Isnin, 23 Julai 2012

jom baca Buku Doktor Umum : Memoir Tun Dr. Mahathir


Aku baru abis baca Buku Doktor Umum : Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan 963 Muka surat bersamaan 63 bab.



Secara keseluruhannya aku yang memang minat pemikiran Tun Dr. Mahathir (TDM) sangat bangga memiliki buku ini walaupun ianya hadiah daripada Cik Teman. 

Setelah baca buku ini bertambah keyakinan aku pada kesungguhan TDM mentadbir Malaysia hingga menjadi kilauan permata dunia hari ini. Aku tahu ada yang kurang menyokong dan terus menerus menghina TDM. Tak dinafikan semasa aku di Universiti tahun 1998 iaitu peristiwa Anwar dipecat, aku juga sokong habis Anwar. Diakui tutur kata Anwar ketika jadi TPM membuatkan aku yang mentah ini menyanjungi beliau berbanding TDM. Tambahan pula, ketika itu maklumat yang sampai sangat terhad. Mana ada blog yang menceritakan hal-hal sebenar ni. Jadi sebagai bekas mahasiswa aku nak nasihatkan para mahasiswa, selidik terlebih dahulu dalam-dalam sesuatu perkara dan fikirkan dengan matang. Jangan la fanatik keterlaluan terhadap sesuatu atau seseorang kecualilah terhadap Rasulullah s.a.w.

Kini setelah aku habis 62 bab ni, aku tahu betapa TDM ni seorang yang sangat kenegaraan. Boleh dikatakan beliau lebih mementingkan negara daripada diri sendiri. Aku tahu MUNGKIN ada yang cakap TDM berbohong menerusi buku ini. Tetapi pada pandangan aku, sebagai seorang manusia yang rasional membohong melalui buku adalah sesuatu yang tidak masuk akal terutama apabila dalam buku tersebut melibatkan orang sekeliling termasuk musuh sendiri. Sangat mustahil berbohong menerusi buku terutama melibatkan musuh dan hal ehwal negara serta buku ini bakal di baca oleh seluruh pelosok dunia  di mana ia dikarang oleh pemimpin terkenal dengan gelaran musuh Yahudi dan lantang bersuara. Amacam? fikirlah logiknya. Kalau ada maklumat tidak tepat tentu musuhnya dah betah semula buku ini. Kalau salah apa yang dia terangkan, tentu pihak tertentu yang tertuduh boleh pertahankan diri. Fikir.. fikir.. fikir...

Di dalam buku ini juga, aku rasa banyak sangat perkara yang kita tidak ketahui tetapi akhirnya dibongkarkan oleh TDM.

Antara yang menarik minat aku ialah ketika TDM kecil yang pernah dibuli rakan sekolah :)
Kemudian semasa TDM dalam era awal penglibatan politiknya
Kenapa beliau membina Lebuhraya, KLIA, Putrajaya, Jambatan Bengkok, Laluan keretapi dan pelbagai lagi
Cara beliau dipilih menjadi TPM oleh Tun Hussein,
Hubungan beliau dengan Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak
Cara beliau memilih TPM beliau
Kisah beliau dengan Lee Kuan Yew
Kisah bagaimana pemecatan Anwar
Kaedah beliau bersama pasukan menyelamatkan ekonomi negara
dan yang paling terkesan ialah
Kisah bagaimana penggantinya yang kurang berkesan meneruskan pentadbirannya
Hubungan Malaysia dan Singapura.

Sebenarnya banyak sangat lagi.... tapi aku percaya banyak lagi hal ehwal negara yang rahsia disimpan oleh TDM. 

Bawah ni antara bab yang terdapat dalam buku ini.... Harganya juga hanya RM59.90 je (kata Cik Teman la..)




Jenuh jugak aku nak ngabiskan.. anyway membaca itu pelita ilmu.. membaca la.. dan aku bukan pro mana-mana pihak,  Buku Soal Jawab Ustaz Azhar Idrus pun aku ada beli, Majalah Perajurit pun aku langgan sejak 2 tahun lepas. Semua itu tujuannya untuk menambah ilmu pengetahuan aku je. Prinsip aku senang je.. baca je kemudian fikir dan nilai yang terbaik. Kan Allah dah bagi otak.

Chow.

3 comments:

Saleha Syuhada berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Saleha Syuhada berkata...

yea, sya sokong apa yg anda huraikn. saya bnyak membaca buku brkaitan Tun Mahathir, dari pembacaan itulah sya kenal pemimpin ini yg trlalu byk brjasa. Disebabkan kurang membaca ramai rakyat Malaysia prcaya dgn bulat2 dakyah dari Barat sehingga mrka sanggup menentang pemimpin yg bnyk membela kita.

Oleh itu, jgn menyerang membuta tuli kelak memusnahkan diri.

Membaca pelita hati dan minda.
peace :)

apek berkata...

Alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com