Malam esok ada jamuan makan malam untu 50,000 orang rakyat Melaka. Ini adalah sempena lawatan Perdana Menteri Malaysia bersama Isterinya. Lokasi di Dataran 1 Malaysia.. kauorang tahu dataran tu kat mana?? dekat Pantai Klebang la.. Nanti aku citer apa ada kat Dataran seluas 1,700 ekar tu.. Ni aku citer pasal makan malam bersama rakyat Melaka dulu..
Makan-makan ni percuma jer..sambil makan ada persembahan budaya dan pertunjukan bunga api tepi laut.. fuh!! rasanya memang meriah la..
Sebanyak 50,000 ribu kerusi + 5,000 meja akan tersedia di dataran 1 Malaysia tu..
Jom datang reramai weyy.. tapi bagi yang tak mau datang.. aku harap kauorang jangan lalu la jalan pantai klebang tu.. aku gerenti sesak gila babas. Petang tu plak mesti jalan tu tutup... kang tak pasal-pasal kauorang kena U-Turn.
Makan apa??? perghhh.. makan best la.. ramai katerer dipertanggungjawabkan... Kalau tak dapat makan.. ko cuba angkat tangan masa Tok Ali berucap.. mesti ada pegawai kerajaan yang kena sekel lepas tu sebab kauorang tak dapat makan...
kalau cecah 50,000 orang datang.. Malaysia Book Of Record akan catat sebagai makan malam teramai. Tak silap aku sebelum ni Melaka pernah anjur makan malam seramai 25,000 orang bersama Pak Lah.
So, kita nantikan malam esok sama ada berjaya atau tidak.
sebelum aku akhiri entry ini.. ingin aku jelaskan gambar ABC di atas tiada kena mengena dengan menu makan malam esok. Itu ialah menu yang aku makan semalam kat Food Court Giant.
0 comments:
Catat Ulasan