Isnin, 4 Januari 2010

Perasmian Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya

01012010 jam 10 pagi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Negeri Melaka.

KIra best jugaklah.. ada bunga api dalam dewan... macam hawau.. terperanjat aku bunyi letupan.. Nasib baik aku tak meniarap macam askar dengar bom.

Gimik diaorangpun boleh tahan la.. ada penyerahan watikah perlantikan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan kepada Yang Dipertua MPHTJ.

Lepas tu 3 Datuk Bandar & YDP Negeri Melaka menyerahkan simbolik bahawa 3 bahagian kecil kawasan mereka sebelum ni.. dserahkan kepada YDP baru. Tu yang menyala tu kawasan MPHTJ. Sebelum ni Melaka Tengah warna pink.. aawww.. Jasin warna biru dan Alor Gajah warna Merah.

Pandai-pandailah kerjasama.. jangan lepas ni kauorang bergaduh plak kata tu bukan liputan kauorang.. jadinya rumput tak payah potong.. memang aku potong sideburn ko...

Ketika perasmian tu pun sekali arung.. TYT merasmikan logo Majlis Perbandaran hang Tuah Jaya... Kau nampak keris tu.. dalan letterhead nanti takdelah keris tu.. tapi gambar kuning tu.. Masa simbolik perasmian, TYT meletakkan keris betul tu kat area kuning tu... faham??.


Dalam dewan MITC tu semasa perasmian ada jugak gerai-gerai pameran dan jualan selama 3 hari...

2 kali kena sekel maskot ni oleh budak2 nakal..


Anyway.. tahniah kepada Negeri Melaka dan semoga lebih maju jaya lagi dengan bertambah kekuatan sedia ada.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com