Kalau nak try Nasi ala Arab aku cadangkan kat area Bukit Katil.. Kalau daripada trafic light JPJ ke Duyong.. selepas Asam Pedas Ramlah sebelah kiri.
Dia buka jam 2 ptg - 4 ptg kemudia jam 6 ptg ke malam...
Aku order Lamb Hanith. Beza antara hanith dan kabsyah ialah hanith ni roasted manakala kabshah ialah 'stim' atau kukus. Kambingnya sangat terasa rempah dan lembut. Serius lembut takde liat-liat. Kemudian aku order Saudi Cocktail yang mengandungi buah Mangga, strawberry dan kurma yang diblend. Rasanya sangat asli dan berbuah. Dah nama minum buah.. mestilah rasa buah. Gambarnya seperti dibawah:
Kemudian aku order Grape leave. Dah nama grape maka isinya pulut itu dikukus menggunakan daun anggur. Rasanya masam-masam sedikit...
Harganya seperti dibawah... Sesekali merasai nikmat nasi arab apa salahnya..
Chow..
4 comments:
harga ok jugak ek..tq pek share info ni.. :)
wah..kena try ni.murah pulak tu.setakat ni kalau nak pekena arab mesti p Dima Restaurant kat Bukit Beruang tu..bagus la klu ada kedai arab lain, baru ada competitor kn..thank info ye... ;)
no problem... ^_^
Kedai ni tutup kol brapa
Catat Ulasan