Selasa, 23 Februari 2010

Siri I : Hutan Rekreasi Ayer Keroh Melaka

untuk lihat PENGENALAN

Hutan ni seluas 359 hektar. Oklah.. takdelah kauorang sesat mesat dalam tu nanti... Gambar dibawah ni pintu masuk ke Hutan Rekreasi..


Sebelah kiri pintu tu kauorang nampak lanskap air terjun.. cantikk.... aweknya pun vute jugak kan?? sesuai dengan hiasan belakang... Itu anak ke adik tu?? opss.. termelencong plak. Harap pemilik gambar jangan marah ek..

Ok aku sambung... ini merupakan antara Hutan Rekreasi yang banyak kemudahannya. Di dalam hutan ni ada Kg. Buku, ada Titian Silara a.k.a Jambatan Gantung sepanjang 218 meter setinggi 50 - 60 meter dengan masa berjalan 15 - 20 minit. Masa ni tidak termasuk kauorang tergigil-gigil kat atas. Dikhabarkan ada pernah sejam lebih kat atas tu.. Tapi mungkin jugak dia amik gambar flora dan fauna kot. Ops. Tapi naik ni kena bayaran tau.. RM3 utk dewasa, RM1 untuk kanak-kanak. Mungkin sebagai insurans kot. waallahualam..

Di dalam Hutan ni jugak ada beberapa taman iaitu

Taman Prasejarah:-

Taman ini diwujudkan berasakan imaginasi alam prasejarah dan memaparkan beberapa replika haiwan-haiwan primeval atau purbakala yang terdapat dibumi ini kira-kira 70 juta tahun dahulu. Sebanyak 15 jenis raksasa reptilia ukiran batu, dapat dilihat dalam persekitaran alam semulajadi yang hijau lagi nyaman. Diantara penghuni terawal yang dapat disaksikan termasuklah ‘Pteronodon’ iaitu reptilia terbang yang bersayap sepanjang kira-kira 8 meter, ‘Protoceratops’ yang mempunyai struktur tulang yang timbul seperti kipas di bahagian belakang tengkuknya, ‘Dimetrodon’ yang terdapat bentuk layar sepanjang belakangnya dan juga ‘Chelonian’ serta kumpulan reptilia berbentuk seperti penyu.


Gambar dibawah menunjukkan seorang perwira sedang menumpaskan haiwan-haiwan primeval tersebut. Hahahaa


Taman Cerita:-

Taman ini telah direka khas untuk kanak-kanak di mana terdapat empat buah cerita rakyat yang digambarkan dengan berbagai replica binatang-binatang yang menyerupai watak-watak utama di dalam cerita-cerita tersebut. Replika berukiran batu ini digambarkan di dalam beberapa situasi mengikut perjalanan cerita. Sebuah ‘buku terbuka’ yang mengandungi cerita ringkas disediakan pada setiap cerita. Cerita-cerita yang dipaparkan di sini
adalah :-

  • Arnab dan Kura Kura
  • Gagak Yang Pintar
  • Tupai dan Pipit
  • Sang Kancil dan Buaya
Aku aras aktiviti seperti teambuilding untuk kanak-kanak dan dewasa amat sesuai di sini.. siap ada padang luas tu..


Nak tidor sini?? Boleh... Jap aku copy paste dari Jabatan Hutan.

Beberapa jenis kemudahan penginapan disediakan di Hutan Rekreasi Ayer Keroh:

1. Asrama

Terdapat dua blok asrama yang memberi kemudahan penginapan yang agak selesa. Tiap-tiap satu asrama mempunyai enam bilik yang dilengkapi dengan katil dua tingkat, tilam, cadar dan bantal. Setiap satu mempunyai bilik mandi dan tandas serta tempat memasak yang sesuai di bahagian luar

* Kadar bayaran : RM 40.00 semalam bagi satu bilik.

2. Dangau

Terdapat 23 buah dangau iaitu 13 buah dangau lama dan 10 buah dangau baru juga disediakan di sini. Setiap dangau boleh memuatkan 4-5 orang pengunjung. Kemudahan asas disediakan. Walau bagaimanapun pengunjung perlu membawa sendiri kelengkapan tidur, alat memasak dan sebagainya

* Kadar bayaran : Dangau Lama = RM 20.00 Dangau Baru = RM 25.00 bagi satu malam

3. Chalet

Terdapat tiga unit chalet yang menyediakan kemudahan penginapan yang selesa. Di dalamnya disediakan katil, tilam dan almari/laci serta bilik air. Pengunjung juga boleh memasak di sini

* Kadar bayaran : RM 50.00 semalam bagi satu chalet.


Lokasinya kat depan Mini Malaysia berhampiran Muzium Orang Asli sebaris dengan taman Buaya. Tau?? Tatau.. cari la kar google.. panjang nau dah entry ni.. kang kauorang boring plak.

Ok tamat citer pasal Hutan Rekreasi Ayer Keroh.. nantikan citer pasal Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah

6 comments:

nurul berkata...

bestnye..nk melancong jugak..hu2..

apple berkata...

ada no contact pihak pengurusan di sana x? in case nak buat aktiviti di situ?

apek berkata...

sorry lambat bro.. boleh telefon Jabatan perhutanan Negeri Melaka di talian
06-2316095

Unknown berkata...

Wah, blog tuan sangat menarik dan berinformatif. Izinkan saya menambah maklumat. Aktiviti-aktiviti di Hutan Rekreasi Ayer Keroh Melaka kini giat dijalankan oleh Syarikat Bayu Network Recreation Centre. Untuk maklumat lanjut sila layari - www.bayunetwork.com
Terima kasih..

Unknown berkata...

Ini link dia ya http://www.bayunetwork.com/
Terima Kasih..

apek berkata...

terima kasih doktor

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com