Khamis, 25 Februari 2010

Penyamun Memang Kerja Menyamun. Hawau

Bila penyamun kena tangkap kat Melaka ni.. terbayang wajah-wajah kesyukuran di mata rakyat Melaka yang baik... tapi dalam pada itu ada juga kes lain... Berita-berita macam ni buat aku berfikir adakah kejahatan tak akan berputus.. maknanya sentiasa wujud...



MELAKA: Empat penyamun bukan saja memperagakan aksi berani mati apabila memecut laju motosikal yang dinaiki, malah sempat menunjukkan isyarat bagus sambil menghayun parang tajam ke arah orang ramai yang cuba membantu mangsa rompakan kedai emas di Jalan Kandang dekat Ayer Molek, dekat sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, empat penjenayah terbabit dikatakan menunggang dua motosikal Yamaha RXZ dan bersenjatakan tukul besi ketika merompak Kedai Emas Tong Hin, dan menyebabkan mangsa kerugian kira-kira RM250,000.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Hamdan Majid, berkata siasatan mendapati empat penjenayah yang belum dikenal pasti identitinya hanya mengambil masa dua hingga tiga minit melarikan 10 dulang pelbagai jenis barangan kemas disumbat dalam karung kain.


Menurutnya, siasatan di tempat kejadian dan soal siasat ke atas beberapa saksi mendapati empat penjenayah menggunakan topi keledar berpenutup penuh bagi menyembunyikan identiti mereka.


“Kejadian samun ini berlaku begitu cepat, malah selain menggunakan topi keledar berpenutup penuh, suspek penjenayah memakai kain menutup muka dari bawah mata hingga ke bawah dagu ala ‘Zorro’.

Berita lanjut di SINI

Ekspo Perdagangan Islam Sempena Maulidur Rasul 1431H

Hari ini hingga 28 Februari 2010, sempena sambutan Maulidur Rasul satu Expo Perdagangan Islam diadakan di masjid Al-Azim.


Banyak ceramah-ceramah dan aktiviti dijalankan. Gerai pameran pun banyak....

Amat sesuai dalam menyemarakkan masjid bersama keluarga.

Jadual aktiviti seperti di bawah

25 Februari 2010 (Khamis)

26 Februari 2010 (Jumaat)

27 Februari 2010 (Sabtu)

28 Februari 2010 (Ahad)

Siri IV : Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Rujuk Pengenalan

Di bawah ni aku bawakan fakta daripada Pejabat Hutan Negeri Melaka.

Hutan Simpanan Cape Rachado (Tanjung Tuan) merupakan salah satu daripada Hutan Simpanan Kekal yang tertua di bawah pengurusan dan kawalan Jabatan Perhutanan Negeri Melaka. Kedudukan Hutan Simpanan Kekal ini dikelilingi Laut Selat Melaka dan tanah daratnya bersempadan dengan Negeri Sembilan. Hutan ini terletak kira-kira 20 km dari Bandar Port Dickson, Negeri Sembilan dan kira-kira 80 km dari Melaka, Bandaraya Bersejarah.

Hutan Simpanan Cape Rachado (Tanjung Tuan) telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan (kemudian dipanggil Hutan Simpanan kekal) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 1921 dengan keluasan asal 80.97 hektar (200 ekar).

Pada tahun 1969, seluas 16.19 hektar (40 ekar) telah diwartakan keluar daripada status Hutan Simpanan Kekal oleh kerajaan Negeri Melaka bagi tujuan awam dan sehingga kini masih belum dibangunkan dan keadaannya masih seperti sediakala (berhutan).

Pada 5 Januari, 1971, Kerajaan Negeri Melaka telah meluluskan seluas 60.70 hektar (149.98 ekar) baki kawasan Hutan Simpan Cape Rachado (Tanjung Tuan) sebagai “Suaka Hidupan Liar” bagi binatang-binatang dan burung-burung yang mungkin terdapat di kawasan yang disimpankan kepada PERHILITAN.

Pada 4 Februari 1991 pula, Kerajaan Negeri Melaka telah mewartakan sebahagian kawasan “Suaka Hidupan Liar” iaitu seluas 8.09 hektar (20ekar) sebagai Kawasan Perlindungan Mergastua

Kemudian tahun 1996, Kerajaan Negeri Melaka telah pun meluluskan permohonan sebuah syarikat swasta (Dataran Baiduri Sdn. Bhd.) untuk memajukan Taman Rekreasi dan Mergastua Cape Rachado (TanjungTuan). Mengikut pelan kelulusan, kawasan itu meliputi seluruh Hutan Simpanan Cape Rachado yang asal, termasuk yang telah diwartakan keluar, kecuali beberapa lot tanah.




Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini seperti berkelah, menaiki bot, bermain layang-layang dan berenang (risiko adalah tanggungan sendiri). Terdapat juga perkhidmatan menunggang kuda, tetapi caj dikenakan.
Setiap pagi, ramai penduduk dari kawasan sekitar datang ke pantai ini untuk menangkap udang geragau (sejenis udang halus) yang banyak terdapat di sini, terutamanya pada bulan Ogos hingga Oktober. Ini adalah kerana aktiviti ini bermusim mengikut tiupan angin monsun.
Geragau sangat popular di Melaka terutamanya untuk dibuat belacan dan cencaluk. Sementara itu, pada setiap hari Ahad dari 4.30 petang ke 6.30 petang terdapat persembahan “Dondang Sayang” percuma.

Hutan Rekreasi Sungai Udang

Daripada Pengenalan

Aku kira Hutan rekreasi ni antara yang sesuai dijadikan tempat bersantai dan makan-makan seisi keluarga kerana ia betul-betul tepi jalan Sungai Udang. Tapi kalau kauorang terdengar letupan jangan plak meniarap. Itu mungkin latihan komando atau tentera markas 3 Divisyen sedang buat latihan.


Hutan ni berkeluasan 335 hektar dalam Hutan simpan Sungai Udang merupakan jenis Hutan Dipterokarp Pamah. Hutan rekreasi ini terdapat pelbagai jenis flora dan fauna yang sesuai untuk melakukan aktiviti rekreasi luar.

Kat Hutan Rekreasi ni ada tapak untuk berkhemah dan laluan jogging.. banyak oxygen woo kat sini.. Kira laluan denai banyak kat sini.. tapi janganlah kauorang bimbang sampai termasuk dalam kawasan latihan tentera.. selalunya tentera berlatih di hutan seberang kauorang tu... Takkan la Jabatan Hutan tak pikir benda tuu..



Selain daripada itu kanak-kanak juga sesuai mempelajaran Fauna dan flora di sini..



3 gambar di atas aku amik dari SINI. Aku harap pemilik tak marah sebab aku dah bagi linknya di sini... ^_^

Selasa, 23 Februari 2010

Siri II : Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah

Dari Pengenalan

Penubuhan Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah ini bertujuan menjadikan Hutan Rekreasi ini sebuah kawasan beriadah dan beristirehat pilihan selain daripada Hutan Rekreasi yang lain.. tapi harap maklum Hutan rekreasi ni memang jauh ke dalam. Ia terletak di Hutan Simpanan Bukit Senggeh yang berkeluasan 208 hektar. Memang tak dinafikan hutan ni kaya dengan pelbagai flora dan fauna dan landskap yang asli dengan persekitarannya yang indah. Kawasan ini menjanjikan suasana yang nyaman, damai dan menyeronokkan sebagai tempat berkelah dan beriadah.



Kedudukannya yang 10km daripada pekan Selandar membuatkan ianya kurang popular, namun aku percaya Jabatan Hutan sedang merancang untuk mempopularkan Hutan ni.. Aku pernah pergi Hutan ni dengan klik2 aku dulu.. agak sunyilah.. tapi Ranger Hutan ada situ untuk menemani kalau kauorang nak berkelah..

kalau yang jenis gagah perkasa dan brutal.. kauorang boleh kot bawak pegi sini.. tapi kalau siap nak bawak buaian baby.. emm.. pegi jelah Hutan Rekreasi Melaka kat tempat lain.

Ok sambung lagi nanti..

Siri I : Hutan Rekreasi Ayer Keroh Melaka

untuk lihat PENGENALAN

Hutan ni seluas 359 hektar. Oklah.. takdelah kauorang sesat mesat dalam tu nanti... Gambar dibawah ni pintu masuk ke Hutan Rekreasi..


Sebelah kiri pintu tu kauorang nampak lanskap air terjun.. cantikk.... aweknya pun vute jugak kan?? sesuai dengan hiasan belakang... Itu anak ke adik tu?? opss.. termelencong plak. Harap pemilik gambar jangan marah ek..

Ok aku sambung... ini merupakan antara Hutan Rekreasi yang banyak kemudahannya. Di dalam hutan ni ada Kg. Buku, ada Titian Silara a.k.a Jambatan Gantung sepanjang 218 meter setinggi 50 - 60 meter dengan masa berjalan 15 - 20 minit. Masa ni tidak termasuk kauorang tergigil-gigil kat atas. Dikhabarkan ada pernah sejam lebih kat atas tu.. Tapi mungkin jugak dia amik gambar flora dan fauna kot. Ops. Tapi naik ni kena bayaran tau.. RM3 utk dewasa, RM1 untuk kanak-kanak. Mungkin sebagai insurans kot. waallahualam..

Di dalam Hutan ni jugak ada beberapa taman iaitu

Taman Prasejarah:-

Taman ini diwujudkan berasakan imaginasi alam prasejarah dan memaparkan beberapa replika haiwan-haiwan primeval atau purbakala yang terdapat dibumi ini kira-kira 70 juta tahun dahulu. Sebanyak 15 jenis raksasa reptilia ukiran batu, dapat dilihat dalam persekitaran alam semulajadi yang hijau lagi nyaman. Diantara penghuni terawal yang dapat disaksikan termasuklah ‘Pteronodon’ iaitu reptilia terbang yang bersayap sepanjang kira-kira 8 meter, ‘Protoceratops’ yang mempunyai struktur tulang yang timbul seperti kipas di bahagian belakang tengkuknya, ‘Dimetrodon’ yang terdapat bentuk layar sepanjang belakangnya dan juga ‘Chelonian’ serta kumpulan reptilia berbentuk seperti penyu.


Gambar dibawah menunjukkan seorang perwira sedang menumpaskan haiwan-haiwan primeval tersebut. Hahahaa


Taman Cerita:-

Taman ini telah direka khas untuk kanak-kanak di mana terdapat empat buah cerita rakyat yang digambarkan dengan berbagai replica binatang-binatang yang menyerupai watak-watak utama di dalam cerita-cerita tersebut. Replika berukiran batu ini digambarkan di dalam beberapa situasi mengikut perjalanan cerita. Sebuah ‘buku terbuka’ yang mengandungi cerita ringkas disediakan pada setiap cerita. Cerita-cerita yang dipaparkan di sini
adalah :-

  • Arnab dan Kura Kura
  • Gagak Yang Pintar
  • Tupai dan Pipit
  • Sang Kancil dan Buaya
Aku aras aktiviti seperti teambuilding untuk kanak-kanak dan dewasa amat sesuai di sini.. siap ada padang luas tu..


Nak tidor sini?? Boleh... Jap aku copy paste dari Jabatan Hutan.

Beberapa jenis kemudahan penginapan disediakan di Hutan Rekreasi Ayer Keroh:

1. Asrama

Terdapat dua blok asrama yang memberi kemudahan penginapan yang agak selesa. Tiap-tiap satu asrama mempunyai enam bilik yang dilengkapi dengan katil dua tingkat, tilam, cadar dan bantal. Setiap satu mempunyai bilik mandi dan tandas serta tempat memasak yang sesuai di bahagian luar

* Kadar bayaran : RM 40.00 semalam bagi satu bilik.

2. Dangau

Terdapat 23 buah dangau iaitu 13 buah dangau lama dan 10 buah dangau baru juga disediakan di sini. Setiap dangau boleh memuatkan 4-5 orang pengunjung. Kemudahan asas disediakan. Walau bagaimanapun pengunjung perlu membawa sendiri kelengkapan tidur, alat memasak dan sebagainya

* Kadar bayaran : Dangau Lama = RM 20.00 Dangau Baru = RM 25.00 bagi satu malam

3. Chalet

Terdapat tiga unit chalet yang menyediakan kemudahan penginapan yang selesa. Di dalamnya disediakan katil, tilam dan almari/laci serta bilik air. Pengunjung juga boleh memasak di sini

* Kadar bayaran : RM 50.00 semalam bagi satu chalet.


Lokasinya kat depan Mini Malaysia berhampiran Muzium Orang Asli sebaris dengan taman Buaya. Tau?? Tatau.. cari la kar google.. panjang nau dah entry ni.. kang kauorang boring plak.

Ok tamat citer pasal Hutan Rekreasi Ayer Keroh.. nantikan citer pasal Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah

Hutan Rekreasi Melaka (Pengenalan)

Sapa kata Melaka tak dak Hutan untuk rekreasi?? Jangan berlawok.. Walaupun Melaka ni membangun fizikal yang amat pesat tapi hutan ada juga untuk warisan generasi akan datang. Aku akan bawakan 4 entry mengenai Hutan ni... Maklumat hutan-hutan ni aku perolehi dari Jabatan Hutan Negeri Melaka.

Gambar diatas tiada kaitan dengan Jabatan Hutan


Antara Hutan Rekreasi Melaka yang bakal aku bentangkan

  1. Hutan Rekreasi Ayer Keroh
  2. Hutan Rekreasi Bukit Batu Lebah
  3. Hutan Rekreasi Sungai Udang
  4. Hutan Rekreasi Tanjung Tuan

Gambar Hiasan semata-mata

Isnin, 22 Februari 2010

Try Dating kat Kings & I Restaurant plak

Ahad lepas aku atas arahan bos kena entertain seorang VIP Malaysia ni.. (tapi takdelah tahap menteri.. cuma kalau sebut organisasinya semua mereka yang berkerja confirm tahu) pergi makan kat Kings Hotel Melaka.


Tempat yang digelar King & I. Kira mcm Anna and The King la ni...

Makanan kat sini berorientasikan Thai.. masa aku makan tu.. antara menunya nasi putih + Tomyam Udang Kara dan ada 5 - 6 jenis lagi lauk termasuk air halia (perghh asyik sendawa je balik umah). Aku tak amik gambar kat meja makan sebab rasa macam jakun plak amik gambar kat meja makan depan diaorang yang amat profesional tu...

Aku cuma sempat amik gambar sebelum diaorang sampai kat sekita King & I Restorant.

Kos?? aku makan untuk set hidang 6 orang RM270.00. Kalau si suami sesekali datang Melaka tu bawak la sini.. tempatpun romantik.. aku pergi tu waktu siang.. kalau malam mau leleh pasangan dengan suasananya.. Kat luar bangunan plak cahaya berwarna warni.. lagi la lomantik maaa..

Aku tengok menu dia.. kalau makan berdua tu tak abis kot seratus... alah sesekali.. ye tak?





Semoga Jadi Kenyataan Untuk Rakyat Melaka

Dua akan datang diramalkan Melaka hujan iaitu berdasarkan Jabatan Meteorologi terutama pada sebelah petang. Kalau betul terjadi. Alhamdulillah.. syukur... Yelah cuaca sekang panas tak hinggat....


Namun, ingin aku ingatkan bahawa ramalan tu berdasarkan ilmu pengetahuan sains dan teknologi yang Allah kurniakan sedikit je pada manusia. Sesungguhnya DIA Maha Penentu segalanya.

Macam berlaku baru-baru ni.. langit dah hitam, pekat, berkilat.. alih=alih turun gerimis je.. Renyaipun tak... hanya gerimis...
Anyway syukur jugaklah.. sebab dah itu yang Allah rezekikan untuk rakyat Melaka..





Tapi bila dapat tengok awam hitam macam tu.. terubat jugak rindu kepada hujan. Hujan air tau.. bukan band hujan. Serius.. dah lama rasanya tak mengecapi nikmat awam hitam.. angin plak turun.. kadang-kadang menjadi satu nikmat yang kita rindui dikala musim kemarau ni.

Edisi Melaka: Budak-Budak Sekarang Ada Yang Hampeh

perghh tak faham aku budak-budak zaman sekarang ni.. sesuka hati jer tinggalkan mak bapak.. kauorang fikir kauorang dah besar.. kauorang power ker???

Kalau lelaki aku boleh anggap la merantau.. cari pengalaman.. itupun perlukan keizinan parent kauorang..

Ini perempuan... ceittt... aku yakinlah satu hari nanti kauorang akan menyesal akan perbuatan kauorang tu... terutama bila Allah telah menurunkan balasan ekoran melukakan hati mak bapak kauorang...Aku amat yakin tentang itu untuk manusia seperti kauorang ni..

Esok-esok mak bapak dah tak de kat dunia ni.. jangan baru tu nak nyesal mengalir air mata.

"Menangis Konon. Tak tahu malu.. pergi kau menangis di sana!! Buat apa kau menangis di sini??" Sedutan filem ibu mertuaku. Tapi aku ubahsuai sikit daripada scene kat bawah ni... hahahaaha




Aku harap kau bertaubatlah sementara pintu taubat masih terbuka dan kembali ke pangkuan yang berhak... Tv pun dah banyak buat drama pasal anak macam ni.. kerr kauorang tak tengok citer Akukah Tanggang?? Kalau adapun masalah cuba bawak berbincang. Takkan dalam family tu semua yang jahat. Mustahil..


::Nasihat di atas tdak ditujukan kepada sesiapa. Namun sebagai nasihat kepada semua termasuk diri aku sendiri::

Berita yang berkaitan di Harian Metro

Jalan Telok Mas - Pernu Telah Diturap

Bagi pengguna yang selalu gun jalan ni mungkin dah perasan perkara ni.. tapi bagi pengguna yang setahun sekali (raya) guna jalan ni.. meh aku nak bagitau.. jalan ni udah diturap semula..


Kalau sebelum ni.. pergh.. Kalau sakit perut boleh terkencit dibuatnya... dengan lubang.. dah macam lopak bulan..

Ada juga kes penunggang motor jatuh.. rim bengkok dan sebagainya... Kalu kancil.. mau bergegau satu dashboard...


Alhamdulillah sekang selesai.. harap-harap kerja-kerja penggorekkanpun dah lepas.. jangan lepas ni tetiba teringat satu kabel lagi diperlukan.. memang nak nak kena sekeh.. itu hari kau tak nak masukkan sekali hawau!!

So, kalau kauorang nak balik Melaka.. tak perlu khuatir tentang jalan bergegau tu lagi ye..


Chow





Jumaat, 19 Februari 2010

Superhero Dari Kuantan

Inilah superhero di mata aku..

Aku selalu berangan aku jadi macam adik Nurul Afiqah ni.. menyelamatkan orang dengan menggunakan badan. alah macam movie-movie hero tu.. kalau awek yang jadi mangsa lagi bagus. hahaha..



Tapi walau bagaimanapun aku respek adik ni hingga aku langgar dan buat entry luar bumi melaka. Hanya 1 dalam 100 kot...

cayalah dik.. kalau dik ahli keluarga saya.. memang saya julang jadi superheroIN.

kauorang faham tak apa aku cerita ni??

Kisah kat utusan hari ini.. seorang budak ni Nurul Afiqah berumur 19 tahun melindungi tubuh adiknya berusia tiga bulan dari dihempap almari dengan menggunakan belakangnya.

Cerita penuh kat SINI

Bayi dan Baldi

Jaga anak-anak anda sebelum anda menyesal.

itulah pesanan yang boleh aku nyatakan.. aku kata begitu sebab berlaku satu kemalangan di Jasin Melaka melibatkan seorang kanak-kanak berusia 19 bulan lemas dalam baldi di bilik air. Fuh sadisnya... Semoga Allah mencucuri rahmat kepada kanak-kanak tersebut dan diberikan ketabahan dan kesabaran yang tinggi kepada parent mereka.

Gambar hiasan sahaja


Kita memang sedar anak-anak kecil memang teruja tengok air terutama air bertakung dan mereka tidak tahu mengenai bahaya. Kalau letak rimau depan diaorangpun.. silap gaya rimau tu dia gigit.

Namun, kita semua kena akur qada' dan qadar daripada DIA yang mencipta segala-galanya.

Walaupun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. hakikatnya itulah yang telah tersurat, maka suka atau tidak kena telan jua.

Al-fatihah untuk adik Muhammad Haikal.

Tips mudah untuk yang ada anak kecil
  1. sentiasa tutup pintu bilik air
  2. kalau nak buat simpanan air beli yang bertutup

Berita penuh di Harian Metro

Kampung Buku Melaka err.. Rumah Buku kot

errr.. sempat setakat satu post lagi ni sebelum aku ke masjid sebelah ofis aku ni..

Ada orang tanya aku pasal Kampung Buku Melaka..

Kampung Buku ni asal usulnya ialah daripada Langkawi. Lepas kat sana tak beroperasi.. Melaka minta dipindahkan ke Melaka. Permohonan tersebut diluluskan. tahun 2007 launching kat Melaka. Kawasan kampung Buku ni betul-betul tengah hutan Rekreasi. jadi tak hairan kalau tengah baca buku ada yang bercerita terserempak monyet dan ular. Tapi jangan risau itu luar kanpung buku. Kampung Buku ni full ditutup dengan cermin.. So, monyet boleh tengok kauorang tapi tak boleh cuit kauorang pun.

Tempat yang sunyi dan sesuai untuk kauorang study atau buat tesis ke.. atau buat research ke.. memang mantop.


Nak pergi sana.. memang ada susah sket nak terangkan.. aku mintak bantuan google map pun.. tak berapa nak membantu.. namun gabungan google map dan penerangan aku.. InsyaAllah kauorang jumpa kot.. sebab aku jangka singboard pun banyak.


Ok rujuk gambar di atas. Itu jalan selepas kauorang masuk tol Ayer Keroh. Nampak Zoo Melaka tulisan hijau tu... kat seberang sana kan ada Taman buaya.. dan bulatan purple tu adalah Taman Buaya bersama McDonald.. pastu kauorang jalan sket. ada jumpa Muzium orang asli... Dalam google takde tunjuk jalan tu.. tapi sebenarnya ada jalan dan aku wakili dengan line kuning. Jalan lebih kurang tulah... hingga sampai hujung tu ada simpang kanan pastu terus je.. sampai hujung hutan rekreasi.. ada parking lot.. dari situ kauorang akan nampak banyak signboard ke arah kg buku yang beberapa meter je dari situ..

kauorang nampak bumbung gambar bawah tu.. itrulah kampung Buku.. Kampung ker?? aku rasa Rumah Buku kot sesuai. hehehe...




Kalau tak paham jugak penerangan aku... telefon sendiri

Kampung Buku Malaysia, Melaka,
Taman Botanikal Melaka,
Hang Tuah Jaya, Lebuh Ayer Keroh,
75450 Melaka.
Tel:06-2519181
Fax:06-2519182



Cukai Tali Air Melaka Mansuh

Bagi mereka yang ada tanah kebun kat Melaka Tengah dan Jasin, ni ada berita baikkk punya. Mengikut laporan MHI rupanya sejak Januari 2010 cukai tali air telahpun dimansuhkan. Camane aku boleh terlepas berita ni?? Supaya orang lain tak terlepas berita ni.. akupun sebarkan menerusi blog aku ni dengan tujuan semua orang tahu..


Jadi kepada yang ada sedara mara berkaitan.. mintak plak kat kauorang cukai tali air sebab share nama kat geran.. kauorang sebat je dengan tali. Asyik mintak duit je keje nye. Tapi!!! bagi yang tertunggak hutangnya.. diminta selesaikan dulu...
Dengan pelepasan cukai ni.. Kerajaan Negeri kehilangan pendapatan lebihkurang RM100,000 setahun. Pandai-pandailah Kerajaan nak cari duit tambahan ye tak?

Alor Gajah?? weeyy diaorang sejak 2003 dah mansuh. Kenapa MT dan Jasin lambat mansuh.. itu aku no idea.. kena tanya jawatankuasa berkaitan atau persatuan pekebun kecil kot.

Teksi Air Untuk Seorang Kawan

Salah seorang kawan maya aku bernama purpleviolet yang terkesima dengan entry pelancongan Teksi Air. Beliau cuba pergi tapi tidak kejumpaan.

Maka disebabkan entry aku, buat dia terkesima, maka aku rasa wajar aku tunjukkan lengkap bagaimana untuk memenuhi impian menaiki teksi air tersebut.


Kalau ikut peta google tu memang la tak jumpa. Gambar EOM pun takde. ceittt..
So, aku buat penerangan ikut keadaan semasa. Kauorang nampak bulatan merah tu.. itu MP atau Mahkota Parade tempat kauorang dating sebab kauorang jangka mak bapak kauorang takkan pergi situ.

Kauorang terus akan naik flyover yang membuatkan kauorang nampak Eye On Malaysia di bulatan biru tu... kauorang teruskan lagi.. kat depan tu ada trafic light simpang empat baru. Jalan ke kiri tu jalan baru.. Google tak capture lagi.. so, aku buat pakai line hijau.. Masuk jalan hijau tu dan dipenghujung jalan tu, kauorang jumpa tapak EOM.. Sebelum tapak EOM sebelah kanan ada Pejabat Jabatan Laut.. masuk dalam pagar tu.. pemandangan kanan kauorang akan seperti di bawah:


Kalau mengagau jugak kauorang terbelek-belek peta tu.. buat je pertanyaan. Kauorang boleh buat-buat tanya kat Perbadanan Pembangunan Sungai Dan Pantai Melaka di no. tel. 06-2814322 atau faks 06-2814325.

Aku harap explanation aku membantu sedikit sebanyak...

Khamis, 18 Februari 2010

Melaka Usul Undi Percaya

Ahakss.. judul gempak tak ingat!!!

Website Kerajaan Negeri Melaka membuat undian tentang tempat pelancongan yang paling utama ingin dikunjungi...

Tercalon lima tempat

  1. River Cruise
  2. Menara taming Sari
  3. Eye On Malaysia
  4. Kota A'Famosa
  5. Kampung Buku Melaka

Daripada 144 undian tersebut, 47 orang nak pergi River Cruise...

Aik EOM pun ada nak pergi?? mungkin sebab dah takde kot.. yelah barang takde selalunya dirindui...

Kauorang Pulak?? nak pergi mana?? aku nak buat poll rasanya macam tak berbaloi.. Yelah picisan je blog aku ni..

So, mungkin kauorang boleh bagi komen tempat yang ingin kauorang lawati kat Melaka ni... satu dua perkataan pun boleh. letak link kauorang sekali sebab perangai aku.. sapa komen kat blog aku.. aku mesti komen kat blog dia.. Maknanya setiap jejak yang kauorang tinggalkan tidaklah sia-sia... InsyaAllah aku datang blog kauorang..



Wonderland Melaka Sudah Naik wooo

Kalau kauorang masuk Melaka dari Tol Ayer Keroh... antara Mini Malaysia dan Zoo Melaka.. lihat sebelah kanan jalan.. kauorang akan lihat signboard ni didirikan.


Aku dengar citer Melaka Wonderland : Taman Tema & Resort ni bakal dibuka pada April 2010. Cerita detail aku dah citer sebelum ni kat SINI

Tengok pada signboard ni nampak macam teruja.. Nampaknya satu lagi produk pelancongan baru di negeri pelancongan ini

Entry Khas Untuk Adik Ammar

aku copy entry ni daripada salah satu blog yang aku tak kenal. Mungkin aku terlewat. Tapi niat hati aku ikhlas... kepada sahabat blog aku yang selalu dapat duit google mcm cepis, selalu dapat duit adverlets macam psiko dan dapat duit topup meksis macam paranoid.. meh duit kauorang sket hulur kat adik ni.. Kalau taknak aku lempang.


"Kami mendapati bahawa Adik Ammar mengalami masalah jantung yang memerlukan rawatan lanjut pada tarikh 22 / 2 / 2010. Tetapi, kos untuk rawatan tersebut terlalu tinggi untuk dicari oleh keluarganya. Kos rawatannya ialah RM12,000.

Mungkin anda tidak mampu menyumbang RM12000. Tetapi jika 600 orang menyumbang RM20, maka RM12000 bukanlah mustahil untuk kita kumpulkan. Lagi banyak anda sumbangkan, lagi cepat kita dapat kumpulkan RM12000 untuk Adik Ammar.

Kami yakin ada ramai diluar sana boleh membantu Adik Ammar.
Sumbangan anda boleh dibuat ke akaun Ibunya berikut:

Azmaniza Mohamad Kamal
514093114912 (Maybank)


keikhlasan sumbangan anda pasti akan mendapat balasan yang baik. RM20 bukanlah duit yang besar untuk kita simpan selama-lamanya, Kebajikan yang dilakukan kitalah yang akan menjadi bekalan kita di akhirat nanti. Buktikan kita Blogger yang saling mengambil berat antara kita."

Aku rasa kalau sengkek sangat RM10 pun ok... kalau 200 orangpun dah topup berapa tu... alah sepoloh hengget jer... tak luak duit ko.. pernah ke koorang dengar sedekah duit jadi miskin???

dah.. dah.. amik no maybank tu.. moh sama-sama kita ke ATM buat transfer.


Jenjalan Atas Sungai Melaka

Sungai Melaka kini dah berubah wajah.. 10-15 tahun dulu.. air punyalah keroh.. hanya biawak je boleh hidup. Hari ni.. sungai dah menghijau menandakan banyak plankton dah boleh hidup.. Bila Plankton dah boleh hidup bermakna ikan dah boleh carik makan... Bila Ikan Dah boleh carik makan maka manusia pun boleh carik makan jugak.



Aku tak nafikan beratus juta duit dikeluarkan untuk bangunkan semula sungai ni.. tapi kalau fikir logik.. amat berbaloi duit tu dibelanjakan dan hasilnya amat memuaskan. Dulu Sungai Melaka dianggap sungai mati... mau tahap 5 kot.

Sekang aku rasa dah tahap 3 atau 2 bermakna hidupan dah boleh hidup.

Nak jernih macam air mineral memang la makan masa.. lumpur kedahak semua gangbang ada dalam tu.. tetiba dalam masa singkat nak suh jernih.. kabana la..

Bau dah hilangpun dah kira ok...

Aku rasa lagi 5 tahun boleh kot kalau nak jernih... InsyaAllah..


Aku masih ingat ada beberapa negeri ingin belajar cara Melaka mengendalikan sungai tersebut.. dan dengar citer Kerajaan Negeri tiada masalah dalam berkongsi pengalaman tersebut.

Di sungai tersebut kini disediakan perkhidmatan feri menyusuri sungai tersebut. Jangan pandang lekeh.. ketika Majlis Raja-raja di negeri Melaka ada sultan-sultan kita telah sudi mencemar duli menaiki feri tersebut menyusuri Sungai Melaka.. Menjunjung kasih Tuanku. Tak silap aku masa tu zaman Tuanku Sultan Perlis jadi DYMM Yang Dipertuan Agong. Kira tahap tinggi jugak lah perkhidmatan feri ni beb. Amacam? Moh rasa.



Bagi perkhidmatan Melaka River Cruise 4 buah jeti telah dibina bagi kemudahan pembelian tiket serta menaiki bot. Jeti seperti berikut :-

• Jeti Taman Rempah Ratus ( Spice Garden ) di Jalan Tun Sri Lanang

• Jeti Medan MBMB di Jalan Bunga Raya

• Jeti Padang Nyiru di Jalan Laksamana

• Jeti Quayside di Jalan Merdeka


Nak naik memang kena bayau bro.. kalau free pakcik drebar feri nak makan apa?

Dewasa : RM 10.00

Kanak kanak : RM 5.00 ( 2 tahun hingga 12 tahun )

Kanak kanak bawah 2 tahun adalah percuma.

Bot VIP

Dewasa : RM 20.00

Kanak kanak : RM 10.00 ( 2 tahun hingga 12 tahun )

Kanak kanak bawah 2 tahun adalah percuma.

Menyusuri Sungai Melaka dengan menggunakan perkhidmatan bot VIP, pelanggan akan dihiburkan dengan artis yang telah dilantik oleh pihak perbadanan serta pelanggan akan lebih selesa kerana bot VIP hanya membawa 20 orang pada satu-satu masa.


Kini satu pakej baru telahpun dibuat iaitu makan di atas feri tu.. tak silap aku RM500 pakej untuk 10 orang kot.





Kesan Ekoran Panas Dah Mula di Melaka

Rentetan entry aku yang lalu hari ini Utusan melaporkan beberapa kesan mulai timbul..

Air Empangan Durian Tunggal berada di tahap 73% dan Empangan Jus 74% Dibawah tahap normal 81%. Kerajaan Negeri standby je.. kalau cecah 70% je.. kemungkinan Melaka akan pam masuk air sungai Kerisik, Pahang dan Sungai Jernih, Johor. Setakat ni kedua-dua empangan masih mampu menampung keperluan 130 juta gelen sehari untuk rakyat Melaka.

Kemudian disusuli Sawah telahpun kering.... antaranya Klebang Kecil, Setulang Daing, Seberang gajah, Paya Luboh dan Sg. Siput.
Setakat ni kawasan Sg. rambai, Teluk Rimba dan Tedung Simpang masih okey lagi..

Rabu, 17 Februari 2010

Jabatan Agama Kempen Untuk Zina???

Gambar ni aku amik masa tunggu kat depan tabung haji kat bus station express lama... Memang kawasan ni terkenal dengan rumah tumpangan yang agak banyak.. Pelacur juga boleh tahan.. Mengikut salah satu sumber aku kebanyakkan yang datang sini melanggan adalah warga asing dan pelacur nya pun warga asing...


Harga RM30 sekali shut..
"weiii.. ko ni macam tahu jer semua Pit..." serkap aku kat Pit..
"Errr aku kan keje sini dulu..." gigil si Pit menjawab..

Ceitt.. malaunnya Pit.. dia keje apa plak kat sini?? kat sini gerai cina banyak la... mungkin dulu masa tempat ni top kot.

Tutup citer pelacur tu.. meh citer pasal Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) buat kempen.. cayalah JAIM. Teruskan usaha murnimu.. tapi ada kekurangan la beb.

  1. Kurang besar
  2. Kurang seram
  3. Kurang nampak kalau waktu malam
cadangan aku

  1. Besarkan signboard tu sebesar mungkin.. satu huruf lebih kurang besar kepala pelacur tu
  2. Tambah gambar seksaan api neraka.. kalau boleh letak sekali gambar api.. api betul-betulpun ok pe.
  3. Tambah lampu.. diaorang projek waktu malam.. takut tak nampak plak.. dah la signboard ni bawah pokok.


Siri III : Taman Buaya Melaka (Rumah Dalam Taman)

Last Entry daripada entry Siri II

Dalam Taman Buaya ni sejak dulu lagi ada rumah-rumah ni.. antaranya Rumah hantu.. Keretapi Raksasa dan cermin Misteri..

Bayaran dikenakan untuk masuk lagi.. iaitu RM2 sekali masuk.

Aku masuk jugaklah Cermin Misteri.. Nak masuk rumah hantu.. kang dia ikut aku balik umah.. umah aku plak yang jadi umah hantu... tak pasal-pasal..





Layanzzz...

Siri II : Taman Buaya Melaka (Taman Tema Air)

Sambung entry SIRI I tadi..

Tadi kalau kauorang bayar tiket RM10.. maknanya kauorang tempah untuk masuk mandi manda sekali.. tapi jangan risau bukan mandi dengan buaya... mandi dengan anak-anak je...

Taman Teman Air ni takdelah besar mana.. tapi boleh la setakat anak-anak nak menyejukkan badan.


Yang paling penting bagi aku.. tepat salin pakaian dan mandi shower ada... dan diri boleh diperkemaskinikan untuk jenjalan dalam Taman Buaya ni plak.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com