Bagi remaja-remaja yang sedang melakukan juvana ataupun lebih mudah dipanggil jenayah remaja. Insaflah.. kauorang ingat Sekolah Pemulihan Akhlak tu best ke?? makan free?? lepak2 dengan geng tak buat kerja. Memang la semua tu ada.. tapi lebih dashat kalau kauorang dapat teman idup kat dalam tu...
Beringat sebelum kena.. jangan time dah kena tangkap baru nak sedih bagai... Jadi aku nasihatkan kalau kauorang tak takut jerigi besi tu.. takut la dengan apa yang ada dalam jerigi besi tu.. Mudah-mudahan keinsafan datang dalam diri kau dan akhrnya kau takut jua kepada Allah s.w.t.
HARIAN METRO : MELAKA: Akibat dipercayai tidak dapat mengawal gelora nafsu syahwat peliknya, seorang pelatih lelaki di Pusat Pemulihan Henry Gurney, Telok Mas, tergamak meliwat rakannya sendiri secara paksa selain melakukan seks oral. Malah, suspek berusia 20-an dan baru tujuh bulan menghuni pusat tahanan itu dikatakan meliwat mangsa yang berusia belasan tahun sebanyak dua kali. Perbuatan binatangnya itu bagaimanapun terbongkar selepas mangsa yang trauma dengan kejadian menimpanya itu enggan pulang ke pusat tahanan berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, berkata bertindak atas laporan polis dibuat seorang kakitangan pusat tahanan itu berhubung kejadian berkenaan pada 27 Februari lalu, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes terbabit. Katanya, polis amat memandang serius setiap aduan yang diterima. “Berdasarkan laporan polis itu, pengadu menyatakan seorang pelatih berusia belasan tahun mendakwa diliwat rakannya pada 8 Februari lalu.
Berita lanjut DI SINI
0 comments:
Catat Ulasan