Memaparkan catatan dengan label Produk Melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Produk Melaka. Papar semua catatan

Khamis, 19 Januari 2012

New York Times Pilih Melaka Dalam 45 Tempat Di Dunia

New York Times memilih Melaka sebagai tempat ke 28 daripada 45 tempat yang perlu dilawati pada tahun 2012. Di mana tempat ke 45 adalah Portovenere, Itali.


Sebagai Negeri pelancongan, tentulah ini sesuatu yang dibanggakan apabila ianya dapat sebaris dengan tempat-tempat pelancongan lain di dunia.

Kenyataan travel.nytimes.com menerusi websitenya seperti berikut:

28. Malacca, Malaysia
A World Heritage site ramps up its tourism options.

Slide Show
With its lantern-lighted canals and silent, narrow streets lined with decades-old ornate temples and shop houses, few places in Southeast Asia conjure romantic images of the past as effectively as Malacca, Malaysia’s oldest city. A former Portuguese, Dutch and British colony, this Unesco World Heritage site is now attracting record numbers of tourists lured by its unusual architecture and cuisine, which reflect centuries of foreign influences.
More than seven million visitors are expected in 2011, so the town, about 90 miles southeast of the capital, Kuala Lumpur, is welcoming new hotels like the Casa del Rio, a Portuguese-inspired luxury boutique property with 66 rooms; and Courtyard@Heeren, a 100-year-old shop house converted into a 14-room hotel. When you’re not exploring places like the 17th-century former Dutch town hall or Jonker Street’s antiques shops, gorge on Malacca’s outstanding local specialties, like creamy, piquant nyonya laksa at the family-run Donald & Lily’s. NAOMI LINDT

Semoga 2012, Melaka semakin bertambah maju. Pautannya Di Sini
 

Rabu, 23 November 2011

Wild Life Theatre Melaka (Taman Singa Laut Melaka)

Sebelum ni aku pernah buat entry ni.


Satu lagi produk baru di Melaka.

Hari ini disahkan pada 26 November 2011, Taman Singa Laut atau dikenali sebagai Wildlife Theater Melaka dibuka. Selain dikatakan bakal menonton aksi trio si cilik Singa Laut yang berusia 8 bulan, pengunjung juga boleh bermain dengan lebih kurang 15 jenis reptalia jinak.

Slot bersama tiga singa laut yang datang daripada Uruguay ini akan berlangsung selama 55 minit pada jam 3 petang dan 6 petang.

Bayaran tiket adalah RM20 bagi dewasa, RM15 bagi kanak-kanak dan warga emas.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi 016-6612998 / 016-6612268.



Selasa, 15 November 2011

Kapal Selam Penyerang Tiba Di Melaka

Berita sebelum ini

Kapal Selam penyerang Agosta 70 buatan Perancis telah tiba berhampiran Negeri Melaka. Kapal Selam ini akan dipamerkan 10 hari untuk orang ramai secara percuma mulai 22 November 2011 ini.



Lepas tu akan dikemaskini termasuk cat dan sebagainya untuk tujuan penaiktarafan sebagai Muzium Kapal Selam Pertama di Malaysia.

Semalam Tok Ali dah pergi melawat kapal tersebut yang dibawa oleh Kapal Kontena.


Dijangka bayaran bagi Muzium ini adalah RM3.00 bagi dewasa, RM1.00 bagi kanak-kanak dan potongan 50% bagi warga emas.

Selamat datang kapal selam.. Fuhh lepas ni jenuh aku dengar orang mengutuk lagi gamaknya.. Kesimpulannya manusia ni ada juga yang lebih suka nampak benda buruk daripada benda baik. Lebih seronok mengeji dari memuji... tak sama langsung perangai tuntutan agama.

Chow..



Isnin, 14 November 2011

Melaka Air Mulakan Operasi

Melaka Air yang pernah dikhabaukan sebelum ini telahpun mula beroperasi pada 11.11.11 dengan penerbangan terus Melaka - Medan.

Dengan menggunakan perkhidmatan Fire Fly (ATR 72-500) akan ada penerbangan ke Medan dua kali seminggu iaitu Jumaat dan Isnin.


Sebelum ini penerbangan ke Medan daripada KLIAN atau LCCT terpaksa mengambil masa agak lama. Namun daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) masa dapat dipendekkan ke 40 minit dan terus ke Medan.

Lepas 21 November nanti terdapat juga penerbangan Melaka - Subang dengan kadar RM60.00 sehala.

Fasa kedua 2012 operasi akan dikembangkan lagi ke destinasi terus ke Pulau Pinang, Batam dan Palembang.

Tak mustahil ianya dapat dikembangkan lagi ke Phuket, Singapura dan Kota Baharu pada masa akan datang.

Untuk sebarang jadual penerbangan atau tempahan sila layari www.fireflyz.com atau hubungi Putri Holiday 06-2820576

Rabu, 9 November 2011

KM Turun Padang Selesai Masalah Monorel



Di bawah ni laporan penuh SPAD terhadap monorel dan dijangka awal Disember ini perkhidmatan monorel akan lebih mantap dan selamat dioperasikan.


Selasa, 8 November 2011

Monorail Melaka Tutup Sebulan


Ramai yang tahu bahawa Monorail Melaka terpaksa ditutup. kalau beberapa hari lepas aku nyatakan selama 2 hari tapi semalam diumumkan perkhidmatan ini dihentikan selama sebulan oleh SPAD.

Memang memalukan namun secara pandangan positif aku ada hikmahnya... Dengan penutupan selama sebulan dua perkara perlu diselesaikan semula oleh pihak Monorail.

  1. Semua manual Monorail perlu dialih bahasa daripada bahasa cina kepada Bahasa Melayu atau Inggeris
  2. Sediakan sebuah kenderaan berkren yang dipanggil "cherry picker"
  3. Perlu tambah satu alat 'apekebendantah' kat sepanjang rel bagi memastikan keselamatan lebih terjamin walaupun ketika hari hujan.
Alhamdulillah.. sebelum berlaku perkara yang lebih buruk, eloklah langkah keselamatan diambilkira lebih daripada 100%.

Ujian akan dilakukan oleh SPAD bagi memastikan keselamatan betul-betul terjamin. Bila dah dijamin oleh SPAD, maka legalah hati kita nak naik. Betul tak??



Khamis, 3 November 2011

Monorail Melaka Buat Hal lagi

Monorail yang telah dilancarkan pada 20.10.2010 lalu menjadi masalah dan pencemar kualiti Melaka sebagai industri pelancongan semalam. Ianya terhenti dipertengahan jalan di mana terdapat dua orang pelancong Britain terpaksa dibawa turun oleh anggota Bomba. Hari ini ianya telah diputuskan untuk berhenti operasi selama 48 jam bagi diperiksa keseluruhannya oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam darat (SPAD).

Sebelum ni pernah sekali terhenti ketika mula-mula beroperasi.. selepas tu berjaya di atasi. Hari ini sekali lagi.

Monorail yang dikatakan telah dinaiki hampir 16,000 pengunjung sejak ianya beroperasi ni bernilai RM15.5 juta.

Sebagai negeri pelancongan aspek sebegini amatlah menjadi keutamaan. Masalah seperti ini mungkin membuatkan produk pelancongan ini akan kurang mendapat kepercayaan pelancong seterusnya bakal bungkus. Oleh itu, ingatan aku bahawa sebelum sesuatu produk pelancongan dibina dan dilancarkan, aspek keselamatan dan siap siaganya perlu tip-top. Bak kata orang tua-tua.. Biar Lambat Asal Selamat.

Anyway aku yakin masalah itu akan dapat di atasi dan berharap ianya tidak berulang termasuk kepada produk-produk pelancongan lain di Melaka ini.


Selasa, 1 November 2011

CTRM Melaka Bina Airfish 8

Cerita ni dah lama tapi aku rasa wajar dikongsi.

Jumaat lepas CTRM Aviation Sdn Bhd yang berpengkalan di Melaka telah memeterai perjanjian bersama Wigetworks pte ltd dalam membina Airfish 8 di Melaka.


Airfish 8 merupakan pengangkutan air yang mampu terbang setinggi 2 - 6 meter daripada aras laut dan sejauh 500 - 600 kilometer. Ianya sesuai dijadikan produk pelancongan, pengangkutan pulau ke pulau, penguatkuasaan maritim dan pengangkutan staf bagi industri gas / minyak.

Seperti semua tahu CTRM merupakan salah satu syarikat milik Malaysia yang agak ke depan dalam prospek pembinaan kejuruteraan mekanikal. Sebelum ni CTRM telah berjaya membina UAV (Unmanned Aerial Vehicle) yang kini digunakan oleh Penguatkuasa Maritim Malaysia dan TLDM bagi memantau keselamatan Malaysia daripada diceroboh terutama kawasan utara Sabah. Walaupun ianya tidak dibina secanggih Dron atau Predator milik barat yang mana ianya berfungsi sebagai senjata penyerang namun kita masih boleh berbangga kerana ini adalah permulaan.

Berbalik kisah Airfish 8, ianya bakal disiapkan menjelang 2013 dengan kapasiti 8 tempat duduk kemudian membangunkan pembinaannya sekurang-kurang satu unit sebulan untuk dipasarkan.

sumber : MHI

Rabu, 28 September 2011

Kapal Selam Penyerang Berpengkalan Di Melaka

Kapal Selam Agosta 70 diberitakan bakal sampai ke Melaka pada awal November 2011.

Kapal Selam Penyerang buatan Perancis ini mampu digunakan sebagai silent weapon untuk menangani anasir luar. Ianya mampu memuatkan 5 pegawai dan 36 anak kapal dengan sistem radar Thomson CSF DRUA 33 mampu membuat ianya mengesan sebarang anasir jahat di perairan selat melaka.

Kelajuan 12 knots ketika bergerak dipermukaan dan 20.5 knots (38km/j) ketika menyelam mampu mendatangkan gerun musuh di mana jua.

Bercerita tentang keupayaan senjatanya.. ia boleh dilengkapi dengan SM39 exocet, 4 × 533 mm (21 in) bow torpedo tube dan ECAN F17 Mod 2 torpedo yang bergerak selaju 40knots dan mencapai sasaran 20 km.

Namun, ini semua adalah kekuatan Agosta yang digunakan sejak zaman perang dingin tahun 70 an. Ia tak de pun kaitan sebagai alatan tentera Melaka ataupun Malaysia.. Hakikatnya banyak barang-barang sulit ketenteraan telahpun dilucutkan.

Kini Melaka bertuah bakal menerima Kapal Selam pertama dan ditempatkan di Klebang sebagai Muzium Maritim. Ianya akan diletakkan dipermukaan pinggir laut Klebang untuk orang ramai mendekati aset startegik laut ini.

Muzium Perzim ke 25 ini diharap menjadi satu tarikan baru untuk Melaka untuk pengunjung hujung tahun ini...


sumber : MHI 26 Sept 2011

Rabu, 24 Ogos 2011

Harga Barangan Kawalan Di Melaka Sepanjang Hari Raya



Keratan di atas di ambil daripada MHI. Semoga dapat jadi panduan kepada semua rakyat Melaka dalam membeli barangan keperluan.

Klik untuk tumbesaran


Rabu, 1 Jun 2011

Misteri Tapai Tok Wan

Teringat pada arwah Tok Wan (nenek) aku. Dulu masa kecil kadang-kadang aku ditinggalkan oleh Mak aku kat rumah dia…

Satu hari Tok Wan aku keluarkan pasu besar.. dengan pulut yang telah direbus bersama kepingan-kepingan putih alah-alah biskut merri (Lepas besar baru aku tahu itu ragi).

Sedang Tok Wan aku mengaul-gaul pulut bersama biskut merri. Akupun bertanya soalan mudah..

“Wan, wan buat apa?” Tanya aku..

Tok Wan aku hanya tersenyum.

“aikkk!!” apsal tak jawab?” getus hatiku.

“Wan, sikit biskut ni” sambil jariku menunjuk ke aras kepingan ragi.

Tok Wan aku tersenyum lagi..

“Wah.. lain macam jer wan aku ni..” bisik hatiku sambil teringat cerita Pontianak Gua Musang yang aku tengok minggu lepas.

Aku perhati betul-betul.. takde plak taring menjongkau keluar.

“Wan.. oo wan.. kenapa tak cakap?” pertanyaan aku mula memberat dan kening aku dah hampir-hampir bercantum kerana mengerutkan dahi.

Tiba-tiba Tok Wan aku tersenyum sambil mengenyit mata.

“Ah, sah wan aku kena sampuk Pontianak Gua Musang. Takpun si Toyol Bachok”

Aku terus ke hadapan peti television. Puas aku fakir macam mana nak lari dari rumah Tok Wan aku ni…

"Takkanlah dia nak hisap darah aku?? Aku kecik lagi. Darah aku bukan banyakpun.. dapatlah secawan jer kot. Pergilah hisap darah Tok Mat Boyot tu.. Dia gemuk. Darah mesti penuh sebesen. Bukan setakat minum, mandi pun boleh.” Olahan hati aku.

Sedang aku melayan persoalan Tok Wan aku datang.

“Hah!! Buat apa tu??” Suara Wan aku menerjah ke telinga hingga hampir membuatkan aku berpurak-purak pengsan.

Dia terus duduk sebelah aku dan bagi tau..
“Tadi wan buat tapai. Kalau buat tapai tak boleh cakap. Tak boleh muka masam… Mesti senyum jer. Kalau tak tapai masam” Terang Tok Wan aku.

“OOOOOooo.. patutlah.” Lega hatiku walaupun aku masih tak puas.. kenapa Tok Wan tak gunakan bahasa isyarat.

“Lagi satu tak boleh buat masa ‘datang bulan’.. nanti merah.” Sambung Tok Wan aku lagi.

“OOOOooooo.”jawab aku sambil melihat dari jendela,
“patutlah hari ini gelap jer.. bulan tak datang rupanya” getus hatiku lagi.

Itu semua kisah 25 tahun dulu.. Nostalgia bersama Arwah Wan aku.. Ntah betul atau tidak petua-petua tu.. akupun tak kaji.
Semasa aku di Universiti beliau menghembuskan nafasnya. Aku sentiasa berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

Tamat imbasan aku.. Imbasan setelah aku layan tapai di hadapan aku ni…



Tapai memang sinonim dengan makanan tradisional masyarakat Melayu. Selalunya kat Melaka semasa Kerja Kahwin..
Itu dulu.. tapi hari ini di Melaka telahpun dikomersialkan.
Salah satunya ialah Tapai Pulut Sarimah.



Mengikut pemiliknya beliau memulakan perniagaan tapai pada tahun 1998 dengan modal RM20 sahaja!!. Dia buat lebihkurang 100 bungkus dan letakkan di kedai-kedai makan. Hari demi hari.. setelah hampir 13 tahun, kini beliau memasarkan 50,000 hingga lebih daripada 100,000 bungkus sebulan. Kauorang kalikan dengan harga RM0.60 sebungkus. Sekurang-kurangnya beliau memperolehi lebih RM30,000 sebulan.

Aku bangga she.. bumiputera Berjaya macam ni… Tadi aku perkena plak Tapai Aiskrim kat tempat dia… Mengigil satu badan bila masam + manis + vanilla + sejuk.



Untuk buat tempahan tapai yang terkenal di Melaka, KL dan Singapura ini boleh hubungi pengusaha di talian 06-3853041 atau 016-31536130


Selasa, 24 Mei 2011

Pesta Sungai 2011 : 10 Hari Terakhir

Daripada edisi 10 hari Permulaan dan 10 hari pertengahan

Kini 10 hari Terakhir







Sumber: Web Perbadanan Sungai dan Pantai

Pesta Sungai 2011 : 10 Hari Pertengahan

Sambungan daripada 10 hari permulaan

Seterusnya Edisi 10 hari pertengahan




Edisi ketiga iaitu 10 hari terakhir

Sumber: Web Perbadanan Sungai dan Pantai

Jumaat, 20 Mei 2011

Kg. Morten Melaka Ada Homestay

Kg Morten satu nama yang tidak asing lagi di Negeri Melaka dan bagi pengunjung yang selalu ke Melaka. Bagi penduduk Melaka ini merupakan salah satu Kg. Melayu di dalam kawasan bandar yang mula dibuka pada tahun 1922.
Zaman aku belia remaja.. budak-budak kampung ini merupakan salah satu kumpulan yang selalu terlibat bila ada pergaduhan di 'bus station' lama. Al-maklumlah rumah dengan 'Bus Stand' tak sampaipun seratus meter.

Itu kisah dulu.. sekarang Kg. Morten berubah 100%.. daripada kg. Melayu di kawasan bandar, kini dibangunkan oleh Kerajaan Negeri sebagai produk pelancongan yang sering dikagumi oleh pelancong. Paling meriah bila dilawat diwaktu malam. Gengster-gengster dulu, kini dah jadi peramah dalam melayan pengunjung.


Taming Sari Homestay

sumber: homestay melaka


Homestay di sana mula tumbuh di mana pengunjung boleh menginap di rumah Melaka atau Rumah Limas yang berusia kira-kira 100 tahun.

Rumah homestay yang disediakan mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air itu ialah peti sejuk, televisyen dan dua ruang tamu.

Rumah ini sesuai untuk tiga orang kerana mempunyai tiga bilik tidur, namun ia boleh memuatkan sehingga 10 orang kerana mempunyai dua ruang tamu yang luas.
Bagaimanapun, jika melebihi 10 orang, mereka mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM20 seorang.
Bagi keluarga yang tidak melebihi 10 orang, mereka boleh bermalam pada harga RM300 dan dibenarkan memasak di dapur yang disediakan.
Untuk individu katanya, mereka juga boleh menyewa bilik dan menggunakan dapur serta ruang tamu pada harga RM120, RM100 dan RM80 sehari, mengikut keluasan bilik.

Villa CMI
Reka bentuk Villa CMI di Kampung Morten, Melaka. - utusan/GAIE UCHEL
Gambar aku petik daripada utusan online.com
Villa CMI pula merupakan kediaman baru berciri moden. Villa CMI mempunyai sembilan bilik dan caj yang dikenakan sehari ialah RM120 untuk bilik bujang dan RM150 bagi bilik berkembar
Apa yang menarik homestay ini berada di tepi sungai Melaka dan basikal boleh disewa dengan harga RM5 untuk jalan-jalan satu kampung.

Mereka yang berminat bermalam di Taming Sari Homestay atau Villa CMI boleh menghubungi talian 06-2881100 iaitu milik MTSB. Sekarang dah ditukar kepada Meriah Marketing & Trading Sdn Bhd di talian 06 282 8422. Jangan lupo sobut nama blog den ni.. manatau nanti dio bagi den bermalam kek sungai tu percumo.

Kepada Hidayah thanks atas pembetulan terkini ini.


Khamis, 19 Mei 2011

Menara Taming Sari Projek Gajah Putih???

Sebelum ni aku ada terbaca blog-blog politik sering mengutuk semua produk pelancongan Melaka adalah projek gajah putih. Kalau yang bercakap tu orang Melaka.. satu citer la.. ini yang bercakap orang 'sayup-sayup' nun... Salah satu produk ialah Menara Taming Sari.


Ceh!! tak percaya sungguh aku. Memang sahlah penulis tersebut tak pernah datang Melaka di cuti sekolah.

Hari ini Menara Taming Sari menyatakan pendapatan bagi tahun 2010 adalah RM5.7 juta dengan kunjungan pelancong yang menaiki menara berputar ini kira-kira seramai 600,000 orang.

Sebagai negeri Pelancongan, boleh bayangkan berapa banyak wang mengalir dan berlegar dalam negeri Melaka dan pengusaha kenderaan awam, kraftangan dan pekerja produk pelancong mendapat nikmatnya.

Sebenarnya dalam mengendalikan produk pelancongan ini yang penting pengendali tersebut harus kreatif dan rajin. InsyaAllah mampu berjaya. Kalau setakat cakap jerrr... mat gian lagi pandai berpidato.

Bagi tahun 2011 iaitu TAHUN KETIGA ia beroperasi, Menara Taming Sari mensasarkan RM6 juta.

Tambahan pula, pada bulan Jun 2011 satu tayangan teater simulasi 6D akan diadakan. Apa itu teater simulasi 6D??? moh kita jengah Jun nanti.

Rabu, 4 Mei 2011

Kereta Api Laju Di Melaka

Melaka telah diilhamkan oleh Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir sebagai tapak ujian Projek Kereta Api Laju buatan Britain.



Kereta api yang mampu mencecah kelajuan 150 km sejam ini dicadangkan diuji sepanjang 5 km iaitu daripada Dataran 1 Malaysia hinggalah ke Limbongan (hampir kepada tapak Eye On Malaysia).

Dengan kapasiti seramai 150 penumpang satu-satu masa, projek ini merupakan projek ujian daripada pelabur dari London dan memakan kos sebanyak USD1juta bagi setiap kilometer.

Walaupun asalnya Tun M bercadang bina dari Pulau Sebang ke Batang Melaka, namun tapak berkenaan dijangka akan melibatkan beberapa rumah penduduk.

Selepas ini sekumpulan pakakr akan datang dan megkaji tempat cadangan baru ini dan setelah itu barulah projek mula dijalankan.

Walaupun ujian, aku yakin lepas ni mesti Tok Ali minta agar projek ini dikekalkan dan seterusnya dijadikan produk pelancongan.

Anyway.. terima kasih tokoh Malaysia merangkap idola aku ni iaitu Tun Dr. Mahathir sebab sangat percaya kat Negeri Melaka.

Selasa, 15 Mac 2011

Kekangan Pembangunan Pulau Besar

Sebenarnya bagi orang Melaka.. hampir 90% tahu kewujudan Pulau Lagenda ini.. dulu-dulu terkenal dengan Makam 7 beradik dan beberapa makam lain termasuk kisah mistik di sana tapi pihak berkuasa telahpun memindahkan 7 makam tersebut ekoran wujudnya aktiviti khurafat di situ..


Akhir-akhir ini Kerajaan Negeri Melaka giat cuba untuk membangunkan semula pulau tersebut. Pelbagai infrastruktur telah dibina dan dibaiki semula termasuklah Muzium Pulau Besar, Bazaar, Kedai Makan dan Resort.

Namun, yang menjadi kekangan utama membangunkan Pulau ini ialah infrastruktur utama iaitu TENAGA ELEKTRIK. Setakat ini Pulau Besar menggunapakai generator set (besar) untuk menghasilkan tenaga elektrik. Pihak TNB dikatakan tidak mampu menyalurkan tenaga elektrik ke Pulau berkenaan disebabkan kos membina kabel dasar laut memakan belanja RM90juta.

Alternatif lain??

1) Kincir Angin

Satu kajian telahpun dibuat dan hasilnya di Pulau tersebut angin kuat yang bertiup secara purata 3 jam sehari serta tidak mampu menghasilkan 1 megawatt sehari sepertimana yang dikehendaki.

2) Tenaga Solar

Kos bagi membina alat ini ialah RM10juta dan masih tidak mampu menampung tenaga yang diperlukan kerana hanya mampu menghasilkan 2 megawatt je.

Untuk makluman, aktiviti di Pulau ini memerlukan sekurang-kurang 8 megawatt terutama bagi memastikan pembangunan berjalan lancar.

Walau bagaimanapun, aku yakin Kerajaan Negeri tidak akan berputus asa dan tetap mencari jalan terbaik membangunkan Pulau ini.


Rabu, 23 Februari 2011

Muzium Pulau Besar

Semalam aku jenjalan kat Pulau Besar.. saje buat lawatan alah-alah YB..

Rupanya Muzium Pulau Besar dahpun beroperasi.

Dengan bayaran yang dikenakan sebanyak RM3.00 sekali masuk.. kat dalam tu pelbagai maklumat tentang sejarah Pulau Besar.. Bagus untuk tambah maklumat.

Pintu depan pun alah-alah gua tu.. macam thrill je nak masuk..

tapi malang disebabkan kesuntukan masa.. aku tak sempat nak masuk.. mungkin lain kali aku masuk aku citerkan hal dalaman muzium tu..





Dengan penambahan produk ini dijangkakan pengunjung adalah aktiviti selain menikmati pandangan lautan di sini.

Isnin, 21 Februari 2011

TRAM MELAKA BAKAL SIAP MEI 2012



Sebelum ni.. aku dah pernah tulis isu ni.

Projek Melaka Trem yang dah mula dilancarkan dijangka siap Mei 2012. Dengan adanya pengangkutan awam yang menggunapakai sumber tenaga NGV (gas asli) ini dijangka mampu mengatasi sikit sebanyak kesesakan di kawasan hotspot di Melaka ini.

Dengan kos bernilai RM272 juta, Trem ini akan melalui sejauh 40 km di mana bermula daripada Tol Ayer keroh melalui 23 lokasi termasuk hampir 11 kawasan pelancongan.. hinggalah ke Dataran Pahlawan di Bandar Hilir.

Caj yang dikenakan adalah terendah di dunia iaitu RM2 sehala atau memilih RM5 untuk sehari. Manakala bagi pelajar dan orang kurang upaya.. ianya PERCUMA.

Ianya berupaya membawa 120 orang penumpang pada satu-satu masa dengan kelajuan 40km/j.

Ada orang tanya apa beza trem dengan kereta api?? Trem ialah dikatakan pengangkutan rel yang lebih ringan daripada kereta api dan berbeza daripada bentuk lokomotif lain memandangkan laluannya dibina di atas jalan raya.

Tak sabar aku nak tengok Melaka 2012 dengan adanya Trem ni.. agak-agak ada macam London seperti gambar di bawah ini...


http://news.bbc.co.uk

Rabu, 5 Januari 2011

Eye On Malaysia Kembali Lagi




Semua orang tahu isu Melaka dan Eye On Malaysia... kecuali yang tak amik tahu la kot...
Hari ini Tok Ali umumkan EOM ini akan dipindahkan tempat ke Pulau Melaka.. dan satu pemaju telahpun bersetuju untuk menjadi owner dengan melabur RM30juta. Dengar cerita kali ni Kerajaan negeri tak mahu share-share dah.. serik kot. 100% di bawah syarikat swasta berkenaan. Kerajaan negeri hanya mengenakan cukai perkhidmatan je dan sewaan tanah ataupun belian tanah di Pulau Melaka tersebut.

Eloklah tu.. pengalaman yang lalu jadikan pengajaran

So, lepas ni sesiapa yang kempunan tak merasa lagi naik EOM ni.. boleh la mula berangan-angan semula..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com