Jumaat, 11 Disember 2009

Episod Berkhatan (12SX)

Sepertimana biasa topik berkhatan atau sunat biasa dilagukan ketika musim cuti sekolah... Semua orang happy citer pasal benda ni kecuali si mangsa atau lebih dikenali mereka yang bakal menjadi korban... Terutamanya ada iklan portong..potong.. potong p1 wimax tu.. lagi berderau jantung budak-budak ni.

SEBELUM

aku ingin citer sikit pasal zaman aku sunat. Ketika zaman aku era Tok Mudim kira baru jer abis dan diganti dengan era sunat di klinik kerajaan... aku masih ingat aku ketika tu giliran ke 7 iaitu no terakhir sebab doktor ketika tu macam mak ayah kita juga.. kalau nak sunatkan waktu pagi jer... darah kurang keluar. Jadinya subuh-subuh ghaib aku dah bangun dan mandi air perigi.. mak ai... punya la sejuk sampai aku fikir mesti bawah tanah umah aku ni ada ketulan ais... dah mandi pakai baju melayu.. bawa bersama sehelai kain pelikat.. ceittt.. apa barang pergi pekan pakai baju melayu ni???

SEMASA

Tiba di sana akupun bersama enam lagi budak menunggu nombor naik.. tapi dulu tak de kaunter no mcm sekarang.. dulu panggil nama.. kebetulan rakan sekampung aku no 6.. jadi ada jugak geng.. Kemudian muncul la seorang misi (nurse) suruh kami bertujuh tukar kain pelikat.. perghh... aku rasa macam darah aku tak mengalir je... Setelah selesai tukar kat kerusi menunggu tu jugak.. kami bertujuh tetap setia menunggu... ada budak sebelah aku dah mula membaca ayat-ayat muqqadam.. Sempat aku jeling budak no. 1.. pergh.. putih bersih sioott... suci jer muka budak tu... aku ingat masa tu budak tu pakai bedak.. rupanya itulah dipanggil pucat.

Jeng.. jeng jeng.. budak pertama dipanggil... aku plak rasa macam nak terkencing.. aku sound member aku yang no. 6.. diapun sama nak terkencing... pastu pergilah kitaorang keluar sambil diperhatikan menerusi ekor mata bapak kami berdua.. mungkin diaorang takut kami naik bas lari kat umah kot... Cari toilet tak jumpa2.. "ceittt.. klinik pun takde tandas... ahhh.. belakang ambulans ni pun boleh la Mizi" kata aku kepada kawan aku.. Maka dalam tempoh beberapa minit berlakulah 2 air terjun di bonet belakang ambulan.

Bila aku masuk kembali.. dah budak no. 3.. Mizi bersuara "aku nak pegi kencing lagi la...." ceitt budak ni.. banyak nau ke air kencing dia.. tapi disebabkan akupun tak sanggup tunggu dengar nama-nama terpanggil, maka aku join jugaklah si Mizi... sekali lagi peristiwa air terjun berlaku... Ketika itulah kali terakhir aku lihat bentuk semulajadi bahagian aku tu.. "aiii.. apalah rupa kau selepas ni..." bisik hati kecilku kepada si dia.

Tengah berkhayal berdua dengan kawan aku tu.. tiba-tiba... bapak Mizi keluar dan panggil untuk masuk ke dalam... aku tengok Mizi macam nak melompat dalam ambulan dan memandu ambulan tu je... tapi aku tahu itu mustahil.. maka kami berdua melangkah lemah longlai ke dalam klinik.... macam tak percaya semua ni akan berlaku dalam hidup aku... aku teringat macam mana bang Man.. bang Lan dan rakan2 mereka memberitahu aku bahawa kalau dia tak boleh gunting... dia gunakan 'chain saw' macam Acik Karim penebang pokok punya...
Walaupun mak aku tenangkan aku kata macam kena gigit semut api je... aku tetap tak boleh terima kenyataan itu terutama setelah aku cuba seekor semut api gigit tangan aku tempohari.. mak ai.. boleh tahan sakitnya..

Setelah sampai dikerusi Mizi diarahkan masuk dan aku sendirian di kerusi menunggu.. macam-macam terlintas kat kepala aku... kalau terpotong macam mana aku nak kencing lepas ni?? aduhaiii...
duduk salah.. berdiripun salah... aku pergi ke pintu bilik tempat mizi masuk.. dan lekapkan telinga.. "aiii.. senyap jer.. ntah-ntah mizi dah terkorban kot" alamak.. aku kena buat sesuatu ni...
Dalam tempoh seminit berfikir.. tiba-tiba pintu bilik tu terbuka.. Mizi keluar dengan sengihan macam kerang... "Hah! adik tak sabar nak masuk ye?? jom" Misi yang tadi aku tengok cun kini dah berubah macam Nenek Kebayan yang ingin memusnahkan hidup aku...

Di dalam bilik tu ada dua orang doktor lelaki (sekarang baru aku tahu itu hanyalah M.A atau Medical Assistant je) dan dibantu oleh seorang Misi Nenek kebayan tu.. Doktor pertama suruh aku baring dan bahagian bawah dibuka... disarungkan kain tebal macam permukaan gitar kapok yang ada lobang tengah....

Maka adegan yang tidak ku inginkan berlangsung.... dalam masa tak sampai 10 minit.. selesai... dan kini kepunyaanku berwajah baru..

Maka terjawablah sudah kadar kesakitan yang abg Lan dan rakan ceritakan hanyalah rekaan untuk mereka bakal bersunat... Tahun berikutnya giliran aku plak menakutkan adik aku bersama bunyi chain saw yang aku buat dengan suara...

SELEPAS

Sampai dirumah aku disambut macam pengantin nak naik pelamin.. dipimpin perlahan-lahan.. sambil terkengkang-kengkang aku berjalan.. tempat aku bersemayam jugak telah dipasang dengan kain yang digantung sebagai penutup si dia...

Selama dua minggu bermula la kehidupan aku yang zahir nampak macam raja kerana hanya tidor dan tengok tv.. tetapi secara batinnya tak ubah macam budak yang kehilangan semua gigi... ikan goreng-gereng tak boleh sebab berminyak.. ayam pantang.. ikan cencaru gatal... daging lembu luka lambat baik.. ikan kembung tak boleh.. kuah pun tak boleh sebab berair.. Kicap ada kacang..gatal, air masak sesudu selepas makan... aduhai.. abis apa makanan untuk aku??? Nasi putih dan ikan bilis direndam air panas.... perghh.. baru aku sedar aku tertipu minggu lepas.. patulah beria-ia suh aku makan ayam.. rupanya mulai hari ni aku dah tak boleh merasainya lagi... 5 meter dari aku Si Hitam sedang lazat meratah nasi berlauk ikan kembung... arrrggghh.. Si Hitam kucing bapa aku lebih beruntung daripada aku....

Setelah dua minggu yang aku rasakan bagai 2 bulan berlalu.. kini aku lebih segar.. dah sikat rambut belah tengah... tak mau pakai seluar pendek lagi.. aku dah dewasa dan yang paling penting aku dah boleh makan PEDAL AYAM.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com