Selasa, 24 November 2009

SEJARAH MELAKA (BAB 2: PEMERINTAHAN PARAMESWARA)

Bab 2 ini merupakan kesinambungan daripada Bab 1.

Pilihan Parameswara memilih Melaka sebagai negerinya memang tepat. Rupanya Melaka berada di tengah-tengah laluan antara China dan India dan Timur... Yelah boleh la jadi tempat menukar air baru dan membuang 'air' yang ada... Berbulan-bulan belayar mau tak penuh air sampai kepala... silap2 picit lengan pun boleh terpancut wooo... Aku rasa menyesal giler Eropah tak buka tanah kat area Melaka ni... Kalau tak mau keturunan orang Eropah aku skang ni.. hahaha..

Akhirnya Melaka menjadi pusat perdagangan termasyur. Antara yang didagangkan ialah sutera dan porselin dari China, kain dari Gujerat serta Coromandel di India, kapur barus dari Borneo, cendana dari Timor, buah pala dan bunga cengkih dari Molucas, emas dan lada hitam dari Sumatera serta timah dari Tanah Melayu.

Cuma yang aku tak puas hati kenapa orang Melaka pada masa tu tak popularkan belacan dengan cencalok.. kalau tak gerenti dua benda tu dah famous kat serata dunia... apa la orang Melaka ni.. tapi aku tahulah sebab apa kerana aku kan keturunan daripada Melaka walaupun arwah bapa aku asal Bugis Selangor. Sebabnya ialah orang Melaka kaya raya masa tu.... yelah sewa tanah untuk dirikan gerai je dah cukup buat makan 2-3 bulan... Ada Sastera Melayu kata.. pada masa tu.. kanak-kanak di Melaka main emas macam main batu seremban... Fuh!!!.. gila kayanya... mau pompuan zaman tu baju sulam2 pakai emas kot. Patut la jambatan ke Gunung Ledang selamba je pakai emas...

Sambung balik... beratus kapal singgah woo dalam setahun... kauorang bayangkan kalau cukai dikenakan... kaya raya Datuk Shahbandar (dia yang jaga pelabuhan kan??)

Pada 1404 hubungan Melaka mula terjalin bersama China menerusi utusan diraja China bernama Laksamana Cheng Ho. Laksamana Cheng Ho pun Islam, kau orang tahu kan?? maka terjalin la hubungan antara dua negara.

Kemudian pada 1414, seorang ulama datang ke Melaka dan seterusnya Parameswara memeluk Islam dan tukar nama Sultan Iskandar Syah.

Parameswara ni plak dikatakan berkahwin dengan Puteri Ratna iaitu anak Raja Pasai.. Jangan cari pasai nooo.. kahwin punya kahwin akhirnya dikurniakan seorang Putera...

Masa ni hubungan dua negara terus terjalin.. macam biasalah ada lawatan sambil belajar diaorang buat. Buat paper program lawatan belajar tapi mungkin melancong la.. alah kauorang macam tatau la plak strategi ni... Tapi pada masa tu rakyat Melaka 2,000 orang. Gila ker nak memberontak.. Pembangkangpun takde. Nak membangkang tak pasal-pasal kena pancung jer... Baik la diam.. lagipun bukan boleh mengundi Sultan lain pun.. SPR pun takdak. SPRM lagi la takdak!

Ada yang bagitau dalam tahun 1414 Parameswarapun mangkat... ada yang kata 1424 wallahualam... tapi lepas tu Sultan Muhammad Shah iaitu putera Sultan Iskandar Shah take over itu Melaka.. Nanti aku citer sket pasal sultan Muhammad Shah ni.. dia antara Sultan Melaka yang baik wooo...

Orang kata kat wikipedia.com ini gambar Parameswara.. Tapi kalau orang hentam jer sapalah yang tahu.. dah berapa ratus tahun daaaa... Kalau kauorang nak lukis orang lidi dan kata itu Parameswarapun sapa tokleh larang.. kauorang buat jelah...


2 comments:

surez berkata...

Correction there is no prove of Parameswara convert to Islam. Don't simply put your word here. He's an Indian Hindu Raja!

apek berkata...

Aku ikut buku yang aku baca dia convert Islam. That why i'm put my word here (my blog). Kita semua tak tahu sama ada dia Islam atau Hindu atau agama lain. Kalau kau rasa dia Hindu, up to you and put your word in your blog. Closed case.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com