Jumaat, 20 Mei 2011

Kg. Morten Melaka Ada Homestay

Kg Morten satu nama yang tidak asing lagi di Negeri Melaka dan bagi pengunjung yang selalu ke Melaka. Bagi penduduk Melaka ini merupakan salah satu Kg. Melayu di dalam kawasan bandar yang mula dibuka pada tahun 1922.
Zaman aku belia remaja.. budak-budak kampung ini merupakan salah satu kumpulan yang selalu terlibat bila ada pergaduhan di 'bus station' lama. Al-maklumlah rumah dengan 'Bus Stand' tak sampaipun seratus meter.

Itu kisah dulu.. sekarang Kg. Morten berubah 100%.. daripada kg. Melayu di kawasan bandar, kini dibangunkan oleh Kerajaan Negeri sebagai produk pelancongan yang sering dikagumi oleh pelancong. Paling meriah bila dilawat diwaktu malam. Gengster-gengster dulu, kini dah jadi peramah dalam melayan pengunjung.


Taming Sari Homestay

sumber: homestay melaka


Homestay di sana mula tumbuh di mana pengunjung boleh menginap di rumah Melaka atau Rumah Limas yang berusia kira-kira 100 tahun.

Rumah homestay yang disediakan mempunyai tiga bilik tidur dan dua bilik air itu ialah peti sejuk, televisyen dan dua ruang tamu.

Rumah ini sesuai untuk tiga orang kerana mempunyai tiga bilik tidur, namun ia boleh memuatkan sehingga 10 orang kerana mempunyai dua ruang tamu yang luas.
Bagaimanapun, jika melebihi 10 orang, mereka mengenakan bayaran tambahan sebanyak RM20 seorang.
Bagi keluarga yang tidak melebihi 10 orang, mereka boleh bermalam pada harga RM300 dan dibenarkan memasak di dapur yang disediakan.
Untuk individu katanya, mereka juga boleh menyewa bilik dan menggunakan dapur serta ruang tamu pada harga RM120, RM100 dan RM80 sehari, mengikut keluasan bilik.

Villa CMI
Reka bentuk Villa CMI di Kampung Morten, Melaka. - utusan/GAIE UCHEL
Gambar aku petik daripada utusan online.com
Villa CMI pula merupakan kediaman baru berciri moden. Villa CMI mempunyai sembilan bilik dan caj yang dikenakan sehari ialah RM120 untuk bilik bujang dan RM150 bagi bilik berkembar
Apa yang menarik homestay ini berada di tepi sungai Melaka dan basikal boleh disewa dengan harga RM5 untuk jalan-jalan satu kampung.

Mereka yang berminat bermalam di Taming Sari Homestay atau Villa CMI boleh menghubungi talian 06-2881100 iaitu milik MTSB. Sekarang dah ditukar kepada Meriah Marketing & Trading Sdn Bhd di talian 06 282 8422. Jangan lupo sobut nama blog den ni.. manatau nanti dio bagi den bermalam kek sungai tu percumo.

Kepada Hidayah thanks atas pembetulan terkini ini.


9 comments:

terpatrisinarabadi berkata...

dulu dgr je nama kg morten mmg famous psl gaduh,ngan pondan la, ngan mat askar la....gerun jer dgr..skrg ni kg morten dah byk berubah..bangga jadi rakyat di bumi melaka.....

apek berkata...

hahaha betol tu.. ikatan ni mesti biasa lepak kat Bus Stand atau the store.. tak pun Roller blade kat Fajar.

hidayah husin berkata...

admin, mohon update, villa CMI bukan lagi bawah pengurusan Melaka Taming Sari Berhad, sebaliknya da di uruskan oleh Meriah Marketing Sdn Bhd...mungkin admin boleh searh lain2 blog yg ada bg contact number pengurusan baru, bagi mengelakkan pengunjung menghubungi MTSB untuk membuat tempahan Villa CMI... - Hidayah MTSB-

hidayah husin berkata...

begitu juga dengan Taming Sari Homestay, juga bukan lagi di bawah pengurusan MTSB....tq admin

hidayah husin berkata...

begitu juga dengan Taming Sari Homestay, juga bukan lagi di bawah pengurusan MTSB....tq admin

apek berkata...

terima kasih hidayah. saya akan betulkan semula dalam entry ini.

zack79 berkata...

Salam tlg bg contact number supaya senang nk brhubung sbb stiap kali kluarga saya brkunjung ke sana sentiasa full.

zack79 berkata...

Salam tlg bg contact number supaya senang nk brhubung sbb stiap kali kluarga saya brkunjung ke sana sentiasa full.

zack79 berkata...

Salam tlg bg contact number supaya senang nk brhubung sbb stiap kali kluarga saya brkunjung ke sana sentiasa full.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com