Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Agama. Papar semua catatan

Selasa, 9 Ogos 2011

Tangkapan Musim Ramadhan


Sehingga semalam seramai 7 orang Islam telah ditangkap di Melaka kerana tak berpuasa dan bakal dipanggil oleh JAIM untuk sesi kaunseling. Waklu la.. aku fikir budak belasan tahun.. rupanya di usia antara 44 - 52 tahun. Ceitt.. silap gaya bukan anak.. cucupun dah ada tu.. hawau.. Kalau usia 15 - 16 tahun kira boleh la bagi kaunseling lagi.. (ni buat cover diriku yang melakukan kesalahan sama di usia 15 tahun dulu.. hahahaha. Nyesal aku dengar cakap ko Tujie walaupun hanya sekali tu je.. sioot... )

Berbalik kepada citer Orang-orang tua kena tangkap tadi.. Masa kena tangkap ada beberapa alasan standard darjah satu dikeluarkan. Antaranya:

"tolonglah incik ostaz.. saya ni jenis tak tahan lapar" kata salah seorang mangkuk sambil terkebil-kebil mengigit tulang ikan kembung"

"errr... saya memang nak puasa abg ustaz yang hensem... tapi doa niat puasa saya tak tahu masa saya sahur tadi. So, saya fikir apalah amal jika tanpa niat. abg ustaz tahu tak.. amal tanpa niat ni ibarat cawan ni tanpa air.." kata seorang pakcik sambil meneguk sisa sirap bandung.

dan alasan yang paling bangsat

"aiiyaaa.. icik Ostaz.. apa pasat mau tangkap wa.. wa mukan Islam maa.. wa.. free thinker..." kata seorang mamat berkulit cokelat tapi konon-konon bukan Islam. Sanggup tu!!! ceiiss..

Aku rasa baik ko cakap ko bukan manusia tapi Patrik Star... lagi puas hati.



7 orang ni adalah segelintir je.. Sebenarnya ramai yang bertaburan lari bila diserbu.. Tengah syok makan Nasi Putih + Asam pedas di kedai bukan Islam. Yelah Ustaz-ustaz berpuasa.. tak mampu nak kejar semua.

Fikirlah.. kalau kauorang kena bakar masa jadi mayat macam ni esok.. amacam?? maaflah aku nasihat je.. aku fikir macam nak maki.. tapi terpaksa menahan hati disebabkan kemuliaan bulan Ramadhan. Harap semua sempat bertaubat sebelum masanya,. (Aku nasihatkan wanita mengandung.. lemah semangat.. dan mereka yang berpuasa tidak klik gambar tersebut.. kalau degil.. ko jawab la sendiri. hahaha)



Isnin, 8 Ogos 2011

Kadar Zakat Fitrah Melaka 2011

apek : aiyya Kak Jah.. lu sulah kuar zakat fitlah?

Kak Jah : dahlah apek... ko ni macam pandai-pandai je bab agama Islam.. sunatpun belum. Malam semalam akak dah bagi masa kat luar Maybank Ayer Keroh.

apek : aiyya Kak Jah.. jangan malah-malah ooo.. bulan lamadan mana muleh malah.. Kak jah.. itu likat Maybank Ayer Keloh ale amil?? Wa simalam pigi takdak pun..

Kak jah : Ada la apek.. budak tu tunggu depan pintu bank.. pegang CD.. tapi akak tak amik CD bagi Zakat RM7.00 kat dia.. lepas tu dia pulang balik RM0.50. So, tepatlah kiraan Zakat Fitrah tahun ini RM6.50.

apek: aiyya Kak Jah.. itu sidikah (sedekah) la mukan Zakat Fitlah.. ceiitt musyuk punya olang.. Zakat Fitlah sama sidikah pun tatak tau.

Kak Jah: Ye ke pek?? tak boleh ke camtu?? Akak dah niat dah tu Zakat Fitrah.. kira boleh la pek.

apek: aiyya.. musyuk punya olang. Pigi sunat balik la ini macam..


Tahun ni Zakat Fitrah Melaka RM6.50 dan bayar pada amil yang bertauliah dan dilantik oleh pemimpin Negara ye. Chow.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Fenomena Mengurangkan Pahala Puasa Semua

Semalam aku berjalan di salah satu Bazaar Ramadhan di Melaka ni.. satu fenomena yang mengurangkan pahala puasa bagi mereka yang berpuasa rupanya sangat dekat dengan kita iaitu membuka aurat.

Sama-sama beli juadah berbuka plak tu.. mungkin dia berpuasa.. Alhamdulillah... tapi alangkah indahnya jika dia berpuasa + menurut kewajipan-kewajipan yang lain. Dia buka aurat satu.. yang lalu lintas ni menengokpun tak pasal-pasal tinggal 20sen je pahala. Nasib baik Rasulullah bersabda lihat kali pertama itu dimaafkan.

Hey sedara dan sedari menutup aurat tu bukannya sunat tapi wajib sewajib kauorang berpuasa tu dan sewajib kauorang bersolat tu.

Aku bukan cakap pasal pompuan jer.. lelakipun sama.. pakai 'boxer pants' pergi bazaar ramadhan perghh.. kira macam lelaki termacho..

Rasanya.. tak payahlah diberitahu mana aurat lelaki dan perempuan.. aku yakin ramai umat Islam di negara ini tahu lingkungan aurat masing-masing. Aku nak letak gambar dedah aurat kang buatnya kurang puasa kauorang dengan aku sekali..

Walau bagaimanapun bila ada yang bersuara macam ni... yang biasa aku dengar adalah alasan.. alah yang berpakaian penuh tu belum tentu baik dan yang terdedah aurat ni belum tentu jahat. Betul!! aku sokong kenyataan itu 120%.. tapi aku bukan bicara pasal baik atau jahat. Ini bicara pasal itu suruhan Allah.. kalau dah pasti diri tu baik.. Alhamdulillah... teruskan dan sempurnakan dengan kewajipan-kewajipan yang Allah turunkan. InsyaAllah semoga dapat balasan yang baik di dunia dan akhirat.

Selepas sahur pagi tadi tengok citer "Maut" lakonan Que Haidar.. Perghh sentap jugak naluri ni.. Takut bila bayangkan semasa dikapankan terlintas segala dosa yang lalu... Nak bertaubatpun dah tak sempat. Percayalah 'perjalanan' kita dah tak jauh.. mungkin hari ini, esok atau bila-bila masa sahaja Allah boleh panggil kita semula. Malang sungguh bila masa kita dipanggil, kita bukan dikalangan orang beriman. Memang.. sekarang kita rasa tak kisah... kadang-kadang ada pulak yang berkata "biarlah.. aku memang ahli neraka. kau apa susah?" Perghh sombong dan angkuhnya.. Ingatlah kengkawan.. azab Allah sangat pedih bagi mereka yang kufur.


Bagi seorang suami, ayah, abang, atau adik jangan fikir bila kau alim tahap gaban tapi keluarga kauorang tidak diperbetulkan.. kauorang akan selamat seorang. Sewajarnya peranan kalian terhadap tanggungan kalian akan dipertanggungjawabkan kelak. Tegurlah dengan ikhlas dan berhemah... kerana teguran yang lembut adalah yang terbaik. Cari kaedah yang paling tepat dan berkesan. Kat sini aku rasa kaedah kekerasan tidaklah sesuai.. memandangkan wanita itu dibuat daripada tulang rusuk yang bengkok.. kalau digunakan kekerasan bimbang nanti terpatah pulak dia...

Oklah... aku minta maaf kalau ada yang terasa dengan coretan aku ni.. aku bukannya baikpun tapi niat aku cuma ingin menyampaikan sesuatu yang benar dan semoga semua pembaca blog ni mendapat rahmat dan dilindungi Allah s.w.t. selalu. Amin.

Selasa, 10 Ogos 2010

Ramadhan + Waktu Sahur + Waktu Berbuka @ Melaka

Esok semua umat Islam bakal meniti bulan Ramadhan. Aku harap semua pembaca sabar menghadapi dugaan berpuasa. Kawal la segala-galanya termasuk mata, lidah, telinga, mulut, perut dan sebagainya.
Ada orang tanya.. kalau setan semua dah kena belenggu.. abis tu yang jibraun tu buat perangai.. Bagi aku orang tu mungkin dah gelap hatinya hinggakan tidak nampak atau buta hatinya untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan. Kiranya setan tak perlu bisik dah... hati dia sendiri dah memang bisik sendiri. Aku rasa la kot.

Ingat puasa ni wajib.

'Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.'
(Maksud surah Al-Baqarah : 183)

Oklah sempena Ramadhan ni.. waktu berbuka dan sahur di Melaka.. kauorang boleh klik SINI

Sebelum tu, aku nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat menjalani ibadah puasa.

Chow.

Rabu, 4 Ogos 2010

Kadar Zakat Fitrah Negeri Melaka 2010

Majlis Fatwa Negeri telah menetapkan Kadar Zakat Fitrah bagi Negeri Melaka RM6.50 bagi tahun 2010. Kadar ini meningkat sebanyak RM0.20sen berbanding RM6.30 tahun 2009. Peningkatan ini bersesuaian dengan harga beras serta pendapatan individu.

Alah dengan RM6.50 tu aku harap takdelah orang Islam merungut. Malu weii.. Jauh lebih murah daripada harga rokok sekotak. Keluarkanlah kewajipan itu dengan ikhlas.

Kalau nak tahu citer disebalik zakat fitrah meh aku paparkan daripada petikan lama tabung-baitulmal-sarawak.org.my

Zakat Fitrah juga dikenali sebagai Zakat Peribadi atau tubuh badan yang wajib dikeluarkan oleh setiap orang Islam yang mempunyai cukup syarat-syaratnya pada bulan Ramadan. Antara dalil yang mewajibkan Zakat Fitrah ialah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:”Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat fitrah segantang kurma atau segantang syair ke atas hamba, orang merdeka, lelaki, perempuan kecil, besar dari kaum muslimin dan disuruh mengeluarkannya sebelum orang keluar untuk sembahyang hari raya.”[Hadis riwayat al-Bukhari]

Dan sabda baginda lagi (maksudnya):
”Ketahuilah sesungguhnya Zakat Fitrah itu wajib ke atas semua orang Islam lelaki dan perempuan, hamba atau merdeka, kecil atau besar. Dua cupak gandum atau segantang makanan yang selain daripadanya.”[HR.al-Tirmizi]

Zakat Fitrah telah difardukan pada tahun kedua Hijrah,iaitu pada tahun yang sama Ibadah Puasa sepanjang bulan Ramadan difardukan. Dalam sebuah hadis,Ibnu Abbas menyebut:”Rasulullah s.a.w. telah memfardukan Zakat Fitrah sebagai penyucian terhadap orang yang berpuasa daripada perkara buruk dan tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada Fakir Miskin.

Maka sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang(hari raya), ia adalah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang menunaikannya selepas sembahyang ia adalah sedekah biasa.”[HR.Ibnu Majah]

Dalam Mazhab Syafi’e, Zakat Fitrah boleh ditunaikan sejak dari awal Ramadan sehingga hari akhir bulan Ramadan al Mubarak.

Ia diwajibkan bagi membersihkan orang yang berpuasa daripada perkara yang tidak berfaedah dan juga untuk diagihkan kepada Asnaf Fakir dan Miskin supaya mereka tidak menghadapi masalah mencari keperluan dan tidak meminta daripada orang lain pada hari raya(Aidilfitri).

Ibnu Abbas berkata(maksudnya):
”Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan Zakat Fitrah bagi tujuan untuk menyucikan orang yang yang berpuasa daripada perkara buruk yang tidak berfaedah dan sebagai bantuan kepada Fakir Miskin.”[Hadis Riwayat Abu Daud]

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

Islam. Orang bukan Islam tidak diwajibkan Zakat Fitrah.

Orang yang yang mempunyai harta daripada perbelanjaannya(keperluan makanan) untuk dirinya dan juga orang di bawah tanggungannya pada siang Hari Raya(Aidil Fitri) dan malamnya.

Orang yang masih hidup sewaktu terbenam matahari penghabisan bulan Ramadan, maka yang orang mati sebelum terbenam matahari penghabisan bulan Ramadan, tidak wajib Zakat Fitrah ke atasnya. Demikian juga seorang bayi yang lahir sesudah terbenam matahari(selepas Maghrib)pada penghabisan bulan Ramadan tidak wajib Zakat Fitrah ke atas bayi tersebut.

Keterangan:
Sekiranya seseorang itu tidak mampu membayar Zakat Fitrah bagi orang yang dibawah tanggungannya,maka dia perlu mengutamakan Fitrah bagi dirinya terlebih dahulu, kemudian barulah mereka yang berada dalam tanggungannya. Iaitu mengikut turutan senarai keutamaan nafkah;isteri,anak yang masih kecil,bapa,emak dan seterusnya anak yang sudah besar, seandainya mereka itu tidak berkemampuan.

Dasar ini secara umumnya termasuk di bawah arahan Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadis(maksudnya):”Mulakanlah dengan diri kamu sendiri...” [HR.Muslim]

Rabu, 30 Jun 2010

Kisah Surau dan Saham Wakaf Di Melaka

Di Melaka ni memang beratur permohonan untuk pembinaan surau terutamanya di Taman-taman perumahan. Nak tunggu peruntukan ntah bila zaman baru dapat. Salah satu pilihan ialah buat saham wakaf ataupun di panggil kutipan derma. Saham wakaf ni macam amal jariah la.. maknanya selagi orang gunakan surau tu.. selagi itulah kalian dapat pahala atas keihlasan menderma itu walaupun kita dah takde lagi kat dunia ni. InsyaAllah

Kalau ikutkan sikap rakyat Malaysia.. bab derma-derma ni memang best. Kalau tak takkan pengemis jadi orang berada. Oleh itu para penderma perlulah bijak menilai sama ada bantuan itu betul-betul diperlukan ataupun sekadar mereka mengambil kesempatan.

Dalam bab kutipan derma seperti surau ni.. kita perlu merujuk kepada no. rujukan Majlis Agama Islam/Jabatan Agama Islam.



Ok citer pasal gambar di atas ni.. aku snap kat salah sebuah taman perumahan yang aku lalui.. terpanggil plak aku untuk menyiarkan dalam blog bumimelaka ni.. kerana mana tahu dalam ramai-ramai pembaca ada antaranya hamba Allah yang bermurah hati menyalurkan bantuan.. Kalau singgit pun tak pe janji ikhlas.. macam citer yang akan aku bawa sebentar nanti..

Tentang kesahihan poster ini telah aku sahkan bahawa memang benar mereka mendapat kebenaran. No rujukan : JAIM/MAIM 1/144/8/1 klt. 12 (12). Kalau nak penjelasan, boleh ditanyakan ke pejabat MAIM (06-2837416) atau JAIM (06-2882063). atau untuk perbincangan lanjut hubungi je senarai AJK kat banner tu.

So, meh aku bawakan satu cerita tentang hikmah berderma dengan ikhlas ni walaupun dengan setitik dakwat.

Suatu ketika dahulu ada seorang tok guru yang alim dan telah mengarang banyak buku-buku agama tetapi dia amat kurang bersedekah. Pada suatu hari seekor lalat hinggap di bekas dakwatnya dan minum dakwatnya itu, lalu tuan guru itu niat untuk sedekah kepada lalat itu atas apa yang telah diminumnya. Setelah meninggal dunia salah seorang daripada anak muridnya bermimpi bertemu tuan guru itu sedang berada dalam syurga dengan keadaan yang gembira sekali. Lalu anak murid itu bertanya kepada tuan guru “adakah tuan guru dapat masuk ke syurga ini kerana tuan guru telah banyak menulis buku-buku?” Tuan guru itu menjawab bahawa “dia masuk ke syurga bukan kerana buku-buku yang ditulisnya kerana melalui buku-buklu yang ditulisnya itu lahir perasaan riak tetapi dia masuk syurga kerana niat sedekahnya kepada lalat yang meminum dakwatnya”. Begitulah saudara saudari sahabat sahabiah sekalian jika kepada haiwan kita pun kita lakukan kebaikan apatah lagi jika kita lakukan kebaikan kepada manusia tambahan pula UNTUK PEMBINAAN SALAH SEBUAH RUMAH ALLAH.

Semoga Allah melipatgandakan rezeki para penderma sekelian sepertimana janjiNYA

Kalau dermapun secara diam-diam bank in dalam akaun tupun boleh juga.. macam dalam Surah Al-Imran ayat 92

"Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui"

Aku harap takde yang berprasangka dengan aku.. aku ikhlas nak bantu merealisasikan pembinaan surau tu.. kalau kalian rasa tak mampu keluarkan duit, mungkin panjang-panjangkan ke blog masing-masing. Semoga Allah membalas budi baik kita yang amat sedikit ini.

Choww..

Jumaat, 12 Februari 2010

Yassin Tunjuk Kehebatannya

Surah Yassin. Sebut jer aku rasa semua mereka yang beragama Islam dan telah mumaiz pasti tahu surah Yassin ni. Pandai baca atau tidak je membezakan. Yassin sinonim dengan orang yang meninggal dunia dan menunaikan hajat-hajat yang besar. Kalau zaman arwah bapa aku dulu setakat baca yasin berpuluh kali dalam 1 malam tu biasa jer aku tengok.. tapi kenapa zaman ni semakin susah ek??


Aku rasa salah satu sebabnya ialah kita lebih suka main blog daripada bersila / bersimpuh mengadap Yassin kot atau bahasa lain hiburan terlalu banyak melekakan kita. Aku sebutkan ni sebagai mengingat diri aku sendiri dan kengkawan. Sebenarnya Yassin ni memang banyak manafaat.

Bukti hidup : Aku sendiri pernah beberapa kali ditimpa masalah dan dengan menggunakan Surat Yassinlah tempat aku mengadu kepada DIA. Akhirnya masalah aku selesai. Alhamdulillah... Tapi janganlah ketika masalah jer kau ingat mengaji, masa senang kau tunggang dan tonggeng. Kadang-kadang aku rasa masalah aku lebih mudah diselesaikan oleh Allah setelah membaca Yassin. Dalam otak aku fikir.. mungkin orang sekarang dah tak ramai membacanya kot. Jadinya Allah memang memberikan kelebihan kepada yang meminta menggunakan melalui bacaan yassin ni.

Dekat office aku ni setiap Jumaat sejak 2 tahun lepas mereka anjurkan bacaan Yassin (kecuali cuti) dan hasilnya walaupun banyak kerja tapi pengakhir setiap projek berjalan dengan lancar dan mereka yang dikatakan menyusahkan orang lain, akan terkeluar dengan sendirinya. Wallahualam.. Kuasa Allah semata-mata.

Bagi mereka yang ditimpa musibah, di pagi Jumaat yang mulia ni.. aku sarankan cubalah kembali meminta dengan kaedah yang lebih sedikit. Member aku pernah mempunyai anak kembar yang mengalami penyakit berkaitan genetik selepas lahir. Maka dengan tekad, belum habis pantang dia (suami) membaca Yassin dengan satu permintaan kepada Allah agar anaknya dipulihkan. Dia membaca secara berterusan 40 hari selepas maghrib. Kalau gagal satu hari ulang balik dari satu (biasanya mereka belajar ilmu-ilmu persilatan faham perkara ini). Niat satu je. Alhamdulillah selepas 40 malam baca Yassin. Anaknya 100% pulih tanpa sebarang rawatan hingga doktor pun pelik. Kini anak kembarnya membesar dengan sihat hingga hari ini.

Kita usaha dan ikhtiar beb. Ingatlah ayat kedua terakhir Yassin Kun (jadi) Payakun (jadilah)..


Kelebihan Ayat Yassin

Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri


Ayat 9 : Baca selalu untuk mengelakkan orang jahat.

Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.


Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.


Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.


Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt. tapi janganlah sampailah tersembur air liur ko.


Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).


Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam


Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur


Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.


Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.


Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.


Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.


Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.


Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.


Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.


Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.


Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan 11 - Hancur
Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.


Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.


Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.


Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.


Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.


Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."


Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x .
Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar.
Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.
Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat

Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.

Jumaat, 29 Januari 2010

Nasihat Untuk Gadis Yang Dara

Kadang-kadang akupun tak faham la ramai gadis sekarang rela diperlakukan apa sahaja oleh lelaki yang kompom bukan suami dia...

Kepada anak-anak gadis aku nak pesan.. akupun dulu nakal jugak tapi takdelah sampai tahap zina ni... (alhamdulillah).. sebenarnya lelaki yang tidor dan bersetubuh dengan kau secara haram tu hanya 1% jer yang buat kau jadi isteri.. Lelaki ni sejijik manapun kalau boleh nak isteri dia dara.. suci.. dan kalau boleh tak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki even pegang tangan. Dengan itu, harga diri gadis tu memang tinggi di mata lelaki tu... dan rasa hormat mengatasi mana-mana gadis sekelilingnya.

Kalau kauorang dapat kahwin dengan lelaki baikpun.. kalau lelaki tersebut tahu hal sebenar mesti ada rasa terkilan dihatinya... Kauorang pikir apa rasa lelaki baik yang kau kahwini bila tiba-tiba.. seorang mamat datang bagitau..
Justify Full
"weii ustaz.. sebenarnya wife kau tu aku dah 'teroka' habis-habisan satu ketika dulu"

atau

"wei.. sebelum kau 'dapat' aku dah 'dapat' dulu... Free plak tuuu"

Walau bagaimanapun.. aku tak tunding gadis jer.. lelakipun sama.. perempuan baik mesti terasa sama.

Namun dalam hal ini wanita lebih rugi.. akibat ditanggung lebih tinggi.. hilang dara.. ditinggalkan.. silap gaya mengandung dan menggugurkan anak luar nikah sendiri..

Bila kauorang berzina.. selalunya lelaki yang tinggalkan pompuan la.. bukannya pompuan tinggalkan lelaki...

Namun aku ingatkan bahawa.. "lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik dan sebaliknya"
tapi janganlah kauorang sempitkan pemikiran.. jangan la mentang2 si suami tersebut suka berzina maka kauorang kata tak seperti kata-kata di atas sebabnya kauorang tak berzina. Bukan begitu.. maksud ayat di atas mungkin si suami kaki botol sebelum ni dan si wanita pulak kaki lawan ibubapa.. hah!! lebih kurang lah tuuu... dua-dua melakukan dosa!! faham?? tak faham meh aku tunjal la.. abis citer.

Aku ni nasihat atas dasar kemanusiaan dan jadi emosi kerana BERITA ni kat Melaka semalam... Aiiii.. apalah nak jadi diaorang ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com