pembinaan makmal ujian klinikal ini dikatakan bakal menganiayai haiwan.. hmm.. aku no komen pasal ni sebab kalau tak diuji pada haiwan.. nak uji pada siapa?? dan kalau tiada sebarang ujian.. sudah pasti ubat-ubatan terkini dalam merawat penyakit manusia sejagat tidak dapat dihasilkan.

So, tepuk dada, tanya selera.. masing-masing ada pandangan.. Kalau aku fikirkan sendirian memang kesian la kat haiwan yang diuji... dan lebih baik aku tak tahu apa-apa terutama pasal ujian tu..

gambar : yanksrul.wordpress.com/2008/12/0...als-011/


Isnin, 21 Disember 2009

Ulat dan Coklat

Tadi aku terbaca salah satu akhbar segmen dalam Melaka.. ada seorang kakak ni sedap punya makan coklat seisi keluarga tetiba terjumpa ulat dalam coklat.. Bukan sekor.. bukan 2 ekor tapi nak dekat sepuluh ekor...

Yang tak sedapnya laki dan anaknya dah siap selesai jilat lebihan coklat pada jari tuuu...

mak ai.. aku peminat coklat.. tiba-tiba kembang tekak plak.. aduhai...

Aku fikir coklat sebarangan.. tapi kakak tu kata coklat yang terkenal jugak beb. Alahai kak.. apsal kau tak sebut je jenama tu.. Boleh la kitaorang buat boikot..

Mengikut kata kakak tu.. coklat tu dibeli dari salah satu premis di pusat membeli belah di Melaka. Aku rasa macam tahu je premis tu...

Diapun patah balik dan terus bersemuka dengan tokeh kedai tu.. Tokeh kedai semak tarikh luput 2011..
Macam mana ulat boleh beranak plak??

Tiba-tiba akak tu dapat panggilan dari syarikat pembuat coklat tu (syarikat ternama jugak tu).. Kata nak bagi ganti rugi berbentuk baucar bernilai RM100. Laaa... kalau akupun tak mo.. Beri baucar RM1,000 buat beli coklat berulat apa kejadah???

Kakak tu tolak dan terus report kat Kementerian kesihatan..

Syabas Inspekter Shahab...

Ingatan aku untuk kauorang... lain kali nak makan coklat telek.. belek.. selek.. dulu.. baca doa dan baru makan..

Selasa, 24 November 2009

Berita : Siasat Pembantu Perubatan Enggan Beri Bantuan Kecemasan Kepada Bayi

Harian Metro 24/11/2009
MELAKA: Siasatan rapi akan dilakukan berhubung dakwaan seorang ibu muda mengenai tindakan pembantu perubatan sebuah Klinik Kesihatan Sungai Rambai di Jasin, dekat sini, yang enggan memberi bantuan kecemasan terhadap bayinya yang diserang sawan hingga meninggal dunia.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Azmi Hashim, berkata pihaknya masih menunggu laporan mengenai dakwaan wanita terbabit.

Menurutnya, pihaknya berjanji akan menjalankan siasatan menyeluruh berhubung kes itu.

Katanya, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pembantu perubatan terbabit selagi siasatan belum selesai.

“Sepatutnya di setiap klinik kesihatan kerajaan ada petugas perubatan yang bersedia walaupun pada hari cuti."

“Dalam kes ini (di Sungai Rambai) kita akan menilai berdasarkan laporan siasatan,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan seorang ibu muda tidak akan melupakan peristiwa hitam yang dialami apabila bayinya berusia tiga bulan menghembuskan nafas terakhir apabila diserang sawan selepas usaha mendapatkan bantuan kecemasan daripada seorang pembantu perubatan di sebuah klinik kerajaan tidak dilayan pada Sabtu lalu.

Ibu bapa bayi berkenaan, Muhammad Suhaimi Rahim, 17, dan Nurul Ainshah Md Shah, 19, dari Sungai Rambai mendakwa anak mereka Siti Fairus meninggal dunia sejam selepas gagal mendapat bantuan terbabit.

Lepas aku baca harian metro ni... gerampun ada... akupun ada anak daaa.. kau bayangkan muka budak umur 3 bulan menahan sakit. Mungkin pembantu perubatan tu ada alasan sendiri dan aku memang nak dengar sangat apa alasan (hasil siasatan) dia.. kalau setakat alasan penat atau gabra... pundek betul la.. Nyawa seorang bayi menahan sakit kau bandingkan dengan penat.. ceiittt.. busuk punya orang. Kesian aku kat ibubapa tersebut.. kalau la kita ditempat mereka apa yang bakal kita buat?????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com