Isnin, 11 Januari 2010

Sejarah Melaka (Bab 5: Pemerintahan Sultan Mansur Shah)

Sambung daripada Bab 4

Kemudian pada tahun 1459 selepas Sultan Muzaffar Shah mangkat.. anaknya Raja Abdullah take over. Macam aku cakap sbelum ni.. first tukau nama dulu.. maka Raja Abdullah ditukau nama jadi Sultan Mansur Shah.

Ketika pemerintahan baginda ni.. Melaka lebih mengganas dalam menangani ancaman peperang pihak luar.. Dengan keupayaan sebagai negeri termaju di Asia Tenggara.. Melaka menakluk selangor , Bernam, Manjung, Rupat, Singapura, Bentan dan pulau sekitarnya. Dalam strategi pertahanan pula, baginda mengarahkan Bendahara Tun Perak menyerang Pahang sebagai benteng di pantai timur. Woooo.. Pahang jangan marah ye.. ini citer dulu2..
Kampar dan Siak juga ditawan tetapi mereka gagal menawan Pasai dan Aru.

Memang power-power hulubalang Melaka ketika tu...

Lepas tu Baginda kahwin dengan Puteri Bentara Majapahit.. raden galoh cendera kirana kemudian dihadiahkan kepada bapa mertua dia tu Inderagiri dan Siantan. Alah tempat ulu.. biau la..

Masa nilah strategi kahwin dengan puteri bukan Islam dan Islamkannya... kemudian diharap putera mereka bakal mewarisi negara tersebut..

Lepas nikah dengan Puteri Majapahit.. baginda tengok negara china ni elok buat geng.. kalau dapat pikat puteri raja china tentu Melaka tak berani la dunia usik.. Maka dipinanglah kepada Puteri hang Li Poh yang tiada kaitan dengan hang-hang yang berada di Kedah.

Puteri Hang Li Poh datang sini dengan 500 dayang tuu.. Kemudian memang dasar bangsa kaya.. baginda hadiahkan sebidang tanah untuk laksamana cina yang bawa puteri tu.. ingat nakkan yang tempat subur.. rupanya cina tu nak bukit..

"bengong cina ni nak bukit buat menda... bukan leh cucuk tanam" kata orang Melaka padahal bengongnyamereka tu.. kalau China letak segala bala tentera kat bukit tu.. sah kauorang jadi burung punai yang lunyai dititik oleh china.. haiii.. Melayu dulu.. Melayu dulu..

Mengikut sumber wikipedia..

isteri baginda ni ada 3 orang jer.. yang keempat tak sempat beb.. tu isteri.. Gundik aku tak bilang la plak...
  1. Raden Galoh Cendera Kirana
  2. Puteri Hang Li Poh
  3. Puteri Lela Wangsa (anakanda Maharaja Dewa Sura)
hasil bersama 3 wanita tersebut lahirlah

  1. Raja Ahmad
  2. Raja Bakal (kakanda perempuan Raja Husain)- hasil bersama Raden Galoh Cendera Kirana
  3. Raja Husain (Sultan Alauddin Riayat Syah)- hasil bersama Raden Galoh Cendera Kirana
  4. Paduka Mimat - hasil bersama Puteri Hang Li Poh
  5. Paduka Seri Cina - hasil bersama Puteri Hang Li Poh
Semasa pemerintah baginda ni Siam dah berjaya kalahkan majapahit tapi cubaan serang Melaka sebanyak 3 kali tetap gagal.. biasalah hero katakan...

lepas ni anaknya Raja Husain yang bakal take over ini Melaka.. nantikan kesinambungannya...




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Penafian: Segala maklumat yang tercoret ini adalah hasil idea dan maklumat yang diperolehi TIDAK BOLEH digunakan sebagai rujukan utama atau bahan bukti dalam apa jua tindakan.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemudaratan yang terjadi selepas menggunakan web ini.

Pihak pengurusan web tidak bertanggungjawab atas segala ulasan yang dibuat oleh pembaca. Oleh itu, semua pengulas dapat mengulas dengan mengikut tatasusila tanpa menyentuh kepentingan agama, bangsa dan politik tanahair.

Segala kisah dan cerita di dalam ini tiada kaitan dengan yang masih hidup ataupun yang mati kecuali kesahihannya disahkan oleh sumber yang boleh dipercayai.

Pihak pengurusan web bersedia membetulkan apa jua fakta yang dirasakan tersilap dengan menghubungi di email miey77@hotmail.com