Jumaat, 12 Februari 2010

Gong Xi Fa Chai Dalam Suasana 1 Malaysia

Sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan 1 Malaysia.. aku jugak tak lupa mengucapkan selamat tahun baru cina. Aku terpanggil kerana kagum dengan sahabat aku yang cipta muka rimau ni di blog beliau. Aku gelar dia si psiko. nampaknya psiko ni handal dalam bab grafik.. kalau kauorang nak tempah bolehlah menerusi aku.. agar boleh aku up sket erge.. hehehe. Ni salah satu gambar di blog dia yang aku minat dan gambar ni dikaitkan dengan perayaan tahun baru cina sempana tahun harimau.



Sebenarnya sebelum PM umum 1 Malaysia.. aku kat kg memang dah geng dengan cina dan India. Apa yang menarik zaman tu kitaorang tak fikir pun pasal persaingan. Orang cina belajau dengan kami main gasing.. cilakak Ah Seng sampai pecah tingkap umah aku kau rembat layangkan gasing ko tu. Nasib baiklah ko ganti yang lain... kalau tak memang kena sunat dgn apak aku..

Lepas tu budak-budak cina ubah suai main guli dengan guna duit sebagai pertaruhan.. "sing.. kiss sing.." itulah perkataan yang selalu digunakan bila menghentam duit syiling dalam bulatan. Hawau.. tak pasal-pasal aku pun terbabit.. tapi tu zaman jahiliah.. masa tu yang aku tau guna daun terup je dikira berjudi.. hehehehe

Paling menarik time perayaan.. waktu raya diaorang datang umah.. masa raya cina aku pergi umah diaorang.. tetapi kalau datang raya ketama selalunya kena halau sebab diaorang tengah main daun terup. Esoknya baru datang dan selalunya antie tu jamu dengan air kotak, kacang dan gula2..

Lepas seminggu antie tu hantar pelbagai jenis makanan ke rumah aku.. sebagai balasan mak aku selalu antau kuih raya ke rumahnya bila lepas raya.

Dengan budak-budak India selalunya kitaorang bersama pergi jerat ayam kat area pokok kelapa sawit.. dapat ayam bahagi dua. Kadang-kadang tolong diaorang kejar biawak.. perghh.. memang ganas budak-budak India ni bila tangkap biawak..

Deepavali pergi makan maruku umah Govi..

Aku ingat lagi dulu ada citer Seiring dan Sejalan.. budak melayu, india dan cina mengembara guna basikal... itu yang selalu kitaorang lakonkan..

ada masa main jual-jual. India jadi driver, cina jadi jual ikan.. melayu jadi suri rumah. Itulah permainan hinggalah mak panggil. Petang sambung main tembak-tembak...

Begitulah kami idup dalam keadaan 1 Malaysia. Aku rasa kalau presiden Amerika tengok cara kitaorang bermainpun pening kepala dia nak pecah belahkan pelbagai kaum ni.

Sekarang ni.. aku dah tak jumpa lagi kengkawan aku tu lagi.. kalau dia baca aku nak ucapkan GONG XI FA CHAI.. itupun kalau dia kenal aku.. tapi kalau dia baca kisah masa kecik tu.. tentu dia taupunya.. dengan ucapan ada brani jom main guli lagi.




4 comments:

Lt. fDanialz berkata...

mmg susah nak capai perpaduan macam korang huu

apek berkata...

tul tu danny.. insyaAllah kita usaha sama-sama

Tanpa Nama berkata...

pandai ye kau crop kan grafik tu

thehehe...

ni la bahana sekolah banyak jenis... jenis cina cina.. jenis tamil.. makin renggang generasi malaysia bukan makin rapat.

kalau dalam Universiti semua pakat dok sekelompok ngan kaum memasing jek...

apek berkata...

hahaha.. aku crop tapi still bagi link ko lagi bro..

bahana sekolah ek?? tapi dulu kitaorang sekolah asing-asing jugak tapi time main sesama. Aku rasa sebab peranan keluarga kot. Keluarga aku dan diaorang semua tidak ada larangan berkawan kaum asing-asing.. siap galakkan lagi..

Hal kat U tu aku amat setuju kat ko gen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com